Home » , , » PULAU BESAR, MELAKA - D'Puteri Kurnia Resort

PULAU BESAR, MELAKA - D'Puteri Kurnia Resort

Written By Cinta Menora on Tuesday, July 2, 2013 | 7/02/2013 12:24:00 PM

D'Puteri Kurnia Resort, Pulau Besar, Melaka

Aku telah lama menyimpan hasrat untuk kembali ke Pulau Besar, Melaka. Kali terakhir aku menjejakkan kaki ke sana ialah pada tahun 2008. Ketika itu abang Din Komando, bekas guru silat yang juga sepupu kepada en suami, ada bersama menemani kami sekeluarga. Beberapa perancangan untuk ke sana lagi selepas itu menemui kegagalan, ada saja halangan yang datang.

Kesempatan berada di Merlimau, Melaka sempena majlis persandingan anak saudara en suami aku gunakan sebaik-baiknya untuk ke Pulau Besar. Aku telah membuat tempahan awal untuk penginapan 2 hari/1 malam di D'Puteri Kurnia Resort. Selepas selesai majlis persandingan, keesokan harinya pada 2 Jun 2013, aku berserta en suami dan anak perempuanku bertolak ke sana. Perjalanan menaiki feri dari Anjung Batu dengan tambang pergi/balik sebanyak RM14 seorang hanya mengambil masa selama 15 minit sahaja. 

Alhamdulillah, Pulau Besar semakin cantik dan indah. Banyak perubahan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Melaka untuk memajukan lagi industri pelancongan di sini tanpa mengubah struktur asal bangunan sedia ada. Buat masa ini hanya ada 3 kemudahan penginapan yang disediakan:
  1. Untuk keluarga yang besar dan ramai, bolehlah menyewa banglo kepunyaan Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah yang juga pemilik Pandanusa Island Resort dan Marina Resort yang terletak di Pulau Besar. Cuma malangnya, kedua-dua resort itu sudah tidak beroperasi lagi.
  2. Pada pengunjung yang inginkan sedikit "privacy", bolehlah menyewa chalet di D'Kurnia Puteri Resort yang menawarkan berbagai kategori bilik dari bilik single, double, triple dan family, dengan air-cond ataupun dengan kipas.
  3. Pada yang adventurous dan yang ingin merasa kehidupan sebenar di pulau, bolehlah menyewa khemah-khemah dari pengusaha-pengusaha yang ada di sini. Salah satunya seperti di bawah. Khemah-khemah ini juga biasanya didiami oleh pengunjung tetap Pulau Besar yang ingin tinggal agak lama di situ.

iklan sewa khemah dan bot di Pulau Besar

Tulisan aku kali ini hanyalah berkisar pada chalet tempat penginapan kami sahaja. Kisah-kisah penjelajahan kami semasa di sana akan aku paparkan dalam posting yang lain pula. Jom kita tengok suasana di D'Puteri Kurnia Resort ....

pintu masuk ke d'puteri kurnia resort
Pokok bunga kertas menghiasi pintu masuk ke D'Puteri Kurnia Resort

pintu masuk utama d'puteri kurnia resort
Tangga ke pintu masuk utama D'Puteri Kurnia Resort

D'Puteri Kurnia Resort ini dulunya dikenali dengan nama Chandek Kura Resort. Resort ini telah dibuka semula pada 1hb Ogos 2009 di bawah pengurusan baru iaitu Tropika Selesa Sdn Bhd. Kalau tak silap aku, resort ini dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan IMM di bawah pengurusan Faez Management dan pernah seketika dikenali sebagai Hotel Faez sebelum ditukar nama ke Chandek Kura. Entahlah, asyik bertukar pengurusan aje resort ni ...

ruang lobi d'puteri kurnia resort
Ruang legar untuk bersantai

swimming pool d'puteri kurnia resort
Jangan marah haa ... kat resort ni ada swimming pool ...

Airnya nampak tak berapa bersih tapi bolehlah untuk mandi-manda

swimming pool d'puteri kurnia resort
Pemandangan laut dari sini memang mengasyikkan ...

Taklah besar sangat sebenarnya ...

perigi nenek musallimah
Perigi Nenek Musallimah yang terletak di dalam kawasan D'Puteri Kurnia Resort
Perigi Nenek Musallimah (sumber Wikipedia) Dipercayai nenek yang tertua yang terdapat di Pulau Besar ini. Beliau juga merupakan seorang dukun dan bidan. Air perigi ini mempunyai azimat yang tertentu seperti untuk menyihatkan tubuh badan, pelaris dan boleh juga digunakan sebagai mandi bunga. Perigi ini terletak di dalam kawasan Pusat Latihan IMM dan bersebelahan dengan Chalet 007.
perigi nenek musallimah
Close-up Perigi Nenek Musallimah. Perigi ini telah diubahsuai dan dipasang dengan alat mengepam air

perigi nenek musallimah
Gambar lama Perigi Nenek Musallimah. Sumber dari Internet.

kawasan berbatu di d'puteri kurnia resort
Di sekitar kawasan D'Puteri Kurnia Resort terdapat banyak batu-batu besar, antaranya seperti di dalam gambar ini

Semasa aku ke sini tahun 2008, aku duduk di chalet sebelah atas sekali tu. Jenuh nak panjat bukit untuk ke situ

Batu inikah yang dikatakan terdapatnya kesan tapak kaki Sultanul Ariffin? Aku ditunjukkan batu ini bila aku bertanyakan tentang lokasinya tapi aku tak boleh nak mengesahkan. Kalau ada yang tahu, harap dapat perbetulkan fakta ini ...

Pemandangan di sekitar D'Puteri Kurnia Resort

Chalet 108 - ini bilik kami

Persekitaran chalet ini agak kotor. Semasa kami check-in, ada tuala wanita yang telah digunakan bersepah di bawah tangga dan kesan tahi ayam(?)  bertepek-tepek di atas tangga

Suasana di dalam bilik - penginapan untuk 4 orang dengan 2 katil queen size. Ada air cond dan kipas. Harganya RM160 (termasuk tax) untuk 1 malam

Ada 2 bilik air di chalet ini. Ini gambar bilik air di sebelah kanan bilik

D'Puteri Cafe - kedai makan ini terletak berdekatan dengan bilik kami

Harga makanannya tidaklah terlalu mahal, masakannya pun boleh tahan sedap :)

Bilik kami boleh dilihat dari cafe ini ... tu yang ada tanda di pintu ...

Pemilik cafe ini namanya Mamak Moidin

Di cafe inilah tempat kami lepak untuk minum-minum dan makan malam. Sarapan pagi dan makan tengahari keesokan harinya juga di sini selepas kami "terkena" semasa makan tengahari/minum petang di salah satu gerai makan yang terletak mengadap laut. Memang "cekik darah" betul harganya ...

Di cafe ini juga aku telah disapa oleh seorang kanak-kanak perempuan semasa aku bertembung dengannya di pintu cafe keesokan harinya. Dia seolah-olah memperkatakan sesuatu yang aku kurang pasti dan terus mencuit aku bila kami berselisih. Bila aku menjenguk ke belakang, dia masih berkata sesuatu sambil tersenyum memandang aku. Nanti aku ceritakan tentang kisah kanak-kanak ini di posting yang akan datang.

Share this article :

45 comments:

  1. erk..baru cdg2 nk p tgok ctu bila terbaca tajuk entri ni..tgok caption gmbq keliling chalet tu..terus tak jd.hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestlah pergi situ, su ... tenang, aman dan mengasyikkan

      err ... bab2 yang kekurangan sana-sini tu, buang tepi lah. itu mungkin kes yang "jarang2" berlaku ... hehehe

      Delete
    2. "jarang" tu rare sgt.hahahha...sama dengan.
      pad yg dah diguna?taik ayam takpa lg.ehheheh

      Delete
    3. hahaha su ...

      pad tu agaknya terjatuh masa depa dok kemas bilik, mungkin terkeluar dari bakul sampah. nasib baik pad tu terlangkup, jadi tak nampak kaler2 lain selain dari putih. tapi depa dah pungut lepas kami komplen ...

      dan taik ayam tu, kami (en suami) cuci sendiri ... hehehe

      Delete
    4. I. Blh bg contact no. I nak booking chalet. Cuti sekolah nak dtng.

      Delete
  2. xkan x ada couple datang sini? murah jek...

    ReplyDelete
  3. ri tu baru 1st time gi. Dah berpuluh tahun duduk kat melaka tapi xsampai2 sehingga ri tu. Pulau ni memang mistik. Saya ni memang suka sejarah thats y i dtg sini. Memang byk benda2 pelik kat pulau ni. Korang boleh juga membaca dan tgk gambar yg i tangkap ri ni. Just share with u all. http://www.shun2u.com/2013/12/pulau-besar-melaka-mystical-island.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Your photos are nicely shot, Francis Tan ... surely comes from a good camera. Thanks for sharing your posting and pictures as well.

      Delete
  4. Apa kesah seterusnya dgn kanak2 tu..nak jgak tau..
    Saya baru dua bulan lepas ke pulau besar...sempat jgk bertemu dgn seorg nenek yg baik budi dan amat pandai dan bijak ...ada la....
    Bertemu juga dg seseorg lelaki yg sukarela mnjadi juru pandu yg pelik jgk identitinya...apapun mrk tetap makhluk Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selendangdelima,

      terimakasih kerana sudi menjengah blog saya. kisah kanak2 tu ada sambungannya di sini : http://cintamenora.blogspot.com/2013/07/pulau-besar-melaka-anak-siapa.html

      boleh tahu ke siapa nenek yg baik budi dan amat bijak pandai tu ..? dan siapa nama lelaki yg jadi juru pandu? menarik gak ni ...

      Delete
  5. Pulau yg indah dan suasana yg tenang..jika berpeluang hendak kesana lagi...jika diberi peluang bermastautin disana..pun saya hendak...wlaupun sekadar pondok..ckup memadai...amat tenang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga ada terfikir begitu ... nak menghabiskan usia tua di sana sambil mendalami lagi ilmu agama. boleh ke agaknya? yg pastinya kerajaan negeri melaka tidak membenarkan pondok2 kediaman dibina di situ. kalau lah saya kaya ... saya beli keseluruhan pulau tu :)

      Delete
    2. Ada contact number D.puteri resort?

      Delete
    3. Ini no telefonnya : 06-2955899 / 06-2938753 / 010-4317148

      Delete
  6. As slm,sis nk tnye room yg sis duduk2 rm160 tmsuk deposit ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Sis Gurlzpg,

      RM160 tu tak termasuk deposit. RM100 untuk deposit dan akan dipulangkan bila kita check out nanti.

      Delete
  7. Oh kire duit yg kte deposit2 akn di pulangkan lah..bilik2 memg 160 jela ye.k tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. gurlzpg,

      Cuba tengok kat sini http://dputerikurniaresort.wordpress.com/about/rooms-rate/
      Harga bilik bergantung pada kategori dan kapasiti, bermula dari serendah RM90.
      Pembetulan : Deposit RM50, bukannya RM100 ye ...

      Delete
  8. Sis tiket feri untk knk2 bpe rateny..umo brape ye?
    Bile da smpai di jeti pulau besar tu cmne nk pergi ke resort dputeri ni.kne naik transport lain ke?
    Sory sis byk ptnyaan cdg nk pergi cuti sek ni.1st pergi xde pglmn.search kt intrnet tp xbrp details.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis,

      Tambang feri untuk kanak2 dari 4-12 tahun, ratenya murah sikit. Dulu RM8, mungkin sekarang dah naik harga. Kalau nak naik feri, kena ikut Jeti Anjung Batu. Ferinya berjadual dan akan berlabuh di Jeti Pulau Besar. Dari situ, sis naik van utk ke resort. Bayaran RM2 seorang. Jangan terkejut ye ... van kat situ takde pintu, condition memang teruk. Tapi itu saja lah transport yg ada di Pulau Besar. Nak jalan kaki pun boleh, sis ... kalau laratlah. Dari jeti ke resort dalam 10-15 minit perjalanan. Kalau bawa beg, jenuh lah nak berjalan.

      Kalau sis nak naik bot laju, kena ambil di Jeti Umbai. Satu bot boleh muat dalam 8 orang penumpang. Harga satu bot sekitar RM100-RM120 (tak pasti berapa harganya sekarang). Bot akan berlabuh di pantai berdekatan dgn makam Sultanul Ariffin tapi bergantung pada pasang-surut air laut. Yang pastinya, bila berlabuh di situ, sis akan basah lah sebab terus turun dalam air ... hehehe

      Delete
  9. Oh..mcm adventure lak bunyinya..Tq sis 4the info ;)

    ReplyDelete
  10. Rasa nak bawa ank2 bjalan...tapi musim tengkujuh ni,Cucu cicit Tun Teja nak berjalan ke Pulau Besar Melaka...Insyaallah akan dimakbulkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh aje, Tgaienhajimin Mansor. Naik feri takde masalah. Tempah penginapan awal2. Time cuti sekolah ni selalu penuh. Selamat bercuti, cucu cicit Tun Teja ...

      Delete
  11. Kirim kn slm sy kepada makam sultanul Arifin..sy akn ziarahi beliau nanti..beruntung lh pulau besar Melaka yang berkat kerana ada makam Auliya..kalau ada orang yang bersihkan tempat itu akan diziarahi beliau..

    ReplyDelete
  12. Kirim kn slm sy kepada makam sultanul Arifin..sy akn ziarahi beliau nanti..beruntung lh pulau besar Melaka yang berkat kerana ada makam Auliya..kalau ada orang yang bersihkan tempat itu akan diziarahi beliau..

    ReplyDelete
  13. Hari ini terjah ke pulau besar.. tiada apa yg menarik... seolah pulau ini seperti berada di India atau Indonesia... Ramai bangsa india mungkin untuk ziarah kubur dan Indoesia dtg melancong....
    Terus terang pulau ini indah khabar dari berita..... Seolah pulau yg telah hilang kemahsyurannya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya'Allah masih ada lagi insan2 mulia yg mengimarahkan pulau ini dengan aktiviti2 keagamaan seperti khatam Al-Quran, majlis tahlil dan sebagainya. Semoga usaha seperti ini akan berterusan.

      Delete
    2. Saya kerap ke pulau dari tahun 90 an hingga 2016.. bnyk perubahan yg berlaku di pulau itu.. dulu jika kesana..saya lupa dgn permasalahan yg kita hadapi..

      Delete
  14. Salam. saya plan nak pegi kurnia resort bulan dec 2017 ni. tapi saya call smua number resort tmasuk number sis bagi kat comment atas2, semua failed. tak tahu kenapa. mcm semua number tu dah tak digunakan.. Klau nak bawak baby sesuai ke pergi ke pulau ni? sbb pulau besar ni mcm nampak misteri je >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf byk2, Syamin. Lama dah saya tak jenguk ke sini. Kalau sis peminat mistik, tempat ni mmg sesuai untuk dikunjungi. Tapi kalau sis sekadar nak berjalan2 saja pun blh jer. Nak bawa anak pun pada saya takde masalah. Nombor resort dah bertukar tapi saya takde nombornya.

      Delete
  15. Hai sis,, nak tny LA dkt chalet tu ade TV x?

    ReplyDelete
  16. Ada TV,electric kettle, beri mugs, coffee sachet,

    Admin, nk tya Masjid baru sudah siap ke? Kita nk g April ni, kalau dah siap selesa sikit lah nak buat Qiamulail didalam tu.

    ReplyDelete
  17. Besok ada majlis kat masjid pulau besar jam 10 pagi....

    ReplyDelete
  18. Masih ada num phone chalet kurnia

    ReplyDelete

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Bila Cindaku Menulis | Abjad Rumi Ke 13 | Mencari Identiti
Copyright © 2013. Bila Cindaku Menulis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger