Email yang aku terima dari adik perempuan aku hari Isnin lepas cukup mengharukan hati aku. Atas daya usahanya, dia telah mengimbas (scan) gambar-gambar nostalgia kami sekeluarga yang masih ada dalam simpanan di kampung dan diemailkan kepada semua adik-beradik untuk tatapan dan simpanan kami. Sebenarnya mak aku dulu banyak simpan koleksi gambar keluarga ... ada yang disimpan dalam album, ada juga yang disimpan dalam kotak kasut. Tapi kerana kami sering berpindah-randah, lama-kelamaan gambar-gambar itu hilang entah di mana letaknya, ditambah lagi tiada orang yang menjaga dan menghiraukannya. Pernah dulu aku cuba cari balik gambar-gambar lama ini tapi dek kerana sibuk dengan hal-hal lain, niat aku tersimpan begitu saja.
Koleksi gambar-gambar ini aku abadikan di sini supaya dapat ditatap oleh generasi akan datang. Bagi aku, gambar-gambar ini cukup bermakna kerana setiap kali aku menatap gambar-gambar tersebut, aku terbayangkan pengorbanan seorang ibu dan ayah dalam membesarkan 7 orang anak dengan penuh kepayahan, kesusahan dan dengan seribu satu macam dugaan yang terpaksa ditempuh. Tak terbalas jasa-jasa mereka dari dulu hingga kini ... dan aku rasa cukup bertuah kerana masih berkesempatan untuk bersama-sama mereka sehingga ke hari ini. Ini sebahagian saja dulu yang dapat adik aku hantar, aku masih lagi menunggu koleksi-koleksi yang lain ...
|
Grand jugak nampaknya perkahwinan mak bapak aku ni. Majlis berlangsung di Singapura pada 7 Mac 1965. |
|
Gaya ala-ala P. Ramlee |
|
Pasangan bahagia (aku rasa mak aku pakai korset ni, tak pun talipinggang besi untuk ikat kain sarung) |
|
Ni adik aku yang no. 3 dan 4 ... kembar ni, weiii ... tapi asyik gaduh aje ... |
|
Kami berempat beradik |
|
Gambar ni masa kami tinggal di Temerloh ... aku masih ingat lagi alamatnya: No 72B, Jalan Sinar, Temerloh, Pahang. Sebenarnya ayah aku nak ambik gambar kereta dia tu ... sampai kami 4 beradik terpaksa berpanas terik nak berposing. |
|
Hahaha ... dulu-dulu, mak aku dahsyat gak ... pakai rambut palsu ... |
|
Makin lama, makin ramai keluarga kami ... masa ni kami dah 6 beradik ... weiii apasal aku takde kat sini? |
|
Haa ... time ni gambar dah ada colour. Kereta apa pulak yang ayah aku pakai kat belakang tu ... Datsun kot? |
|
Dalam sibuk-sibuk, sempat gak mak aku buat kek untuk birthday. |
Aku akan update kan blog dan gambar-gambar ini dari masa ke semasa, insya'allah ...
Bila mengingat zaman sewaktu kecil, rasa2 nak kembali zaman itu ye.....
ReplyDeleteSaya juga masih mempunyai gambar2 sewaktu kecil. Tapi tak banyak.
kalau saya pulak, tak nak rasanya kembali ke zaman kecil saya tu, pak mail ... kalau kembali ke zaman sekolah menengah, saya nak lah. sbbnya, masa zaman saya kecik2 dulu, asyik kena marah aje. punya byk penyakut baju kayu tu yg patah kat badan saya, bkn tu aje ... rotan, kayu, penyapu, parang ... semuanya pernah hinggap di badan saya ... masa muda2 dulu, mak saya garang ... skrg ni aje dia tak garang dah ... hehehe
ReplyDeletenostalgia haaa..
ReplyDeletesayang saya takde gambar semasa kecil..
yang ada hanye la ingatan...
masa bila entry ni posted leh tak perasan..
tu lah ... banyak sangat makan coklat, sampai tak perasan entry ni ...
ReplyDeletetak kan olrascal takde satu pun gambar nostalgia ...
Idea yang bernas saya pun nak start scan gambar lama lah. Untuk tatapan anak cucu nanti. Thanks for the idea
ReplyDeleteAzizi,
ReplyDeleteyou are most welcomed. mana tahu suatu hari nanti, gambar2 ini akan digunakan pula oleh anak2 cucu-cicit kita sebagai bahan rujukan sejarah. time tu, kita dah jadi lagenda ... hehehe
Assalamu'alaikum, saya berhasrat untuk mahar barangan yg dlm blog ni, bgmna caranya... sila hubungi email saya di hmmazuan@yahoo.com
ReplyDelete