Ada orang tanya aku ... apa yang terjadi masa tahun 1985? Susah aku nak jawab. Sebenarnya, aku dah lama cuba lupakan ... dan semalam, aku berjaya hapuskan sedikit demi sedikit jejaknya ...
Setiap kali aku dengar lagu ini, aku jadi sebak ... teruk sangat ke aku? Jahat sangat ke aku sampai sanggup melukakan hati seorang insan? Aku tarik nafas dalam-dalam ... berat rasanya nafas aku kali ini. Aku cuba mengimbau kembali kisah lama ... kenangan aku dan dia ...
Aku kenal MY di sekolah rendah, masa darjah 5 dan 6 ... cukup lama tu. Kami jarang bertegur-sapa. Aku ni, biasalah ... orang baru, tentulah jadi bualan ... tapi aku buat selamba aku aje. Den Cdo kata aku garang ... tak kesahlah tu ... aku school prefect ... tentulah garang, kan ....
Masuk menengah, kami ikut haluan masing-masing. Aku antara pelajar tawaran khas ... aku dapat biasiswa dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5. Bukan banyak pun, RM25 aje sebulan .. tapi zaman aku dulu, RM25 tu dah cukup kaya ...
5 tahun aku di MGHS (semua pelajar perempuan), jarang sekali aku berjumpa dengan kawan-kawan sekolah rendah. Kalau bertembung pun semasa kami pergi "outing" atau di bus-station semasa pulang ke kampung .. itu pun sekadar hi-hi bye-bye aje. Cuma sepanjang aku di MGHS, aku sering ditemani warkah-warkah dari MY dan SS yang juga sama sekolah rendah dengan aku. Aku ni malas tulis surat, kalau rajin baru aku balas. Selalunya kami update cerita semasa dan aktiviti-aktiviti kami sepanjang persekolahan, itu aje ... nothing extraordinary ...
Aku ke tingkatan 6 di MHS tapi kerana aku kena menunggu untuk mendapat tempat di asrama, aku minta pindah ke sekolah yang dekat dengan kampung aku di AG. Dan di sinilah bermulanya banyak kisah cinta bersegi-segi antara aku dan dia ... dan dia ... dan dia ....
Di SDHTK, aku jumpa semula ramai kawan-kawan sekolah rendah dulu, antaranya kembar si MY. Dari kembar MY, aku sering mendapat berita tentang MY yang ketika itu di CTP Jabatan Tempur, Sekolah Jurutera di Kluang. Kembar MY jugalah yang menjadi orang tengah yang mengaturkan pertemuan pertama kami dan dia jugalah yang menjadi spy MY ... habis segala cerita tentang aku sampai ke pengetahuan MY.
Inilah dia MY ... kalau ada yang masih ingat, aku ada tulis tentang kisah "Aku & Askar" dalam blog aku sebelum ini ... dan betapa sinonimnya aku dengan askar ... inilah salah satunya ...
Yang bawah ni ... MY (no. 2 dari kiri) yang sedang merenung tu ... hansem gak, kan ...
MY cukup rajin tulis surat ... berjela-jela dan berhelai-helai mukasurat depan belakang yang ditulisnya. Balasan darinya pun cukup pantas. Aku pulak, ikut mood aku ... kalau rajin, aku balas cepat ... kalau tak, lepas seminggu dua baru aku balas. Mula-mulanya surat MY lebih banyak bercerita tentang hal-hal seharian yang berlaku tapi lama-kelamaan, aku dapat rasakan ada cemburu yang bertandang di hatinya. Dia banyak mendengar cerita-cerita tentang aku daripada kembarnya dan juga dari kawan-kawan yang lain dan sejak dari itu, aku sering rasa segala gerak-geri aku diperhatikan dan aku mula rasa lemas dan terkongkong ...
OK lah ... cukup dulu untuk hari ini. Bagi aku bernafas lega sat ... senang-senang nanti, aku sambung balik ....
hhehehee..bukan kasi nafas lega...kasi cari tissue dulu...hahahahaaa...!!!!
ReplyDeletedrama bersiri ni...
ReplyDeleteadusss ... nak sambung lagi ke? den cdo dah cari tissue tu ...
ReplyDelete