Home » , , » MENJEJAK MISTERI PULAU BESAR - Bahagian 1

MENJEJAK MISTERI PULAU BESAR - Bahagian 1

Written By Cinta Menora on Wednesday, July 10, 2013 | 7/10/2013 05:42:00 PM

Misi Menjejak Misteri Pulau Besar

Lokasi: Pulau Besar, Melaka
Tarikh: 2 - 3 June 2013

Lama pula masa yang aku ambil untuk menyiapkan entri tentang Pulau Besar ini. Macam malas pun ada juga ... hehehe. Banyak sangat rujukan yang perlu dibuat. Kalau lagi lama aku biarkan, memang tak post langsunglah jawabnya.

Pada sesiapa yang ingin mencari tempat penginapan di Pulau Besar, Melaka, jangan ketinggalan membaca entri aku tentang D'Puteri Kurnia Resort dan satu lagi entri selingan di sini.

OK lah, jom ikut aku menjelajah Pulau Besar yang penuh dengan misteri dan pastinya diwarnai dengan seribu satu macam kisah serta keunikan tersendiri ...

Selepas check-in di D'Puteri Kurnia Resort, aku memulakan penjelajahan awal dengan melihat-lihat di sekeliling resort. Dari situ, aku berserta encik suami dan anak perempuanku berjalan menuju ke arah Makam Sultanul Ariffin.

dari D'Puteri Kurnia Resort ke makam
Pemandangan di sepanjang perjalanan dari D'Puteri Kurnia Resort ke arah makam
Orang-orang yang berbaring atau tidur di atas tembok-tembok batu adalah satu pemandangan yang biasa dilihat di Pulau Besar. Nampak tak khemah-khemah yang banyak didirikan di hujung sana? Di situlah tapak perkhemahan bagi pengunjung-pengunjung yang mendirikan khemah.

batu tengah laut pulau besar
Antara pemandangan yang paling aku minati. Cuba teropong sikit batu di tengah laut tu ... itu adalah antara destinasi aku yang sebenarnya tapi nampaknya kali ini tidak kesampaian

papan tanda madrasah pulau besar

Papan tanda yang terletak di dalam kawasan Makam Sultanul Ariffin. Kali terakhir aku ke sini, bench kayu di tepi pagar ini menjadi tempat lepak kami di waktu malam sambil mendengar berbagai cerita-cerita menarik daripada beberapa pakcik senior yang telah menjadikan Pulau Besar sebagai rumah ke dua mereka.

Cuba lihat sekali lagi gambar di atas, orang-orang India dan Cina merupakan antara pengunjung-pengunjung yang ramai berkunjung ke Pulau Besar.

signboard surau dan makam
Tanda arah surau dan makam

makam sultanul ariffin
Jalan menuju ke Makam Sultanul Ariffin

wakaf dan madrasah pulau besar melaka
Kawasan surau dan makam. Surau ini dikenali sebagai Madrasah Pulau Besar, Mukim Pernu di bawah pengurusan Majlis Agama Islam Melaka. Pembinaan bilik mandi dan tandas awam tambahan sedang dijalankan di sini untuk kemudahan pengunjung

Kami buat lencongan ke kiri. Tempat yang kami tuju adalah ke kawasan khemah makan yang terletak bersebelahan surau. Seperti juga surau dan makam, khemah makan ini berada di bawah pengurusan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Khemah ini menyediakan makan tengahari secara percuma kepada pengunjung-pengunjung Pulau Besar tidak mengira bangsa dan agama. Kebiasaannya makan percuma ini disediakan seminggu sekali bergantung pada sumbangan daripada pengunjung-pengunjung yang datang ke situ dengan berbagai-bagai niat mahupun bernazar. Pada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan ataupun bernazar, bolehlah merujuk kepada AJK Pengurusan Dan Penyelenggaraan Makam Dan Surau Pulau Besar, pejabatnya ada berdekatan surau.

AJK surau dan makam pulau besar
Nama-nama AJK Pengurusan dan Penyelenggaraan Makam dan Surau Pulau Besar ada dipampangkan di hadapan pejabat Majlis Agama Islam Melaka

surau pulau besar
Surau terletak di sebelah kanan khemah makan. Perhatikan juga siapa antara pengunjung-pengunjung yang duduk berehat di kawasan surau

wakaf pulau besar
Kawasan khemah makan

kawasan khemah makan MAIM


menu makan tengahari
Menu hari ini - nasi beriani masak ayam merah, kuah dalca dan air sirap

khemah makan MAIM
Selepas makan, pinggan dan cawan hendaklah dicuci sendiri dan disusun di rak pinggan-mangkuk yang disediakan

Buat pengetahuan pembaca, di Pulau Besar ini terdapat 2 lagi khemah makan dipanggil wakaf yang menyediakan makanan percuma kepada pengunjung, iaitu Wakaf Masak 7 Beradik ataupun Wakaf Syeikh Ismail atau dipanggil Wakaf 786 yang diuruskan secara bergotong-royong oleh sukarelawan India Muslim dan Wakaf Masak Bonda yang dimiliki oleh arwah Bonda dan diuruskan sendiri oleh ahli keluarganya. Kedua-dua wakaf ini terletak berhampiran dengan bekas tapak Makam 7 Beradik

Wakaf Masak 7 Beradik ini asalnya terletak di kawasan Makam Sultanul Ariffin sebelum dipindahkan berdekatan dengan Wakaf Bonda. Wakaf ini menyediakan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam setiap hari manakala Wakaf Bonda hanya menyediakan makanan pada hujung minggu bergantung pada sumbangan orangramai. Makanan yang selalunya dihidangkan adalah masakan mamak, kebiasaannya lauk ayam tetapi akan bertambah meriah pada hujung minggu apabila ada pengunjung yang datang bernazar ataupun beraqiqah dengan membawa kambing hidup yang akan disembelih di situ juga. Jangan terperanjat bila melihat kelibat kambing-kambing di antara manusia-manusia yang turun dari bot yang mendarat di pantai ... :)


madrasah pulau besar
Kawasan surau

makam sultanul ariffin
Makam Sultanul Ariffin
Niat aku untuk menghampiri Makam Sultanul Ariffin terpaksa aku batalkan dulu apabila melihat ramai orang berkumpul di situ. Nampaknya ada sekumpulan pengunjung sedang duduk berzikir dan sekumpulan lagi sedang berdiri memerhati. Aku sekadar menyedekahkan Al-Fatihah dari jauh ... nanti aku datang lagi.

makam sultanul ariffin


makam sultanul ariffin

papantanda larangan melakukan amalan syirik dan khurafat
Papan tanda larangan melakukan amalan-amalan syirik dan khurafat

kawasan burung merpati
Di kawasan lapang di hadapan makam ini terdapat banyak burung merpati

kawasan burung merpati


papantanda kempen pencegahan jenayah syariah
Papan tanda larangan dari melakukan perbuatan, berkelakuan atau berpakaian tidak sopan di sini tapi masih tidak diendahkan sesetengah pengunjung

papantanda larangan melakukan amalan syirik dan khurafat
Papan tanda larangan ini hanya tinggal sebagai papan dan tanda

Saja aku ambil gambar-gambar papan tanda ini, buat peringatan pada diri aku sendiri dan juga pada semua. Sebenarnya aku rasa sedih dan terkilan bila melihat perbuatan khurafat yang berlaku di depan mata. Mata aku pedih sebab terlalu banyak dimasuki asap dari colok-colok yang terdapat di merata-rata tempat di sini. Kepala aku pun sampai naik pening bila terhidu bau setanggi. Sepanjang jalan aku asyik membebel (anggaplah bebelan aku ini sebagai satu karya seni yang bukan calang-calang orang boleh lakukan, okey) bila melihat makam para-para wali dijadikan tempat pemujaan. MAIM pula seolah-olah terpaksa akur dengan apa yang dilakukan oleh pengunjung-pengunjung yang datang, baik yang beragama Islam mahupun bukan, apa lagi pengunjung asing. Mungkin MAIM perlu meminta kerjasama pihak polis untuk membantu membanteras gejala ini dari terus berleluasa. Aku yakin, pasti ada caranya untuk kita mempertahankan makam-makam ini dari terus dicemar dan tercemar.

Aku dah penat menulis ni. Otak aku tengah memikirkan perkara lain yang harus aku siapkan. Bila senang-senang nanti aku sambung balik ye ...


Share this article :

20 comments:

  1. Puan CM,

    Saya tidak pernah ke Pulau Besar. Ada tanya sesiapa mengapa salah satu khemah makan daripada dua itu dinamakan WAKAF 786...

    Sekadar bertanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pak Mail,

      Wakaf itu dipanggil Wakaf 786 kerana ianya dijalankan oleh orang India Muslim. No 786 itu kan selalu digunakan di kedai-kedai mamak sebagai kod nombor huruf2 Arab menggantikan "bismillah" ... err saya dah jawab ke soalan Pak Mail tu?

      Delete
    2. Puan CM,

      Saya juga berfikiran demikian. Saya suka untuk link satu tulisan mengenai kepercayaan kepada angka tsb untuk kita kongsi bersama.
      http://bahaya-syirik.blogspot.com/2011/10/131-tangkal-mengajar-kebodohan-bukan.html

      Delete
    3. Terimakasih untuk linknya, Pak Mail.

      Cuba pula Pak Mail baca link ini :
      http://www.antalhaq.com/2010/01/786.html
      mungkin boleh diulas lagi.

      Delete
    4. Puan CM,

      Terima kasih. Sudah baca. Apa pun pandangan saya ianya menyalahi. Rasulullah saw tiada mengajar umatnya agar meyakini perlakuan seperti ini. Rasulullah saw mengajar umatnya agar bertawakkal sepenuhnya kepada Allah swt setelah berusaha tanpa sebarang keyakinan kepada azimat atau nombor-nombor seperti itu.

      Allahu'alam

      Delete
    5. Salam Pak Mail,

      Saya bersetuju dengan pendapat Pak Mail. Kita diwajibkan bertawakkal hanya kepada Allah swt dan bukan pada yang lain.

      Firman Allah:
      "Dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"(Surah Al-Anfal : ayat 61)

      Walaubagaimanapun, Allah juga menjadikan besi, batu, kayu dan sebagaiya untuk kegunaan manusia, agar manusia memanfaatkan segala ciptaan Allah dengan sebaik2nya.

      Firman Allah:
      "Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur?" Surah Al Anbiyaa': Ayat 080)

      "Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami (sambil Kami berfirman): Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama dengan Nabi Daud dan wahai burung-burung (bertasbihlah bersama-sama dengannya)! Dan juga telah melembutkan besi baginya; (yaitu) buatlah baju besi yang besar-besar dan ukurlah anyamannya; dan kerjakanlah amalan yang shaleh. Sesungguhnya Aku melihat apa yang kamu kerjakan" (Surah Saba' : ayat 010-011)

      Pada saya, apa2pun yg ingin kita lakukan, pastikan keyakinan dan kebergantungan kita hanya pada Allah semata2. Dan gunakanlah segala apa yg telah Allah jadikan di mukabumi ini sebagai satu hikmah pertolongan dari Allah untuk dimanfaatkan oleh manusia dengan sebaik2nya tanpa menghilangkan sedikitpun keimanan dan hak2 Allah sebagai pencipta, pentadbir dan pemberi rezeki. Moga Allah swt mengurniakan kita ilmu yg mampu menjadi benteng pemelihara iman agar kita dapat membezakan yg haq dan yg bathil, insya Allah.

      Delete
    6. Salam
      Saya dah pergi, yang letak tin tabung tu orang kat situ yang beragama islam, mereka cuma nak ambil duit org berbagai bangsa kat situ, tak sangka mereka sanggup memakan duit itu dan membiarkan benda kurafat di amalkan oleh bangsa lain, Mudahan Allah memberikan mereka hidayat, InsyaAllah

      Delete
    7. Wa'alaikumussalam saudara Aidy Ali,

      Itu yg kadang2 saya pelik ... apa tindakan MAIM untuk menangani perkara sebegini ... atau mereka pun dah malas nak bertindak ...

      Delete
    8. Bkn mudah utk selesaikan masalah spt ini, sbb ianya mlibatkan mentaliti org. Sy berpendapat 1 suruhanjaya atau pasukan penguasa d tubuhkan utk memeriksa pngunjung d jeti & pintu2 masuk ke makam2. Ini supaya kita dpt merampas atau mengambil brg2 yg x perlu d bawa smasa bkunjung d makam. Rasanya pihak pngurusan pulau besar leh tubuhkannya sdiri

      Delete
    9. Bagus juga cadangan tuan Zul Hafidz tu. Mudah2an pihak MAIM boleh mengenengahkan cadangan ini.

      Delete
    10. Mane awk tau mereka makan duit derma tu , ade sesiapa yg nampak ke .... sebaik nye kalau xtw pape lebih diam dr tabur fitnah , kalau la duit derma tu mereka salur kn tok surau atau perkhidmatan di situ , berani ke tanggung dosa fitnah tu ... walau mereka mkn sekali pon , Hanya Allah yg tw .... lebih baik diam dr bersangka buruk , pd yg menderma niat yg penting .... kalau pon mereka mkn , bkn masalah kte lg ....

      Delete
    11. Saudara Jebon Diki,

      Apa yg saya perhatikan, sesiapa pun boleh ambil duit di dlm tabung yg diletakkan di makam2 tersebut kerana tiada yg memantau dan menjaga kawasan makam.

      Delete
  2. Biarpun sesiapa yg menggunakan duit tabung itu adalah urusan peribadi individu tsb dgn Allah SWT. Org yg tinggalkan tabung tsb disitu pun mungkin ada niat tertentu dan mungkin menggunakannya utk kegiatan tertentu. Kl sesiapa nak derma dgn niat baik boleh derma kat mana2 je dan Alhamdulillah kl ianya dicatat sbg amal jariah. Jgnkan mulut amal terbang melayang.. #ingatkandirisendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah cik Yvonne. Terimakasih atas ingatan ...

      Delete
  3. Bagus Cik Cinta Menora, jangan gentar berkata benar, jangan bertuhankan Manusia. Teruskan mengupas, terkupas dan pastikan boleh cantum balik,,,he3
    Budaya Muhammad S.A.W itu lain. Budaya Memuja Kubur ni budaya hindu. Tidakkah mereka berfikir. Ada segelintir yang sanggup mendiamkan diri dengan alasan takut tersalah cakap, takut bala, takut bencana, itulah penipu yang besar, mereka tidak takutkan Allah, mereka takut menegur Mahluk, mereka gentar bila kita bicarakan yang benar. Wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih kerana singgah di sini, En Aidy Ali.
      Sama2lah kita membanteras kegiatan kurafat serta aktiviti yg boleh memesongkan akidah umat Islam, insya Allah ...

      Delete
  4. Salam pada semua ...
    Saye sunguh sedia apa yg tgh berlaku d pulau besar ..
    Saye cuba sedaya upaya saye untuk selesaikan masalam dia sane ..tapi belum sy boleh mukin akan tiba mase nye saye akan buktikan yg sy boleh ..
    Sy pernah bergaduh mulut dgn bilal di sane tapi xde gunanye ..
    Saye mmg da ada rancangan saye sendiri di pulau besar ini ..
    Sy sedang cuba untuk dapatkan kelulus dari pihak tentu untuk elakan benda sirik ini berterusan.
    Cadagan saye korek balik kubur2 di luar kawasan surau dan tanam balik di dalam surau dan kunci surau selepas isyak .. dgn kuase majis agama
    Sy tgh uruskan benda ini tapi saye di gelar org gila biar apa org nk ckp sy xpeduli yg penting niat sy itu apa .. pasti satu hari sy akan lakukan dgn izin allah..
    Apa perjuaan wali2 ialah sampaikan agama allah ..tapi sekarang kat sane terbalik
    Sesiapa ingin join dgn sy
    Boleh cl
    018 2836367 din

    ReplyDelete
  5. Salam pada semua ...
    Saye sunguh sedia apa yg tgh berlaku d pulau besar ..
    Saye cuba sedaya upaya saye untuk selesaikan masalam dia sane ..tapi belum sy boleh mukin akan tiba mase nye saye akan buktikan yg sy boleh ..
    Sy pernah bergaduh mulut dgn bilal di sane tapi xde gunanye ..
    Saye mmg da ada rancangan saye sendiri di pulau besar ini ..
    Sy sedang cuba untuk dapatkan kelulus dari pihak tentu untuk elakan benda sirik ini berterusan.
    Cadagan saye korek balik kubur2 di luar kawasan surau dan tanam balik di dalam surau dan kunci surau selepas isyak .. dgn kuase majis agama
    Sy tgh uruskan benda ini tapi saye di gelar org gila biar apa org nk ckp sy xpeduli yg penting niat sy itu apa .. pasti satu hari sy akan lakukan dgn izin allah..
    Apa perjuaan wali2 ialah sampaikan agama allah ..tapi sekarang kat sane terbalik
    Sesiapa ingin join dgn sy
    Boleh cl
    018 2836367 din

    ReplyDelete

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Bila Cindaku Menulis | Abjad Rumi Ke 13 | Mencari Identiti
Copyright © 2013. Bila Cindaku Menulis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger