Home » » Kuala Lumpur Dalam Kenangan

Kuala Lumpur Dalam Kenangan

Written By Cinta Menora on Thursday, May 5, 2011 | 5/05/2011 05:29:00 PM

Mak aku pernah bercerita, katanya semasa peristiwa berdarah 13 Mei 1969, kami sekeluarga tinggal di Kuala Lumpur. Ketika itu kami menyewa tingkat atas rumah kedai yang menempatkan Restoran K.M.  Hameed di Jalan Semarak (ada lagi tau restoran tu).


Kata emak, kami hidup dalam ketakutan, lebih-lebih lagi tempat tinggal kami itu adalah di antara kawasan-kawasan yang menjadi spot rusuhan kaum.

Kesesakan jalanraya akibat rusuhan

Anggota FRU berkawal semasa rusuhan

Aku bukanlah nak bercerita tentang peristiwa berdarah yang berlaku tu ... sensitive issue, weiii ... aku nak bercerita tentang semangat kejiranan dan persahabatan yang wujud daripada peristiwa tersebut. Masa tu, mak bapak aku ada dua orang anak kecik ... aku dan adik aku yg baru lahir. Jiran sebelah rumah kami adalah pasangan suami-isteri Cina. Semasa sibuk kes pembunuhan lepas satu, satu orang Melayu dan ketika itu berlaku rusuhan kecil di depan restoran, aku dan adik aku disembunyikan di rumah pasangan tersebut. Ayah "post" kami melalui tingkap ke rumah sebelah. Nasib baiklah aku tak jatuh, kalau tak ... aku tak kan dapat menulis cerita ni. Sekarang, bila aku lalu aje kat Restoran Hameed tu, aku selalu terbayangkan cerita emak. Aduh ... macamana diorang "post" aku ke rumah sebelah tu ye ... ishh ... aku musykil!!

Kebetulan pula selang beberapa hari selepas itu, isteri pasangan Cina tersebut dah sakit nak bersalin ... waktu tu tengah malam. Puaslah si suaminya memanggil-manggil ayah aku ... orang tengah lena tidur, mana nak dengar ... sampai akhirnya batang mop diketuk-ketuk di tingkap rumah aku. Dia minta ayah tolong hantarkan isterinya ke hospital sebab ayah ada kereta ... dan kerana waktu itu kemarahan kaum Melayu mula memuncak lantas kaum-kaum Cina menjadi sasaran, jadi si suami tak berani nak keluar rumah kerana takut dibunuh. Ayah aku pun keluarlah menghantar si isteri Cina tu ke hospital. Di tengah perjalanan kereta ayah ditahan oleh sekumpulan orang-orang Melayu dan ayah pun terus kata, "isteri saya sakit nak bersalin ..." hahaha ... marah mak aku kalau dia dengar ni. Dan aku tertanya-tanya, di mana agaknya pasangan itu sekarang ini ..?

OK lah ... aku nak abadikan gambar-gambar lama sekitar Kuala Lumpur buat kenang-kenangan di sini. Pada aku, gambar-gambar ini semua cukup nostalgik untuk sama-sama kita hayati dan dijadikan koleksi.

Dataran Merdeka
1896 - Pudu Jail
Petaling Street
Bukit Aman
1870 - Jalan Brickfields (Padang/Lapang Bata)
1897 - Bangunan Sultan Abdul Samad
Muzium Negara
Hospital Besar
1926 - Banjir di Jalan Tun Perak (Jalan Jawa)
1909 - Kuala Berlumpur - Masjid Jamek
1897 - Bangunan Sultan Abdul Samad
1950 - Jalan Bukit Bintang
Lake Garden
Share this article :

7 comments:

  1. semasa tercetus 13 mei..saya darjah 5,
    bersekolah di kawasan cina..di klang
    Bapak saya menggelupur datang ngan teksi '' menyelamatkan'' saya dari sekolah.
    ..kemudian masa curfew kami adik beradik belajar ilmu kebal sendiri2 dari sekeping kertas.

    tahun 197i saya mula bersekolah di mbskl.
    restoran yg kamu maksudkan tu berada di simpang flat..berdekatan dengan sek.rendah jalan gurney.

    tahun ..1971 tu ..selepas banjir besar..selalu saya makan roti canai ngan air nenas di restoran tu..

    tak sangka pulak restoran tu masih ujud..
    owhh ye masa tu saya tinggal di persiaran gurney..err...jalan short cut ke kg dato keramat.

    hari sabtu kami swiming di mindef...

    ...kini kenangan sume nye...

    ReplyDelete
  2. ...masa tu aku kocik laiee..aku tak berapo ingek...yang aku ingek maso tu aku dok sebok menyusu..,hinggo dibuai mimpi dan leno...maso tu botol susu tak berapo terkona laie..jadi Dne tak berapo ingek pasal 13 mei tu....

    ReplyDelete
  3. hahahhh ... dah antik rupanya PA ni, ek ... berbeza dgn den cdo, masih menyusu badan ...

    restoran tu masih ada lagi ... siap ada signboard "ramada" tu ... hehehe

    tahun 71, saya dah berpindah ke seremban .. 2 tahun tadika di sana ...

    so kiranya ni ... PA masih kebal ke? huhu .. den cdo dah jadi kereta kebal ...

    ReplyDelete
  4. life yang saya lalui tak se interesting dan tough sebagaimana sahabat kita den cdo..pernah berada pada dua alam...army dan civilian..

    namun dalam dunia kita masing2 ia tetap unik dan tersendiri.

    ..oowhhh what a wonderrful world....

    ReplyDelete
  5. hahaha ... nasib baik PA reiterate balik maksud dua alam tu, kalau tak ... saya dah fikir ke lain

    kita berpijak di bumi yg sama, menyedut udara yg sama, namum dunia kita berbeza ... masing2 ada kisah sendiri yg blh diceritakan ...

    salam jumaat semua ...

    ReplyDelete
  6. Entry nie bermanfaat untuk assignment saya.. Thankz......

    ReplyDelete

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Bila Cindaku Menulis | Abjad Rumi Ke 13 | Mencari Identiti
Copyright © 2013. Bila Cindaku Menulis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger