Home » , , , , » MENJEJAK MISTERI PULAU BESAR - Bahagian 3

MENJEJAK MISTERI PULAU BESAR - Bahagian 3

Written By Cinta Menora on Wednesday, July 24, 2013 | 7/24/2013 05:52:00 PM

Lokasi:  Pulau Besar, Melaka
Tarikh:  2 - 3 Jun 2013
Klik di sini untuk membaca artikel berkait dengan Pulau Besar

Siapa Lelaki Berkopiah Di Tepi Makam Tok Janggut?

Beliau mengenalkan dirinya sebagai Jamal, berasal dari Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah, Melaka. Aku memanggilnya Abg Jamal atas rasa hormat walaupun pada perkiraan aku, umurnya mungkin lebih muda dariku (aku kan sentiasa rasa muda ... hehehe). Abg Jamal telah lebih 10 tahun tinggal di Pulau Besar setelah perkahwinannya gagal dalam tempoh yang singkat. Sejak dari itu, beliau sering ke Pulau Besar untuk mencari ketenangan di samping cuba mendalami ilmu agama dan mencari dirinya yang sebenar. Lama-kelamaan beliau terus menetap di sini. Kediamannya adalah di Marina Beach Resort yang tidak beroperasi yang hanya diduduki pada malam hari kerana di situlah Abg Jamal bekerja sebagai Pengawal Keselamatan.

Perbualan kami dengan Abg Jamal berkisar pada pandangan aku yang kecewa dengan tindakan pengunjung-pengunjung menjalankan amalan ritual dan khurafat di makam para wali Allah sehingga mencemarkan kesucian makam-makam tersebut. Abg Jamal pula punya pandangan berbeza, "biarkan mereka dengan cara mereka, kita tak boleh nak halang, mereka datang dari jauh, habis nanti saya bersihkan dan buang semuanya ..." Subhanallah ..!! Caranya bercakap penuh santun, membuatkan kami ingin berbual lebih lama dengannya. Setelah kami mengenalkan diri sebagai sepupu kepada Abg Din Komando, Abg Jamal kelihatan lebih ramah dan mesra dan apabila kami menyatakan bahawa kami ingin berjalan menjelajah satu pulau, Abg Jamal terus menawarkan diri untuk menjadi jurupandu kami. Jam menunjukkan pukul 2:50 petang dan perjalanan kami pun bermula ...

Dari Makam Tok Janggut (klik di sini untuk entri sebelumnya), kami bergerak mengarah ke jeti dan mendaki anak-anak tangga batu menuju ke jalan bertar di atas bukit. Destinasi kami, ke arah resort yang terbiar untuk menjejak Makam Nisan Satu. Sepanjang perjalanan, pandangan kami tertumpu pada rekabentuk chalet kayu yang lebih dikenali sebagai Pandanusa Island Resort. Sayang sekali, resort ini terbiar begitu sahaja.

Pandanusa Island Resort & Golf Club - Resort Yang Terbiar


pandanusa resort yang terbiar
Beginilah keadaan resort yang dulunya sering dikunjungi pelancong

laluan masuk ke pandanusa
Laluan masuk ke Pandanusa Island Resort

pandanusa resort yang terbiar
Terbiar ...

pandanusa resort yang terbiar
Landskapnya masih cantik

pandanusa golf club
Arah ke lapangan golf

pandanusa restaurant and coffee terrace
Kemungkinan ini merupakan restoran atau coffee terrace

chalet di pandanusa
Penat juga berjalan ...

chalet yang terbiar di pandanusa
Kayu dan papan yang berserakan

pandanusa hilltop chalet
Hilltop Chalet

Resort yang terbiar ini asalnya dikenali sebagai Tapa-Nyai Island Resort, dirasmikan pembukaannya pada 4 September 1991 oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohammad. Dikatakan nama Tapa-Nyai diambil dari nama Nyai Anjas Moro atau Puteri Gunung Ledang yang kononnya dipercayai sebagai orang pertama menjejakkan kaki ke Pulau Besar.

Tapa-Nyai Island Resort kemudiannya telah ditukarkan nama kepada Pandanusa Island Resort & Golf Club. Selepas kejadian tragedi bot karam di perairan Pulau Besar pada tengah malam 18 Oktober 1998 yang telah meragut 15 nyawa, mangsa kebanyakannya adalah pekerja Pandanusa Island Resort, pihak pengurusan Pandanusa (pemilik asalnya adalah Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah) akhirnya memberhentikan operasinya pada tahun 2001. Ini berikutan kurangnya sambutan dari pengunjung yang masih fobia dengan kejadian tersebut dan menganggap tragedi tahun 1998 adalah berpunca dari unsur mistik dan kekeramatan, bukannya kerana kejahilan dan kedegilan manusia sendiri.

Aku tidak menjumpai tarikh dan tahun yang tepat bilakah Pandanusa Island Resort yang telah ditutup, kemudiannya beroperasi semula atas nama Putera Island Resort dan seterusnya bertukar pengurusan dan menukar namanya kepada Paradise Island Resort. Malangnya Paradise Island Resort juga mengalami nasib yang sama sehingga memaksa pengusahanya menamatkan perniagaan dan menutup terus pusat peranginan itu sehinggalah ke hari ini. Dan akhirnya resort tersebut terbiar begitu sahaja ...

Makam Nisan Satu

Jam 3 petang, kami tiba di Makam Nisan Satu yang terletak di dalam kawasan resort. Tidak banyak info yang berjaya aku perolehi tentang makam ini. Makam ini dianggap aneh kerana hanya mempunyai satu batu nisan sahaja. Ianya dipercayai makam seorang pemuda yang sangat kacak dan tampan yang meninggal dunia sekitar lingkungan umur 18-19 tahun. Tidak dikenalpasti siapakah pemuda tersebut, cuma dikatakan arwah adalah seorang yang alim lagi warak.


makam nisan satu
Makam Nisan Satu

makam nisan satu
Bersungguh-sungguh Abg Jamal bercerita

Keadaan sunyi sepi semasa kami berada di sini. Selepas Abg Jamal memberikan sedikit penerangan tentang makam ini, beliau lantas mengajak kami bersama-samanya menyedekahkan Al-Fatihah serta berdoa. Kata beliau, "doalah apa-apa yang kita hajati, minta pada Allah melalui para wali dan aulia Allah ..."

Maaflah, bab ini aku tak bersetuju. Kita berdoa dan meminta terus pada Allah. Mengapa perlu menggunakan perantaraan? Aku tahu aku bukanlah orang alim, bukan golongan ulamak, jauh sekali para wali dan aulia. Kalau mereka masih hidup, aku mungkin akan meminta mereka tolong mendoakan untuk aku. Pastinya doa mereka lebih afdhal, lebih diterima Allah. Tapi sekarang mereka sudah meninggal dunia. Sepatutnya aku yang hidup ini yang mendoakan untuk mereka yang sudah tiada. Khususan ila ruh ~ Al-Fatihah ... Semoga mereka ditempatkan bersama-sama denganNya ...

Semasa Abg Jamal berdoa, angin tiba-tiba bertiup kencang. Pohon-pohon dan daun-daun pokok di sekeliling kami bergoyang kuat. Kami hanya berdiam diri. Walaupun kami turut serta menadah tangan berdoa, masing-masing dengan doa tersendiri di dalam hati. Sebaik sahaja Abg Jamal selesai berdoa, keadaan menjadi sunyi-sepi kembali.

Aku cuba google mencari info tentang makam ini dan aku terjumpa satu lagi versi dari sebuah blog yang mengatakan makam ini adalah Makam Melur. Aku sunting catatannya seperti di bawah :

Perjalanan diteruskan ke makam Melur. Hanya satu batu nesan yang terdapat di atas kuburan diteduhi rimbunan tumbuhan. Menurut pemandu yang membawa kami, Melur ini hidup sezaman dengan Hang Tuah. Melur adalah anak belahan orang asli Gunung Ledang yang semasa hayatnya pernah menaruh hati terhadap Hang Tuah. Namun, oleh kerana angkara fitnah kononnya bermukah, dia dibunuh dan disemadikan jasadnya di Pulau Besar. Cerita lisan ini tidak perlulah dibuktikan kesahihannya di sini kerana saya sekadar berkongsi kisah yang disampaikan oleh pemandu arah. Oleh kerana tiada teks bertulis sebagai sumber rujukan yang dapat dijadikan sandaran, maka anggap sahaja kisah ini dan juga kisah selanjutnya selepas ini tergolong dalam cerita rakyat.
Sumber: Jejak Mihrab Mimbar - Khazanah Pulau Besar

Wallahu a'lam (Dan Allah Maha Mengetahui) ....


Share this article :

30 comments:

  1. Puan CM,

    Saya setuju. Dalam bab berdoa, kita dilarang berdoa berwasilah atau berperantaraan seseorang yang sudah mati. Walaupun orang itu orang yang dikatakan wali Allah.

    Dalam hal resort yang bertukar pemilik dan gagal mendapat sambutan saya berpandangan mungkin Pulau Besar tiada tarikan seperti tarikan yang terdapat di Pulau Langkawi.

    KM baru kena usulkan kepada Kerajaan Pusat untuk jadikan Pulau Besar diberi status Pulau Bebas Cukai dan minta sediakan infrastruktur sebagai Pulau Bebas Cukai.

    Sekadar pandangan sahaja....

    ReplyDelete
  2. Salam Pak Mail,

    Terimakasih atas komen dan pandangannya. Moga-moga kita dijauhkan dari dosa syirik, insya Allah.

    Pandangan Pak Mail untuk membangunkan Pulau Besar sebagai Pulau Bebas Cukai sebenarnya telah lama dibincangkan oleh Kerajaan Negeri. Cuma hingga sekarang, ianya masih tidak dapat dilaksanakan.

    Pulau Besar bagi saya punya tarikan tersendiri. Ianya merupakan pulau keramat, tempat di mana suatu masa dahulu disemarakkan dengan kegiatan dakwah Islamiah, tempat yang melahirkan ramai para-para wali, ahli-ahli sufi dan tasauf, juga pahlawan-pahlawan terbilang yang memiliki ilmu kebatinan yang tinggi. Sebaiknya Pulau Besar dimajukan dengan mendirikan pusat-pusat kegiatan keagamaan dan kerohanian. Semasa saya di sana, satu pusat tahfiz telahpun siap dibina dan saya difahamkan ianya telahpun beroperasi pada 8 Julai 2013.

    Semoga banyak lagi pusat-pusat keagamaan dapat dibina di sini dan mengembalikan semula kegemilangan Pulau Besar sebagai pusat kegiatan dakwah yang terkenal di nusantara.

    ReplyDelete
  3. saya pernah sampai ke pulau besar ini ketika 15tahun yang lalu..dan menginap di pandanusa island resort yang sekarang salah satu resort yang terbelangkalai di sana..ketika kami menginap baru sahja kejadian bot karam yang mengorbankan 15 orang kakitangan/pelancong resort tersebut..kakitangan resort tersebut sempat juga bercerita tentang kejadian aneh yang berlaku selepas kjadian bot karam tersebut..apa pun terulang pada niat kita ...

    ReplyDelete
  4. saya pernah sampai ke pulau besar ini ketika 15tahun yang lalu..dan menginap di pandanusa island resort yang sekarang salah satu resort yang terbelangkalai di sana..ketika kami menginap baru sahja kejadian bot karam yang mengorbankan 15 orang kakitangan/pelancong resort tersebut..kakitangan resort tersebut sempat juga bercerita tentang kejadian aneh yang berlaku selepas kjadian bot karam tersebut..apa pun terulang pada niat kita ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik ni, anonymous ... share lah cerita aneh tu di sini. boleh juga dijadikan pengajaran dan iktibar ...

      Delete
  5. Sayang sgt tgk resort yang cantik dan indah terbiar begitu shj. Sy prnh bercuti bersama company di sini pd thn 1998 klau tak silap, masa tu Pandanusa Island Resort. Rasa teruja ms tu tgk keindahan resort tu. sy nmpk gmbr resort yg sy stay tu kt gmbar atas sana. Dan sy berjnji yg satu hari nt sy akn ke sana lg. Beberapa tahun slps tu dpt berita ttg kejadian bot karam. Tak sangka kejadian tu memberi kesan buruk kpd resort trsebut. Sehingga tahun 2010 sy prnh mencuba mghubungi resort tersebut utk bertanyakan pakej percutian tp sdh bertukar pengurusan. sy tak pasti adakah pihak pengurusan yg baru ni iaitu Paradise Island resort menggunakan resort yg sama atau tmpt lain. Alangkah bagusnye kalau ade pihak yg sanggup dan berani membangunkn semula resort tersebut. tapi mungkin ade cerita di sebaliknya yg membuatkn ia tidak dpt bertahan lama. Wallahhualam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous,

      Kejadian bot karam berlaku pada 18 Oktober 1998, mungkin saudara/saudari berada di sana beberapa tahun sebelum itu. Pandanusa dan Paradise Island Resort adalah resort yang sama tetapi sekarang telah tidak beroperasi lagi. Memang sayang melihat binaan2 bangunan yang semakin dimamah usia dan dibiarkan tanpa penghuni. Pengusahanya pasti punya sebab kukuh sehingga terpaksa membiarkan pelaburannya lebur begitu sahaja, kan ...?

      Delete
  6. Masa kejadian bot karam tu, resort tersebut adalah Pandanusa Island Resort. kejadian tu berlaku beberapa bulan selepas sy bercuti ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara/saudari pastinya berada di sana sebelum Oktober 1998.

      Delete
  7. Dah 2x saya pi pulau besar... Terpanggil pergi ke pulau besar dlm tahun 2013.... Best jugak suasana di pulau besar ni disamping hal hal misteri yg ada dipulau besar ni... Apa pun pada saya tu semuanya tanda kebesaran allah swt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar tu, sdr Lobo Lobo ...
      tanda kebesaran Allah untuk sama2 kita renungkan ...

      Delete
  8. Nak pi pulau besar raya cina 2015 ni... Rindu pulak kat pulau besar! Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila nak pi tu, Lobo Lobo? Tapi sekarang ni bila pi sana, dah rasa macam kita ni bukan berada di Malaysia lak ... huhu

      Delete
    2. Dah rancang nak pi pulau besar chinese new year ni.... Rindu kat pulau besar..3. Tapi napa kat sana rasa cam bukan kat malaysia lak? Cuma org agama hindu je yg banyak pergi ke sana atas kepercayaan depa.. Tak gitu cinta menora.....

      Delete
    3. Orang india muslim pun ramai di sana, Lobo Lobo ... selain daripada orang2 hindu. Dari naik feri untuk ke sana, lepas tu naik van untuk ke tempat penginapan ... asyik jumpa bangsa asing jer. Orang2 yg berjualan pun kebanyakannya bangsa asing. Macamanalah tak rasa yg kita ni kat Malaysia ...

      Delete
    4. salam alayk. minta emailkan no abg jamal ke email carnation_sepi@yahoo.com. terima kasih.

      Delete
    5. Wa'alaikumussalam Anon,

      Nombor abg Jamal yg ada pada saya sekarang sudah tiada dalam perkhidmatan.

      Delete
  9. Dari pulau besar la bermula satu cerita yg tidak disangka sangka
    tak begitu cinta menora!
    lobolobo

    ReplyDelete
  10. Artikel yang sangat bermanfaat sekali, semoga artikel ini juga bermanfaat untuk orang yang sudah membaca.

    .

    ReplyDelete
  11. Hai, saya pergi ke tempat ini dan mendapati ia sangat menarik. Saya menulis laporan tentangnya tetapi ada banyak maklumat yang saya tidak dapat mencari. Siapakah yang berkongsi maklumat lebih lanjut mengenai resort Marina? Juga, sesetengah penduduk tempatan memberitahu saya pembinaan membinasakan kemarau besar di malacca yang berlangsung selama 3 bulan. Adakah sesiapa tahu apabila musim kemarau yang panjang ini berlaku? Terima kasih!
    --
    Hi, I went to this place and found it extremely interesting. Im writting a report on it but there is a lot of information I can't find. COuld anyone share some more information relating to the Marina resort? Also, Some locals told me the construction provoked a big drought in malacca that lasted for 3 months. Does anyone know when this long drought took place? Thank you!

    ReplyDelete
  12. "Maaflah, bab ini aku tak bersetuju. Kita berdoa dan meminta terus pada Allah. Mengapa perlu menggunakan perantaraan? Aku tahu aku bukanlah orang alim, bukan golongan ulamak, jauh sekali para wali dan aulia. Kalau mereka masih hidup, aku mungkin akan meminta mereka tolong mendoakan untuk aku. Pastinya doa mereka lebih afdhal, lebih diterima Allah. Tapi sekarang mereka sudah meninggal dunia. Sepatutnya aku yang hidup ini yang mendoakan untuk mereka yang sudah tiada. Khususan ila ruh ~ Al-Fatihah ... Semoga mereka ditempatkan bersama-sama denganNya ..."

    banyak lagi kena belajar nie pn. hati2 jgn sampai terpengaruh dengan ajaran wahabi

    ReplyDelete

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Bila Cindaku Menulis | Abjad Rumi Ke 13 | Mencari Identiti
Copyright © 2013. Bila Cindaku Menulis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger