Home » , » Angkara Khianat??

Angkara Khianat??

Written By Cinta Menora on Tuesday, January 19, 2010 | 1/19/2010 03:28:00 PM


Sekadar renungan ....

Pagi tadi, kita dikejutkan dengan berita sedih dari seorang rakan yang kematian suami malam tadi selepas 15 hari suaminya terlantar di hospital ... pada mulanya diserang demam panas yang terlampau, diikuti batuk dan seterusnya muntah darah.

Berbagai kemungkinan diberitakan oleh doktor yang merawatnya tetapi lebih menjurus kepada penyakit hati atau dipanggil sirosis hepatis. Yang menjadi kemusykilan, mengapa tiba-tiba sahaja dia diserang penyakit ini? Sedangkan sebelum ini, arwah tidak pernah mengadu sakit. Ya ... kita akui dan redha akan ketentuan Allah, masanya sudah tiba, ajalnya sudah sampai tapi mungkinkah ada yang tersurat dan tersirat di sebalik penyakit yang tiba-tiba ini? Suami kawan kita ini adalah seorang pegawai bank, baru saja mendapat kenaikan pangkat ... dikatakan ramai yang "aim" jawatan tersebut. Menurut isterinya, sebelum mengidap demam panas, arwah tiba-tiba saja jadi pemarah, pembaran ... sikap yang sebelum ini bukan sikap sebenar arwah. Semasa diserang demam panas, arwah selalu meracau-racau, seolah-olah memarahi seseorang. Sehingga lah arwah menghembuskan nafas terakhir, tiada sesiapa pun yang tahu punca sebenar kematian arwah. Huh!! Sekiranya arwah meninggal kerana perbuatan dengki dan kianat manusia, tidakkah keluarga arwah terutama sekali anak-anak arwah berhak mengetahui angkara khianat siapakah itu? Dan sekiranya benarlah angkara manusia, mengapa ada yang tergamak melakukan perbuatan sebegitu? Bagaimana pula sekiranya perkara seperti ini dilakukan terhadap keluarga mereka? Tidakkah mereka akan menuntut bela? Dan akhirnya perbuatan sebegini tiada kesudahannya ....

Teringat kita akan kata-kata arwah Long Mail sebelum akhir hayatnya di penghujung tahun 1997, yang antara lain katanya ... "manusia moden sekarang ini tidak lagi menggunakan kekuatan fizikal untuk berlawan dan menentang sesama mereka, medan pertempuran bukan lagi tempat untuk bertempur. Di awal tahun 2000 nanti, akan muncul berbagai-bagai ilmu hitam, yang dijadikan sandaran oleh manusia untuk menentang sesama manusia dan di ketika itu, ilmu hitam akan mengatasi ilmu putih, kerana kurangnya pengetahuan dan jahilnya kita akan ilmu-ilmu kebatinan, yang sering kita anggap hanyalah sekadar ilmu-ilmu yang dipraktikkan oleh orang-orang tua kita dan akan berkubur bersama-sama mereka tanpa mahu kita pelajari. Amalan seharian yang kita ada belum cukup kuat untuk mempertahankan diri kita dari serangan musuh-musuh yang kita kenali kerana mereka sebenarnya adalah rakan-rakan kita ...."

Maha suci Allah yang tidak pernah tidur, peliharalah kami semua daripada fitnah dan perbuatan khianat manusia, jin dan dajjal. Dan ketika melangkah kita memohon, "Dengan nama Allah, aku beserta rahsia Allah yang maha suci ....." Semoga kita semua dirahmatiNya, aminnn .....
Share this article :

48 comments:

  1. satu peringatan yang sangat berguna..... dan wajiblah kita beringat2.... sebelum kena...

    ReplyDelete
  2. apa tidaknya bila kita naik pangkat, kita lupa diri, lupa kawan, lupa anak isteri dan yang lebih dahsyat terlupa Tuhan pencipta kita ini...dan segala yang buruk tu mudah masukkk kut..

    ReplyDelete
  3. benar Tuannnn..... namun walau bagaimana lupanya pun seseorang itu..... seseorang yang lain tiada hak untuk berkhianat padanya....

    ReplyDelete
  4. rasanya tidak, tuan. arwah yg kita tahu, adalah seorang yg baik hati, bersopan dlm pertuturan, penyayang pd anak isteri, seorg yg berdedikasi dan memang layak mendpt kenaikan pangkat tersebut. cuma mungkin ada yg "teruja"... sanggup meletakkan hukum di tangan sendiri, wallahualam.

    ReplyDelete
  5. hehe ... menjadikan kita juga seperti mereka, meletakkan hukum di tangan sendiri.

    ReplyDelete
  6. masalahnya ... perbuatan2 sebegini, tiada undang2 yg memihak pd kita dan tiada undang2 juga memagari mereka. mereka bebas melakukan apa saja sesuka hati mereka. dan lebih malang lagi hukuman berat pula menanti kita kerana berdosanya kita menuduh mereka. astaghfirullah ...

    ReplyDelete
  7. ahakss!! tergelak dan tersedak kita membaca artikel tersebut dan juga komen2 dari para MPs. nampaknya ramai MPs di sini boleh buat kerja part-time, cari makan. majistretnya pula mestilah pawang besar dan yg tertinggi ilmunya, diikuti pula dgn peguam2 dan juri2 ... dan kita akan saksikan adegan2 yg tidak ingin kita lihat ... kerusi meja bergerak sendiri, document2 berterbangan, saksi2 yg terkumat-kamit mulut membaca mentera ... hishhh!! mcm citer harry porter lah pulak ..!

    ReplyDelete
  8. ambo dengar puak2 mp nie hebat belaka ada gurulatih silat, dukun dan pawang, scaner, mistik, paranormal dan abnormal, jadi takdelah masalah sangat kut...

    ReplyDelete
  9. betul betul betul ..!! kita jadi absorber, cukuplah ... absorb apa yg blh di absorb ...

    ReplyDelete
  10. heheheh...... teringat kat majalah Gila2...... juga Prof. Serba Tau.....

    ReplyDelete
  11. kenalah semua jadi hebat..... yang tak hebat tu lah yang akan jadi mangsanya nanti..... macam zaman dulu2...... kalau ilmu tarung tak cukup didada..... alamatnya jadi lauk je lah.... pulak2 ramai geng jahat.... macam geng 6 Jahanam..... apaaa pasaalllllllll!!!...... nak tunggu hero.... alamat mati katak le..... huhuhu

    ReplyDelete
  12. Risau juga kalau di takdirkan jadi hebat .. yg hebat dah tentu dapat menangkis , tapi yg tersayang spt anak2 & isteri belum tentu !
    Harap tak la jadi lagu tu ... kalau terjadi .. sehebat mana pun , sure nangis tak berlagu ! ... eh .. pantun ker nie ?

    ReplyDelete
  13. kita membesar dgn majalah gila2, kartun lat, prof serba tahu ... tu pasal jadi lagu ni ...

    ReplyDelete
  14. alamak...mcm mana bole terlupa mskkan diaorg dlm perisai! huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  15. maaf Tuannnnnnn....... bagaimanakah yang dikatakan hebat itu?merasa diri hebat itu?.... kerna ilmunya?.... kerna amalnya?....kerna gurunya?..... atau hanya kerna rahmatNya?.... sehebat mana pun manusia..... ujian akan tetap datang.... dalam berbagai2 cara dan bentuk..... orang hebat mampu menangkis?.... atas kudratnya sendiri?..... ingatlah semua yang berlaku itu dengan izin Allah jua..... sama ada baik atau buruk....

    ReplyDelete
  16. Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan tidak akan disempurnakan balasan kamu melainkan pada hari kiamat. Lantaran itu barangsiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka selamatlah dia, kerana penghidupan dunia ini tidak lain melainkan menipu-daya. ( Ayat 185 : Surah a-Li ‘Imran )

    ReplyDelete
  17. Allah SWT kadangkala melaksanakan hukuman di dunia ini dengan memberikan ujian dan cubaan dalam bermacam bentuk, seperti :

    1. Cubaan badaniah dan rohaniah yang berupa penyakit, luka, cacat pandangan salah satu angguta tubuh, rasa susah, gelisah, resah, duka cita, tidak aman dan lain-lain lagi.

    2. Cubaan melalui kekayaan, seperti kehilangan, kebakaran, kekurangan, rosak dan sebagainya.

    3. Cubaan melalui anak dan keluarga, seperti sakit, gila, lumpuh dan lain-lain.

    Semua ujian dan cubaan tersebut mungkin terjadi kerana.

    a. Hasil undangan dari kedurhakaan manusia sendiri, hasil usaha perbuatan dan kelakuannya sendiri yang dihukum di dunia oleh Allah sebagai pembalasan langsung dari dosa-dosanya itu. Kemungkinan ini dapat terjadi sebagai tanda kasih sayangNya untuk menghapuskan dosa kedurhakaannya di dunia ini, dan ia akan keluar dari dunia ini dalam keadaan suci dah bersih. Kemungkinan lainnya ialah untuk meninggikan martabatnya, baik di dunia mahu pun di akhirat, iaitu apabila ia tidak mempunyai dosa yang harus mendapat hukuman.

    b. Takdir Allah sendiri untuk menguji hamba-hambanya secara terus-menerus di- rundung malang,dan nantinya akan di ganti di akhirat dengan rahmat dan juga keredhaanNya.

    Apabila seseorang itu menghadapi segala cubaan, ujian dan rintangan dengan redha, ikhlas dan mencari jalan keluar dengan jalan yang sebaik-baiknya, tidak mengeluh, gelisah atau pun berputus asa. Allah akan mempermudahkan jalanan hidupnya. Memudahkan hisab di akhirat nanti, dan memberkati hidupnya, insya Allah

    ReplyDelete
  18. Wahai diri...
    Apakah engkau sedar bahawa di hadapanmu sedang menanti dua tempat, iaitu syurga dan neraka? Engkau pasti akan menemui salah satu dari keduanya. sama ada engkau menyukainya atau tidak, ia pasti akan menemuimu jua...
    Namun, mengapa engkau masih sibuk dengan kelazatan dan dorongan nafsu serta gemar melakukan maksiat dan kederhakaan? Bukankah engkau pasti akan dipertanggungjawabkan ke atas dosa-dosa dan kesalahanmu itu? Tidakkah engkau tahu bahawa segala sesuatu yang pasti datang itu amat dekat kedudukannya?

    Sedangkan yang dinamakan jauh itu apa-apa yang mungkin tidak akan datang. Bila engkau dihumbankan ke dalam neraka kerana perbuatan jahatmu, itupun sesuatu yang amat dekat, kerana ia janji yang pasti akan datang. Hanya menunggu saat dan ketibaannya saja. Ingatlah wahai diri...ingatlah!

    ReplyDelete
  19. salam sahabatku kalian, Tiada yang HEBAT melainkan MAHA HEBAT!.. Kisah ini sebagai pengajaran tetapi haruslah kita mengingati "DIRI" empunya DIRI... semoga tiada permasalahan dengan yang MAHA HEBAT....

    ReplyDelete
  20. Kalau pakar perubatan merumuskan demikian, terima sahaja akan hakikat ini, tidak perlu menjuruskan kepada perkara-perkara lain. '....mungkinkah ada yang tersurat dan tersirat di sebalik penyakit yang tiba-tiba ini?' Redha sahaja.....kita tidak tahu disebalik kehidupan arwah apa yang dilakukan semasa hidupnya. Al-Fateha.....

    ReplyDelete
  21. ya paduka megat ... keluarganya redha dgn ketentuan Allah. kita tabik pd isterinya ... dan kita harapkan isteri dan anak2nya tabah meneruskan kehidupan mereka walaupun keluarga belah suaminya beria2 mahu mencari apa yg tersirat tapi seperti kata isterinya, yg sudah itu sudahlah, biarkan arwah pergi dgn tenang ...

    ReplyDelete
  22. Insyallah.. sama-sama kita berdoa agar kehidupan akan datang dipenuhi restu, pimpinan, petunjuk, kerahmatan, keberkatan, kasih sayang dan perlindungan dari Allah swt.

    ReplyDelete
  23. innalillahi wa inna ilaihi roji'un. takziah kepada keluarganya...semoga Arwah ditempatkan di kalangan solihin...

    ReplyDelete
  24. Astafirullahhalazim, ambo terlupa nak ucap takziah...takziah kepada isterinya, maaf ko ambo ore tua nie kekadang nyayuk...

    ReplyDelete
  25. Kadang-kadang pula, yang tak naik pangkat tu pulak yang tak terfikir bahawa yang naik pangkat itu berkat usaha yang kuat serta rezeki yang dianugerahkan tuhan. Lalu syaitan pun meniupkan lagi angin marah pada api hasad dengki.....

    ReplyDelete
  26. begitulah tuan, bila nafsu menguasai diri, akal tidak berguna lagi ...

    ReplyDelete
  27. kekadang bagi golongan manusia yg begini...... ia sudah mendarah daging....

    ReplyDelete
  28. Bersangka baik..kematiannya sebab Hepatitis (byk sangat makan kerang2 ke dll..) ! Atau mungkin adakah tujuan coretan ini untuk menguatkan lagi 'andaian' yang arwah mati disentet ? Na'uzubillah....

    ReplyDelete
  29. ish ish ishhh!!! berat tuduhan ini tuan paduka ... adakah paduka tidak bersangka baik atas tujuan coretan kita ini?

    ReplyDelete
  30. Salam takziah kepada seluruh keluarga arwah.. bahaya betol... tapi 'husnu zhon' ..takde paper PHD.

    ReplyDelete
  31. haha ... mcm2 bahasa skrg ni. think positive ... itu yg dituntut ...

    ReplyDelete
  32. Ilmu sihir sebegini memang ada..dari meruntuhkan rumah tangga hingga kerosakan fizikal dan mental, tapi nak menangkap orang yang mengamalkan sihir tu lah yang payahnya. Kadang-kandang jadi fitnah dan tuduh-menuduh..

    ReplyDelete
  33. benar tuan, tapi apalah daya kita ... "tiada daya dan kekuatan, melainkan dgn izin Allah jua ..."

    ReplyDelete
  34. ya btol tu.. Perasaan hasad dengki ni memang duri dlm daging..kalo dah benci mende tak masuk akal/ remeh pun jadi penyebab..

    ReplyDelete
  35. Benar....cuba kita teliti kisah "ashabul Ukhdud" dalam surah al-Buruj, amat menarik kisah seorang pemuda yang belajar ilmu sihir dan ilmu agama.

    ReplyDelete
  36. ya, kisahnya cukup menarik utk kita renungkan. nanti kita compile dan hantar dlm next posting. terima kasih byk, tuan.

    ReplyDelete

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Bila Cindaku Menulis | Abjad Rumi Ke 13 | Mencari Identiti
Copyright © 2013. Bila Cindaku Menulis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger