Nama Dan Sejarah Kampung
Solok Ayer Limau - Google Map
Kampung Ayer Limau telah dibuka sekitar tahun 1820. Antara orang pertama yang meneroka kampung ini adalah Datuk Penghulu Tua yang berasal dari Melekek (orang kampung aku ni). Kawasan yang mula-mula dibuka ialah Solok Ayer Limau atau Solok Pokat yang telah dikenali kini sebagai Jalan Hj. Hassan.
Asalnya, Kampung Ayer Limau terletak bermula dari hujung pekan Masjid Tanah meliputi Kampung Pinang hinggalah ke Kampung Bukit Apit yang bersempadan dengan Kampung Rantau Panjang.
Setelah berlaku persempadanan semula, maka pada hari ini Kampung Ayer Limau terletak di tengah-tengah kedua-dua kampung tadi iaitu bermula dari Sungai Ayer Limau hinggalah ke Sekolah Kebangsaan Ayer Limau yang meliputi keluasan kira-kira 7 km persegi. Pada hari ini, jarak dari Bandar Masjid Tanah adalah sejauh lebih kurang 1 km.
Asal Usul Nama Kampung
Asal
usul nama kampung ini didapati daripada pokok limau nipis dan limau
kasturi yang banyak terdapat di kawasan ini sewaktu awal pembukaannya.
Peneroka awal yang meneroka kampung ini telah sepakat untuk menamakannya
sebagai Kampung Solok Ayer Limau dengan pembahagian kawasan pada masa
itu iaitu kawasan Kampung Pinang dan Bukit Apit.
Datuk Penghulu Tua selaku peneroka awal kawasan ini adalah pengamal Adat Perpatih dan dengan itu, semua keturunan dan penduduk kampung ini masih lagi mengamalkan Adat Perpatih. Datuk Penghulu Tua telah disemadikan di tanah wakaf Seberang Perai. Adalah dipercayai bahawa kubur Datuk Penghulu Tua masih wujud dengan menggunakan nisan batu zaman dahulu kala. Masa telah berubah, maka hari ini kampung ini telah dinamakan KAMPUNG AYER LIMAU.
Cinta Menora,
ReplyDelete..err agak agak lu pandai ke..?
bikin air limau ais.. ngeee
awat lak tak pandai ... lu mau ka?
DeletePuan CM,
ReplyDeleteTerima kasih info. Masjid Tanah (Solok Air Batu) kampung isteri den!
saudara ujang kutik,
Deletekalau macam tu, dokek lah ngan kampung apak den ... solok duku, kek ompang batu ..!!
kampung solok yang ada kat sekitar rantau dan melaka ada kaitan dengan kesultanan sulu tak. sebab ada terbaca mengenai pedagang sulu yang membuat penempatan di melaka ketika melaka menjadi pusat perniagaan serantau. Sesetengah masyarakat sulu pulak menetap terus di sumatera dan masih bertutur dalam bahasa suku tersebut namun banyak pengaruh bahasa suku yang berbilang di sumatera tu.
ReplyDeletesalam anonymous,
Deleteermm ... menarik soalan ini, mungkin boleh dibuat kajian nanti.
perkataan "solok" yg digunapakai di melaka bermaksud kawasan pendalaman. di dalam bahasa melayu lama, solok bermaksud lembah atau kawasan di antara gunung.
sebagai hub perdagangan di zaman kesultanan melayu melaka, sudah pasti melaka didiami oleh ramai pedagang2 asing, termasuklah pedagang2 sulu. samada jejak2 sejarah sulu telah dihilangkan dalam catatan2 melayu oleh bangsa Sepanyol, British ataupun Belanda, tidak dapat dipastikan tetapi mengaitkan kampung solok yg ada di melaka dengan kesultanan sulu, pada saya masih boleh dipertikaikan.
secara logiknya, bangsa sulu yg juga dipanggil org laut suka mendiami kawasan di sepanjang perairan pantai. kalau dilihat dari kedudukan kampung2 solok yg ada di melaka yg terletak agak jauh dari pantai, rasanya mungkin tiada kaitan secara langsung dengan kesultanan sulu. kemungkinan juga mereka ini berasal dari sumatera kerana bahasa yg digunakan ada sedikit persamaan. seperti juga keluarga sebelah ayah saya yg tinggal di solok duku, mereka ini rata2 "pure" bugis kerana kebanyakannya berkahwin dengan orang bugis juga ... :)
Haji hassan is my moyang... actually the origin of my moyang was aone of explorer frok Sumatera Batu hampar.
ReplyDeleteAlhamdulillah ... ada juga waris Haji Hassan di sini. Sekiranya keturunan moyang tuan berasal dari Sumatera Batu Hampar, bermakna ramailah keturunannya di Solok Ayer Limau ini, begitu juga di Melekek. Jika ada cerita2 menarik yg ingin dikongsikan, silalah tuan ... saya suka membacanya ...
DeleteSalam nak tnye sikit, tunang sy orang solok kilang , kg rantau pnjang....dorunk kirenye masih mengamalkan adat pepatih?
ReplyDeleteAssalamu'alaikum ...
DeleteSaya tak pasti tapi sebaik2nya tuan tanya pada tunang tuan dan keluarganya, adat mana yg mereka amalkan sekarang. Dah semakin kurang orang yg mengamalkan adat perpatih ni. Cuma di kampung2, adat berkampung serta masuk suku masih lagi diamalkan di setengah2 tempat ketika upacara perkahwinan.
Salam.ni sejarah asal usul kampung Ayer limau ye? Ni kampung nenek saya juga.Datuk saya kampung solok seberang perai atau pun nama lamanya solok chambang...
ReplyDeleteSolok Chambang tu di sebelah mana?
Deletenak tanya sikit.. kalau kawen orang sini kena masuk suku ke.. kawan saya suruh tanya..
ReplyDeletehai kak, nak temubual boleh ke ?
ReplyDelete