Esoknya aku ke rumah MY. Jenazah telah tiba dari hospital selepas post-mortem dan telah siap dikapankan tapi masih ada kesan darah kelihatan. Dari kakak MY, barulah aku dapat gambaran jelas apa yang berlaku sehari sebelum kejadian. MY ada memberitahu kakaknya yang dia akan bertunang dengan gadis pilihan hatinya tetapi dia nampak murung selepas itu. Pagi sebelum kemalangan, MY hanya berkurung di dalam bilik dan sebelum asar, dia memberitahu kakaknya yang dia mahu ke pejabat pos di pekan AG ... ada sampul surat berwarna hijau muda di tangannya yang ingin diposkan. Penampilannya agak pelik hari itu, dengan baju putih dan seluar panjang putih (MY tak suka berseluar putih dan akan ketawa bila tengok lelaki berseluar putih) ... dan dia menyarung kasut berwarna putih ..! Kata kakaknya lagi, wajah MY putih seolah-olah berbedak banyak lantas ditegur kakaknya tapi dia tidak berkata apa-apa.
Kemalangan berlaku semasa MY dalam perjalanan balik dari AG. Ketika itu, MY telah berada hampir di rumahnya. Tiada siapa tahu apa sebenarnya yang difikirkan MY ketika itu tapi dia kelihatan dengan sengaja merempuh van yang datang dari arah bertentangan dengan laju. Dan ketika aku berada di hadapan jenazah, aku mengalirkan airmata yang dari semalam aku tahankan ... rasa bersalah yang amat sangat menyelubungi diri aku. Dalam tangisan dan suara yang tertahan-tahan, aku katakan pada kembar MY, jika sekiranya MY masih hidup lagi ketika ini, aku akan menjaganya sebaik mungkin ... dan dengan sinis dijawab oleh kembar MY, "kalau dia hidup pun, dengan keadaan dia yang cacat macam tu, sanggup ke ko jaga dia ... dah lah, aku lebih rela dia mati dari hidup menanggung derita ..."
Aku pulang ke rumah dengan rasa kesal yang amat sangat. Kepala aku rasa berat, mata aku dah bengkak menangis. Aku berhenti di pintu pagar untuk memeriksa surat dalam letterbox. Ada surat bersampul hijau muda .... nafas aku berdegup kencang, tangan aku terketar-ketar ... surat untuk aku dari MY!! Lemah seluruh anggota aku ... mahu rasanya aku berlari mendapatkan MY. Dengan mata berkaca, aku membaca setiap patah perkataan yang ditulisnya ... kadang-kala hilang tulisannya dikaburi dengan airmata aku yang jatuh mencurah-curah. Tujuh keping kertas writing pad biru yang ditulis depan belakang ... menceritakan tentang cintanya, cita-citanya, harapannya dan masa depannya yang ingin dikongsikan bersama dengan aku. Di akhir mukasurat, disertakan lirik lagu "Kiranya Kau Mendengar Ketika Ini" nyanyian Jay Jay. Diselitkan juga sekeping gambarnya yang ditulis lirik lagu "Kerana Kau" nyanyian Alleycats di belakang gambar tersebut. Untuk seketika, aku menangis semahu-mahunya. Bagaimana harus aku tempuh kehidupan ini dengan penuh rasa penyesalan ..? Memang ajal dan maut di tangan Tuhan tapi ... mengapa begitu trajis kematiannya? Mengapa tidak aku lepaskan dia pergi dengan tenang?
Aku dengar telefon berdering semasa aku tiba di depan pintu rumah, adik aku berlari menjawab telefon. "Kak long, ada orang lelaki nak cakap dengan kak long .." Aku mengambil panggilan dan ketika itu juga aku dengar bunyi cengkerik yang biasa aku dengar bila MY telefon aku dulu. Sesekali aku mendengar helaan nafas yang tidak berapa jelas. Ya Allah, siapa ni? Aku ketakutan dan terus letak telefon. Telefon berbunyi lagi ... dan seperti tadi, aku hanya mendengar bunyi cengkerik dan helaan nafas yang tersekat-sekat. Nasib baik mak dan ayah aku tiada di rumah ketika itu, kalau tak ... pasti mereka akan membebel memarahi aku. Aku tak tahu siapa sebenarnya yang menelefon aku tapi yang pastinya, aku rasa fobia setiap kali mendengar deringan telefon.
Lepas Maghrib, aku bacakan surah Yaasin buat arwah. Aku harapkan agar arwah tenang di sana. Malamnya bila aku masuk ke bilik untuk tidur, bagai nak pengsan rasanya aku bila melihat ada mayat siap berkapan terbaring di atas katil aku. Apa sebenarnya semua ini? Sudahlah MY, cukup-cukuplah menyiksa aku. Tak tertanggung lagi rasanya aku ..!!
Kesedihan aku bertukar menjadi ketakutan yang membuatkan aku hampir trauma. Selama 7 hari aku diganggu dengan kelibat mayat di atas katil dan telefon yang tiada bersuara. Dan setiap malam juga aku akan sedekahkan Al-Fatihah dan surah Yaasin buat arwah yang aku lakukan selama setahun kecuali bila uzur. Bacaan Yaasin itu juga buatkan aku rasa tenang dan dapat meneruskan hidup aku tanpa terlalu dibayangi rasa bersalah. Dan aku sentiasa berdoa agar roh arwah akan tenang di sana.
Aku masih menyimpan semua surat-surat arwah pada aku sehinggalah hari Khamis lepas. Dalam perjalanan pulang ke rumah dari pejabat, aku terdengar lagu "Kerana Kau" di radio kereta. Sejenak aku terfikir ... mengapa tidak aku lepaskan saja semua kenangan yang membelenggu hidup aku? Kenapa aku sengaja membiarkan ia menghantui aku? Mengapa tidak aku bebaskan ia? Yang pergi, tetap kan pergi ... biarkan saja kenangan itu tersemat di sudut hati. Selepas Isyak, aku kumpulkan semua surat-surat arwah dan aku baca satu-persatu. Jenuh aku membacanya ... Selesai membaca semuanya, aku bawa ke luar rumah. Dan dengan lighter di tangan, aku nyalakan api dan aku bakar satu persatu surat-surat arwah yang sudah agak lusuh dimamah usia ....
Al-Fatihah buat arwah ... semoga rohnya ditempatkan bersama-sama roh yang tenang di sisiNya ... aminnn ...
Aku masih menyimpan semua surat-surat arwah pada aku sehinggalah hari Khamis lepas. Dalam perjalanan pulang ke rumah dari pejabat, aku terdengar lagu "Kerana Kau" di radio kereta. Sejenak aku terfikir ... mengapa tidak aku lepaskan saja semua kenangan yang membelenggu hidup aku? Kenapa aku sengaja membiarkan ia menghantui aku? Mengapa tidak aku bebaskan ia? Yang pergi, tetap kan pergi ... biarkan saja kenangan itu tersemat di sudut hati. Selepas Isyak, aku kumpulkan semua surat-surat arwah dan aku baca satu-persatu. Jenuh aku membacanya ... Selesai membaca semuanya, aku bawa ke luar rumah. Dan dengan lighter di tangan, aku nyalakan api dan aku bakar satu persatu surat-surat arwah yang sudah agak lusuh dimamah usia ....
"Malam ini aku bebaskan kau ... bersemadilah dengan aman di sana ...."
Al-Fatihah buat arwah ... semoga rohnya ditempatkan bersama-sama roh yang tenang di sisiNya ... aminnn ...
Al-Fatihah buat arwah ..
ReplyDeleteso..buktikan kenangan sudah tidak ujud..selain kenangan pada ingatan...
life ..just has to go on haa..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletealfatihah untuk arwah Muhammad ..awatlaa masa tu den tak tahu kisah kawan Den tu, sobab bilo Den jumpo dio kat kg, dio macam biaso ajo, kami tak laa bersembang pasal bondo-bondo nie....Apo-apo pun dah suratan takdir...Lopeh nie jado si pendek tu baikx nanti nyosa lak....hahahhaaa...
ReplyDeleteyup PA ... life has to go on ...
ReplyDeletecamne den cdo tak tahu citer ni, ek? kawan2 yg lain ramai yg tahu ... errr si pendek tu sapa pulak? ada lagi yg aku tak tahu ke??
mungkin pasal Den selalu di perantauan kot..hahahha...!!!Sipendek ..?hahahahaa..ahahahha
ReplyDeleteweiii...cakap bior terang....
ReplyDeletekang den repot polis..kang ..haaa
laaa ... sapa si pendek tu? den cdo ni saja bagi suspen lah ...
ReplyDeletecakap aje lah ... sapa dia?
mayday....mayday..
ReplyDeletehome button kamu ..link ke blog orang lain..
Sedih :(
ReplyDeletehuhuhu ...
Delete