Home » , » Kubur Lama ..??

Kubur Lama ..??

Written By Cinta Menora on Wednesday, October 17, 2012 | 10/17/2012 07:49:00 PM


Cantik tak landskap ini? Cantik kan ..?? Ayah aku sememangnya kreatif.

Sebelum sampai ke pintu pagar utama ini, ada lagi satu pemandangan yang sering menarik perhatian tetamu-tetamu yang berkunjung ke rumah. Ianya menarik kerana 1) landskapnya yang cantik 2) kerana batu-batu hidup @ megalithic yang tersusun rapi di situ dan 3) kerana ianya adalah kawasan perkuburan!!

Ada berani ..?? Jom tinjau ....

Nanti aar ... aku sambung cerita ... :)
.
.
Hehehehe ... jangan marah laa ... aku sambung balik cerita ....

Cantik kan kawasan perkuburan ini? Rumputnya sentiasa dipotong kemas dan rapi serta dihiasi dengan pokok kaktus dan pokok bunga kertas. Ini semua berkat kerajinan adik ipar lelaki aku yang ringan tulang, sentiasa menolong ayah membersihkan kawasan rumah dan persekitaran. Walaupun kawasan perkuburan ini bukan di dalam kawasan rumah kami, tetapi kerana lokasinya di hadapan rumah, ayah sentiasa akan pastikan perkuburan ini terjaga rapi.

Sebenarnya, aku tak tahu kubur siapa di sini. Semasa  ayah bercadang untuk membina rumah kami di tanah pusaka pemberian arwah moyang sebelah emak, seluruh kawasan ini dipenuhi semak-samun tebal serta pokok-pokok besar ala mini hutan rimba. Tak ada sesiapa pun yang mahu mengambil upah menebas, menebang dan membersihkan kawasan hutan tersebut. Ada yang kata tempat ini keras lah, ada ular lah ... dan macam-macam lagi alasan diberi sehingga akhirnya ayah mengambil keputusan untuk membakar saja pokok-pokok dan semak-samun tersebut. Setelah dibakar, kelihatan sekeping tanah yang agak terkebelakang yang hanya ditumbuhi rumput-rumput carpet dan tidak langsung terjejas dek api. Tanahnya rata, bersih dan nampak subur ... lalu ayah mendirikan tapak rumah kami yang ada sekarang di atas kawasan tanah tersebut.

Pada awalnya, semak-samun tebal di luar kawasan rumah kami dibiarkan saja tanpa dibersihkan tapi kerana kawasan itu merupakan laluan kami dan tidak ada sesiapa pun yang menuntut tanah tersebut, ayah pun membersihkannya dan terjumpalah kawasan tanah berbusut dengan batu-batu tertegak seolah-olah batu nisan. Setelah dirujuk pada buapak dan penduduk-penduduk kampung yang terawal, kawasan itu dikatakan kawasan perkuburan tetapi tiada sesiapa pun yang tahu dengan tepat akan kubur siapa di situ. Banyaklah versi yang aku dengar tapi ... entahlah, aku tak tahu mana yang betul.

Selepas perkuburan ini ditemui, ramailah pula orang yang datang melawat. Mereka bukan datang dengan tangan kosong, malah berbagai-bagai buah tangan yang dibawa. Aku cukup teruja bila aku nampak ada pulut kuning dan telur rebus di situ ... memang menyelerakan, bukan selalu aku dapat makan makanan macam ni. Kadang-kadang, ada juga yang bawa ayam panggang, selain dari telur mentah. Aduss ... terliur aku ...!! Tapi yang buatkan aku kecewa, ayah ambil dan buang kesemua makanan tersebut. Laa kan rezeki tu, tak baik dibuang ... kalau aku tahu ayah nak buang, baik aku makan dulu sebelum ayah nampak, kan ... Itu belum lagi orang datang bawa kain kuning dan dipakaikan pada batu-batu di situ. Disebabkan aku dah selalu nampak ayah menanggal dan membuang kain-kain itu, pagi-pagi bila aku nak ke sekolah, aku akan singgah untuk membuang kain-kain kuning yang tiba-tiba saja ada di situ, terutamanya pada pagi Jumaat.

Pernah suatu pagi, ada orang datang memberitahu ayah, ada perempuan mandi berkemban di kawasan kubur tersebut. Ayah pun dengan muka merah padam, terus menghalau orang-orang yang berkumpul di situ. Rupa-rupanya, mereka ada upacara mandi safar yang menurut mereka, untuk mandi tolak bala. Dengan bengis dan tegas ayah memarahi mereka dan berkata, ini kerja syirik ..!! Dan sejak dari hari itu, aku tak nampak lagi hidangan-hidangan lazat dan kain kuning diletakkan orang ... cuma sekali-sekala, ada juga terjumpa cholok dan botol-botol air kosong di situ. Aku rasa, ada orang panggil latok ampat nombo kot ... hehehe.

Itu cerita lama ... masa aku kecil-kecil lagi. Sekarang kawasan ini tinggal sebagai satu kawasan landskap yang menarik untuk dilestarikan. Pernah lima/enam tahun lepas, satu kumpulan pelajar universiti menyewa 2 bilik di rumah kami selama dua bulan untuk menjalankan kajian terhadap kubur-kubur lama yang ada di kawasan sekitar. Tapi sehingga hari ini, tiada siapa pun yang tahu asal-usul kawasan perkuburan tersebut. Tinggallah ia menjadi satu misteri yang belum terungkai ....
Share this article :

13 comments:

  1. cm,

    kasi habis lah..
    ape sekerat2..

    ReplyDelete
  2. ala kak..cerita la perabeh...kubuq apa ni???cam ancient tomb ja?

    ReplyDelete
  3. @PakMailayah saya dan adik ipar saya sememangnya rajin, Pak Mail ...

    ReplyDelete
  4. Cinta Menora,

    2 bulan student tu buat research pasal kubur lama tu x kan lah x der result?
    Harap2 lepas ni ada sambungan Kubur Lama Part 2 yg merungkai rahsia makam lama2 tu.....:)

    ReplyDelete
  5. @matt



    saya rumuskan kajian dua student tu..

    '' rumah kata pergi ..kubur kata mari ''

    ReplyDelete
  6. @Shahbudin Talibalahaii ... suatu hari, tempat itu akan menjadi rumah kekal kita juga ...

    ReplyDelete
  7. @mattstudents tu bukan sekadar buat research untuk kubur itu sahaja, banyak lagi kubur2 lama lain yg harus mereka kaji. hasil kajian pastinya akan diserahkan pada prof atau dekan2 mereka di sana. setakat ini, saya tak jumpa pula hasil kajian mereka yg didokumentasikan di dalam internet. mungkin tiada yg menggemparkan kot ...

    ReplyDelete
  8. @theolrascalhehehehe ... memang pun ... sedar2lah diri tu ye ... huhu

    ReplyDelete

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Bila Cindaku Menulis | Abjad Rumi Ke 13 | Mencari Identiti
Copyright © 2013. Bila Cindaku Menulis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger