Home » , » Poligami Lagi ~ En Mat Ada ..?

Poligami Lagi ~ En Mat Ada ..?

Written By Cinta Menora on Friday, August 3, 2012 | 8/03/2012 02:08:00 AM

Poligami lagi ... tapi cerita kali ini bukanlah menyentuh soal poligami secara langsung. Ini kisah En Mat (bukan nama sebenar) yang entah macamana muncul balik dalam kotak ingatan aku.

En Mat seorang sub-kontraktor. Aku kenal dia pun sebab dia selalu datang ke ofis aku ... apa lagi kalau bukan melobi untuk mendapatkan projek. Biasanya dia ditemani oleh isterinya, seorang wanita yang agak agresif, bergaya dan jauh lebih muda dari En Mat. Kalau nak dibandingkan dengan En Mat, macam langit dengan bumi ..! Seboleh-bolehnya aku cuba mengelak daripada berbual lama dengan isteri En Mat sebab kalau dia dah buka mulut, susah nak suruh tutup. Aku pun bukannya suka sangat nak melayan orang, lebih-lebih lagi bila aku tengah banyak kerja.

Dipendekkan cerita, suatu hari tu, En Mat datang ke ofis aku seorang diri. Lepas selesai urusannya, dia pun singgah ke bilik aku. Kebetulan aku tak berapa sibuk, jadi aku pun layanlah dia bersembang. Sempat gak aku mengusik dia, "Mem mana? Kenapa hari ni dia tak ikut sekali? Dia tak takut ke orang lain tackle laki dia?" Laser aje mulut aku. Bukan apa, kadang-kadang aku geram juga dengan isteri En Mat ni. Tak boleh tengok staff perempuan tegur suami dia, pasti dijeling tajam. Macamlah suami dia ni jejaka pujaan Malaya. Kalau handsome macam Aaron Aziz atau pun kaya macam Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary ke, aku pun nak tackle. Ini ala-ala Ahmad Nisfu, poket pun selalu kosong ... apalah yang dia takutkan. Soalan aku dijawab dengan senyum meleret En Mat. Mungkin dia dah menjangka soalan ini akan keluar dari mulut semua orang yang dia jumpa di sini. Kemudian dia mengeluh, macam ada sesuatu yang terbuku di hatinya. Dan dari situ, En Mat pun mulalah bercerita tentang kisah hidup dia ...

Kerjaya En Mat sebagai kontraktor bermula selepas 2 tahun berkahwin apabila dia mendapat kontrak untuk supply pasir, semuanya dari hasil usaha isterinya yang sanggup mengeluarkan semua wang simpanan yang ada supaya En Mat dapat memulakan bisnesnya. Terkedu kejap aku ... mulalah aku rasa nak tarik balik segala prasangka negatif terhadap isterinya. Belumpun sempat aku berfikir panjang, En Mat mencelah lagi, "bukan isteri yang ini ..." Opss! Besar biji mata aku memandang En Mat, "isteri pertama yang ada di KB". Oh, barulah semuanya masuk akal. Apabila bisnes En Mat semakin maju, dia mula berkenalan dengan isterinya yang ke dua ini dan kemudiannya berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama. Tinggallah isteri pertamanya di KB manakala En Mat menetap di KL bersama isteri baru. Selepas 11 tahun berkahwin, barulah isteri pertamanya tahu yang dia telah dimadukan. Isteri pertama minta cerai tapi En Mat tak mahu menceraikan sebab dia masih sayangkan isteri pertamanya. Dan kata En Mat lagi, dia jarang balik ke KB sebab dikongkong oleh isteri ke dua. Dalam hati aku mulalah berkata, "padan muka, siapa suruh kahwin dua. Dah lah tak berlaku adil, kau siksa pula hati dan perasaan isteri pertama. Ishh, ada juga orang macam ni". Sebelum En Mat balik, dia pesan kat aku, "kalau saya dapat tender untuk projek baru ni, telefon saya tau. Nanti saya datang sendiri ambil award letter. Jangan bagi surat tu kat orang lain, saya sendiri akan ambil". Aku pun angguk aje lah, antara dengar dengan tidak aje pesanan En Mat tu.

Beberapa hari selepas itu, aku diberitahu yang syarikat En Mat telah diberikan satu pakej untuk projek yang ditender. Aku pun telefon lah En Mat. Aku ingat lagi, hari tu hari Jumaat. Kata En Mat, dia dah menjangka akan dapat projek tersebut. Dia minta aku simpan dulu surat tu sebab dia ada di KB dan akan datang jumpa aku hari Isnin untuk mengambil surat tersebut. Dan sekali lagi dia pesan, jangan bagi surat tu pada orang lain, dia sendiri akan datang ambil. Aku tunggu hari Isnin, En Mat tak datang. Hari Selasa pun tak datang, telefon pun tidak.

Sebelum aku balik rumah hari Selasa tu, aku telefon En Mat. Takde orang jawab telefon, aku cuba pula telefon rumah En Mat. Panggilan aku dijawab isterinya dan aku pun terus tanya, "En Mat ada? Saya telefon handphone dia tak berjawab" dan dijawab oleh isterinya, "En Mat dah takde". Aku tanya lagi, "En Mat tak balik lagi dari KB ke?" Agak seketika juga baru dijawab oleh isterinya, "En Mat dah meninggal ..." Antara dengar dengan tidak aje aku, lantas aku bertanya lagi, "En Mat meninggal apa ni, kak ... tak baik cakap camtu". "Iye ... En Mat dah meninggal dunia hari Khamis lepas, buat apa akak nak bohong. Dia meninggal masa dia balik KB. Akak pun tak dapat jumpa dia ..." Aku tergamam ... dalam kepala aku dok mencongak bila kali terakhir aku bercakap dengan En Mat. "Kak, akak kata tadi, bila En Mat meninggal? Macamana dia meninggal?" tanya aku bertubi-tubi ... dan dijawab oleh isterinya, "En Mat meninggal hari Khamis petang, sakit jantung ..."

Nasib baik aku tak sakit jantung. Kalau tak, dah pasti aku pun akan kena heart attack. Aku cuba trace balik panggilan yang aku buat pada En Mat. Sah ... aku telefon dan bercakap dengan dia hari Jumaat jam 3:18 petang. Macamana pula isterinya kata dia meninggal hari Khamis ..? Aku tak puas hati, aku cuba telefon handphone En Mat sekali lagi. Selepas empat kali mencuba, akhirnya panggilan aku berjawab. Suara lelaki di talian dan aku pasti itu bukan suara En Mat. "Errr boleh saya bercakap dengan En Mat?" suara aku agak kurang yakin. "Siapa tu?", tanya lelaki di talian. Selepas aku mengenalkan diri dan tujuan aku menelefon, lelaki di talian juga turut mengenalkan dirinya. Dia anak ke dua En Mat dari isteri pertama. Dan dari beliau  aku mendapat tahu yang En Mat meninggal mengejut semasa berada di rumah isteri pertamanya di KB dan disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung. "Hari apa dia meninggal?", aku masih inginkan kepastian. "Hari Khamis petang", kata anaknya. Aku terdiam, terkunci mulut aku untuk meneruskan kata-kata ....

Share this article :

13 comments:

  1. Cinta menora,

    so , lu cakap dengan sapa hari jumaat tu..

    cepat arr..jawab

    ReplyDelete
  2. @theolrascalwa sampai hari ni masih musykil ... tapi yg pastinya, wa memang bercakap dengan En Mat .. huhu

    ReplyDelete
  3. Cinta Menora,

    Saya cuma nak tau apa moral of the story?

    ReplyDelete
  4. ish..betoi ka ckp ngn en.mat masa hari jumaat??hmmm...suspend la kak...

    ReplyDelete
  5. @mattSaya cuma cerita pengalaman saya, Matt ... kebetulan pula masih berkait dengan kisah saya sebelum ini tentang poligami. Moral of the story sebenarnya datang dari pengalaman kita sendiri. Seperti juga En Mat yang telah melalui pengalaman berpoligami tetapi tidak mampu untuk berlaku adil ... dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir di hadapan isteri pertama yang telah diabaikan sebelum ini. Apa yang baik kita jadikan teladan dan apa yang buruk dijadikan sempadan.

    ReplyDelete
  6. @Suraya NoorIye Suraya, kalau sekarang ini pun akak diminta untuk membuat pengecaman suara, pasti akak boleh cam lagi suara En Mat ni. Tapi aduss ... janganlah ... kalau akak dengar suara tu sekarang ni, mau ICU nanti ... hehehe

    ReplyDelete
  7. hmm...mmg thrill hbis la klu buat pengecaman sora pastu ish..takleh nk byg pa jadi la..

    ReplyDelete
  8. @Suraya NoorTerngiang2 lagi suara En Mat bila dia kata, "hok surak tu nanti saya ambik sendiri, jangan bagi ke orang lain deh" ... entahlah Suraya, nasib baik masa tu akak tak tahu yang En Mat dah arwah, kalau tidak ... huhuhu

    ReplyDelete
  9. @Cinta Menoramcm nak tnya lagi..betoi ka akak kol hari jumaat??kalau sy la...masa tau kata en.mat tu mnggl hr khamis..lepas ja sy ckp ngn anak arwah,sy rasa sy demam la tu jugak...

    ReplyDelete
  10. @Suraya NoorLama gak termenung, Suraya. Susah juga nak percaya. Check handphone banyak kali. Memang betul akak call arwah hari Jumaat. Tapi hati masih ragu2 ... tunggu bil telefon hujung bulan dan check lagi itemized billing. Confirmed! Ada cerita dengan kawan ofis lepas dapat tahu yang En Mat dah meninggal. Kawan ni macam kena histeria. Wallahu'alam ...

    ReplyDelete
  11. Lama juga saya bermenung untuk beri komen cerita kali ini. Susah juga nak percaya.

    Tapi saya bersangka baik. Takkan pula CM nak berbohong. Kadang2 sesuatu perkara aneh berlaku terhadap diri kita. Kita sendiri sukar mempercayainya. Apatah orang lain tentu sekali banyak meragui.

    ReplyDelete
  12. @PakMailSalam Pak Mail,
    terimakasih atas komennya. Sebenarnya ini kali kedua saya mengalami situasi seperti ini. Kali pertama semasa saya di sekolah rendah. Cuma saya tidak terlalu memikirkannya. Pada saya, semua yang terjadi dengan kehendak Allah juga. Tidak ada yang mustahil kalau Allah mengizinkan ...

    ReplyDelete
  13. hmm..tu la..mula2 sy pun rasa mcm akak silap ingat hari ka cmna ka..tp dah akak konfemkan mcm tu.hmm..mgkn ada sesuatu yg ingin disampaikan ke..hmm...takpala..kita bersangka baik sj...klu sy jd cmtu pun sy demam pa.hehe..

    ReplyDelete

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Bila Cindaku Menulis | Abjad Rumi Ke 13 | Mencari Identiti
Copyright © 2013. Bila Cindaku Menulis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger