Aku nak story sikit pasal group ni ...
Group ini ditubuhkan hari Jumaat, 8 Oktober 2010 dan disertai oleh 5 (kadang-kadang ada 6) orang kaum bapa dari P5KH yang diketuai oleh Tok Penghulu Kg Kelapa Sebatang. Kalau korang tengok yang menyanyi pakai baju Melayu siap dengan songkok sambil bersandar kat pokok kelapa tu, Tok Penghulu lah. Cuba tengok tangan kiri dia kat mana ...
Aku tak tahu kenapa diorang gelar group diorang ni Bujang Lapok. Nak kata bujang, semua pun laki orang .. nak kata lapok, kurang periksa lak aku. Klope de Klapa pulak asalnya Koloper de Kelapa, cuma aku spanishkan sikit nama tu, barulah glamour. Klope tu ... hehehe ... malaslah aku nak sebut tapi de klapa tu sebab diorang ni suka sandar kat pokok kelapa bila menyanyi.
Video ni aku rakam masa jamuan raya tahun lepas di kawasan perumahan tempat tinggal aku. Aku gelak sorang-orang setiap kali aku tengok video ni. Suara diorang memang kelas, gaya pun macho ... boleh masuk Gelanggang Raja Lawak. Gambar tak berapa cantik sebab aku ambil guna handphone ... dah lah masa rakaman, aku dok tergelak sakan ... itu pasal video ni goyang-goyang. Lain kali aku nak suruh diorang rakam baliklah video lagu ni. Apa-apapun korang layan aje lah, ye ... aku dah ngantuk ... zzzzzzzzzzzzz
lawak gile group ni haaa..
ReplyDeleteklope de klapa...macam kena gaya je dengan tok penghulu yang suara high pitch yg tak sampai...
kalau group ni ada buat show, bagi tau...haa
nak pi tengok la....ekeke
jangan tengok aje PA ... kalau PA ada, PA pun akan masuk dalam group koloper ni jugak ...
ReplyDeleteinilah group kaum bapa yg selalu memeriahkan suasana di tempat kami. masing2 dgn cara sendiri. kalau bab menyakat, memang no. 1 ... tok penghulu kami pun sporting ... jom PA, join group ni ...