16/01/2010
Adapun syariat itu sir Nabi Allah Adam,
hakikat itu wujud Nabi Allah Adam,
tarikat itu nyawa Nabi Allah Adam,
makrifat itu kalimah Nabi Allah Adam.
Sir Allah itu api,
wujud Allah itu air,
zat Allah itu angin,
sifat Allah itu tanah.
Sir Allah itu syariat,
wujud Allah itu hakikat,
zat Allah itu tarikat,
sifat Allah itu makrifat.
Syariat itu roh idafi,
hakikat itu rohani,
tarikat itu roh al-kudus,
makrifat itu roh rabbani.
Syariat itu diri terdiri, rupanya seperti api.
Hakikat itu diri terperi, rupanya seperti air.
Tarikat itu diri terjali, rupanya seperti angin.
Makrifat itu diri yang sebenar-benar diri,
rupanya seperti tanah, cahayanya seperti bulan purnama.
dibaca .. tak di fahami ... trima kasih !
ReplyDeletesaya ambil yg paling mudah difahami, kerana Islam itu mudah, maka permudahkanlah.... Al Quran dan Sunnah rasulullah SAW
ReplyDeleteini baru permulaan perjalanan kita menuju padaNya, 4 kenyataan zat Allah yg seharusnya kita ketahui .. syariat, hakikat, tarikat dan makrifat ... yang dijadikan pakaian para aulia dan ambia untuk mengenali diri dan mengenal Allah ... supaya diri yang menanggung rahsia Allah tidak rosak binasa, insyaallah.
ReplyDeletesaya tertarik dgn peringkat mengenal Allah..... kerana baru2 ini diberitahu oleh seorang yg saya anggap sesepuh bahawa mengenal Allah itu MUDAH shj, tak perlu terlalu difikirkan.....Kenali makhluk Allah (termasuk diri sendiri), maka selain itu adalah ALLAH....... jadi tiada rahsia2 yg perlu ditanggung atau yg perlu difikirkan....
ReplyDeleteAda pun yang di-namakan Mengenal itu, ia itu-lah membezakan antara MUHADDAS dengan QODIM (yg baru dgn yg asli) dan jikalau tiada dapat membezakan anatara Muhaddas dengan yang Qodim, maka di namai akan dia jahil murakap ia ini jahil yang bersusun (bertimpa2) ia itu dua jahil
ReplyDelete1) Jahil akan diri nya
2) Jahil akan Tuhan nya
Sekadar berkongsi aja. Kalau salah tolong betulkan.
Amat bersetuju dengan mutiara hati Paduka Raden, juga dengan apa yang diperkatakan oleh Paduka Harizant. Tidak perlulah kita terlalu memikirkan mengenai sir Allah atau pun ungkapan 'tanah, air, api dan angin'. Belum cukup layak kita mendalaminya. Itulah, kesalahan tidak tahu pada siapa tetapi kita mengaji Al-Quran kurang fasih akan ertinya. Sebagai contoh dalam surah Al-Ikhlas sendiri sudah nyata akah 'kejadian manusia' :
ReplyDeleteSesunggunya Allah dalam mengenalkan diriNya melalui lidah dan hati manusia,maka Dia telah mentajallikan DiriNya menjadi rahsia kepada diri manusia. Sebagaimana diperkatakan dalam hadis Qudsi '..Al insanul sirruhu wa ana sirruhu..' yang bermaksud '...Manusia itu adalah rahsiaKu dan aku adalah rahsia manusia itu sendiri..'. Mengenai martabat pengujudan diri rahsia Allah S.w.t. pula atau di kenali juga Martabat Tujuh terbahagi ia kepada 7 Alam. Ke tujuh-tujuh martabat atau alam ini terkandung ia di dalam surah -Al Ikhlas
QulhuwallahuAhad - Ahdah
Allahusomad - Wahdah
Lamyalidd - Wahdiah
Walamyuladd - Alam Roh (Alam Malakut)
Walamyakullahu - Alam Misal (Alam Bapa)
Kuffuan - Alam Ijsan
Ahad - Alam Insan.
Sekadar berkongsi apa yang diketahui. Wasalam
salam paduka2 semua, apa dpt kiranya paduka megatpanjialam menghuraikan ke tujuh2 martabat tersebut supaya dpt kita kongsi bersama. terima kasih.
ReplyDeleteEsa pada Allah, Iman pada Rasulullah
ReplyDeletejgnlah terlalu merendah diri tuan-tuan ... adapun elemen tanah , air , api dan angin itu sudah menjadi darah daging kepada kita semua .
ReplyDeleteterlalu hampir dgn diri kita .... mungkin juga mengenali nya adalah satu cara mengenal diri sendiri seterusnya mengenal Allah !
kita amat bersetuju dgn tulisan paduka mkayangan. samada kita mahu memikirkannya atau tidak ... mendalaminya atau tidak, menyedarinya atau tidak ... elemen2 itu lah yg membentuk zat dan sifat Allah, asal saja kita mahu memahaminya. wallahu'alam.
ReplyDeletemaaf tuan .. saya malu sebenarnya nak menyatakan ini . Saya masih tidak faham dengan ungkapan2 yg diatas itu , mungkin dari segi bahasanya kerana masih kekurangan dari segi ilmu akhirat ...
ReplyDeleteJanganlah terlalu merendah diri. Asalkan ini mendalami ilmu Allah, Alhamdullilah. Makanya inlah posting kita terakhir dalam blog ini. Terkasar bahasa atau tersinggung perasaan kita mohon kemaafan. Wasalam.
ReplyDeletetak nampak pula post ni dulu...........ma'af kalau kita tanya...apa ni pendapat Maz atau di ajar oleh gurunya?
ReplyDeleteini dari kitab tahqiq isyrak insan, salinan tulisan tangan yg diambil dari karangan syeikh abdul qadir jailani. kitab ini diberi pd kita oleh arwah guru kita pd thn 1996. kenapa awak?
ReplyDeleteoh gitu....tak pernah dengar pula kitab ni....kitab usul tahqiq ada juga.....karang Syeikh Abdul Qadir Jailani yang lain ada juga......1996 ...wah dah lama juga ni.....kenapa awak?...kenapa dengan kita???....hanya bertanya.....kebiasaan kita kalau bab seperti gini.....fahaman masing2........
ReplyDeletehahaha... kita bkn tanya kenapa dgn awak ... rasanya awak ok, still in one piece ... kottt. bertanya mmg bagus, kita pun byk bertanya ... dan sbb byk sgt tanyalah agaknya, arwah guru beri kitab ini pd kita. mesti dlm hati dia kata, "ishhh budak ni, tak habis2 tanya, bacalah sendiri, jgn tanya2 lagi ..."
ReplyDeletekalau diikutkan perguruan masing2, setiap guru2 itu ada kasyafnya tersendiri. ilham yg dtg, tafsirannya berbeza2, mengikut pemahaman masing2 sbb itu jugalah rahsia perguruan, hanya diberitahu pd anak2 muridnya shj. sedangkan imam2 yg empat itu pun - hambali, syafie, maliki dan hanafi - mempunyai fahaman berbeza2, inikan pula ulamak2 lain selepas mereka. yg penting, hormat-menghormati sesama kita walaupun tidak sefahaman. ada bezakah fahaman kita?
Bagui....Betul.....makanya kita tak mahu menyingung perasaan seseorang.......nanti kata kita buli plak....hehe.....isteri orang plak....kalau single bleh juga....wakakaka.......iya lah kalau hendak pun kata orang PM ler ...jangan main hembus aja kan.....kita dulu kalau tanya orang tua2.....mereka tanya balik kita.....pecah kepala nooooo........nah disini kalau sudi kita ada berapa soalan tentang huraian yang diatas.......kalau ok kita PM nanti....kalau tak kita lupakan aja.
ReplyDeleteadapun empat unsur itu ada didalam diri setiap insan. maka bagi setiap insan itu akan mempunyai satu unsur yang lebih bersifat dominan didalam dirinya. Maka sekiranya didalami ilmu kaji unsur ini, maka, sedikit mudah memahami perangai dan sifat seseorang akibat berkait rapatnya sifat seseorang itu dengar unsurnya...
ReplyDeletetepat sekali, nizran. errr ... unsur kita, tanah ... kot. terperasanlah sekejap ...
ReplyDeleteheh heh heh... mungkin....
ReplyDeletepengkajian unsur juga sehingga digunakan bagi melihat keserasian seseorang itu dengan individu yang lain, dan pelbagai... bakal pemegang sesuatu saka juga boleh ditentukan.... taktahulah tahap kebenarannya, alhamdulillah, buat masa ni , masih belum meragui ilmu ini, tinggalnya, jangan silap pemahaman sudah.... kan kak?
insya'allah ... kita di landasan yg benar.
ReplyDeletekalau dapat dikuasai & difahami keempat-empat unsur ? .. dapatkah logam di lentur mengikut rasa hati ?..
ReplyDeletedapatkah api di kawal suhunya ?.. mungkinkan air mampu di arah alirannya ?.. dan angin mampu di bentuk alur pergerakannya ?..
masakan faham solat boleh diubah cara solat? mungkin.....
ReplyDeletebak kata guru saya, kalau faham, tapi diri "tak mengaku" takde gunanya pun....
apa perlu dialihkan aliran air sekiranya menyedari mengalihkan air cuma mengganggu ekosistem....
memahami gerakan air, cuma memboleh mengenalpasti tindakbalas yang mungkin atas sifat semulajadinya air itu, membuat kerja meneliti dan membenteras serta menaakul apa yang mungkin akan berlaku ......
sememangnya mengubah sesuatu yg semulajadi , pastinya bakal mengganggu ekosistem walaupun sedikit manapun..
ReplyDeletenamun sebagai manusia biasa , kita semua memang selalu punya keinginan menggunakan apa yg terdapat dimuka
bumi ini untuk kepentingan diri sendiri ! .. contohnya .. permukaan lapisan bumi dirosakkan untuk mencari gali logam
bagi membuat peralatan seperti pisau dan sebagainya ..
Sekiranya aliran semulajadi air itu boleh diubah ... maka tatkala kaki kita memijak permukaan air maka zarah-zarah
air tersebut pastinya akan dapat menolak tapak kaki keatas lalu menampung berat badan ... hasilnya tubuh badan
tidak tenggelam dan dapatlah kita berjejak dan berjalan di atas air ! insyaAllah ...
terima kasih abang, maka disitulah antara ranting2 penerangan mengenai faham dan mengaku itu. pekerjaan mencari gali logam dan memusnahkan alam atas dasar mencari sumber material utk kegunaan manusia mmg berlaku. "bertebarlah kamu diatas muka bumi ini....asalkan jangan kamu tidak melampaui batas....." mungkin ini akibat daripada tidak memahami akan status dan kekuatan teknologi iman dan zikrullah bahawa manusia itu memang sebenarnya atas makhluk dan ketua kepada apa yang dikatakan makhluk. memahami dan mengimplimentasikan darjat yang berbeza atas makhluk yang mampu dipimpin dengan izinNya pasti menghasilkan apa yang abang katakan tersebut. Masakan Istana Balkis dipindahkan sedemikian cepat.. masakan golongan Wali berjalan di atas air.. masakan guru2 tua Solat atas daun Pisang, berpecah wajah di beberapa lokasi dan sebagainya....
ReplyDeleteMaka itu sesuainya adalah perilaku mereka yang berada di darjat yang sebetulnya. Persoalan yang perlu adalah, apa untungnya menceritakan sesuatu yang terlalu di luar jangkauan atau masih tidak dapat diterima oleh jiran sebelah rumah, atau adik2 yang bershuffle di Bukit Bintang, Isteri pemimpin yang jambul di hadapan.... ehhhh..... termembebel pulak.... hehhehe, maaf ye bang, saya yakin abang nampak....
hmmm....ramai juga yang handal di sini ya....izinkan saya tumpang mendengar
ReplyDeleteTumpang mendengar (membaca) di belakang tuan!
ReplyDeletesaya bukan tuan.... saya jaga.....
ReplyDeletehehehe .. tak habis2 dgn "jaga" nya. harta qarun ... jaga jugak ka?
ReplyDeleteharta Qarun, saya tak jaga, itu ahmad albab yang punyaa....
ReplyDeletewakaka.....tak bleh angkatzzzz.......tu ler namanya tuan jaga......'mutiara' kalau dicampak mana2 tetap 'mutiara'.....
ReplyDeletealamak!!! nampak gayanya, kena jaga baik2 lah tuan jaga ni, kan ...
ReplyDeleteerrrrrr..... jaga jaga baik baik
ReplyDelete