Home » » Tipah Tertipu ...?

Tipah Tertipu ...?

Written By Cinta Menora on Friday, March 29, 2013 | 3/29/2013 02:41:00 PM

Ni aku nak story sikit ~ tapi sebelum tu, cer baca dulu artikel dari petikan akhbar di bawah :

Suami isteri cemas kereta dilarikan bersama anak

KUALA LUMPUR 24 Mac - Seorang peniaga komputer bersama isteri berdepan dengan detik-detik cemas setelah penjenayah melarikan kereta mereka bersama anak perempuan berusia enam tahun di hadapan Taska Taman Kosas, Ampang dekat sini malam tadi.

Kejadian berlaku pukul 11.50 malam, ketika pasangan suami isteri itu keluar dari kereta yang masih dihidupkan enjin dengan meninggalkan anak sulung mereka di dalamnya untuk mengambil anak kedua yang dijaga oleh Taska berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, kejadian itu disedari oleh isteri mangsa apabila melihat seorang lelaki dipercayai berketurunan Melayu telah mengundur dan melarikan kereta bersama anaknya yang sedang tidur dalam kenderaan tersebut.

“Siasatan awal mendapati suspek telah keluar dari sebuah kereta jenis Proton Waja sebelum masuk ke dalam kenderaan mangsa.

“Polis yang bertindak pantas membuat hebahan tentang kejadian itu dan mengesan penjenayah melalui nombor telefon bimbit pasangan tersebut yang tertinggal dalam kereta berjaya menemukan semula kenderaan mangsa bersama anak mereka yang ditinggalkan penjenayah berkenaan di sebuah restoran di Jalan Genting Klang, Se," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130325/je_05/Suami-isteri-cemas-kereta-dilarikan-bersama-anak#ixzz2OhXZk3oF 
© Utusan Melayu (M) Bhd
Aku bukanlah nak bercerita tentang kecuaian kedua ibubapa ini, walaupun sebenarnya aku geram bila baca cerita-cerita macam ni. Perkara yang pada aku boleh dielakkan sekiranya ibubapa terbabit lebih berhati-hati. Nak salahkan pencuri tu ke? Mereka ini hanya mencari kesempatan dan mencuba nasib di atas kecuaian dan ketidakbijaksanaan orang lain saja.

Anyway, aku sebenarnya nak bercerita tentang ibubapa kanak-kanak terbabit yang menjual komputer di sebuah mall di ibukota. Aku kenal mereka kerana baru seminggu sebelumnya aku membeli sebuah laptop dari mereka. Aku trade-in tablet Samsung yang dah setahun aku beli tapi jarang sekali digunakan dan aku bayar bakinya dengan kad kredit.

Dipendekkan cerita, selepas pulang ke rumah, aku pun mulalah membelek-belek sambil mencuba applications yang ada. Kekok pula rasanya sebab Windows 8 terlalu asing pada aku yang sudah terbiasa dengan Windows XP. Sambil-sambil tu, aku check juga lah harga laptop ini di pasaran. Bila aku compare system specs dengan harga yang aku beli, aku rasa macam ada yang tak kena jadi pada hari Jumaat lepas, aku pun telefon lah si penjual iaitu bapa kanak-kanak tersebut untuk mendapatkan penjelasan.

Si penjual kemudiannya meminta maaf dan mengaku yang dia tersilap quote harga dan berjanji akan membayar balik baki sebanyak RM500 pada hari Rabu kerana katanya dia ada di Terengganu ketika itu. Dia minta aku sms kan nombor akaun bank untuk memudahkan dia membuat online transfer. Sempat juga dia berpesan supaya aku tolong ingatkan dia kalau dia terlupa. Dalam hati aku berkata ~ ok lah tu, harap-harap dia tak cuba nak kelentong aku.

Hari Ahad aku tengok ada missed call dari nombor si penjual tersebut. Aku musykil ~ kenapa dia call jam 2:34 pagi? mungkin ke dia saja nak mengingatkan aku supaya sms nombor akaun bank? baiknya dia ~ tapi tak kan lah time-time macam ni dia nak call ~ tak masuk akal ~ nantilah, petang karang aku sms kan nombor akaun ... which I did but no feedback from him.

Selasa @ 26 Mac, aku terima panggilan dari si penjual komputer ini meminta sms kan nombor serial tablet Samsung yang telah aku trade-in kan pada dia. Nombor itu ada tertulis pada resit pembelian Samsung yang ada dalam simpanan aku. Mulalah dia bercerita tentang hal yang menimpa keluarganya pada malam 23 Mac lepas. Kalau tak silap aku, 3 biji handphone termasuk tablet Samsung "aku" yang diletakkan di dalam kereta telah dicuri. Katanya polis sedang mengesan si pencuri menerusi GPS yang dipasang pada tablet tersebut. OK ~ terdiam sekejap aku ~ adakah ini bermakna ~ ishh! jangan fikir yang bukan-bukan ~ aku patut simpati atas apa yang terjadi pada dia dan keluarganya ~ nasib baik semuanya selamat ~ lagi pun, hutang dia dengan aku is business matter, takde kena-mengena dengan kejadian ini, kan ..? kejam ke aku? teruk ke aku ni? tak kot ...

Dalam perbualan telefon tu, dia minta tangguh untuk menjelaskan "baki bayarannya" pada aku. OK, sengaja aku tulis "baki bayaran" ... tak sampai hati lah pulak aku nak tulis sebagai "hutang". Bila dia dah kalut begitu, aku pun tak sampai hati juga nak tanya berapa lama dia nak minta tangguh ... bila agaknya dia nak bayar ... bila dia boleh settle kan hal peribadi dia ... bila dia nak settle kan hal business dia dengan aku ... ermmm

Hari ini aku mula terfikir ~ kalau orang yang mengambil barang orang lain tanpa izin dipanggil pencuri, dah memang sah-sah orang tu mencuri, kan ~ kita pergi buat report polis ~ dah jadi kes polis. Kalau macam kes aku ini dipanggil apa ye? Patutkah aku telefon dia dan tanyakan hal "business" aku dengan dia ~ dalam masa dia sedang menghadapi masalah? Atau aku diamkan dulu dan beri dia sedikit masa lagi ~ thinking that he will honour his words sepertimana aku kalau berhutang, insya Allah selagi aku masih waras dan terdaya, akan aku jelaskan. Dan aku terfikir lagi, mungkinkah sebenarnya sedari awal lagi, orang lain telah mengambil kesempatan ke atas aku di atas kecuaian dan ketidakbijaksanaan aku ~ eh tak ... tak ~ orang mengambil kesempatan di atas kelemahan prinsip aku yang terlalu percayakan orang ~ sepertimana juga aku mahu orang percayakan aku. Siapa sebenarnya yang mencuri ~ siapa sebenarnya yang kena curi ..??

Aku masih berharap agar kepercayaan aku yang masih berbaki walaupun sedikit ini dibalas juga dengan kebaikan ...


Share this article :

11 comments:

  1. cinta menora,

    wa caya lu,
    jangan biarkan tipah tertipu lagi.
    lu bagi lah reasonable dateline..
    sampai masa takde juga..
    lu buat laporan polis ..ekeke


    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah olrascal ... wa masih menaruh harapan. alaaa baru seminggu ... wa tunggu minggu depan pulak. kalau takde berita, wa cuba telefon. lepas tu ... baru wa fikir apa nak buat ... huhuhu

      Delete
  2. CM,

    Saya mungkin kurang sabar sedikit kalau perkara ini terjadi pada diri saya. Kerana, sebagai seorang peniaga komputer takkan dia tidak tahu applikasi dan spesifikasi yang ada pada komputer yang dijualnya. Hanya setelah U maklumkan kepadanya baru sahaja diakui kesalahannya.

    Ini tidak jujur namanya.

    Lantas, tentulah saya menyerang. Ala tentera (Tentera Laut). Guna kapal selam..... heheheheeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pak Mail,

      Sebenarnya saya pun ada berfikiran begitu ~ tapi ini lah satu kelemahan saya ~ saya percayakan orang ~ selalu berprasangka baik pada orang. Saya masih berharap yang dia akan kotakan janji dia, mudah2an.

      Mungkin sebab saya civilian kot, saya belum nak menyerang. Bila saya rasa saya perlukan kapal selam nanti, saya akan minta tolong Pak Mail. Boleh ke? hehehehe ...

      Delete
    2. kak,sy pun sebenarnya setuju dgn pak mail...mesti sy jd mrh.xkan sblm dia nak jual,dia tak tgok dulu ka,takkan pakai taruk ja harga..ok la..bab tu bagi can la dia tersilap.tp bab melewatkan bayaran balik tu,itu takleh nak maaf..just transfer duit kot..tak smpi 5 minit kalau dia bz sgt..mmg la dia sedang menaggung rugi sbb kes curi tu..tp bisnes kan,dia dh jual brg dan tersalah...kena la cepat2 betulkan balik.seminggu????apakah?

      Delete
    3. Sue,

      Akak baru sat tadi call dia ~ tak berjawab. Then akak hantar message. Sat tu dia call balik ~ minta tangguh sampai hari Khamis ni. Akak nak kata apa lagi kan? Katanya, akaun dia kena freeze temporary sebab masih dalam siasatan polis. Ada ke? Besar betul kes dia nie ... ermmm

      Delete
    4. mmg camtu ka?dah tu dia makan apa la ni?hmmm...takpala kak...tgu sampai khamis..khamis dia mtk tangguh lagi,akak kena berkeras cket...

      Delete
    5. tu lah sue, akak tunggu sampai esok. kalau takde juga, akak nak pinjam Pak Mail punya kapal selam ... nak serang kedai dia. mau ikut ka?

      Delete
  3. Cinta Menora,

    Wa pun xtually sama jer ngan lu.....even wa berjiwa batu (rock) tapi wa jenis yg mudah kesian kat orang.
    Apapun kalau dh mmg rezeki lu `baki bayaran' tu, Insha Allah x kan ke mana....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha matt ... wa suka lu punya statement "berjiwa batu" ... tapi kan matt ~ kita sebenarnya serupaaaaa ....

      Delete
  4. Status update :

    Petang semalam, 4 April 2013 jam 5:27 pm, si penjual komputer telah pun memasukkan wang (sebanyak yang dijanjikan) ke dalam akaun bank aku. Sebelum itu, aku telah beberapa kali menelefon beliau (termasuk juga menelefon isteri beliau) dan aku kata yang aku akan ke kedainya untuk membuat tuntutan kalau dia tidak menjelaskannya sehingga petang semalam. Alhamdulillah, dia kotakan janjinya. Tapi bila semuanya berakhir, ada rasa ralat dalam hati aku ... mungkin sedari awal aku telah ditipu ...?? Alahaiii ... inilah bangsaku ...

    ReplyDelete

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Bila Cindaku Menulis | Abjad Rumi Ke 13 | Mencari Identiti
Copyright © 2013. Bila Cindaku Menulis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger