Home » » Lelaki - Spesis yang Semakin Pupus??

Lelaki - Spesis yang Semakin Pupus??

Written By Cinta Menora on Saturday, May 28, 2011 | 5/28/2011 01:49:00 PM

Tahun lepas, aku ada menulis di dalam blog aku di MP tentang tajuk di atas. Salah seorang MPs yang banyak mengomen daripada 103 komen yang aku terima adalah kawan blogger aku, si olrascal. Tajuk poligami banyak dibahaskan kemudiannya ... dan yang banyak kena serang, tentulah aku ...!! Apa tak nya, aku sorang aje alien kat situ, yang lain semuanya spesis lelaki ... macam sama aje aku tengok mereka ....

OK lah ... jom kita baca artikel ini yang aku ambil dari Utusan Malaysia bertarikh 22 Disember 2010 :
.......................

PUTRAJAYA, 22 Dis – Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk, dengan lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100, demikian menurut laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.

Penduduk lelaki kini adalah 14,112,667 orang dan wanita 13,453,154 orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika mengumumkan laporan itu pada sidang akhbar di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.

Beliau berkata purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000 hingga 2010 ialah 2.17 peratus, menurun berbanding 2.60 peratus dari 1991 hingga 2000.

Semasa tempoh bancian dari 6 Julai hingga 22 Ogos lepas, terdapat 6,396,174 isi rumah dan 7,380,865 tempat kediaman di seluruh negara.
...........................

Releven ke angka di atas? Tepat ke bancian yang dibuat dari rumah ke rumah ini? Kalau benarlah lelaki melebihi wanita, mana perginya lelaki-lelaki ini? Institusi pendidikan tinggi sekarang, dimonopoli oleh wanita ... begitu juga di sektor-sektor pekerjaan awam dan swasta. Mungkinkah golongan ini masih di bawah umur atau masih bayi lagi? Kalau begitu lah, 15 ke 20 tahun dari sekarang, Malaysia akan kebanjiran spesis lelaki ini. Timbul pula satu masalah bila kita kekurangan kaum wanita. Kalau dulu, bila dikatakan wanita semakin ramai ... spesis lelaki ini pasang angan-angan ... nak kahwin lebih dari satu. Jadi bila lelaki makin ramai ... bagaimana pula, ye? Adakah nanti kaum wanita pula berangan nak kahwin lebih dari satu ..? Hmmmm ....

Trend baru sekarang, ramai wanita bekerjaya yang kahwin lewat atau pun enggan berkahwin langsung. Alasannya, kerana mereka boleh menyara hidup mereka sendiri. Trend ini tidaklah terlalu membimbangkan kalau dibandingkan dengan trend lelaki yang ingin menukar jantina. Dikhabarkan, statistik lelaki menukar jantina di Malaysia telah mencecah ke angka 50,000 tetapi setakat ini tiada statistik yang diperolehi oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tentang wanita yang menukar jantina.

18SX - Sex Change Operation
Cuba tengok video ni ... ngeri betul rasanya ...


Kenapa ye, ramai lelaki yang ingin menjadi wanita? Secara peribadi, aku rasa bertuah dilahirkan sebagai wanita. Wanita punya kekuatan dalaman yang cukup tinggi ... tahan menghadapi kesakitan, tabah hadapi cabaran ... di sebalik kelembutan, ada kekuatan ... yang menjadikan wanita, satu makhluk ciptaan Allah yang cukup istimewa. Jadi, kenapa lelaki-lelaki ini ingin menjadi wanita? Kerana mereka juga punya sifat dan naluri seperti ini yang tidak ada pada kaum lelaki ke ..? Dan selayaknya mereka di"upgrade"kan sebagai wanita? Hanya mereka saja yang tahu ....

Tapi benarkah spesis lelaki semakin pupus? Buat masa sekarang, aku rasa tidak ... cuma sejujurnya pada aku, kita kekurangan lelaki-lelaki budiman, lelaki-lelaki yang gentleman (yang gentelman memang ramai), lelaki-lelaki yang baik dan beriman  ... yang menjadi tunggak di dalam membimbing kaum wanita dan juga menjadi pemimpin pada keluarga mereka. Di bahu mereka terletak satu beban yang cukup berat yang sepatutnya mereka galas dengan sebaik-baiknya. Lelaki-lelaki ini yang amat kurang sekarang. Dan sekiranya mereka sudah tidak sanggup lagi memikul tanggungjawab ini, alamatnya ... jadilah mereka spesis yang semakin pupus ...!!

