Home » , , , » Marina Resort, Pulau Besar - Terbiar Angkara Bunian?

Marina Resort, Pulau Besar - Terbiar Angkara Bunian?

Written By Cinta Menora on Thursday, August 15, 2013 | 8/15/2013 07:58:00 PM

Menjejak Misteri Pulau Besar - Bahagian 5

Kami meneruskan perjalanan ke Marina Resort, sebuah resort bertaraf 5 bintang dengan pelaburan yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit. Tetapi malangnya, resort ini telah tidak beroperasi lagi. Dikatakan antara punca kegagalan projek ini adalah kerana tidak mencapai persetujuan bersama di antara pemaju dengan "penghuni asal" tempat tersebut iaitu masyarakat bunian!!

Lokasi: Pulau Besar, Melaka
Tarikh: 2 - 3 Jun 2013
Klik di sini untuk membaca artikel berkait dengan Pulau Besar.

perkampungan-bunian-pulau-besar
4:01 pm - Jalan masuk ke Perkampungan Bunian

perkampungan bunian pulau besar

perkampungan bunian pulau besar

istana bunian marina resort
4:03 pm - Di atas tapak bangunan inilah dikatakan terletaknya Istana Bunian

Menurut sumber masyarakat tempatan, semasa projek Marina Resort ini hendak dimulakan, satu "rundingan" telah diadakan di antara wakil pemaju dengan "penghuni asal" di sini. Kononnya semasa rundingan tersebut dijalankan, sebahagian daripada pemimpin-pemimpin masyarakat bunian bersetuju untuk berpindah tetapi sebahagian yang lain membangkang, sehingga akhirnya tiada penyelesaian serta kata putus diambil.

Pihak pemaju kemudiannya telah dinasihatkan agar tidak meneruskan projek tersebut sehinggalah persetujuan sebulat suara diperolehi dari semua pemimpin masyarakat bunian tetapi pihak pemaju tetap berdegil dan meneruskan juga pembinaan resort tersebut walaupun terpaksa berdepan dengan berbagai-bagai halangan serta kejadian-kejadian anih yang menimpa pekerja-pekerja mereka.

istana bunian marina resort

Di bawah ini adalah artikel yang aku petik dari sumber Wikipedia tentang Istana Bunian dan Perkampungan Bunian.

Istana Bunian

Terletak di tengah-tengah perkampungan bunian. Sebuah kawasan tanah tinggi yang tidak dapat ditolak oleh jentera biasa. Kawasan ini ingin dimajukan oleh pihak Marina Resort tetapi sehingga kini projek itu tidak dapat diteruskan.

Menurut sumber dari pihak pengurusan Marina Resort, jentolak yang ingin menolak jentera tersebut telah meletup sewaktu kerja-kerja meruntuhkan tanah tersebut sehingga menyebabkan pemandunya meninggal dunia.

Perkampungan Bunian

Sebuah kawasan yang terdapat di Marina Resort dan dipercayai satu perkampungan orang-orang bunian. Kawasan sebenarnya ingin dimajukan tetapi disebabkan masalah ekonomi dan masalah jerebu yang melanda pada tahun 1997-1999, maka pembinaannya tidak dapat diteruskan. Kawasan tersebut juga terdapat telaga dan tasik bunian. Telaga tersebut juga dipercayai merupakan telaga pertama di pulau hasil munajat pak syeikh bagi mendapatkan bekalan air tawar sehingga kini malah air tersebut juga apabila diminum amat menyegarkan.

Menurut cerita, sebenarnya terdapat sejumlah 146 buah kampung orang bunian di kawasan Pulau Besar ini tetapi kawasan ketara yang boleh dilihat hanyalah di kawasan Marina Resort ini sahaja.

Baru-baru ini, dalam 5hb April, kawasan tersebut telah dibersihkan, tunggul-tunggul kayu dibakar kerana khabarnya "mereka" yang tinggal di kawasan tersebut telah berpindah ke pulau Sri Embun. Wallah Huaqlam.


istana bunian marina resort

marina resort pulau besar
Cantik kan pemandangan di sini? Kelihatan air laut yang membiru terbias dari warna biru langit ... sejuk mata memandang ...

marina resort pulau besar
Laluan ini membawa kami ke kawasan penginapan di Marina Resort

Marina Resort


marina resort pulau besar
Resort yang tersergam indah walaupun tidak beroperasi lagi

marina resort pulau besar

marina resort pulau besar

marina resort pulau besar
Sayang ... resort ini cukup cantik dan menarik untuk dibiarkan begitu sahaja tanpa penghuni

marina resort pulau besar

marina resort pulau besar
Air laut yang membiru kelihatan dari sini

marina resort pulau besar

marina resort pulau besar

marina resort pulau besar
4:15 pm - Kami membelok ke kanan menyusuri laluan semak-samun untuk ke Perigi Bunian. Laluannya agak sukar kerana ditutupi dengan blok-blok kayu yang telah mati.

Perigi Bunian


perigi bunian pulau besar
4:20 pm - Akhirnya, kami tiba di Perigi Bunian

Baru aku tahu kenapa Abg Jamal mengutip botol-botol kosong semasa dalam perjalanan ke sini. Beliau ingin mengisi air dari Perigi Bunian ini ke dalam botol-botol untuk minuman kami. Kami yang memang sudah terlalu kehausan dan kepenatan, tidak melepaskan peluang meneguk air dari perigi ini. Mungkin sebab aku terlalu haus, aku boleh menghabiskan air satu botol besar ini dalam masa tak sampai seminit. Aku yang selalunya terlalu mengikut ISO standard dan quality control, kali ini tidak lagi memikirkan apa-apa selain daripada ingin menghilangkan rasa haus dan dahaga yang terlampau sangat. Airnya jernih, tidak berbau dan rasanya begitu segar walaupun aku terlihat kelibat beberapa kuntum bunga di dalam perigi tersebut. Ermm ... pastinya ada yang mandi bunga di sini ...

perigi bunian pulau besar

Kenapa perigi ini dipanggil Perigi BunianAku sunting dari blog Nur Aflah tentang kisah di sebalik nama ini.

Perigi ini terletak di bahagian kanan kawasan Marina Beach Resort dan kedudukannya memang hampir dengan pantai. Terdapat pokok bakau dan juga pokok mengkuang di sekelilingnya. Dalam banyak-banyak perigi yang saya temui di pulau ini, saya dapati air di perigi ini yang paling jernih dan bersih. Ketika saya sampai ke perigi ini, terdapat beberapa pengunjung lain yang sedang melakukan upacara ‘yang saya tidak ketahui’ di perigi tersebut.

Menurut cerita orang tempatan, perigi ini digelar perigi bunian kerana nelayan yang sering berlindung di kawasan ini ketika cuaca buruk selalu terdengar suara sekumpulan wanita sedang bersuka-ria di perigi itu. Oleh kerana kedudukan perigi itu terletak dalam kawasan perkampungan orang bunian, maka ia didakwa sebagai perigi yang dikuasai orang bunian. Tidak jauh dari kawasan perigi ini pula terdapat sebuah tasik yang dipanggil tasik bunian.

Sejak akhir-akhir ini, perigi bunian begitu popular di kalangan pengunjung Pulau Besar. Kebanyakan yang datang ke perigi ini dikatakan membawa hajat tertentu. Saya perhatikan, terdapat banyak bungkusan mentera yang dibalut dengan kain kuning yang telah digantung pada rimbunan pokok-pokok yang terdapat di sekeliling kawasan perigi ini. Perbuatan ini dipercayai dilakukan oleh mereka yang beragama Hindu.

perigi bunian pulau besar

perigi bunian pulau besar

perigi bunian pulau besar
Satu botol lagi untuk bersiram dan menyejukkan badan ...

Semasa kami sedang mengisi air, ada sekumpulan orang-orang India yang datang dari arah pantai dan menyapa Abg Jamal. Kata mereka, air sedang pasang dan arus terlalu kuat, menyebabkan laluan ke Tasik Bunian tidak boleh dimasuki. Hampa rasanya hati aku ... nampaknya kami tidak berpeluang ke Tasik Bunian kali ini.

Seketika kemudian, datang lagi satu kumpulan orang-orang India dengan membawa beberapa bungkusan berisi bunga-bungaan, kain basahan, botol-botol kosong dan baldi. Dengan nada lembut tetapi tegas, Abg Jamal menegur mereka agar tidak mandi berhampiran dengan perigi tersebut dan jangan membiarkan bunga-bunga masuk ke dalam perigi. Nampaknya teguran itu difahami mereka ... harap-harap begitulah.

Selepas mengisi kesemua botol-botol yang ada dengan air perigi, kami berpatah balik mengikut jalan yang kami lalui tadi. Kali ini masing-masing membawa bebanan 2 botol air besar yang menjadikan perjalanan kami tidak berapa lancar. Anak perempuan aku asyik merungut kerana terpaksa membawa botol air. Aku pula, asyik meneguk air sepanjang perjalanan supaya dapat meringankan bebanan ... :)

laut mengadap marina resort
4:26 pm - Kami menyusuri tembok-tembok batu yang dibina sepanjang laluan pantai

laut mengadap marina resort

villa marina resort pulau besar
4:27 pm - Dari jauh kelihatan villa-villa penginapan Marina Resort yang tersergam indah

laut mengadap marina resort
Aku mengalihkan pandangan ke arah pantai. Subhanallah ... cantiknya pantai di kawasan ini

villa marina resort pulau besar
Kami semakin menghampiri kawasan villa

laut mengadap marina resort
Aku tidak mahu melepaskan peluang untuk merakamkan keindahan di sebalik tembok batu ini

pulau besar melaka
Arus laut agak kuat

pulau besar melaka

marina resort pulau besar melaka
4:28 pm - Kami melepaskan penat sebentar di sini. Di belakang kami, kelihatan Pulau Hantu.

pulau besar melaka


Itu lah dia Pulau Hantu. Menurut Abg Jamal, orang-orang yang tidur di pulau ini selalunya akan berada di tempat lain apabila terjaga, seolah-olah ada yang mengalihkan mereka semasa tidur. Hajat di hati, nak juga ke Pulau Hantu tapi kami kesuntukan masa. Selepas 10 minit berehat, kami meneruskan perjalanan menuju ke arah villa yang tersergam indah di hadapan kami.


marina resort pulau besar melaka
4:39 pm - Kalau aku kaya ... ermmmm

marina resort pulau besar melaka

Bercirikan rekabentuk Sepanyol laksana sebuah istana mewah dengan cat rona putih yang menyerlahkan lagi keindahannya, projek yang menelan belanja berjuta-juta ringgit ini akhirnya terpaksa dibiarkan sepi begitu sahaja. Walaupun tidak beroperasi lagi, pemilik resort ini masih lagi menjaga dan menyelenggara resort ini dengan baik. Difahamkan, ada bilik-bilik yang masih digunakan di sini yang menempatkan pekerja-pekerja seperti tukang masak, pegawai penyelenggara bangunan, kerani dan pengawal keselamatan.

Difahamkan juga, beberapa rundingan telah diadakan di antara pemilik resort ini dengan beberapa syarikat asing yang berminat untuk memajukan semula resort ini sebagai pusat peranginan antarabangsa. Entah kenapa hati kecil aku amat mengharapkan, walau apa pun cadangan yang dikemukakan syarikat asing, walau setinggi manapun harga tawaran yang dikemukakan, mudah-mudahan rundingan tersebut menemui kegagalan. Ishhh ..!! Kenapa jahat pula hati aku ni ...?


marina resort pulau  besar melaka

pulau besar melaka
4:54 pm - Sayu hati meninggalkan tempat ini

Sepanjang perjalanan balik, aku asyik memikirkan tentang resort ini. Mengapa ianya tidak boleh dimajukan? Adakah kerana gangguan-gangguan dari makhluk-makhluk ghaib? Mengapa tidak ada "rundingan susulan" dengan mereka? Entahlah ye ...

Sayang ... tempat yang cantik dan indah dengan pemandangan di sepanjang pantai yang memukau dan menggamit hati setiap yang berkunjung di sini dibiarkan sepi sebegini. Alangkah baiknya tempat ini dijadikan Institut Pengajian Tinggi Islam Antarabangsa daripada dijadikan pusat peranginan. Bukankah bagus sekiranya dimajukan sebagai Pusat Tahfiz Al-Quran dan dijadikan tempat penginapan bakal-bakal hafiz ..? Kan elok kalau tempat seperti ini dapat melahirkan bakal-bakal ilmuan Islam yang boleh menguasai ilmu-ilmu kebatinan?

Kalaulah aku kaya, aku ingin membeli saham-saham milik Tan Sri Wan Azmi ini atau mungkin juga aku akan membeli keseluruhan saham-saham milik persendirian, syarikat dan milik Kerajaan Negeri Melaka, agar aku akan menjadi pemilik tunggal Pulau Besar. Boleh ke ek ..? Masalahnya ... aku tak kaya. Ini cuma angan-angan dan cakap-cakap kosong daripada orang yang tak kaya macam aku ini ... cakap memang senang. Well ... I will keep on dreamingzzzzzz ...!!! Manalah tahu, Tan Sri Wan Azmi nak bagi aku free resort ini ... hehehe :)


Share this article :

55 comments:

  1. cinta menora,

    Memang benar lah resort dan tempat ini amat cantik.

    Mungkin mustahil untuk Tan Sri tu nak bagi lu percuma. Tapi kalau lu ada plan nak jadikan tempat ini sebagai Pusat Tahfiz Al-Quran lu memang boleh runding semula dengan nya untuk membeli nya.

    Segala wang untuk membayar nya lu buat ikut sistem wakaf... saham akhirat tu weiii. Wa pasti ramai yang ingin berwakaf.

    Rundingan dengan 'penghuni asal' tu..wa tak tau lah nak bagi advice.

    Mungkin buat masa ini lu tidak kaya wang ringgit tapi jelas lah lu kaya..kaya... kaya ape haaa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa kaya ke, OR?

      Ishh ..!! Idak ler ... wa tak kaya. Wa miskin segala ... fakir, hina, dina. Wa tak punya apa-apa. Semua yang ada kat sini pun bukan wa yang punya ... huhuhu.

      Tapi kalau lu kata wa kaya ... insya Allah, alhamdulillah, ameen. Mudah2an masin mulut lu haa ...

      Bagus cadangan lu untuk buat sistem wakaf tu. Nanti wa cuba calling2 Tan Sri Wan Azmi, wa kasi cadangan. Mana tahu dia terima cadangan orang tak kaya macam kita ni, kan ...

      Delete
  2. bangunan2 tu mmg kosong ka kak??
    ish..lawa tu....
    bila baca ni,tingat lak novel ramlee awang murshid yg sy baca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kosong, Sue. Kalau takde tempat tinggal, boleh gak kita tumpang tidur kat situ. Tempat tu memang lawa, 5 star resort lah kata kan ...

      Novel Ramlee Awang Murshid tu cerita Ungu Karmila ke? Akak dah baca ... suspen citer dia, leka baca sampai tengah malam pun tak sedar sebab nak tahu endingnya ... Kalau baca buku ilmuan, baru 1st page dah ngantuk ... hehehe

      Delete
  3. Assalam,ada contact no Abg Jamal tu x?enail to me please munshee@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak ke sana ke? Sekejap lagi saya email ye ...

      Delete
    2. Salam CMenora.
      Saya Satar Dari Sepang. Saya baru je minggu lepas dtg ke Pulau Besar Dan kagum dgn bangunan resort yg terbiar tu.
      Sememangnya bagus sekali kalau tempat itu dijadikan Pusat Pengembangan Islam Sejagat, sepertimana wujud Pusat sedemikian 500 tahun dahulu.
      Tapi hanya waris sheikh alma rhum sultan Ariffin @ sultan Aulia ibni almarhum AlSheikh Abdul Qodir Jailani Karamallahu Wajhah sahaj yang boleh melaksanakannya.

      Delete
  4. salam ada contact abg Jamal saya nak buat penggambaran di resort tu, azlanzaharie@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya abg jamal semakin popular ... hehehe.
      ok sekejap lagi saya email.

      Delete
  5. Salam..ade no contact abg jamal or pegawai2 di marina resort x??mohon send ke email sy ASAP...sy try call no abg ghazali marina resort,tp x dpt..please email ASAP...weekend ni ade operasi di sana..TQ.. hafiizuddin88.upm@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok nanti saya email contact no abg jamal ye ...

      Delete
    2. Salam saya pun nak minta no abg jamal..insyaallah akn ke sana awal januari 2014...terima kasih...cher_pira@yahoo.com

      Delete
  6. Akak tak g naik ke resort tu? Banyak btul perkara khurafat di sana kan? Rase mcm tak percaya perkara bgitu ada di msia. Sy merasa camping di pulau besar thn 2011. Ptg tu sms melawat kwsn marina resort, slh sorg kwn kena gangguan yg mengikut sampai kami pulang ke darat.. Jenuh mencari ustaz utk hantar benda tu blk ke pulau.. Bermalam di pulau pula kami dilanda ribut dengan bunyi angin yg soooo skeri.. Khemah2 terbang dilanda angin kuat dr laut yg dipantul ke bukit.. Keadaan ms tu mmg menakutkan melihat tiupan angin spt berlaku bencana alam.. Kami semua tidur di lantai gerai mknn mlm tu.. Seronok dpt pglmn ni.. Hew hew hew

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurein,

      Akak memang lalu di resort tu untuk ke perigi bunian. Sempat singgah di kawasan villa selepas keluar dari kawasan perigi bunian tu. Cuma tak boleh masuk ke dalam villa sebab pintunya berkunci. Kawasan resort tu memang rasa creepy ... mcm ada orang yg perhatikan kita dari atas, kan?

      Wah! Kawan kena gangguan? Pastinya satu pengalaman yg tidak boleh dilupakan. Juga pengalaman dilanda ribut ... cemas tapi menyeronokkan. Bila nak pergi lagi agaknya tu ..?

      Delete
    2. Kalau misal kata nak pergi bermalam di pulau besar ada ke hotel atau resort lain selain di Marina tu?

      Delete
  7. Salam
    Utk makluman sepengetahuan saya marina resort tu sememangnya tidak pernah beroperasi semenjak dibina. kalau tak silap saya pembinaannya pun masih belum siap 100%. semasa dibawah pengurusan tan sri wan azmi hotel pandanusa telah sedia ada dan tan sri wan azmi bangunkan padang golf chalet persendirian beliau berhampiran pantai dan jeti anjung batu. kalau ikutkan perancangan dasar yang dibentang pada krjn negeri pulau tu akan jadi sebuah pulau pelancongan exclusive lengkap dgn golf club dan kondo tapi Allah lebih mengetahuinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalaamualaikum tuan,

      Terimakasih atas infonya. Jika ada lagi cerita menarik tentang Pulau Besar, silalah kongsikan di sini. Saya difahamkan, TS Wan Azmi ingin menjual sebahagian sahamnya, benarkah begitu?

      Delete
  8. Assalamualaikum......Maaf....boleh sy minta No hp bg Jamal?
    Kalau nak ke Pulau Besar tu dari Melaka dari mana n pembiayaan nya berapa?
    Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Tuan Hardi Anto,

      No telefon abg Jamal yg ada dalam simpanan saya sudah tidak aktif lagi.

      Delete
  9. Assalamualaikum..pn.CM...entry pling bez coz ada soal rundingan...sbb sy sniri pnah trjdi rndingan dngn pghuni sebelah...tp dngn org laen yg jd org prantaraan...truz trang...sy xpcaya soal nie...tp..smpy skunk pghuni sbelah still mai kt sy aspecially mlm jumaat...sy xpcaya coz prjanjian tu tlalu pelik n xmsok akal...btw...entry pn.CM...memg bnyk bg inf...Thankz pn.CM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam tuan Asrul Anuar,

      Terima kasih terlebih dahulu sebab menjenguk blog saya yg tak seberapa ini.

      Cer citer sikit tentang rundingan tuan dengan penghuni sebelah tu. Apa perjanjiannya kalau boleh dishare di sini ...

      Delete
  10. Blog yg best..thanks share cte pasal pulau besar...seronok mbacanya...harap kongsi lg tempat2 yg menarik especially yg bsejarah :)

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Cinta, Baru terserempak dengan blog kak, cerita yang sangat2 menarik dan teringin sekali saya kesana. Kak, boleh ke sekiranya kak message di inbox saya nombor Encik Jamal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sis,

      No abg Jamal yg ada dlm simpanan akak sudah tidak aktif lagi. Tapi sis boleh jer pergi ke sana dan dapatkan perkhidmatan tour guide ataupun ikut saja jalan susur dan bertanya arah pd org2 yg berniaga di sana.

      Delete
  12. Replies
    1. Sama-sama CM.
      Last year pergi sana...byk perkara kurafat berlaku..yg di lakukn oleh penganut ugama....??

      Delete
    2. Perigi bunian salah satunya..dicemari 😢

      Delete
    3. Benar tu, En Radz Khan. Kena ada pemantauan di situ.

      Pernah minum air perigi tu tak?

      Delete
    4. Slps penat pusing pulau hari pun maghrib trus brsiap utk solat di masjid..mlm tu balik ke resort..perghhhh jumpa mcm2 perkara aneh dan misteri😨

      Delete
  13. pernah buat kerja kat marina resort 2013, tempat memang cantik, bab2 yang kena kacau memang ade, sll jadi pada yg mulut celupar jer..

    ReplyDelete
  14. Masih tiada perubahan ke pada pengoperasian hotel tersebut skrg...2017 -2013...4 thn....

    ReplyDelete
  15. Sy pernah pergi akhir tahun 2014..tp kami pergi ke kawasan makan wali sultan ariffin....balik tu kami diikut oleh nenek kebayan....dr sejarah yg saya baca ....itu adalah kawasan yg dibuka oleh wali Allah...mubaligh islam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye benar .. dibuka dan dijadikan penempatan oleh para2 pendakwah Islam, ulama2 serta wali2 Allah.

      Delete
  16. Kita boleh masuk ye kwsn marina resort tu? Tak tau pulak...sayangnya...kena pergi lagi la ni nampaknya

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum

    sy baru membaca entry puan. menarik. terima kasih atas perkongsian yg sgt berinfo.
    cerita husbnd tentang pulau besar membwa sy untuk mencari info pulau besar.
    20 taun lepas husbnd penah pergi ke pulau besar bersama family.
    die didtgan oleh seorg perempuan berjubah hitam dan menceritakan tentang kejadian bot karam.
    smpi skrg die masih tertnya2 siapa perempuan tu.
    ketika di sana die menginap di pandanusa resort.

    ReplyDelete
  18. Cantiknya resort.. sayang dibiarkan..
    Eh saya ke org first yg komen tahun 2019 ni? ������

    ReplyDelete
  19. Wah menarik cerita korang semua i like its.. Insyaallah klau ade rezeki sya nl singgah pi tmpat tu kjp nk tgok.. Maybe lh

    ReplyDelete
  20. Satu artikel yg menarik Dan berinformasi blh dijadikan sebagai panduan bgi yg hendak membuat lawatan ke Pulau Besar.Thaniah utk Cinta Menora semoga Ada lagi susulan eksipidisi dilokasi yg lain pda Masa akn datang!!!

    ReplyDelete
  21. Penulis cam babi....sebangang2 manusia berjuta kali lebih mulia dan sempurna dari jin dan syaitan.

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum..izin kan saya guna salah satu gambar untuk thumbnail YouTube.

    ReplyDelete
  23. Sampai thn 2022, resort masih terbiar ker?

    ReplyDelete
  24. Setakat sy gi 1 jun 2024 ...hanya 1 resort yg beroperasi ...br mula dr bln kan 2024...ramai org ber kelah di tepi makam ...

    ReplyDelete

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Bila Cindaku Menulis | Abjad Rumi Ke 13 | Mencari Identiti
Copyright © 2013. Bila Cindaku Menulis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger