Home » , » Ilmu Lamjalalah

Ilmu Lamjalalah

Written By Cinta Menora on Thursday, January 7, 2010 | 1/07/2010 12:05:00 PM

Dari Blog Multiply

Assalaamualaikum tuan-tuan :

Kita ingin minta pendapat dari tuan-tuan semua terutama yang mempelajari ilmu persilatan dan yang mengetahui tentang ilmu “lamjalalah”.

  1. Selain digunakan untuk pagaran diri dari serangan ghaib, kekebalan dan lain-lain yang berhubung dengannya, bagaimana ilmu lamjalalah ini dimanfaatkan dalam ilmu perubatan?

  2. Bagaimana pula lamjalalah ini, pada peringkat tertinggi pengajian, dipecahkan kepada ilmu makrifat dan haq diri?

Terimakasih pada tuan-tuan yang sudi berkongsi pendapat.

- mib
Share this article :

116 comments:

  1. benar, kalau tak silap, berasal dr sumatera dan acheh, byk digunakan oleh org2 bugis (maaf kalau kita silap) dan dibawa ke tanah melayu. digunakan sebagai pendinding diri dan pagaran dr serangan ghaib. ia lbh pd zikir dan biasanya diturunkan oleh guru2 persilatan pd anak2 murid yg tlg mencapai tahap tinggi pengajian. cuma kita minta ulasan dan kupasan dgn lbh detail lg darihal penggunaannya dlm ilmu perubatan, ilmu makrifat dan ilmu haq diri. terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Memang, pada tahap rendah ianya untuk pendinding dan pagar diri.

    ReplyDelete
  3. perghh Puan sri main Lam Jalalah le...ngeri den

    ReplyDelete
  4. hehehe, den dapek dr arwah guru den cumo den tk berani nk amal. dulu maso jaman gilo2 den, den cubo gak tp tibo2 raso soram sojuk ... takut den ...!!!

    ReplyDelete
  5. soram sejuk tu tandonyo Pn Sri punyo natural shield dah teraktif la...mungkin ado alien yg nak berkenalan! kehkekeh

    ReplyDelete
  6. Bergantung kepada gurunya. Ilmu ni multifungsi dan adalah dari pecahan ilmu haq diri dan marifat. Oleh itu ada juga yang diperturunkan secara genetik....i.e. keturunan.

    Cara mengaktifkan pun banyak versi. Pada tahap tinggi, termasuk ilmu ghaib,tarik ilmu,pengobatan,ilmu ikatan,kekebalan dsb. Tapi semuanya atas kehendak Allah jua....

    ReplyDelete
  7. yg turun mlli genetik tu perlu diberi perhatian...ye ke yg turun tu lam jalalah? :)

    ReplyDelete
  8. Yang diturunkan secara genetik ni biasanya lebih mudah diaktifkan sebab dah ada gene yang aktif, cuma dia tak sedar. Kalau gurunya bijak pandai, dia dapat menilainya. Kalau guru-guru silat yang pandai, dia juga akan tahu perihal muridnya yang agak berbeza dan dikira lebih berbakat.

    Biasanya orang yang boleh terawang/scan akan nampak orang-orang ini seperti diselubungi satu energy shield. Kalau tuan punya badan tu sendiri tak tahu menahu, kemungkinan besar ada turunannya. Cuma mungkin agak lemah sebab dah tak diamalkan. Tapi bila dah diamalkan, barulah shield ni bertambah kuat. Wallahualam.

    ReplyDelete
  9. patutkah diamalkan, tuan? adakah kemudaratannya di kemudian hari? kita lbh tertarik pd pecahan makrifat dan haq. blh tuan kupaskan?

    ReplyDelete
  10. Ada 'shield' ke 'tak de shield' ke kalau tiang rapuh cam Twisties jadinya...dikunyah dan dimamah dengan begitu senang. Kalau berhajat sudilah...

    Pagaran Ghaib LAM JALALAH

    Setiap selepas SOLAT (tiang diri), setelah melakukan wirid atau zikir akhiri dengan membuat Pagaran Ghaib :

    1. Bahu kanan (Ya Hayyu) bahu kiri pula (Laa Yamut) dan bahagian pusat (YaAQayyum) ditulis dengan mengguna ibu jari kanan mulai bahu kanan dengan menyebut “Ya Hayyu”. Kemudian dibawa turun ke kiri mengelilingi pusat dengan menyebut “Ya Qoyyum” dan terus dibawa bahu kiri sambil menyebut “Laa Yamuut” (tekankan kuat di bahu kiri untuk 'mengunci Lam Jalallah' ini..

    2. Dilakukan sambil duduk atas sejadah dan tahan nafas selepas itu ucapkanlah "Alhamdulillahi rabbila'lamiin". Fungsi ilmu ini utk pagaran serangan ghaib..Allahu Wa'alam. Tapi kalau dah perangai kita tidak molek ayat apapun tidak menjadi melainkan atas kehendakNya juga.

