Dari MULTIPLY :
MENGENAL DIRI SEBENAR "DIRI"
MENGENAL DIRI SEBENAR "DIRI"
Untuk pengetahuan semua, yang dikatakan "Diri" itu sebenarnya mendatang kemudian dari Roh atau dengan lain perkataan "Diri" ialah perkembangan Roh di dalam jasad.
Ini membawa erti bahawa setelah Roh memasukki jasad, perkembangannya yang berupa cahaya memenuhi seluruh dalaman jasad dan inilah dia "Diri" sebenar "Diri" dan "Diri" inilah yang harus dikenal, bagaimanakah dia dan terdiri dari apakah dia.
Perumpamaan yang mudah, ibaratkan satu bulb lampu di dalam bilik, bulb itu Roh dan cahaya yang menerangi bilik itulah dia "Diri". Dan tentu nya cahaya tadi memenuhi ruang bilik tersebut dan bentuk cahaya itu pastinya sama dengan bentuk bilik tersebut. Sekira nya ia empat segi nescaya cahaya tadi akan juga membentuk empat segi dan begitulah sekiranya pada bentuk-bentuk yang lain.
Jadi di sini fahamlah kita bahawa cahaya yang terhasil dari Roh tadi telah berkembang ke seluruh anggota dalam jasad kita hingga ia membentuk rupa dan keadaan yang sama dengan jasad cuma bezanya ialah jasad terdiri dari daging dan tulang dan Diri dari asalnya cahaya Roh. Cahaya ini berupa aliran letrik yang mengaliri di setiap urat dan saraf jasad kasar kita ini.
Untuk mengenalnya kita haruslah lahirkan cahaya diri ini keluar kerana batasnya dengan dunia luar hanyalah kulit kita ini.
Bagaimana harus melahirkannya dan merasakan akan aliran cahaya itu di setiap bahagian tubuh kita?
Pada dasarnya ada 3 cara ianya lahir:
1. Terlahir dengan sendirinya, (selalunya pada mereka yang mengamalkan zikir yang berterusan)
2. Mencuba melahirkannya sendiri
3. Dilahirkan oleh Guru atau mereka-mereka yang telah banyak pengalaman.
Melahirkannya bermakna melahirkan cahaya itu keluar dari dalam jasad kita sendiri dan kita akan dapat merasakannya, dengannya akan lahirnya cahaya itu. (Ini perkara benar yang tidak dapat dinafikan oleh mereka mereka yang telah dibukakan Diri mereka itu).
Apabila terbuka Diri sebenar Diri ini maka akan ternyatalah akan rahsia Dia dan dialah akan kita kemukakan dalam apa juga tindakan dan perbuatan, dia tahu kerana dia datang dari yang Maha Tahu, Dia kuat kerana Dia datang dari yang Maha Kuat, Beriman dengan Iman yang tidak Goyah, dll .........
BEBAS TETAPI TIDAK LEPAS
MENGENAL DIRI MENGENAL ALLAH
Untuk memahami dan mendalami Ilmu ini haruslah berguru dan di sini saya menerangkan nya secara kasar sahaja dan tujuan saya iklas untuk memberitahu bahawa ilmu ini ialah salah satu cabang ilmu yang perlu diketahui dan dikaji untuk memperkuatkan keimanan kita dan juga dapat mengelakkan kita dari terjerumus ke dalam kesesatan aqidah dan dapat meletak ALLAH sebagai tempat pengharapan dalam segala tindak tanduk kita. Dan inilah salah satu jalan untuk mencari keredhaan ALLAH.
Di samping itu kita juga boleh mempergunakan akan kelebihan ilmu yang ada pada diri kita ini untuk bermacam-macam tujuan dalam mengharungi kehidupan di dunia yang penuh dengan ujian dan dugaan ini juga memperkuatkan ketabahan kita dalam hidup ini.
Ianya mempunyai banyak kelebihan kelebihan dan salah satu dari kelebihan ilmu ini ialah insyaallah dapat menolong orang lain dalam mengatasi masaalah mereka, terutama dalam bidang perubatan.
=========================
Mengenal diri......mati la...kenal la diri...:-)
ReplyDeletehaha...tak terlambat ke masa tu?
ReplyDelete