Apa yang perlu aku buat sekarang? MY terlalu mendesak aku, sedangkan aku masih belum bersedia. Satu hari hampir 10 kali MY menelefon aku dari pondok telefon berdekatan dengan rumahnya. Setiap kali telefon berbunyi, emak dan ayah aku pasti akan bising-bising marahkan aku dan setiap kali itu juga aku akan letak telefon bila dengar suara MY. Masuk hari ke empat, aku dah tak tahan lagi, lantas aku berjanji akan berjumpa dengan MY di AG.
Bila kami berjumpa, aku tengok MY seperti tak terurus. Matanya cengkung tapi cukup tajam memerhatikan aku. Katanya, lagi 3 hari dia akan pulang ke kem di PD dan dia mahu pulang dengan hati yang tenang. Lantas dikeluarkannya sebentuk cincin emas belah rotan dari saku seluar dan diberikannya pada aku. Dan katanya lagi, anggaplah ini sebagai cincin pengikat kami berdua menandakan yang aku adalah miliknya. Aku terkedu, tak tahu apa yang harus aku katakan. Aku tak suka didesak dan perbuatannya itu buatkan aku rasa marah. Aku kembalikan cincin tersebut dan aku katakan yang aku masih perlukan masa. Kami bertengkar seketika dan dengan tiba-tiba MY mencampakkan cincin tersebut ke seberang jalan. Melihatkan itu, aku terus beredar dan aku sempat katakan padanya bahawa ini adalah perjumpaan kami yang terakhir.
Setiba aku di rumah, telefon berbunyi dan bila aku angkat, aku dengar suara latar seolah-olah bunyi cengkerik yang biasa aku dengar bila MY menelefon aku, tapi kali ini dia tidak berkata apa-apa, cuma kadang-kala aku dengar helaan nafas yang panjang. Perkara itu dilakukannya selang 2 jam sekali dan aku jadi rimas kerana asyik dimarahi emah dan ayah. Perkara yang sama berulang lagi esoknya sehingga dalam jam 5 petang, seorang kawan perempuan aku yang sekampung dengan MY menelefon aku. Katanya, "ko jangan cari MY lagi, dia dah tak ada ..." dan dengan pantas aku jawab, "dia dah balik PD lah tu ..." Dan kawan aku berkata lagi dengan nafas yang putus-putus, "dia dah tak ada lagi ... puaslah hati ko sekarang ..!" dan terus dihempasnya ganggang telefon. Antara dengar dengan tidak aku masih tak dapat menangkap apa yang diperkatakan kawanku sebentar tadi. 2 minit kemudian, aku dapat panggilan dari seorang lagi kawan MY yang mengajak aku ke hospital. Darinya aku mendapat khabar yang MY kemalangan dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Aku masih tak percaya dengan apa yang aku dengar. Di hospital, aku lihat keluarga MY menangis dan aku dapat rasakan kehadiran aku tidak disenangi. Mata-mata yang memandang aku memberi makna seolah-olah akulah penyebab kematiannya. Dari kawan-kawan di situ, aku diberitahu yang MY telah pergi ke AG untuk ke pejabat pos dan dalam perjalanan pulang, motornya telah bertembung dengan van secara berdepan. Saksi yang melihat kejadian mengatakan, MY memandu motornya terlalu laju tapi tidak ada sebab mengapa MY boleh merempuh van yang datang dari arah bertentangan kerana jalanraya ketika itu lengang ... seolah-olah dia sengaja merempuh van tersebut.
Aku cuma dapat melihat dari jauh mayat MY yang diusung keluar. Baju dan seluar putih yang dipakainya berlumuran darah. Bahagian kanan badannya sudah tidak berbentuk, hancur kerana rempuhan yang kuat. Biji mata kanannya terkulai keluar. Benarkah dia yang aku lihat itu? Aku langsung tak mengalirkan airmata ketika itu. Aku masih dalam keadaan terkejut. Ya Allah, cepatlah ... kejutkan aku dari mimpi ngeri ini ....
Aku cuma dapat melihat dari jauh mayat MY yang diusung keluar. Baju dan seluar putih yang dipakainya berlumuran darah. Bahagian kanan badannya sudah tidak berbentuk, hancur kerana rempuhan yang kuat. Biji mata kanannya terkulai keluar. Benarkah dia yang aku lihat itu? Aku langsung tak mengalirkan airmata ketika itu. Aku masih dalam keadaan terkejut. Ya Allah, cepatlah ... kejutkan aku dari mimpi ngeri ini ....
Bangun..bangun..kau terlolop ko...!!!!!
ReplyDeletehehehe ... dah bangun ni ...
ReplyDelete..dan khamis lepas..
ReplyDeletedia baru pulih dari trauma sejak sekian tahun..
ingat..
jangan pandang belakang..
tetap kena pandang belakang ...
ReplyDelete