    ReplyDelete
  11. '...kita lbh tertarik pd pecahan makrifat dan haq. blh tuan kupaskan?'....berhati2 !

    ReplyDelete
  12. '...da juga yang diperturunkan secara genetik....i.e. keturunan.' amat tepat kerana kebanyakkan ilmu bergantung kepada 'tanah' seseorang. Kalau subur insya Allah..kalau kering kontang, maka carilah guru yang boleh membantu.

    ReplyDelete
  13. Bergantung kepada perguruannya sebab apa yang saya dengar, banyak versi. Segala ilmu yang hendak diamalkan, termasuk zikir dsb, pada saya seeloknya di kenalpasti dan difahami maksudnya terlebih dahulu sebelum diamalkan takut menyimpang dari akidah. Kalau tak tahu maknanya pun, saya takkan amalkan,

    Prinsip saya, segala yang kita lakukan sekadar ikhtiar. Allah jugalah yang memberikan kita apa yang mahu dia berikan dan kita sekadar berdoa kepadanya. Ada kalanya apa yang kita dapat, bukanlah apa yang kita minta kerana Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

    Saya ni bukanlah tahu sangat perkara ini, cuma pernah di khabarkan kepada saya satu masa dulu waktu muda-muda belajar silat. Dah lama dah saya tak dengar orang sebut ilmu Jalalah ini.

    ReplyDelete
  14. betul.... memang tak berani saya kupas. Macam kupas bawang, takut berlinang air mata. hehehe

    ReplyDelete
  15. '.... tumpang dengar Tuannnn....... takkan menumpang shj Paduka Curra. Air berkole2 malam tadi mee sepinggan....kongsilah sekadar pengetahuan kita.

    ReplyDelete
  16. Dok menumpang dengar jer sorang ni...ish ish ishhhhh

    ReplyDelete
  17. 'Macam kupas bawang, takut berlinang air mata..' kupas bawang tidak mengapa, 'mengupas' besi habis satu badan sakit2!

    ReplyDelete
  18. iskh..ikskh....kalau la iman tu bole diturunkan mcm ni...kan bagus :)

    ReplyDelete
  19. hamba ini orang kurang arif Tuannnn..... bicara pula terlalu terbuka..... yang dibicarakan pula hal2 yang ghaib...... tumpang dengar Tuannnnnn.....

    ReplyDelete
  20. kan mendengar itu langkah yang lebih utama dari berkata2..... mendengar hanya untuk diri sendiri...... berkata2 pula melibatkan insan lain.... kan dah lain tanggungjawabnya...... huhuhu...... takur tak terpikul di pundak hamba.... Tuannnnnnn....................

    ReplyDelete
  21. '..bicarakan pula hal2 yang ghaib...... tumpang dengar Tuan'..bukan sekadar tumpang mendengar, apalah sudi kirannya kita bawa Paduka tuan berjalan2 ke alamNya di sebelah sana...

    ReplyDelete
  22. ya Tuannnnn...... kupas besi itu kan juga kupas yang empunya diri....... itukan rahsia peribadi...... mau kupas juga ke Tuannnnnn??.... karna tinanding???....??

    ReplyDelete
  23. '..iman tu bole diturunkan mcm ni...kan bagus..'...begitu juga kalau pahala manusia boleh dipassing2 alangkah baik juga !..

    ReplyDelete
  24. Paduka Curra '...kupas besi itu kan juga kupas yang empunya diri....... itukan rahsia peribadi...... ' Kita masih tergerak untuk membayangkan bilah Pandai saras luk 7 dengan dua belalai 'back to back' dengan kerewang yg berombak-ombak :)

    ReplyDelete
  25. ya Tuaannnnnnn....... alam yang sebelah sini lagikan masih belum selesai.... mengapa mau terkejar2 ke sana...... ramai orang mau mendaki jalan kerohanian.... memanjat dari satu tangga ke satu tangga.... namun akhirnya kesesatan yang dijumpainya...... seperti yang hamba katakan malam tadi.... ramai orang sibuk mencari sepersalinan kuning..... namun dia tak sedar..... yang akan dibawanya nanti hanyalah kain mori yang berwarna putih......

    ReplyDelete
  26. emmm BSS rasanya dimulai dr errr mahap ye.. puting rasanya...bukan bahu....sorry la klau silap...lupa ma

    ReplyDelete
  27. kan telah hamba katakan malam tadi....... lantas biarlah hamba selimutkan dengan selapis tirai...... biar makin samar....

    ReplyDelete
  28. Apa jua ilmu yang dituntut atau dipelajari, climax kehidupan hanya bersandarkan kepada ayat ini....' Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga-Ku. (Al Fajr :27-30)..insya Allah

    ReplyDelete
  29. jahilnya aku akan ilmu2 sebegini.... baru hari ni dengar.... so tumpang dengar jugaklah...ahaksss....

    setakat ni baru cuba blaja ABC dan alif ba ta.... tak khatam2....

    ReplyDelete
  30. Giliran saya pula utk ambil pas pemerhati....

    ReplyDelete
  31. aittttt..... masing2 jadi tukang dengar??....... hamba pun ikut sekali lah.....

    ReplyDelete
  32. BSS kita tak sampai ke situ, tuan. kurang pasti mulanya di mana. tp lamjalalah pun, kuncinya bkn di bahu ...

    ReplyDelete
  33. BSS tu apa ya? Mohon maaf...tak pernah dengar akronim ni

    ReplyDelete
  34. Almarhum Datuk saya dulu ajar saya versi yang dimulakan dengan membaca 4 surah Al Quran serba 7 kali .......dan diakhiri membaca "aku berniat memakai ilmu baginda ali, karena aku adalah harimau Allah"
    Ini versi apa pulak?

    ReplyDelete
  35. BSS ? Senang aja Paduka Khaz....kalau facts kita silap maka BSS lah yang tepat Bull Shit Sokma hehehehehehe!

    ReplyDelete
  36. Budi Suci ni pergerakan apa? Mohon maaf atas kejahilan saya ni. ( Malunyaaa...ish ish ishhhh)

    ReplyDelete
  37. zaman sekolah kita di melaka dulu, bss cukup kuat, betul tak tuan piero? rasanya dah kena banned ...

    ReplyDelete
  38. ahhhh,.....zaman sekolah. Tiada yang lebih indah dalam hidup ini melainkan kenangan...demi kenangan yang secebis itu, huhuhu

    ReplyDelete
  39. Paduka Khaz '..Budi Suci ni pergerakan apa? Mohon maaf atas kejahilan saya ni...' kita pun tersangatlah kurang pengetahuan mengenainya. Mungkin salah (mohon kemaafan) adakah BSS seangkatan dengan Nasrul Haq?

    ReplyDelete
  40. Paduka Khaz '...Almarhum Datuk saya dulu ajar saya versi yang dimulakan dengan membaca 4 surah Al Quran serba 7 kali .......dan diakhiri membaca "aku berniat memakai ilmu baginda ali, karena aku adalah harimau Allah" Ini versi apa pulak?'..Ini adalah umpamakan 'pakaian' orang dulu2 mungkin sebagai pengerun..Allahu wa'alam.

    ReplyDelete
  41. sorry la pn. sri...den tak ambik BSS...cuba dengau cite dr rakan2 yg dah lama belajau aliran ni. kalau di melaka area serkam& telok mas dengaunya ada perguruan ni. Antara guru utamanya adalah Wak Mail di Paya Rumput...xtau la sama ada beliau mengajau lg atau tak. kalau nak kata kene banned...meme dah kene pon oleh jab agama...atas alasan apa...maaf la den pon kurang periksa.

    psl kuncian tu...pernah la den dengau kaedahnya...tp xde la berminat nak kongsi rahsia perguruan org kat public ni

    ReplyDelete
  42. '... (sambil angguk2 kepala)...... garu skit...' kita tk de comment Paduka Curra.

    ReplyDelete
  43. Berhati2 bila menulis dalam blog..jangan main hentam kromo aje...susah nanti

    ReplyDelete
  44. apa yg hentamnya? den ada buat silap ke? kalau silap sori la eik :p mohon betolkan :)

    ReplyDelete
  45. Salam tuan hamba sekalian.. satu perkongsian yg baik..

    ReplyDelete
  46. Selamat Datang Paduka Sunan Kalijago...isu mengenai Paduka diperbincangkan......

    ReplyDelete
  47. Perbincangan ini amat hangat nampaknya... hamba sekadar mendengar dan melihat...

    ReplyDelete
  48. wahhhh..... jenis kulit tebal ni..... bagus kalau dapat potong skit buat wafaq.... hehehehhe....... keballll oooooo...... ampun Tuannn.... gullppp!

    ReplyDelete
  49. pohon maaf paduka megat. kita melihat dr sudut yg berbeza. masing2 punya pegangan dan fahaman tersendiri. terpulang pd diri kita sendiri utk menilai. perjalanan kita masih jauh dibandingkan dgn paduka megat. kita cuma berkongsi sekadar yg ada ... nasihat paduka megat kita terima. apa yg silap, harap ditegur.

    ReplyDelete
  50. den rasa Dato ni salah faham kot...maksud den luaran ilmu Lam Jalalah ni pon masih belum sempat kita bincang...

    ReplyDelete
  51. den masih tak bertemu pangkalnya lagi..macam tikus tengok besi jee..nampaknya kena cari kitab dan guru...kat mana yee

    ReplyDelete
  52. tak de salah fahamnya Tuannnnn.....sekadar gurauan dari hamba..... hamba sedar duduk perkara..... nak kupas kulit...nak kupas kulittt....

    ReplyDelete
  53. perbincangan tahap tinggi.... umpama forum para wali..... ambo sekadar curi dengar....

    ReplyDelete
  54. Ambo pernah dengar ilmu ini pernah digunakan oleh..(lupa nama tuan gurunya) bersama pengikut semasa peperangan di Bukit Besar daerah Betong Selatan Thai, berhampiran pekan Sg Golok melawan tentera kerajaan. Dlm serangan tersebut dikhabarkan tentera menembak senapangnya ke atas dan mereka melihat pihak lawan semuanya tinggi dan besar walhal pengikut Tuan Guru tadi menyerang dari bawah.

    ReplyDelete
  55. tak tercapai kita ke tahap itu, tuan. niat kita utk mendalami semula apa yg pernah diberi pd kita suatu masa dahulu. kalau ada gunanya, insyaallah ... kalau rasa2nya tidak perlu, kita tinggalkan saja.

    ReplyDelete
  56. Maaf Tuan-tuan dan puan puan,
    seronok hamba membaca berbincangan ini. Yang hamba pernah dengar, ilmu Lamjalalah ini pecahan daripada Kalimah Tauhid " La Illaha Illa Allah " yang terbahagi pada 4 bahagian.
    1) Jalan Shariat
    2) Jalan Thorikat
    3) Jalan Hakikat
    4) Jalan Marifat

    La itu Kalimah pada Shariat, jalan yang zahir kepada Allah, tuboh kepada titik

    Ilaha itu Kalimah pada Thorikat iaitu jalan yang Batin kepada Allah, jalan mati pada kita, Asmak kepada Allah

    Illa itu Kalimah pada Hakikat iaitu jalan kesempurnaan kepada Allah, Jalan sifat pada kita,, jalan Zat kepada Allah

    Allah itu Kalimah pada Marifat, iaini jalan yang sebenar-benarnya perjalanan nyawa kepada kita, ujud kepada kita

    cara memakai berbeza antara perguruan tetapi nawaitu nya sama, untok memagar diri kita.

    Walahualam, sekadar berkongsi aja, tolong tegor kalau ada kesilapan.

    ReplyDelete
  57. alhamdulillah....terima kasih tuan paduka raden. ini yg kita cari, pecahan makrifat dan haq diri, selama ini tidak diterangkan pd kita tp disuruh mencari dan kerana jahilnya kita, tak kita pedulikan. kita ada satu kemusykilan skrg, sekiranya blh paduka raden huraikan, sekiranya Allah itu kalimah pd makrifat yg ujud pd kita, perlukah kita berbalik pd laa - kalimah pd syariat, tubuh kpd titik, yg pd hakikatnya, tiada? maaf kalau soalan kita agak keterlaluan (atau perlukah kita ke blog lain?). kita perlu mencari jawapan, kita akan terus bertanya sehingga temui jawapan yg pasti. terima kasih sekali lagi tuan paduka raden.

    ReplyDelete
  58. Maaf ya anak Mazintan, soalan yang terlalu dalam dan terlalu banyak yang hendak di-huraikan, sebaik-baik nya bertanya dengan guru yang Murshid.
    Hanya yang pakcik boleh sampaikan, berbalik lah kita kepada:-
    Kalimah Allah dan Kalimah Rasul,
    kerana itulah dua kalam yang nyata yang kita pegang serta menjadi pedoman dan haluan bagi kita kembali menghadap Nya.
    Semoga Allah mengurniakan kita Husnul Khotima.
    Amin.
    Insyaallah, kalau di izinkan, dapat lah kita bermuzakarah.

    ReplyDelete
  59. terima kasih byk tuan paduka raden. tuan tlh membantu membukakan jlnnya. seorang hamba Allah juga tlh pm kita dan memberikan kunci pd rahsia lamjalalah, terima kasih byk2. apa yg kita cari sebenarnya ada di depan mata. insya'allah tuan paduka raden, kita berjumpa lagi di blog tuan.

    ReplyDelete
  60. Satu lagi nasihat kita, jangan ada antara kita yang belajar bermula dari hujung tanpa mengetahui apa2 yang dipangkal. Takut2 wujud pula satu kes memenggal kepala orang lagi....

    ReplyDelete
  61. Yang dikatakan Paduka Megat sangat lah benar, semoga anak Mazintan di beri Taufik dan Hidayah.

    Yang di-suroh cerminkan diri kita, bukanlah menatap wajah kita kat cermin, tapi kajilah sedalam2nya kebesaran Allah yg ada dalam diri kita. Kalau dulu 9 bulan 10 hari kita di-kandong dalam perut ibu dgn tidak sedikit pun cacat dan cela, begitulah hendak nya bila besok kita berpindah ke perut ibu bumi (liang lahat) dgn tidak rusak di-mamar dek cacing dan busok dek kaadan di-sekeliling kita, tapi di pelihara oleh ibu bumi seperti mana kita di-pelihara oleh ibu kandong kita sampai ke-hari bangkitan.
    Maha Suci Allah, Ampunkan lah kami umat yg daif lagi sombong dan bongkak, bukakan lah jalan Keredaan Mu supaya tercapai kami yg selalu kami ucapkan " Assalammualaikom "
    Amin Amin Amin Yaa Rabbal Alamin.

    Hamba pohon ampun dan maaf sekira nya hamba biadap kepada sesiapa.

    ReplyDelete
  62. “Tidak ada cara ber-taqarrub (mendekatkan diri) seorang hamba kepada-Ku yang lebih Aku sukai selain melaksanakan kewajiban-kewajiban yang telah Aku fardhu-kan kepadanya. Namun hamba-Ku itu terus berusaha mendekatkan diri kepada-Ku dengan melakukan (sunnah) nawafil, sehingga Aku pun mencintainya. Apabila ia telah Aku cintai, Aku menjadi pendengarannya yang dengan Aku ia mendengar, (Aku menjadi) pengelihatannya yang dengan Aku ia melihat, (Aku menjadi) tangannya yang dengan Aku ia keras memukul, dan (Aku menjadi) kakinya yang dengan Aku ia berjalan. Jika ia memohon kepada-Ku, sungguh, akan Aku beri dia, dan jika ia memohon perlindungan-Ku, Aku benar-benar akan melindunginya.” (Hadits Qudsi riwayat Bukhari).

    ReplyDelete
  63. Satu lagi mengenai mengkaji diri dgn melihat cermin kurang tepat. Melainkan kita ingin menggunakan alat solek atau cucuk botox pada muka, barulah gunakan cermin. Apa yang dikatakan oleh Paduka Raden Panglima adalah tepat '....Yang di-suroh cerminkan diri kita, bukanlah menatap wajah kita kat cermin, tapi kajilah sedalam2nya kebesaran Allah yg ada dalam diri kita.'. Pernahkah kita merenung seraut wajah yang bernama 'diri' dan memberi peringatan di atas kelalaian diri itu? Jelas sekali perbuatan tersebut amat jarang kita lakukan...Tanyalah diri kita :

    Wahai diri...
    Apakah engkau sedar bahawa di hadapanmu sedang menanti dua tempat, iaitu syurga dan neraka? Engkau pasti akan menemui salah satu dari keduanya. sama ada engkau menyukainya atau tidak, ia pasti akan menemuimu jua...
    Namun, mengapa engkau masih sibuk dengan kelazatan dan dorongan nafsu serta gemar melakukan maksiat dan kederhakaan? Bukankah engkau pasti akan dipertanggungjawabkan ke atas dosa-dosa dan kesalahanmu itu? Tidakkah engkau tahu bahawa segala sesuatu yang pasti datang itu amat dekat kedudukannya?

    Sedangkan yang dinamakan jauh itu apa-apa yang mungkin tidak akan datang. Bila engkau dihumbankan ke dalam neraka kerana perbuatan jahatmu, itupun sesuatu yang amat dekat, kerana ia janji yang pasti akan datang. Hanya menunggu saat dan ketibaannya saja. Ingatlah wahai diri...ingatlah! Na'uzubillah..

    ReplyDelete
  64. aminnn ....
    terima kasih sekali lg, tuan paduka raden. mmg itu juga yg disuruh oleh arwah guru kita ... kaji dan carilah, dan jgn malu bertanya pd guru2 yg mursyid. jika diizinkan, kita ingin menimba ilmu dr tuan paduka, insya'allah. salam sejahtera kita buat tuan paduka dan seisi keluarga. pohon maaf juga dr kita, dek kejahilan dan kekurangan kita, mungkin ada yg terguris hati...wassalam.

    ReplyDelete
  65. Sudah ketinggalan jauh nampaknya saya ni.....diskusi yang semakin tinggi tahapnya

    ReplyDelete
  66. aduuhhhhh...... tinggi sungguh tingkat pembicaraan di sini...... mampukah hamba untuk terus numpang dengar dan belajar........

    Tuan Khaz....... tak tidur lagi ke??...... kirim salam kat yang ngintai2 dan curi2 dengar tadi........

    ReplyDelete
  67. Assalammualaikom Tuan Anakcurra.
    jangan lah macam tu. Pada pendapat hamba, tuan pun tidak kurang kehebatan ilmu nya. Kongsi lah dgn kita2.
    Hamba walaupun sudah lanjut usia (warga mas), hamba tetap ingin belajar tak kira daripada orang yang jauh lebih muda dpd hamba kerana ilmu yg Allah T.A. turunkan tidak mengenal usia sa-saorang.
    Wassalam

    ReplyDelete
  68. salam kembali Tuan RadenPanglima..... tak apa2 Tuannnn...... pesan guru hamba..... lebih baik sedar dari disedarkan....... mohon maaf andai terkasar bahasa..... hamba ini baru setahun jagung Tuannnn....

    ReplyDelete
  69. assalaamualaikum paduka2 yg kita hormati semua:
    kita ingin berterima kasih banyak2 di atas segala perkongsian ilmu2 dan pengetahuan paduka2 semua. segala perkongsian berupa ilmu, nasihat, panduan, peringatan, amat kita hargai. semoga bermanfaat buat kita semua, insya'allah.

    ReplyDelete
  70. kalau dah habis diskusi, saya mohon diri dulu......

    ReplyDelete
  71. Paduka Khaz dan Paduka Anak Curra....cerite dah habis tapi mungkin ada isu lan kot? Maklumlah nak 'sedut' ilmu orang lan bermacam cara. Sedut jangan tak sedut, 'tanah' yang kering perlu disuburkan, ta kiralah dgn apa cara sekali pun.... -The End-

    ReplyDelete
  72. Nak melawak jom kita melawak..kita bincang isu ini pulak ..Nasi Kangkang....
    Nasi kangkang @ nasi tangas adalah amalan khurafat segelintir masyarakat Melayu (walaupun educated ada yang buat juga!). Pengamalnya tidak takut akan dosa melakukan perkara tersebut kerana telah dihasut oleh syaitan yang akan membawa mereka ke naraka jahanam. Oleh itu jauhi ilmu tersebut walaupun dengan pelbagai alasan sekalipun. Sejauh mana amalan sihir serta khurafat ini mampu menundukkan suami atau sekurang-kurangnya disenangi orang sekeliling melihat pemakainya?
    Walaupun Islam melarang, mengharamkan dan menyifatkan perbuatan itu satu dosa besar, keanehan atau apa yang dianggap kesan mujarab sesuatu amalan itu masih tetap dipraktikkan hingga ke hari ini. Jika tidak secara terang-terangan, tetapi masih ada yang melakukannya secara senyap-senyap dan larisnya seseorang bomoh selalunya hanya diketahui di kalangan kelompok yang pernah melakukan kerja berkenaan.
    Masyarakat hari ini leka kemajuan sains dan teknologi, masih ada segelintir wanita yang yang datang berjumpanya bagi minta cara-cara untuk menghasilkan nasi kangkang. Alasan yang selalu diberikan ialah menundukkan suami liar yang selalu menimbulkan masalah dalam rumah tangga seperti `makan luar’ dan hidung belang. Wanita sebegini selalunya inginkan suami yang sentiasa berada di rumah, tidak berfoya-foya dan lebih mudah mendengar arahan daripada isteri. Sungguhpun begitu, sejauh mana amalan berkenaan boleh menzahirkan hajat wanita berkenaan masih sukar dipastikan dengan kata-kata kerana ia diukur berdasarkan `kehebatan’ seseorang bomoh.
    Ada yang kata menjadi dan ada yang kata tidak menjadi. Itu yang sukar untuk kita pastikan. Amalan berkenaan dilakukan menerusi pembacaan ayat tertentu yang diamalkan ketika melakukan prosedur itu. Penghasilan nasi kangkang sama seperti namanya agak menjijikkan kerana untuk menyediakannya, wanita berkenaan perlu berada pada keadaan haid @ datang bulan. Wanita berkenaan dikatakan perlu berada dalam keadaan duduk mencangkung di atas nasi yang masih panas untuk selama lebih kurang 10 hingga 15 minit sehingga mengalir air yang berwap daripada tubuhnya ke dalam nasi berkenaan dan selalunya amalan ini perlu dilakukan beberapa kali untuk lebih mujarab.
    Perkara yang dibantu oleh syaitan seperti ini selalunya menjadi, khususnya membabitkan pasangan yang masing-masing cetek ilmu pengetahuan agamanya. Walaupun dalam beberapa kes ada suami yang menjadi bodoh akibat makan benda yang kotor, kadangkala itulah yang isteri inginkan iaitu suami yang mengikut telunjuk kata. Kesan sihir yang dilakukan bomoh boleh mendatangkan kesan sebaliknya seperti suami membenci isterinya dan mungkin ia dikaitkan dengan melanggar pantang larang oleh wanita berkenaan seperti larangan makan makanan tertentu dan sebagainya....Kaum lelaki khasnya para suamu berhati-hati...Any comment?


    ReplyDelete
  73. betul ke tu? kita cuma tgk cara2nya dlm drama swasta dan juga dlm eksklusif di tv. tak tahu pulak kena tunggu haid, baru blh buat. tp dr cerita2 yg kita dengar terutama dr cleaner2 indonesia di ofis kita, mereka menggunakan kaedah (minta maaf kalau bahasa kita kasar sikit) yg cukup menjijikkan, tak payah buat nasi kangkang pun. mereka cuma gunakan darah haid sahaja yg dicampurkan dgn makanan ... nauzubillah!!!

    ReplyDelete
  74. Topic baru ke ? Apa yg di-katakan oleh saudara hamba Megat Panjialam memang benar. Anak Mazintan nak dengar cerita benar ?

    Adek angkat hamba yg tinggi ilmu laduni nya, pada suatu hari di-ajak makan oleh bekas isteri nya semasa dia ke rumah beliau untok menghantarkan duit nafkah anak2 yg dalam jagaan janda nya. Bila nasi di-hidang oleh ibu mertua nya, dia terperanjat kenapa nasi yg di-hidang berwarna merah jambu. Kalau di-lihat dgn mata kasar, putih warna nasi ini, tetapi bila di-renung dgn mata hati, merah jambu.
    Langsung adek angkat bermohon pada Allah TA memberi pertunjok, dia dapat melihat dudok perkara yg sebenar nya akan apa yg telah di-lakukan oleh bekas isyeri-nya. Dgn berkat ilmu yg ada, adek angkat dapat memulihkan nasi tadi balik ke-asal putih bersih nya. Langsung dia makan lah seperti biasa sambil di-perhatikan oleh bekas isterinya dan bekas mak mertua nya. Bila dah selesai basuh tangan dan masa hendak keluar dari rumah, dia mengatakan pada bekas isterinya, " Aku tahu apa yg kau dah buat, lain kali jangan buat lagi "

    Terima kaseh, sekadar berkongsi aja.

    ReplyDelete
  75. astaghfirullahal'azim...walau tinggi ilmu laduninya, masih juga mahu dikenakan nasi kangkang oleh bekas isterinya? apa tujuan dilakukan begitu? utk berbaik semula? nauzubillah!! minta dijauhkan perkara2 sebegitu. mahu kita kongsikan cara2 atau adab seblm makan/minum yg diamalkan oleh arwah guru kita untuk mengelakkan drp memakan/meminum makanan yg tidak elok atau yg diletakkan racun?

    ReplyDelete
  76. Wah offer yg bagus ni, sama-sama kita dapat manfaat nya.

    ReplyDelete
  77. aduh tuan paduka raden, kita rasa paduka raden tentu lbh arif ttg perkara2 sebegini. tapi apa salahnya berkongsikan? (yg ini tak payah guna straw...)
    arwah guru kita cukup pantang sekiranya diberi minuman dgn cawan/gelas tanpa alas. org melayu mesti beradab, katanya. dan setiap kali seblm minum, kita perhatikan arwah akan memusing2 cawan pd piringnya beberapa kali. suatu hari kita bertanya akan hakikat perbuatan beliau, langsung beliau bercerita ... seblm makan/minum, cuba rasa lelangit dgn lidah, kalau ada rasa geli/gatal pd lelangit, makan dan minumlah rezeki yg ada di depan mata tetapi jikalau tiada rasa, jgn sesekali dimakan/diminum. makanan itu mungkin beracun ... wallahu'alam.

    ReplyDelete
  78. Kalau guru hamba pulak, kalau cawan atau gelas itu beracun atau permainan santau, cawan atau gelas itu pecah. Tapi ilmu ini dia tak turun kat hamba.

    ReplyDelete
  79. salam paduka raden, pd pengamatan kita, kebiasaannya guru2 seperti ini tidak akan menceritakan apa2 rahsia pd anak2 muridnya, kecuali ditanya. itu pun kalau ada rezeki, dapatlah jawapan yg terus. kalau tidak, kita disuruh mencari jawapan yg tersurat drp apa yg tersirat.

    ReplyDelete
  80. kalau hamba pulak..... orang beri cawan/gelas air..... hamba baca Bismilllahirrahmanirahim...... terus minum.... pasalnya... hamba ini tiadalah ilmu yang hebat2 itu....

    ReplyDelete
  81. Untuk memperlengkapkan ilmu jangan disantau :
    Bismillah.....
    Besi kursani besi ku galas
    diperturunkan dari Gunung Andalas
    Kalau pecah kaca atau gelas
    Kau main santau eh, siap kau aku balas!

    ReplyDelete
  82. Saudara ku Paduka Megat, satu petua yg amat berguna untok di amalkan.
    Thank q many many.

    ReplyDelete
  83. Tidak tinggi manapun kudrat yang kita ada Paduka Raden. Pada pandangan kita, santau melalui minuman atau makan masih boleh kita elakkan, yang paling bahaya adalah santet (santau) angin. Di sinilah keteguhan iman serta 'perlindungan' yang diamalkan memainkan peranan. Tidak ada gunanya kalau asyik mainkan lidah ke lelangit kita. Kalau terlalu 'geli' lupa pula yang datang melalui angin yang jelas lagi bahaya. Allahu wa'alam

    ReplyDelete
  84. Yang paling mujarab 1. Jangan ambil kecoh hal orang 2. Jangan menyakiti hati orang lain 3. Selalu lihat ke bawah...lainlah kalau kita ini juga main sentet !

    ReplyDelete
  85. Serba sedikit mengenai santau (dari internet) :-

    Santau dan racun menurut para perawat tradisional tidak pasti perbezaannya. Ramai di kalangan mereka berpendapat bahawa kedua-duanya adalah sama. Hal ini berlaku adalah kerana bahan-bahan yang digunakan untuk membuat santau dan racun adalah sama. Rawatannya juga adalah sama. Terdapat beberapa ciri sahaja yang boleh dijadikan panduan bagi mengenal pasti samada seseorang itu terkena racun atau santau. Pada kebiasaannya, mangsa racun akan menderita serta-merta seperti berlakunya muntah darah. Mangsa santau mengambil masa lama menyebabkan mangsa tidak menyedari sehinggalah mangsa tersalah makan seperti limau nipis dan nenas. Ini adalah kerana mangsa santau amat sensitif kepada limau nipis dan nenas.

    Jenis-jenis Santau: Santau boleh dibahagikan kepada dua jenis:

    Jenis pertama: Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan peranan jin dan syaitan. Jenis ini agak mudah dirawat.

    Jenis kedua: Santau yang disertai dengan pemujaan terhadapsyaitan dan syaitan. Ianya dikenali sebagai santau angin dan ianya agak sukar dirawat kerana melibatkan peranan jin.

    Tanda-tanda Terkena Santau:

    Jika seseorang mengalami gejala-gejala berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:

    Batuk berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.

    Istihadhah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.

    Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kadang sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.

    Sakit dan sesak nafas terutama waktu Maghrib.

    Lenguh seluruh anggota badan.

    Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.

    Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

    Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu.

    Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.

    Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusukan kanak-kanak tersebut.

    Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.

    Mimpi makan makanan yang kotor seperti bangkai dan babi.

    Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau bermimpi pergi ke tempat-tempat ibadat bukan Islam.

    Kesan-kesan Santau:

    Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut:

    Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t.

    Hilang daya ingatan.

    Kulit akan merekah serta keluar air dan nanah.

    Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali dengan penyabar bertukar menjadi panas baran.

    Badan menjadi bongkok akibat batuk berpanjangan.

    Badan menjadi licin disebabkan seluruh buluh di badan telah gugur.

    Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang sering terganggu.

    Terjadinya kanser dan ketumbuhan.

    Jika pesakit hamil akan mengalami keguguran.

    Amacam...? Masih nak letak lidah kat lelangit ke..?

    ReplyDelete
  86. tumpang baca Tuannnn...... memang menarik bab santau ni... tapi bukan cara buatnya lah...... yg menariknya cara rawatannya.....

    ReplyDelete
  87. khabarnya ada satu kaum yang sangat2 terkenal dengan permainan santau ni.... hhhmmmm...... takut lah hamba...

    ReplyDelete
  88. Kaum...? Mungkin itu antara cara membukti mereka ini golongan handal dalam ilmu persilatan dan ilmu dalam..Allahu wa'alam

    ReplyDelete
  89. huhuhu.......gullppppp!! Yang penting NIAT kerana ALLAH swt. Amin

    ReplyDelete
  90. Tawakal huallah lebih mujarab dari ilmu kebal.....

    ReplyDelete
  91. Benar tuan megatpanjialam.. Ada yang Maha Kebal dan Maha Kuasa selain dari ilmu yang diberikan

    ReplyDelete
  92. Kadang-kadang nafsu membuatkan kita lupa siapa sebenarnya yang yang memberikan kita ilmu dan mengizinkan kita mengamalkannya.

    ReplyDelete
  93. Amat tepat sekali padangan Paduka Tuan2. Kdgkala kita terlalu akan kehebatan seseorang sampai habis semua yg dia kata adalah benar..org lain yg tidak berguru tidak berkebolehan. Berguru atau tidak semua atas kehendakNya serta keimanan seseorang..pandangan shj..

    ReplyDelete

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Bila Cindaku Menulis | Abjad Rumi Ke 13 | Mencari Identiti
Copyright © 2013. Bila Cindaku Menulis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger