Dari MULTIPLY :
Sekadar berkongsi ...
Tatkala mencari-cari sesuatu di dalam internet, kita agak tertarik dengan blog tulisan A. Ghani Ismail yang menceritakan perihal masyarakat Melayu dan Minangkabau sebelum dan selepas Islam. Ada beberapa mentera/ayat yang digunapakai yang ingin kita kongsikan bersama-sama :
Sekadar berkongsi ...
Tatkala mencari-cari sesuatu di dalam internet, kita agak tertarik dengan blog tulisan A. Ghani Ismail yang menceritakan perihal masyarakat Melayu dan Minangkabau sebelum dan selepas Islam. Ada beberapa mentera/ayat yang digunapakai yang ingin kita kongsikan bersama-sama :
Mentera Pendinding
Allah ‘kan payung-ku!
Nabi Muhammad Mimbarku!
Raja Brahil di kananku!
Serafil di kiriku!
Rasulullah di hadapanku!
Turun mala’ikat yang berempat,
Terkunci terkancing pintu bahayaku
Mentera Rezeki
Hei Dang ‘Pok, Dang Melani,
Dang selamat menyandang galah!
Bertapok bertimbun dayang kemari,
Selamat rezki diberinya Allah.
Dengan berkat ……….
Mentera ??
Puteh boleh menjadi hitam,
Hitam boleh menjadi puteh,
Sri Jaya sifatnya aku,
Sri Allah, Sri Muhammad!
Aku jadi di Beringin Songsang,
…………..…
Kabul berkat do’a memakai do’a Langgudi Hitam,
Sudah mati hidup samula,
Berkat La ilaha ila'l-Lah
Mentera Besi Kurasani
Hei urat segala urat
Urat Kurasani selilit pinggang
Besi berdiri tulang belakang
Ah! Jaga urat Kurasani selilit pinggang
Tulang bergantung kepada daging
Daging bergantung kepada urat, Urat bergantung kepada kulit
Naga berjuang di dalam laut
Kalau tidak jaga
Derhaka engkau kepada Allah
Dengan berkat La illaha ila’l-Lah …..
[Haron Daud, 2004, Ulit Mayang – Kumpulan Mantera Melayu, Selangor, 2004]
Kitab Pawang - ‘Empat Kudrat Pawang’
Angin Shareat, roma dengan kulit,
Angin Hakekat, daging dengan darah,
Angin Tarekat, urat dengan tulang,
Angin Marifat, nyawa dengan benih.
Kita kurang pasti samada mentera sebegini masih diamalkan lagi oleh masyarakat Melayu dan Minangkabau di zaman sekarang.
Wallahu a'lam .....
-mib
0 comments:
Post a Comment
Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....