Aku ni bukanlah seorang jurugambar ... bukan juga seorang yang gemar bergambar dan mengambil gambar. Cuma kadang-kala bila teringat dan ada keperluan, barulah aku merakamkan foto-foto yang ingin aku rakamkan.
Sebenarnya aku dah lama teringin nak merakamkan gambar rumah keluarga ku di kampung tapi setiap kali berada di kampung, aku terlupa. Bila dah pulang ke KL, baru aku teringat dan setiap kali itu juga aku menyalahkan diriku kerana kealpaan sendiri. Dan kesempatan yang ada semasa beraya di kampung aku gunakan sepenuhnya untuk merakamkan gambar-gambar kawasan rumah keluarga ku agar boleh aku arkibkan di kemudian hari untuk tatapan anak-anak cucu ku.
Selamat datang ke Darul Sakiinah. Rumah ini serta persekitarannya telah banyak berubah daripada yang asal sejak dibina pada tahun 1977.
|
Pintu masuk ke Darul Sakiinah yang membawa maksud ketenangan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Papan tanda di tembok luar |
Nampak tak huruf M di pagar kiri? Di sebelah pagar kanan pula ada huruf B. Sebenarnya itu huruf "initial" mak dan ayah aku. Bila orang tanya, dengan selamba ayah akan jawab, "MB tu, Menteri Besar ..." hahahaha
|
Jemput masuk ... |
Bangunan tengah ni ayah aku namakan Dataran Darul Sakiinah. Dataran ini boleh memuatkan 7 ke 8 meja bulat untuk majlis makan-makan.
Maaflah kalau ada yang terganggu bila melihat bendera bulan tu. Aku bukanlah nak bercerita tentang bulan, walaupun aku dah boleh bukukan kisah ayah aku dan bagaimana dia boleh menceburkan diri dalam arena politik ...
Bangunan kanan ini pula adalah bilik gerakan, juga bilik kerja ayah sejak dia jarang ke pejabat setelah menyerahkan urusan perniagaannya pada adik lelaki aku.
|
Pandangan dari sebelah kiri Dataran |
Chalet dua bilik yang dijadikan bilik penginapan tambahan apabila bilik-bilik di rumah induk telah penuh. Chalet ini juga disewakan kepada peserta-peserta kursus anjuran "Peladang" yang datang dari jauh dan tiada tempat penginapan.
Bangunan hadapan adalah tempat letak kereta. Sebelahnya pula adalah stor tempat ayah aku menyimpan segala barang-barang keperluannya, juga tempat emak aku menyimpan periuk belanga. Bilik stor itu dulunya merupakan kawasan hijau tempat tanaman cendawan yang diusahakan sendiri oleh ayah, tujuannya untuk buat makan sendiri bersama anak cucu. Bila cendawan sudah terlalu banyak, mak aku buat jualan. Malangnya bila ayah aku kurang sihat, takde orang yang tolong menjaga cendawannya hingga akhirnya cendawan itu merajuk ... huhu. Bangunan kecil di sebelah stor adalah bilik mandi dan tandas untuk kegunaan orangramai.
|
Rumah Induk |
Di sini, aku gagal untuk mendapatkan angle yang betul-betul jelas dan terang sebab aku berdiri mengadap cahaya matahari yang terlalu terik.
|
Dewan Darul Sakiinah |
Terletak bersebelahan rumah induk, dewan serbaguna ini boleh menempatkan
100 orang jemaah solat dalam satu masa. Dewan ini juga digunakan
sebagai dewan kursus untuk peserta-peserta dari Peladang yang mengikuti
kursus menternak kambing fidlot.
|
Pokok berdaun kecil yang merimbun itu adalah pokok markisa |
|
Landskap dari cetusan rasa seorang ayah yang inginkan kedamaian dan ketenangan |
|
Pandangan dari depan Dataran |
Landskap kecil segi tiga ini asalnya adalah kolam ikan, sekarang jadi landskap hiasan. Yang kelakarnya, ayah bela ikan haruan, ikan puyu dan seangkatan, alasannya buat apa bela ikan yang tak boleh dimakan ... hehehe
|
Antara tanaman eksotik yang ditanam oleh ayah yang cukup gemar berkebun |
|
Sila datang lagi, ye ... |
Perasan tak tona warna hijau yang digunakan ayah dalam keseluruhan bangunan? Pertama kali aku balik kampung setelah ayah mengecat semula bangunan dan rumah induk, aku terkejut beruk juga. Apa tak nya, seluas dan saujana mata memandang, ku lihat hijau ... hahahaha. Sebelum itu pun, adik aku ada menelefon dengan nada 'nak menangis pun ada' bila menceritakan tentang warna pilihan ayah. Tapi aku tak sangka lah semuanya hijau macam ni. Alahai ... takpe lah, ayah memang minat warna hijau ... favourite colour dia. Mungkin tak lama lagi, kereta yang bakal dibelinya pun warna hijau gak ....
Aku tengah cuba mencari gambar-gambar asal rumah induk ni. Bila balik kampung nanti dan bila aku ada masa terluang (kalau mak aku tak suruh aku urut badan dia lah ... hehehe), aku memang berhajat nak masukkan gambar-gambar rumah induk dari mula-mula kami tinggal dulu. Aku nak arkibkan sebagai kenangan bila aku tua nanti (sekarang aku belum berapa nak tua kot) .... :)
cantik umah akak..
ReplyDelete@Suraya Noorrumah ayah dan emak, su ... time akak membesar kat situ, semua tu takde ... huhu
ReplyDelete@Cinta Menoraoh...iyala kak..tak kesah la..sekurang2nya anak2 akak lak leh tgok kg tokwan depa yg cantik.ehhehe..
ReplyDelete@Suraya Nooritulah masalahnya dengan budak2 sekarang, su ... depa tak reti nak appreciate tempat2 macam ni. depa kalau datang pun terus melepak dengan sepupu2 yg lain, langsung tak hirau nak jalan2 sekeliling tengok apa yg ada di sekitar kawasan ...
ReplyDelete@Cinta Menoraoyaka..tp mungkin sbb tu yg depa pkiaq la ni kot..nnt bila depa dah evergreen cm kita ni..msti depa pun akan buat entry mcm ni jugak..percaya la.hehehe...sy pun cam tu gak dulu rasanya...la ni lebih menghargai kampung sendiri..
ReplyDelete@Suraya Noorharap2 begitu lah, su ... tu pasal akak simpan dulu gambaq2 ni sebelum terlambat ... tapi zaman depa evergreen nanti, depa nak ke buat entry macam ni?
ReplyDeletecinta menora,
ReplyDeleteterserlah kehijaun nye ..sayup mata memandang.
anyway, bagus kalau nak direct tetamu, senang nak cari..
Untuk ayah kamu , dan kita semua juga..
'' there's no place like home...''
CM,
ReplyDeleteMemang bersetuju hijau melambangkan ketenangan dan kedamaian. Begitu juga konsep kehijauan lanskap cetusan ayah CM yang inginkan ketenangan dan kedamaian...
Ini lah Sebahagian dari warna kehidupan Bumi Malaysia...
ReplyDelete@PakMailsemua ini lahir dari ilham dan kreativiti ayah, pak mail. ayah punya banyak impian dan harapan ... ada yang dapat dizahirkan tapi masih banyak juga yang terpaksa dipendam ...
ReplyDelete@Shahbudin Talibsetuju sangat, dinrias ... bumi Malaysia penuh warna-warni.
ReplyDelete@theolrascalolrascal,
ReplyDeletetempat jatuh lagi dikenang, ini kan pula tempat bermain ... lebih2 lagi ini lah tempat wa membesar.
"rumahku, syurgaku ..."
kak...p mana??bz ka??lama tak update blog??
ReplyDelete@Suraya Noorhidup laie ni su, tak pi mana2 pun. laa ni dok busy transfer blog lama dari multiply ke blogspot. cer tengok dalam label "blog multiply" ... itu antara blog2 yg sudah ditransfer.
ReplyDeleteoyaka..ok..ok..hehehehe..
ReplyDeleteHebat.
ReplyDeleteKulihat Hijau..
hehehehe ...
Delete