Dan bila aku baca ikrar theolrascal dalam blognya, aku tersenyum sendiri ... hmmm, sudahkah disempurnakan tanggungjawab yang ada sekarang? sanggupkah memikul satu lagi bebanan? .... Fikir-fikirkanlah wahai kaum lelaki ... poligami memang menyeronokkan pada mereka yang hanya memikirkan nafsu tapi bersediakah anda memikul satu lagi tanggungjawab yang amat berat ..??
Share this article :

13 comments:

  1. cinta menora,

    ..ini kes luka berdarah kembali..


    very interesting review on ''kepupusan lelaki''
    especially video ngeri gile and the jumlah lelaki yang nak tukar jantina...fuh.!! daring kamu ni haa..

    The ol' rascal tu sebenar nya seorang patriot. melihat akan kemungkinan negara akan mengalami defisit kependudukan tidak kah kita patut berbangga melihat orang saperti nye berikrar akan bermatian2 membantu...bahkan kita patut bantu lagi beliau...ngeeeeee..


    lu olang ingat sale yakub satu olang saja bole angkat 4 mini haaaa. ..wa talak hensem kaaa...
    wa haaa..wang saja kulang tau ..lain2 wa champion wooo..

    nang bo ti nang ,kui bo ti kui...

    ReplyDelete
  2. olrascal, awat luka lama berdarah kembali ni? hahaha

    kalau olrascal mmg patriotik n nak membantu tambahkan penduduk, tak jadi hal ... tapi kenapa kena kawin lagi? tambahkan aje lah penduduk yg ada kat rumah tu dulu ... huhu

    kalau wang masih kulang ... lu belum champion lagi ...

    ReplyDelete
  3. huaaaaaaaaaaaa.....


    pak maiiiiiilllll....
    tengok haaa budak ni ...
    dia menjawab pulak...

    ReplyDelete
  4. theolrascal,

    saya tak mahu komen apa2 la.... Kalau saya komen nanti banyak ayat2 dan hadis keluar.

    Kalau ayat2 dan hadis keluar takut ada yang terasa hati.....

    Kena mintak tolong dec cdo lah sebab dengar den cdo pun nak ikrar sama. hahahahaha.....

    ReplyDelete
  5. pak mail,

    saya ingin juga membantu olrascal dan den cdo ... kerana mereka bermati2an berikrar membantu negara menambahkan penduduk ... usaha mereka patut dipuji ...

    saya kenal seorg ibu tunggal yg amat memerlukan pembelaan .. kesian dia .. anak ramai .. bekerja di kantin utk menyara hidup keluarga. walaupun kurang paras rupa tapi tinggi budi bahasanya ... masih mampu utk menambahkan bilangan penduduk malaysia. org begini yg patut dibela, bknnya anak2 dara yg masih muda belia ... awakpun bknnya muda lg, wahai olrascal n den cdo .. mahu ke ..? rasanya blh dpt approval ni ...

    ReplyDelete
  6. Satu cadangan yang baik. Saya boleh jadi saksi atau pengapit ke kalau terasa nak naik pelamin lagi...

    ReplyDelete
  7. bestlah pak mail ni ... sentiasa bersedia utk membantu ... kita tunggu apa kata olrascal n den cdo ...

    ReplyDelete
  8. Pak mail,

    Sebagai pengarah baru IMF, Pak Mail berpeluang menyelamatkan negara2 miskin dari kemelut ekonomi mereka. Secara tidak langsung berjuta2 rakyat negara tersebut tadi tidak lagi hidup sengsara dek kerana sistem IMF yang kejam sebelum ini.Semua nye atas jasa baik murni dan mulia pak mail..

    atau..

    Sebagai Presiden FIFA, Pak Mail boleh gunakan pengaruh pak mail untuk menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah sekali gus ubah balik sistem sedia ada untuk Malaysia layak bermain diantara 24 pasukan akhir itu. Pak Mail bayangkan harapan 27 juta rakyat pada Pak Mail. Ini peluang baik untuk berjasa pada negara.

    atau..

    Pak Mail masih mahu join demolition team. Bunyi mercun masa raya tu pun kadang kita terkezut.

    pak mail pilih...

    Pak Mail let us talk '' man to man '' haa..
    saya akan naik pelamin bersama orang yang saya pilih bukan nye si cintamenora menentukan nye..

    silap2 saya buat twin pelamin...dengan pak mail2 sekali bersanding.

    kah kah kah kah kah kah kah....bestlah pak mail ni....

    ReplyDelete
  9. theolrascal,

    Sebagai Pengarah IMF, pertama-tama yang saya akan buat ialah memberi pinjaman tanpa faedah kepada Palestin/Hamas untuk membeli senjata2 dari China atau Russia dalam menentang Rejim Zionis.

    Jawatan Presiden FIFA masih belum diterima. Sebab Presiden sekarang dan Hammam masih dalam siasatan.

    Surat letak jawatan Demolition team ditolak ke?

    Kalau jadi sungguh2 naik pelamin bagitau jangan lupa kawan2.

    Kalau buat twin pelamin, saya cadangkan DenCdo sahaja yang naik. Saya jadi saksi dan pengapit saje. Itu pun kalau sudi.

    ReplyDelete
  10. Pak mail,
    saya lantik Pak Mail jadi pengarah IMF la macam ni.

    Tapi kan Pak Mail tindakan Pak Mail tu tak stretegik. Lagi cepat palestine kena belasah.
    Pak Mail lupe ye senjata amerika bernilai USD60 billion berada di arab saudi. Pak Mail kena set free kan negara2 islam itu dari pengantungan mereka kepada barat dan dan hapuskan kemiskinan mereka dulu. Haaa...yang ini lagi cepat. Satu lagi Pak Mail bagi loan tak leh interest free..Pak mail tak terjawab nanti. Bagi pinjaman mudah alih...hehe.Nanti senang2 kita sambung bab ni...

    Surat application demolition team pak mail...tu secretary yg boleh keje dalam aircon tuu ..simpan.

    Pak Mail saya buat tripple pelamain dengan den cdo, dengan pak mail sekali naik. Tukang kipas tu..cintamenora.Pak Mail takut ye....pak mail

    bestlah pak mail ni....ngeeeee...

    ReplyDelete
  11. kalau jepun blh musnahkan pearl harbour, tak mustahil islam blh kalahkan kristian ... masanya akan tiba, insyaallah. apa2pun tindakan pak mail sbg pengarah IMF akan melakarkan satu lagi sejarah dunia ... tak kiralah walau secanggih manapun senjata amerika ...

    surat perletakan jawatan pak mail di demolition team telah ditolak sehinggalah pak mail confirm jadi pengarah IMF ... kita masih perlukan pak mail utk menghasilkan bom2 yg blh menggegarkan dunia ...

    lupakan soal naik pelamin, pak mail ... kita fokus kat bom, k ... biarkan si luncai terjun dgn labu2nya ...

    ReplyDelete
  12. dik oii,
    selepas mengebom pearl harbour, jeneral jepun yg lead pengeboman itu terketaq2 lutut dia...
    dia cakap '' my goodness we have awaken the sleeping tiger ''

    seterus nye dah jadi sejarah...atom bomb di jatuhkan di hiroshima dan nagasaki...

    lalu jepun sedar perang melalui military might pasti tak leh menang dan hari ini jepun menguasai amerika melalui laluan ekonomi..
    kita sambung bab ni later ...

    laaa...kamu sebenar nye nak saya bina 4 pelamin kan kan...kamu pun nak bersanding jugak....ahahhahahah...cakap bior teraannng...kan pak mail?

    ReplyDelete
  13. ish olrascal nie ... saya lak yg nak kahwin. saya tak buat ikrar tu pun ... yg buat kamu n den cdo aje, itu pun kalau selamat n tak kena kerat 9 lah !!

    we learnt from mistakes .. kalau dulu jepun rasa mereka dah awaken the sleeping tiger ... laa ni bila kita lak masuk, kita akan pastikan the sleeping tiger will keep on sleeping forever ... hah! lagi patriot aku ni, kan ...

    ReplyDelete

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Bila Cindaku Menulis | Abjad Rumi Ke 13 | Mencari Identiti
Copyright © 2013. Bila Cindaku Menulis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger