Home » » Memori Cinta Luka

Memori Cinta Luka

Written By Cinta Menora on Monday, May 9, 2011 | 5/09/2011 02:23:00 PM


Aku berdiri di satu sudut
memandang ke hadapan dengan mata berkaca
sabda yang menyapa di telinga menguji ketabahan
apakah benar apa yang diberitakan pancaindera?

Sang Rajuna Tapa remuk hatinya
mengenangkan nasib yang menimpa diri
kerana terdesak lantas menjadi penderhaka
disumpah menjadi batu penamat tragedi

Syair Siti Zubaidah mengalun merdu
mendamaikan hati, merentap jiwa perindu
dalam keberanian dan cintanya yang jitu
Kembayat Negara menjadi tempat bersatu

Alangkah sucinya jiwa seorang insan
sanggup berkorban demi cinta yang menyala
dan di sudut ini langkahku terhenti
bayu yang menyapa menikam diri
khabar yang diterima hanya aku yang mengerti
apakah ini yang dinamakan takdir Ilahi

Di sini tempat bersemadi
satu jasad yang dulu pernah kukenali
maafkan aku kerana selama ini cuba menghindari
kan ku simpan kemas di lipatan sanubari
21 Disember 1985 tetap di hati ...


(dari Blog Multipy : mib-09052011)
 
Share this article :

2 comments:

  1. woooo...

    ini ke sajak yang ada di sebalik '' kerana cinta menora ''


    wohhhh....

    ReplyDelete
  2. PA ...

    entah kenapa tetiba aje tadi saya teringatkan seseorang ... 10 minit menulis, inilah hasilnya.

    banyak lagi kisah di sebalik kerana cinta menora yg belum dipaparkan ... ini salah satunya ...

    satu-persatu, kamu akan mengenali saya ...

    ReplyDelete

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Bila Cindaku Menulis | Abjad Rumi Ke 13 | Mencari Identiti
Copyright © 2013. Bila Cindaku Menulis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger