Home » » Kenangan 1985 - Aku, Dia & Askar ... Part 2

Kenangan 1985 - Aku, Dia & Askar ... Part 2

Written By Cinta Menora on Saturday, May 21, 2011 | 5/21/2011 12:50:00 AM

Aku sambung cerita tadi ...

Aku anggap MY seorang kawan yang cukup istimewa ... dia terlalu mengambil berat tentang diri aku. Dia tempat aku bercerita, tempat aku meluahkan perasaan, tempat aku meminta pendapat ... apalagi di ketika itu, aku menyimpan perasaan terhadap seseorang dan MY lah tempat aku mencurahkan segala-galanya. Tak pernah terlintas di fikiran aku bahawa setiap cerita aku akan menyakiti hatinya ... setiap kebahagiaan aku, akan menambahkan luka di jiwanya ... mungkin aku terlalu khayal dalam dunia aku sehingga aku mengabaikan kehadirannya ...

Tak lama kemudian, muncul pula SI dalam hidup aku secara tidak sengaja. SI rakan sekelas aku ... alim orangnya, amat kontras dengan aku yang outgoing. Entah apa yang membuatkan dia tertarik pada aku, aku jadi puzzled. Aku sebenarnya menyahut cabaran rakan-rakan yang mengatakan orang alim seperti SI tak mungkin akan jatuh hati pada orang yang nakal seperti aku. Dan aku telah membuktikan pada rakan-rakan aku, yang teori mereka salah. Tapi aku tak pula rasa seronok dengan kemenangan aku sebab dalam masa yang sama, SS yang dulunya sering mengirimkan warkah buatku telah mula menunjukkan minatnya sehingga hasratnya dikhabarkan pada ibunya ... dan ibunya pula dengan pantas menyampaikan hasratnya untuk berbesan dengan ibu aku. Aku tiba-tiba jadi bingung, lebih-lebih lagi aku sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi  peperiksaan STPM. Pada MY aku ceritakan segala-galanya dan kata MY, concentrate pada pelajaran dulu dan fikirkan perkara-perkara yang lain kemudian.



Inilah aku ... di zaman "kegemilangan" aku dulu ... tak lah cantik tapi manisnya ada ... hehehe ... alahh, siapalah nak puji aku kalau bukan diri aku sendiri, kan ...

Aku mula mengulangkaji pelajaran dengan rakan-rakan sekelas dan cuba mengelakkan diri dari SI kerana aku dah tak tahan dengan caranya yang terlalu memantau setiap pergerakan aku. Tak kan lah aku nak belajar dengan kawan-kawan lain pun tak boleh ... asyik kena duduk belajar dengan dia saja. Aku mula rimas ... lepas satu, satu masalah  yang datang,  yang sebenarnya ... aku cari sendiri.

SI pula, dek kerana terlalu cemburu, telah nekad berjumpa ibu aku dan menyampaikan hasratnya untuk melamar aku selepas habis STPM. Apa lagi, melentinglah ibu aku ... terus aku di lecture seteruk-teruknya. Dan kerana itu juga, aku mengambil keputusan untuk melupakan semuanya buat sementara waktu sehinggalah tamat peperiksaan. Apa yang membuatkan aku kecewa ialah keputusan SI untuk berhenti sekolah di saat peperiksaan hampir bermula dan dia langsung tidak menghadirkan diri semasa peperiksaan. Aku mula dipersalahkan dan aku menghadapi peperiksaan dengan penuh rasa kekesalan.

Aku ceritakan segala-galanya pada MY yang kemudiannya pulang ke AG untuk memberi sokongan pada aku. Aku sangkakan MY faham masalah aku tapi sebenarnya kepulangannya membawa sejuta hasrat yang telah lama dipendamkan. Habis saja peperiksaan, MY mula menyatakan hasratnya untuk melamar aku dan  mengajak aku untuk mengikat tali pertunangan. Aku tergamam ... terkejut dengan tindakan MY. Aku tak nafikan, aku sayangkan MY, sepertimana juga aku sayangkan yang lain ... tapi aku tak bersedia ke arah itu kerana aku ada cita-cita yang tinggi. Kata MY ... dia akan tunggu sehingga aku bersedia, tak kiralah 5 tahun, 10 tahun atau 15 tahun pun, dia tetap akan setia menunggu aku ... cuma dia nak kami bertunang dulu supaya tidak ada orang lain yang akan mengganggu aku. Apakah dia fikir dengan bertunang bertahun-tahun akan melegakan hatinya dan menyelesaikan segala masalah? Ahh! Aku buntu ... dan aku ingin lari dari semua insan-insan yang sekarang mula melemaskan aku ...

Hmmm ... aku rasa, sesiapa yang baca cerita aku ini pun akan rasa lemas juga ... sebelum semua orang rasa lemas, baik aku berhenti dulu ... will be back tomorrow, insya'allah ...
Share this article :

12 comments:

  1. wah..wah..handa jugo kau yo..ghamai jugo yg berkonan kek kau maso tu....padanla amsaao Den konyit mato dulu kau tak layan Den...hahahhaabari Den faham...

    ReplyDelete
  2. adusss den cdo ... ekau konyit mato duo2 bolah ... manolah den tau ... cubo konyit sobolah mato ... nanti den baleh sobolah laie ...

    ReplyDelete
  3. masa korang main konyit2 mata..
    masa tu aku kat mana haa...

    ReplyDelete
  4. masa tu, olrascal kat .......

    ..... dalam blog kot ..!!

    ReplyDelete
  5. Cinto, Den bukanajo konyit mato kat kau maso tu, den sompek pandang-pandang, jeling-jeling...samapi naik juling mato Den...itu pun kau tak perasan ko..!!!

    ReplyDelete
  6. hehehehe ... aduhhh den cdo .. lain kali, bila orang suruh "action" cuba cakap kuat sikit .. jenuh ahmad nisfu suruh "cakap" .. "cakap" .. ini dok sonyap ajo, mano lah aku tau ...

    ReplyDelete
  7. maso tu Den tongah gagap lagi nak mengurat hahaha...

    ReplyDelete
  8. laaa ...den cdo pun keturunan siamang gagap gak ke??

    ReplyDelete
  9. bro den cdo,
    saya pun bukan gagap lagi...bengap

    saya tengok pompuan ...macam semua pun dah ada orang punye....


    hehe la ni...wa dah pro ooo....

    ReplyDelete
  10. Manis gak ko ni...dah kahwin ke? anak berapa ramai?

    ReplyDelete
  11. manis? adalah sikit2 ... nikah sekali aje, anak blh dikira, tak berapa ramai ...

    err anonymous ni, nikah dah berapa kali?

    ReplyDelete

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Bila Cindaku Menulis | Abjad Rumi Ke 13 | Mencari Identiti
Copyright © 2013. Bila Cindaku Menulis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger