Ku leraikan cinta ...
demi satu hijrah yang pasti
agar langkahmu tidak sumbang
agar hatimu tidak goyah
moga cahaya yang kau cari bisa kau temui ...
Ku leraikan cinta ...
kerana kau bukan milikku lagi
pun aku tidak pernah memilikimu
kerna yang pasti kau milik Dia
sedangkan aku hanyalah perhiasan sementara dunia
yang melekakan lagi melalaikan ...
Dan aku leraikan cinta ini ....
walau hati meratap hiba
dalam sendu dan kerinduan yang amat menyiksa
antara rela dan terpaksa
demi kerana Dia ...
aku pasrah ...!!
mib-12122011 6:39pm - dari blog Multiply
0 comments:
Post a Comment
Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....