Misi Menjejak Misteri Pulau Besar diteruskan lagi ....
Lokasi: Pulau Besar, MelakaTarikh: 2 - 3 June 2013
Kita berbalik pada kisah dalam entri sebelum ini, Menjejak Misteri Pulau Besar - Bahagian 1
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,
وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu: Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi. (QS. Al-Zumar: 65)
Nauzu billahi min zalik. Betapa beratnya ancaman Allah swt terhadap orang-orang yang menyekutukan Allah. Moga kita termasuk di dalam golongan hambaNya yang diberi petunjuk dan dijauhkan dari dosa syirik kepada Allah, insya Allah.
Dari Makam Sultanul Ariffin, kami ke kiri menuju ke Makam Syarifah Rodziah |
Siapa Syarifah Rodziah?
Ada beberapa versi tentang wanita yang dikatakan cukup warak serta zuhud ini. Nama yang tercatat di sini ialah Syarifah Rodziah tetapi beliau juga dikenali sebagai Siti Sarah atau Syarifah Siti Sarah atau Syarifah Habsah. Ada pula yang mengatakan bahawa makam itu bukan kepunyaan Syarifah Rodziah tetapi Syarifah Siti Maimunah, iaitu adik kepada Syarifah Rodziah yang berkahwin dengan Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail. Aku sunting beberapa entri di bawah ini supaya pembaca dapat memberikan penilaian sendiri.
Makam Syarifah RodziahSumber - http://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Besar,_Melaka
Wali perempuan ini sebenarnya bernama Syarifah Habsah, makam beliau terletak di pulau besar, berdekatan pintu masuk halaman menuju ke surau dan makam Sultanul Aarifeen. Syarifah Habsah adalah puteri iaitu anak perempuan Sultanul Aarifeen As Sayyid Ismail. Beliau sebenarnya mempunyai 3 orang anak, iaitu seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Saudari kandung Syarifah Habsah ialah Syarifah Rodziah, dan makam Syarifah Rodziah terletak di Pekan Melaka.
Misi Islam di Nusantara: Siapa Sharifah Rodziah serta kaitan dengan Pulau Besar
Oleh Pak Syeikh (FB)
Sumber:
http://mrsmmersing.blogspot.com/2011/06/misi-islam-di-nusantara-siapa-sharifah.html
Nama asal Syarifah Siti Rodziah ialah Syarifah Siti Sarah. Beliau dilahirkan di Samudera Pasai pada tahun 1447M. Bapa beliau ialah Maulana Sayyid Ishaq bin Maulana Sayyid Ibrahim Asmoro/Asmaraqandi/Al Hadrami/Sunan Nggesek bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra. Bonda beliau ialah Syarifah Siti Fatimah/Puteri Cempaka Biru binti Sayyid Ali Nurul Alam/Ali Nurul Siam/Pateh Aria Gajah Mada/Sultan Qumbul bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra. Ini bermakna Bapa dan Bondanya SEPUPU. Memang keturunan Arab, mereka banyak berkahwin keluarga.
Beliau dibesarkan di Pasai, dilingkungi oleh banyak ulama Pasai. Bapanya Syeikhul Islam Pasai. Beliau anak tertua Maulana Sayyid Ishaq yang beribukan Syarifah Siti Fatimah. Sebelum itu Maulana Sayyid Ishaq sudah berkawin dengan Puteri Sekardadu dari Kerajaan Blambangan, Jawa Timor. Di bawah ini saya senaraikan anak-anak Maulana Sayyid Ishaq :
Beribukan Puteri Dewi Sekardadu binti Prabu Menak Sembayu:
Beribukan Puteri Cempaka Biru/Syarifah Siti Fatimah binti Sayyid Ali Nurul Alam:
- Puteri Dewi Sarah berkawin dengan Sunan Kali Jaga.
- Pengeran Ali Kesumo Wiro. Tiada zuriat, kemungkinan dibunuh oleh orang-orang Pateh Blambangan.
- Pengeran Darma Kesuma. Tiada zuriat, juga kemungkinan dibunuh oleh orang-orang Pateh Blambangan.
- Pengeran Joko Samudero/Sunan Giri berkahwin dengan Raden Puteri Murtasiyah binti Raden Rahmat/Sunan Ampel.
Disebabkan nama SITI SARAH ada 2 orang, Maulana Sayyid Ishaq menukar nama Syarifah Siti Sarah kepada Syarifah Siti Rodziah. Dan Dewi Sarah, namanya kekal Siti Sarah.
- Syarifah Siti Sarah/Siti Rodziah: berkahwin dengan Sayyid Ibrahim Al Jailani.
- Sayyid Ibrahim: meninggal dunia di Patani.
- Syarifah Siti Musallimah berkahwin dengan Maulana Sayyid Patakan Ibrahim Ismail/Sunan Mulia bin Sayyid Ahmad Syah/Abdul Gaffar bin Sayyid Baraqat Nurul Alam.
- Sayyid Mohamad Qasim: meninggal muda/remaja.
- Syarifah Siti Khatijah
- Syarifah Siti Maimunah: berkawin dengan Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail Al Jailani.
- Syarifah Siti Aisyah.
Syarifah Siti Rodziah berkahwin dengan Maulana Sayyid Ibrahim Al Jailani. Maulana ini adalah abang kepada Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail Al Jailani. Perkahwinan mereka ialah abang kahwin kakak dan adek lelaki kahwin adek perempuan atau dipanggil 'KAWIN SERAI SERUMPUN'. Syarifah Siti Rodziah berkahwin pada tahun 1463M di Samudera Pasai. Dari perkahwinan ini melahirkan 3 putera dan seorang puteri iaitu:
Syarifah Siti Rodziah menghabisi masa tuanya di Pulau Besar sebagai bidan perubatan. Setelah Pulau Besar dihancurkan oleh Portugis pada tahun 1521M, semua keluarga saya lari ke Pagar Ruyung dan Jambi. Setelah aman dari ancaman Portugis, mereka kembali ke Pulau Besar tetapi dengan nama yang lain kerana penyamaran. Nenek saya ini wafat di Pulau Besar pada tahun 1598M dan di semadikan di hadapan sekali tapi BUKAN MAKAM YANG PANJANG!!! Makamnya ada di tepi pokok kemboja putih di samping suaminya Maulana Syeikh Ibrahim Al Jailani. Makam panjang itu adalah MAKAM SYARIFAH SITI MAIMUNAH, adik beliau iaitu nenek saya, isteri Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail.
- Maulana Syeikh Ahmad Salim/Panglima Alang Daek Hitam/Syeikh Abdul Qadir Al Jailani 2.
- Syeikh Ahmad Ibrahim.
- Syeikh Ahmad Hisyam.
- Syarifah Siti Halijah.
Klik di sini untuk versi penuh.
Ini pula versi rasmi dari Perbadanan Muzium Melaka |
Kawasan Makam Syarifah Rodziah |
Makam Syarifah Rodziah |
Gadis-gadis ini sedang menangis di hadapan makam |
Semasa aku menghampiri Makam Syarifah Rodziah, aku terdengar suara perempuan menangis teresak-esak sambil menyebut "ibu ... ibu". Suara sedu-sedan dan tangisan yang agak kuat datangnya dari gadis yang berbaju coklat di dalam gambar di atas. Tentunya aku merasa hairan, "tak kan lah kuburan itu ibunya sebab gadis tersebut mungkin sudah melangkau entah generasi ke berapa". Aku cuba mencari jawapan dengan mendekati gadis-gadis tersebut tetapi sebaik saja aku mendekat, gadis yang berbaju hitam-putih terus mencuit gadis di sebelahnya dan memberikan isyarat untuk beredar. Aku sempat memberikan senyuman dan dibalas oleh gadis berbaju hitam-putih, sementara gadis berbaju coklat masih kelihatan dalam kesedihan yang teramat sangat.
Aku melihat-lihat ke dalam kawasan makam. Perkara pertama yang membuatkan aku rasa tidak selesa ialah apabila deria bau aku dengan cepat menangkap bau setanggi yang terlalu kuat. Bau setanggi membuatkan kepala aku pening. Oh patutlah, di sebelah aku rupanya setanggi tu ...
Perkara ke dua yang aku perhatikan ialah longgokan bunga-bunga dan botol air yang diletakkan di dalam kawasan makam, sedangkan pintu pagar makam berkunci. Agaknya mereka memanjat pagar untuk masuk ke dalam kawasan makam. Ishh! Orang-orang seperti inilah yang mencemarkan kesucian makam dan mencacatkan keindahan Pulau Keramat ini.
Perhatikan longgokan bunga-bunga yang mungkin dicampak dari luar pagar dan botol air yang diletakkan di dalam kawasan makam |
Colok-colok yang masih menyala walaupun tanda amaran dan larangan membakar colok ditampal di tembok hadapan makam |
Agaknya kalau tanah depan ini disimenkan, mereka tak dapat bakar colok lagi kot ... |
Antara pengunjung yang ramai di sini ... |
Pada aku, Pulau Besar punya keunikannya yang tersendiri. Aku suka melihat pemandangan di sini ... pantainya yang mendamaikan dengan kehadiran bot-bot yang berlabuh menambahkan nostalgik, juga deretan khemah-khemah yang didirikan, menghidupkan suasana persekitaran alami. Sekali-sekala kedengaran ayat-ayat suci Al-Quran yang dialunkan menambahkan rasa kesyahduan, menjadikan sesiapa saja yang datang ke Pulau Besar akan ingin tinggal lebih lama di sini.
Nampak tak batang pokok yang berbentuk "love" di hujung kanan gambar ini? Pokok ini amat digemari oleh peminat-peminat mistik. Kenapa ye ...? |
Pokok kemboja banyak ditanam di sini |
Bazar Wakaf Rakyat MAIM yang dibiayai oleh Yayasan Wakaf Malaysia |
Punyalah banyak batu-batu cincinnya. Aku jadi rambang mata ... |
Adusss .... |
Pemilik kedai ini bernama Ayathollah. Beliau juga merupakan Bilal di surau. Beliau tidak jemu-jemu menjawab soalan-soalan aku tentang akar-akar kayu dan teras yang dijual di kedainya. Beliau mempunyai seorang pembantu (aku lupa nak tanya namanya) yang teramatlah ramahnya menyapa aku sambil menunjukkan segala jenis pakaian yang bergantungan di dalam kedai. Apabila melihat yang aku lebih berminat dengan batu-batu cincin daripada pakaian-pakaian yang ditunjukkan, beliau mula menunjukkan minat untuk mengetahui latar-belakang aku yang pada awalnya disangkakan pelancong dari Singapura. Kami leka berbual tentang batu-batu tapi bila menyedari wajah kebosanan encik suami dan anak perempuanku, aku terpaksa membatalkan hasrat untuk membeli batu dan terus menanyakan Ayathollah dan pembantunya sekiranya mereka ada pemandu van yang bagus untuk membawa kami menjelajah satu pulau.
Beberapa panggilan telefon kemudiannya dibuat Ayathollah tetapi akhirnya gagal mendapatkan pemandu van/pemandu arah untuk kami. Kata Ayathollah, kami boleh mendapatkan pemandu van yang selalunya ada di hadapan makam tetapi tidak semuanya yang bagus dan bertanggungjawab. Malah kata beliau lagi, pemandu-pemandu van ini akan hanya membawa penumpang ke sesuatu destinasi dan terpulanglah kepada penumpang samada mahu turun dan meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki atau pun hanya melihat dari dalam van sahaja kerana tempat-tempat yang hendak dijelajah berada jauh dari jalan. Kami disarankan agar berjalan kaki yang mengambil masa selama 2 ke 3 jam supaya kami dapat menikmati pemandangan sekeliling dan merasa sendiri cabaran-cabaran yang bakal ditempuh. Pada mulanya, Ayathollah menawarkan diri untuk menolong kami menempah seorang pemandu arah yang dikenalinya dan menyarankan kami memulakan perjalanan keesokan hari kerana pemandu arah tersebut sedang membawa pelancong lain. Setelah menimbangkannya, kami terpaksa menolak kerana telah ada rancangan lain esoknya dan kami akhirnya mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan dengan berpandukan papantanda arah serta mengikut gerak hati sendiri.
Kami menyusur laluan berdekatan pantai mengarah ke jeti. Dari situ, kami menemui papantanda ke arah Makam Tok Putih dan Tok Janggut.
Perkara pertama yang menarik perhatian aku ... tin yang berbalut kain kuning di dalam makam dan pintu makam yang terbuka luas |
Kenapa pintu pagar ini tidak dikunci? Siapa yang membiarkan pintu pagar ini terbuka luas? |
Apa tujuan diletakkan tin ini? Siap ada lubang yang ditebuk di atasnya, macam tabung duit syiling aje. Perhatikan juga colok-colok yang dibakar di atas makam. Sesiapa pun yang melakukan perbuatan ini tidak langsung menunjukkan tanda hormat malah tergamak mencemarkan kesucian makam yang dianggap sebagai makam para wali ini.
Riwayat hidup TOK PUTIH atau SAYYID AHMAD AHMAD TAJUDDEN atau AHMAD SALIM atau AHMAD QADIR atau PANGLIMA ALANG DAIK HITAM (1457-1577 MASEHI)
Sumber:
http://sejarahpulaubesarmelaka.wordpress.com/2010/07/09/makam-tok-putih-pulau-besar-melaka/
Beliau adalah anak tertua dari 3 beradik. Bapanya bernama Syeikh Sultan Ariffin Sayydi Ismail bin Sayyid Abdul Qadir bin Sayyid Jabbar bin Sayyid Shollih bin Syeikh Sayyid Mohyidden Abdul Qader Jilani. Beliau lahir pada tahun 1497 M di Pulau Besar. Ibunya ialah Syarifah Siti Maimunah binti Maulana Mohamad Yusof atau Maulana Ishaq. Beliau dididik oleh bapanya dan datuknya darihal Islam dan persilatan juga hal-hal perubatan. Beliau banyak terlibat semasa perang melawan penjajah Portugis. Hampir keseluruhan perang melawan Portugis, beliau terlibat. Nama gelarannya paling terkenal ialah Panglima Alang Daik Hitam atau TOK PUTIH.
Pada tahun pada tahun 1517 M beliau dikahwinkan dengan Raja Siti Kamariah. Beliau tiada zuriat dari perkahwinan ini. Raja Siti Kamariah berketurunan Bugis Riau. Pada tahun 1521 M semasa perang melawan Portugis-Melaka, Raja Siti Kamariah turut berperang dan syahid. Panglima Alang Daik Hitam lari arah Selatan Sumatera selepas pecah perang dan Angkatan Perang Demak kalah. Semasa lari ke arah Selatan Sumatera bersama keluarganya dan menyamar menjadi orang kampong dan menukar nama menjadi TOK PUTIH.
Klik di sini untuk artikel penuh.
Tidak jauh dari Makam Tok Putih, kelihatan pula Makam Tok Janggut.
Ini versi rasmi dari PERZIM |
Tidak banyak yang diketahui tentang Tok Janggut. Aku kongsikan sedikit info yang aku perolehi dari Tok Google. Versi ini aku perolehi dari komen Tok Syeikh di dalam blog Sejarah Pulau Besar Melaka.
Tok Janggut Acheh adalah gelaran sahaja. Nama sebenarnya ialah Maulana Sayyid Ahmad Ismail. Beliau Panglima Perang Kerajaan Riau. Isteri beliau ialah Raja Siti Khatijah binti Daeng Kemboja bin Daeng Perani bin UPU Daeng Rilaka. Nasab Tok Janggut ialah Maulana Sayyid Ahmad Ismail bin Sayyid Ahmad Khamal/Panglima Lidah Hitam bin Sayyid Ahmad Khamil/Panglima Daek bin Sayyid Ahmad Tajudin/Tok Putih bin Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail, Pulau Besar. Makam isteri beliau ada di Kampong asal saya di Bukit Rambai, Melaka. Saya memang tahu dan keturunan kami memang tahu. Makam itu, makam TEMPELAN. Makam Tok Janggut sebenarnya bukan di situ tapi di Pulau Pisang, Johor !!!
Ini komen beliau pada 9 November 2010. Kemudian beliau mengeluarkan satu lagi kenyataan di dalam komen beliau bertarikh 31 Januari 2011.
Makam Tuk Janggut Acheh di Pulau Besar hanyalah Makam Kenangan!!! Makam sebenarnya di Lubuk Batu Segamat, bersebelahan dengan Makam Seri Amar Diraja!!
Aku serahkan pada pembaca membuat penilaian ....
Seperti juga di Makam Tok Putih, di Makam Tok Janggut juga ada terdapat tin/tabung tapi yang di sini agak kecik sedikit. Pintu pagar di makam ini juga terbuka luas. |
Apabila aku sampai di atas kawasan makam, aku terlihat seorang lelaki berkopiah sedang duduk termenung di tepi makam. Aku dan encik suami memberikan salam kepadanya dan dijawab sambil tersenyum dan sedikit mengangguk. Kerana pintu pagar makam terbuka, aku lantas masuk ke dalam makam. Baru sahaja aku ingin bertafakur dan menyedekahkan Al-Fatihah, sepasang suami isteri (agak aku lah) berketurunan India terus masuk ke dalam makam dan membawa bersama-sama mereka satu bungkusan kain kuning (aku tak pasti apa di dalamnya) berserta 2 botol air mineral besar. Konsentrasi aku terganggu dengan kehadiran mereka. Aku terpaksa memberikan laluan dan mereka lantas duduk bersila di hadapan tin/tabung yang ada di situ dan membuka bungkusan yang dibawa. Aku memberikan pandangan yang cukup tajam. Si isteri memandang aku dengan wajah yang agak serba-salah sambil menyorok-nyorok mengeluarkan sebuah buku kecil yang agak tebal berwarna kuning seolah-olah kitab yang sudah lusuh dari dalam poket bajunya dan memulakan bacaan bersama si suami. Tulisannya tidak aku fahami, mungkin tulisan Hindu atau seangkatan dengannya. Aku berjalan setapak ke hadapan untuk cuba menegur mereka tapi aku terperasan kelibat lelaki berkopiah dari sisi kiri aku seolah-olah menyuruh aku membiarkan mereka dengan urusan mereka, lalu aku berpatah balik dan terus keluar dari situ.
Perlahan-lahan aku berjalan menuju ke arah lelaki berkopiah tersebut. Aku rasa, beliau faham dengan apa yang sedang bermain di fikiranku. Beliau terus berkata, "biarkanlah ... nanti bila mereka dah selesai, saya akan bersihkan". Encik suami yang mendengarkan kata-kata lelaki berkopiah itu terus melabuhkan punggungnya berhampiran dengan lelaki tersebut lantas memulakan perbualan dengannya. Dan pandangan mata aku terus menangkap satu longgokan limau nipis dan colok-colok yang masih berasap di bawah sepohon pokok yang rimbun di tepi makam.
Longgokan limau nipis dan colok-colok yang dibakar di bawah sepohon pokok |
Lelaki berkopiah di tepi makam Tok Janggut |
Dan entri ini diberhentikan buat sementara waktu dan akan disambung kembali bila ada masa terluang untuk menulis ..... :)
Thanks on your marvelous posting! I genuinely enjoyed reading it, you are a great author.I will be sure to
ReplyDeletebookmark your blog and will eventually come
back later on. I want to encourage continue your
great posts, have a nice weekend!
Also visit my webpage - Tips Puaskan Suami
Masih ingat pertama Kali kePulau Besar waktu itu sekolah rendah. Kini sudah berusia 61thn..banyak sekali kenangan2 indah .
ReplyDeleteWah ..!! Sudah terlalu lama tu, Prof. Dah banyak yg berubah sekarang ini. Bolehkah dikongsi kenangan2 indah tu?
DeleteSalam pada semua ...
ReplyDeleteSaye sunguh sedia apa yg tgh berlaku d pulau besar ..
Saye cuba sedaya upaya saye untuk selesaikan masalam dia sane ..tapi belum sy boleh mukin akan tiba mase nye saye akan buktikan yg sy boleh ..
Sy pernah bergaduh mulut dgn bilal di sane tapi xde gunanye ..
Saye mmg da ada rancangan saye sendiri di pulau besar ini ..
Sy sedih kaum sy sendiri yg rosakan pulau ini ..ye org mamak sendiri yg rosakan tempat itu .
apa yg wali2 dahulu tingalkn pada kita ialah sebarkan islam luas kan kalimah allah , betul ..
Susah payah itu yg mereka bawa pada kita ..sekarang tempat itu jadi tempat pujaan org bkn islam .,org mamak sane bg idea buat itu ini .lg kasi seset org bkn islam . Sepatotnye kena ajar mereka dgn ceritakan apa maksud perjuan wali itu bkn suruh letak air depan makam ..tape2 dgn izin allah sy tgh usaha beberapa perkara .untuk elakan benda yg berpuluh tahun ini,
Sesiapa yg ingin berkerja same dgn saye untuk kita muliakan org yg meningal ini dan halang dari berbuat sirik ini berterusan boleh join same sy same2 kita usaha .
Cadagan saye untuk korek balik kubur2 d pulau besar ini yg mane ada di luar kawasan surau dan pidah masuk dalam kawasan surau .dan surau akan di kunci selepas solat isyak ..sy tgh usaha dapatkan kelulusan dari pihak tertentu supaya dapat kebenaran dan dia lalukan oleh majis agama islam ..
Sapa igin join ada kebel kuat org atasan boleh kita same2 bt amal
018 2836367 din
Tq
Semoga usaha murni saudara Roy Rangge membuahkan hasil, insya'Allah
DeleteBagus usaha brother,moga ada bantuan dan sokongan.Memang sesak dada tengok pengunjung datang ke maqam, mcm2 ragam mereka buat. Baru2 ni kita terdengar Msjid akan di baharui oleh kerajaan Melaka dan maqam2 akan berada didalam. Dgn itu, akn terhindar lah amalan pelik pelik tu.3 hari yg lalu kami ke Pulau, tetapi belum lgi nampak usaha renovation masjid atau bina baru.
ReplyDeleteAlhamdulillah kalau ada usaha2 sebegitu.
DeleteBagus usaha brother,moga ada bantuan dan sokongan.Memang sesak dada tengok pengunjung datang ke maqam, mcm2 ragam mereka buat. Baru2 ni kita terdengar Msjid akan di baharui oleh kerajaan Melaka dan maqam2 akan berada didalam. Dgn itu, akn terhindar lah amalan pelik pelik tu.3 hari yg lalu kami ke Pulau, tetapi belum lgi nampak usaha renovation masjid atau bina baru.
ReplyDeleteYUK JOIN DAN MAINKAN POKER DAN DOMINO ONLINE BERSAMA ZOYA99.COM
ReplyDeleteDAPATKAN EXTRA BONUS SELAMA BERMAIN DISINI
* BONUS ROLINGAN
* BONUS REFERALL
DAN RASAKAN PELAYANAN CS YANG SANGAT BERPENGALAMAN HANYA DISINI
UNTUK INFO LEBIH JELAS, SILAHKAN HUBUNGIN CS KAMI ONLINE 24JAM!!
• Pin BBM D8B82A86
•Pin BBM 2BE5BC31
•Line : zoya_qq
•WA : +85515370075accc
Wonderful environment.
ReplyDeleteWonderful environment.
ReplyDeleteWonderful environment.
ReplyDeleteRespect and that i have a keen offer: Whole House Renovation home renovation burnaby
ReplyDelete