Home » , » Mengenal Diri Mengenal Allah - 1

Mengenal Diri Mengenal Allah - 1

Written By Cinta Menora on Thursday, December 31, 2009 | 12/31/2009 10:46:00 AM

Dari MULTIPLY :

ILMU MENGENAL "DIRI"

PENGENALAN

Kebanyakkan  manusia pada hari ini menganggap bahawa  "Hidup" itu hanyalah makan, bergerak, mencari kemewahan, bekerja dan lain-lain lagi, mereka mengangap bahawa jasad kasar mereka itu hidup dengan sendirinya yang membolehkan mereka melakukan kerja-kerja harian mereka itu tapi pernah kah mereka terfikir bahawa jasad mereka itu sebenarnya ialah benda mati yang tidak dapat hidup dan bergerak dengan sendirinya  tanpa ada sesuatu yang menghidupkannya?
Ketahuilah tanpa yang hidup itu jasad tidak ada ertinya. Tetapi benda mati ini lah yang dijaga dan diutamakan orang di dunia ini. Sedangkan semua tahu bila mati kelak, jasad akan busuk dan ditanam atau dibakar. Ini menunjukkan mati ialah bila hidup yang menghidupkan jasad tadi meninggalkan jasad.

Di manakah letaknya yang dipanggil hidup itu? Yang mana dengan adanya yang hidup itu lah jasad kita ini hidup dan sebenarnya ia diam di dalam jasad kita sendiri dan dia lah yang dipanggil "DIRI" sebenar "DIRI"  dan menghidupkan jasad kita ini. Tapi pernah kah kita terfikir tentang "DIRI" itu atau cuba mencari dan mengenal nya.

Tentu nya soal yang akan timbul ialah dari mana "DIRI" itu, di mana letaknya "DIRI" itu, terdiri dari apakah "DIRI" itu dan kemanakah perginya "DIRI" itu apabila jasad mati atau dengan lain perkataan "DIRI" meninggalkan jasad???  dan yang penting sekali bolehkah kita mengenal "DIRI" sebenar "DIRI" kita itu.

BARANG SIAPA MENGENAL "DIRI" NESCAYA KENALLAH IA AKAN TUHANNYA

Benarkah bila kita mengenal "DIRI" maka kita akan mengenal Tuhan ??

Kita semua tahu bahawa ujudnya roh! Tak ada sesiapa yang dapat menafikan kenyataan ini, Kerana semasa Tuhan bertanya kepada sekelian Roh  "siapa kah Tuhan kamu" dengan sepontan sekelian Roh menjawab "bahkan" yang membawa makna mereka telah pun mengenal Tuhan yang esa.

Kisah Roh memasuki jasad Adam

Setelah jasad Adam terbaring maka Tuhan telah memerintahkan Roh memasuki ke jasad Adam tetapi sebelum itu Roh  telah bertanya "di manakah harus aku masuki, ya ALLAH" dan ALLAH pun menjawab "masuklah mana-mana yang kamu senangi".  Maka masuklah Roh melalui hidung dan dengan itu maka bernafaslah kita melalui hidung.

Ini menunjukkan bahawa sesudah Roh memasukki badan, maka barulah bermulanya kehidupan kepada jasad dan terbukti di sini bahawa Roh lah yang dikatakan penghidup kepada jasad dan mati pada jasad ialah apabila Roh keluar apabila sampai ajalnya.

Jasad kasar kita ini terdiri dari 2 yaitu:

1. Dihidupkan

Apakah maksud dihidupkan dan bahagian mana? Yang dihidupkan ialah Jasad kasar kita ini, ianya dihidupkan oleh "Roh" yang berada di dalam Jasad. "Roh" memasuki jasad semasa kita 100 hari dalam rahim ibu kita. "Aku tiupkan sebagian dari roh ku", firman Allah. Sejak itulah kita hidup di dalam rahim ibu kita dan kemudian dilahirkan ke dunia dan terus menjalankan kehidupan dari bayi hinggalah akhir hayat.

2. Menghidupkan

Yang menghidupkan ialah roh, yang datangnya (diciptakan) dari Allah, yang memasuki jasad dan terus hidup, tugas roh ialah menghidupkan jasad tetapi sayangnya jasad tidak langsung terfikir bahawa roh lah yang hidup sebenar-benar hidup dan menghidupkan jasad yang bila mana roh meninggalkannya maka matilah dia dipanggil orang dan ditanam atau dibakar.


MATI IALAH APABILA ROH MENINGGALKAN JASAD

Jadi siapakah yang berkepentingan di sini, tentunya jasad kerana tanpa roh maka jasad tidak bermakna langsung.

Jasad perlukan roh untuk hidup tapi kenapa roh tidak dipedulikan semasa hidupnya??

Perlukah roh dikenali?

Sebelum mengenal Roh  haruslah kita mengenal "DIRI"

"BARANG SIAPA MENGENAL "DIRI" MAKA KENALLAH DIA AKAN TUHANNYA"


APA KAH "DIRI" ITU?

Untuk pengetahuan semua bahawa "DIRI" itu mendatang kemudian setelah roh memasuki jasad, bagaimana ini berlaku?

Apabila Roh berada di dalam Jasad maka perkembangan cahaya Roh itu yang memenuhi dalaman Jasad keseluruhannya, ini telah menyebabkan ujudnya "Diri" yang  berupa  saperti jasadnya memenuhi ruang dalaman jasadnya.

Maka ujudlah "Diri" sebenar "Diri" dan "DIRI"  ini lah yang harus dikenal. 
(kenal lah diri maka kenal tuhan)


BAGAIMANA  MENGENAL "DIRI" SEBENAR "DIRI"

Ada berbagai cara dan kaedah digunakan untuk mengenal "DIRI" ini, bergantung kepada perguruan dan kaedah guru-guru mengajar kepada murud-muridnya. Semua perguruan ini betul dan cara apa sekalipun digunakan, tujuannya satu iaitu untuk mengenal "DIRI" sebenar "DIRI".

Untuk mengenal "DIRI" ini ada 3 cara :

1. Terbuka dengan sendirinya
2. Usahakan sendiri untuk membukanya
3. Dibukakan oleh guru (guru-guru yang berpengalaman)

Apakah yang dimaksudkan “dibuka”

Dibuka maksudnya ialah membukakan jalan-jalan pancaran cahaya "DIRI" itu hingga keluar dari jasad dan terpancarlah cahaya "DIRI" itu keluar dari jasad melalui jalan-jalannya dan dengan rasa yang bergetar-getar pada jalan keluarnya, rasa ini dapat dirasakan dengan nyata oleh murid-murid yang mempelajari ilmu ini.

Ini lah rahsia hidup kita dan "DIRI" ini lah yang menghidupkan jasad selagi ada hayatnya di dunia ini, "DIRI" ini harus dikenal dan dirasai sepenuhnya oleh kita, kerana ia mengandungi banyak rahsia dan serba guna, di dunia dan akhirat, Insyaallah.

Kenalkah "DIRI" tadi kepada Tuhannya? Sudah tentu kerana dia datang dari sana, dari MAHA pencipta dan MAHA besar.

Banyak lagi persoalan yang akan timbul apabila kita dapat mengenal "DIRI" kita yang sebenar-benar "DIRI" ini, kita harus belajar dari "DIRI" ini:

Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA mengetahui

Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana

Dia lah sebaik-baik Guru

Kehidupan sebenar ialah di dalam, dan kehidupan dunia ini mendatang kemudian

Kesimpulannya kenalilah "DIRI" kita ini yang dialah sebenar-benar "DIRI" dan kemukakanlah dia dalam segala urusan kita di dunia ini sementara menunggu hari yang kekal abadi, kerana dia kekal kerana dikekalkan.

Ilmu Mengenal "DIRI" ialah satu ilmu pengetahuan yang harus diketahui oleh semua orang kerana tiap-tiap maanusia membawanya di dalam jasad kasar mereka, harus kah penghidup jasad kita ini kita biarkan begitu saja tanpa mengenali dan merasakannya, hanya semasa maut hampir datang menjemput baru kita sedar yang dia akan meninggalkan kita?????

=============================
Hak milik Osman Hadi - 0123516531
Share this article :

24 comments:

  1. alahai pakcik .. toksah poning2kan kepalo. tgk kek ceromin bosa, sapo yg pakcik nampak ... itu lah diri sobona pakcik ... selamat mencuba.

    ReplyDelete
  2. lopeh tu? pakcik dah buat apo yg puan suruh tu, tengok muko pakcik kek cormin....lamo ditenang tenang...malu pulakk pakcik...

    tp pakcik xdapek tangkap larr apo yg puan kobarkan neh...borpusingggg kepalo dennn!

    ReplyDelete
  3. laaa ... camne ek?? haa .. camni. bilo pakcik tonung lamo2 wajah pakcik kek dlm ceromin tu ... zikirlah apo2 yg patut. kalu buleh, tonung dalam2 wajah tu, jgn kolip2 mato ... lamo2 pakcik buleh nampak wajah pakcik berubah2 - sembilan wajah ... tapi lamo2 bilo tonung tu, pakcik dah tak nampak apo2kan? itulah "DIRI" pakcik yg sobonar2 eaa ...
    ishhhh!!! kita ni budak baru belajar ... baru nak berguru, tok guru kita dah "balik" ... malu pulak kita bila ditanya byk2. pakcik rujuklah pada guru2 tarikat, hakikat, makrifat ... insyaallah, lama2 dpt juga mengenal "DIRI" ...

    ReplyDelete
  4. sama2 tuan syahir. dlm firasat kita, tuan cuma menduga kita. pengetahuan tuan jauh lbh luas lagi ...

    ReplyDelete
  5. eh yeker? seronok pulak rasanya bila puan kata begitu, tp tidak rasanya. selamat berkenalan ya.

    ReplyDelete
  6. salam perkenalan juga dr kita. harap tuan teruskan usaha mendidik anak2 muda dlm ilmu persilatan, insyaallah.

    ReplyDelete
  7. '... pakcik rujuklah pada guru2 tarikat, hakikat, makrifat ... insyaallah, lama2 dpt juga mengenal "DIRI" ...'.
    1. Cara hakikat adalah menyelami dan mengenali diri sendiri, yang merupakan satu-satu jalan yang di lalui oleh wali-wali Allah, ariffinbillah dan para - para aulia. Mereka yang menjalani ilmu hakiki ini akan beriktiar dengan tekun dan tabah untuk merapatkan hubungan dengan dirinya dengan Allah S.W.T., dengan cara membongkar menyelidiki dan menyaksikan diri sendiri iaitu diri rahsia yang di tanggung oleh dirinya dan berusaha untuk membentuk dinya menjadi kamil-mukamil. Bagi mereka yang ingin melalui cara hakiki ini adalah di nasihatkan terlebih dahulu melalui cara Tarekat dan berjaya pula membersihkan dirinya dari dari segala bentuk syirik "saghir", syirik "khafi" dan dan syirik "jalli."
    2. Mereka hendaklah menjalani perguruan dengan guru - guru hakiki dan makrifat serta mursyid yang mempunyai pengetahuan yang luas serta mencapai pula ke tahap martabatnya. Allahu wa'alam

    ReplyDelete
  8. Sekadar nasihat '...tgk kek ceromin bosa, sapo yg pakcik nampak ... itu lah diri sobona pakcik .....' perlu berhati jangan main hentam aje kerana buruk padahnya jika kita diri kita belum sedia.

    ReplyDelete
  9. Mintak izin Pakcik buat sedikit aja ringkasan kat bawah ini.
    1) Apa erti manusia /
    Iaitulah yang di katakan " Haiyawanun natikun "
    erti nya binatang yang berkata

    2) Apa erti Haiyawanun atau binatang itu ?
    Iaitulah "Jisim" atau badan yang bertubuh yang bergerak-gerak dengan iradat ( kehendak Allah s.w.t.

    3) Daripada apakah asal manusia itu diciptakan oleh Allah Taala ?
    Iaitulah manusia yang diciptakan oleh Allah Taala daripada dua benda
    a) Roh
    b) Jasad

    4) Apakah yang di katakan Roh ?
    Itulah Roh yang diturunkan oleh Allah
    Surah Al Israk ayat 85
    " Dan bertanya mereka akan kamu ya Muhammad. Daripada hal roh itu katakanlah roh itu daripada Tuhanku. Dan tiada didatangkan kepada kamu untuk pengetahuan itu melainkan sedikit sahaja " ( Atau roh itu ialah "Latif Fatur Robbaniah" )

    5) Darimana asal jasad manusia itu ?
    Adapun asal manusia itu terbahagi kepada tiga bahagian:-
    A) Asal manusia iaitu Adam yang di jadikan Allah Taala daripada 12 anasir yang terbahagi kepada tiga:-
    1) Tanah-Air-Angin-Api
    2) Jibril-Mikail-Israfil-Izrail
    3) Rohana-Rohani-Norana-Norani

    B) Asal manusia iaitu Hawa - isteri kepada Nabi Allah Adam dijadikan Allah Taala daripada hak Adam dan dari bayangan Allah

    Surah Al Hajar Ayat 26
    " Dan sesunggohnya kami jadikan manusia itu daripada tanah liat yang kering daripada tanah yang hitam dan yang berubah baunya dan yang boleh dibentukkan "

    Ringkasan Sekelian Zuriatnya
    Iaitu daripada Air Notfah bercampur ia daripada setengah, setengah daripada air tumbuh-tumbuhan bumi.

    surah Al Insan ayat 2
    " Bahawa kami telah menjadikan akan manusia itu daripada Notfah yang bercampur daripada laki-laki dan perempuan yang kami ciptakan dia maka kami jadikan dia saorang yang mendengar lagi melihat "

    surah Yasin ayat 36
    " Aku menyucikan sebagai menyucikan Tuhan yang telah menjadikan ia akan pasangan-pasangan iaitu barang yang menumbuh dibumi dan daripada diri-diri mereka itu dan setengah daripada yang tiada mengetahui akan mereka itu "

    Latiffatur Robbaniah - Kejadian Allah Taala yang seni-seni ia ini tidak diketahui bagaimana di-campurkan kejadian itu oleh otak manusia.

    Sekadar berkongsi aja. Kalau salah tolong betulkan.

    ReplyDelete
  10. maaf tuan raden, kita lbh suka mentafsirkannya sebagai "makhluk yg berkata-kata". manusia adalah ciptaan Allah yg cukup sempurna dan tiada tandingan berbanding makhluk ciptaan Allah yg lain ... cuma saja manusia itu sendiri tidak mahu memahaminya ... (just my 2 cents thought).

    ReplyDelete
  11. terima kasih untuk maklumat yg diberikan, ramai yg sudi menolong..alhamdulillah.

    ReplyDelete
  12. Kalau nak mendalam ilmu dlm blog ni, Paduka Raden Panglima adalah antara orangnya....MS ISO certified !

    ReplyDelete
  13. Ya memang benar anak Mazintan, perkataan binatang itu terlalu kasar atau tidak sopan atau kurang ajar, untuk di gunakan sedangkan ciptaan Allah yang paling mulia di muka bumi ini ada lah Manusia. ( Kalifah Bumi )

    Saya ada saorang adik angkat yang ilmu kashaf nya sangat tinggi. Suatu hari sedang kami berjalan, saorang hamba Allah melintas kami daripada belakang.
    saya pun berkata, "lain benar abang rasa orang yang baru melintas tadi "
    Adik angkat pun berkata, " abang tak nampa ke ? "
    "Nampa apa ?" saya bertanya.
    " Kan badan nya manusia tapi kepala nya Khinzir " jawab adik angkat
    " Astarghfirullah " saya menjawab dengan nafas panjang.

    QS Al A'raaaf, 7: 179
    " Dan seungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengan nya (bukti Keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

    sekadar berkongsi aja. Maaf kalau Pakcik kurang sopan.

    ReplyDelete
  14. Kalau kat Singapura ini, hospital bersalin nama nya :-
    " Hospital Kadang Kerbau " He! He! He!

    Maaf gurau aja.

    ReplyDelete
  15. Paduka Megat, ketat rasa seluar hamba ni kena puji.

    Hamba cuma berkongsi aja apa yang hamba tahu.
    Hamba gembira kalau anak-anak muda membuka minda untuk mendalami ilmu Ke-Tuhanan.
    Cuma mereka mesti mengetahui, " There's No Shortcut "

    ReplyDelete
  16. tinggi ilmu laduninya, tuan ....
    terimakasih tuan raden atas nasihat ini. insyaallah kita cuba perbaiki diri supaya tidak disamakan dgn "binatang ternak"....

    ReplyDelete
  17. '.... kita cuba perbaiki diri supaya tidak disamakan dgn "binatang ternak"....' kita adalah umpama binatang yang berpakaian. Masing2 sekadar tahu tapi tidak mahu mengetahui mengenaiNya apatah lagi kita sentiasa berkeadaan buta, meraba2 dalam kegelapan dalam dunia ciptaan kita sendiri.

    ReplyDelete
  18. Tidak sedalam mana maksudnya, tanyalah diri sendiri 'bagaimana haiwan2 yang berkeliaran di bumi Allah melihat kita manusia?' Kita lebih bersifat haiwan dari binatang itu sendiri...Yang ini tidak perlu pakai mana2 cermin...

    ReplyDelete

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Bila Cindaku Menulis | Abjad Rumi Ke 13 | Mencari Identiti
Copyright © 2013. Bila Cindaku Menulis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger