Home » » Cicak Tokek ..?

Cicak Tokek ..?

Written By Cinta Menora on Monday, May 16, 2011 | 5/16/2011 01:35:00 AM


Aku belek suratkhabar Mingguan Malaysia petang tadi ... apa agaknya cerita-cerita terbaru, ye ...

Selain dari cerita Salih Yaacob yang ketawa lebar sebab dapat "pucuk muda", aku terbaca satu cerita penculikan seorang ahli perniagaan Malaysia yang diculik di Pulau Jolo, Filipina. Dikhabarkan, kumpulan penculik telah meminta wang tebusan sebanyak RM5.6 juta sebagai syarat pembebasan ahli perniagaan tersebut.  Makluman tersebut disampaikan kepada orang tengah yang merupakan salah seorang ejen cicak tokek di Malaysia.

Aku petik sikit ceritanya ...
.
.
Penculik rakyat Malaysia tuntut RM5.6j
Oleh WAN NORHAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 14 Mei - Isteri ahli perniagaan Malaysia, Mohd. Nazarudin Saidin, 38, yang diculik di Pulau Jolo, Filipina mendedahkan kumpulan penculik berkenaan telah menuntut wang tebusan sebanyak 80 juta Peso (RM5.6 juta) sebagai syarat pembebasan suaminya.
Mazlina Mohamad, 38, memberitahu, jumlah wang tebusan itu dimaklumkan oleh kumpulan penculik kepada "orang tengah" yang juga salah seorang ejen broker cicak tokek di Malaysia.
Katanya, kumpulan itu pada Khamis lalu turut memberi syarat agar dia membayar sejumlah 5 juta Peso (RM348,317) sebagai "pendahuluan" bagi wang tebusan itu selewat-lewatnya lusa (Isnin ini).
Bagaimanapun, ujarnya, syarat pembayaran mesti melalui orang paling rapat dan dipercayai iaitu salah seorang broker cicak tokek terbabit.

Haaa? CICAK TOKEK? Aku terus teringat pada rakan blogger aku the ol' rascal yang pernah menulis tentang cicak tokek ini. Khabarnya, seorang ahli perniagaan kerugian RM60 ribu kerana ditipu rakan gara-gara cicak tokek. Mungkinkah ada kaitan dengan kes penculikan ahli perniagaan tersebut?

Aku baru teringat nak joint-venture dengan the ol' rascal nak berniaga cicak tokek ... ye lah, dia tolong carikan cicak, aku cari pembeli ... tak pun, dia akan buat semua kerja tapi keuntungannya, kami share 50-50. Laa ni bila aku baca kisah ahli perniagaan yang kena culik ... dan aku rasa tentu ada kaitan dengan perniagaan cicak tokek ni ... ishh!! tak jadilah kot ...

Biarlah the ol' rascal berniaga cicak tokek sorang-sorang ... bila dia dah banyak duit, aku pulak yang akan culik dia ... lagi banyak untung yang aku dapat ... kan, kan ...



Share this article :

8 comments:

  1. aku nak buat repot polis awal2 la..
    sebab lepas aku kaya jual cicak tokek..
    ada orang plan nak colek aku...


    pencolek tu ada la penulis blog '' kerana cinta menora''

    balai polis selayang ke..dang wangi ..

    ada kawan komando pun ...sik teman bini cari tudung jo....

    ReplyDelete
  2. memang itu tujuan aku .. aku dah susun strategi, baik punya ..

    kalau den cdo dipanggil untuk mengesan olrascal .. aku dah tahu apa nak buat .. kelemahan den cdo ada di tangan aku sekarang ...

    aku ada banyak advantage .. rancangan aku pasti berjaya .. lalalala

    ReplyDelete
  3. ..laa Den punnak lapor polis jugo, in advance, kalau kono colek nanti polis tak yah susah-susah torus ajo poei ghumah pencolek tu...

    ReplyDelete
  4. weiii...pencolek,

    ko bagi tau aku ape dia kelemahan den cdo...

    ReplyDelete
  5. ooitt ... org kaya panggil saya ke? lum kaya lagi, tak yah panggil dulu .. dah kaya nanti, saya sendiri dtg cari ...

    den cdo takut ular, tikus n ANAK AYAM ... dan ada lagi satu kelemahan dia ... yg tu tak leh bg tau laaaa .. nanti plan saya tak menjadi ...

    waima apa pun, kalau den cdo nak lapor terus kat polis pun, polis tak kan jumpa sebrg bukti yg blh mengaitkan penulis blog ini dgn kes penculikan olrascal ...

    ReplyDelete
  6. woiii...yang di sana..


    kalau polis tangkap nanti yang di sana ...jangan meraung minta yang disini jamin haaa.....

    ReplyDelete

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Bila Cindaku Menulis | Abjad Rumi Ke 13 | Mencari Identiti
Copyright © 2013. Bila Cindaku Menulis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger