Home » » Jaga Ko, Monyet ...!!

Jaga Ko, Monyet ...!!

Written By Cinta Menora on Tuesday, June 7, 2011 | 6/07/2011 12:23:00 PM

"Ibuuuuu ... monyet makan buah betik kat pokok ..." jerit anak perempuan aku. "Halaulah monyet tu", balas aku sambil berlari ke tingkap dapur. Sempatlah aku bertentang mata dengan monyet tu dan sempat jugaklah monyet tu menyeringai kat aku. "Ishhh! Monyet tul lah .." jerit aku ... "tak sempat buah betik tu besar atas pokok, dah dikebasnya".

Alahai ... nak buat camne, dah jadi rezeki monyet. Aku nak marah pun tak boleh, monyet ni tak berakal. Kalau manusia sekalipun yang ambil, aku kena banyak-banyak bersabar aje lah ... dah bukan rezeki aku. Jadi petang tu, aku pegilah beli buat betik kat kedai, walaupun "kick" dia tak sama dengan makan buah yang kita tanam sendiri ...

Sebenarnya dah lama aku berperang dengan monyet ni, sejak 2/3 tahun lepas. Lepas aku renovate rumah dan aku anjak dapur aku ke belakang. Sejak itu jugalah monyet ni selalu masuk dalam rumah. Dah banyak makanan yang si monyet ni ambil dari dapur rumah aku. Mula-mula dulu ... dia ambil epal, ambil telur ... lepas tu, pandai pulak dia makan makanan yang kat bawah tudung saji. Dah lah tu, bila dia dah kenyang, dia lepak lak kat sofa depan TV rumah aku! Sejak dari tu aku declare war dengan monyet ni. Apa tak nya, aku dah masak penat-penat ... lepas tu aku keluar sekejap hantar anak aku gi tuisyen dan aku singgah Giant nak beli barang-barang dapur sementara tunggu anak aku habis tuisyen. Bila balik rumah aje, aku terkejut beruk bila tengok rumah aku tonggang-langgang macam kapal pecah. Benda pertama yang aku nampak ... tapak kaki kecik2 bersambal penuh kat living hall dan atas sofa warna cream aku tu. Menyirap darah aku ..! Bila aku ke dapur, aku tengok tudung saji aku tergolek kat lantai ... mangkuk sambal aku dah terbalik, kuah lemak cili padi aku dah berkelecah dan meleleh-leleh tumpah ke lantai, sayur goreng dah tinggal sikit dan acar buah yang diberi jiran aku ... bukan saja dimakan tapi sisanya dicampak-campak ke dinding. Masa tu, aku dah tak tahu nak kata apa ... kalau lah aku dapat tangkap monyet tu, mau aku grill daging dia buat steak ... dan aku hantarkan kat rumah Den Cdo. Geram betul aku bila Den Cdo gelakkan aku. Kesudahannya, anak-anak aku dapat makan McDonald ... memang diorang seronok lah ...

Yang peliknya, pandai pulak monyet ni bukak tingkap sliding aku tu ... ye lah, silap aku jugak ... kadang-kadang aku lupa tutup ... dan kalau tutup pun, kadang-kadang aku lupa nak kunci tingkap tu. Pernah sekali tu masa anak perempuan aku tinggal sorang-sorang kat rumah, anak aku dengar bunyi bising kat dapur ... bila dia pegi jenguk, dia terus menjerit macam orang kena histeria bila nampak monyet dalam rumah. Monyet tu pulak memang dah sah-sah terkejut monyet lah dan terus lari keluar ikut tingkap. Nasib baik maid jiran sebelah aku dengar jeritan anak aku dan bergegas datang menjenguk. Ishh! Aku tak boleh bayangkan keadaan anak aku yang fobia masa tu ... kesian dia.

Bila jiran aku tahu yang acar buah dia bagi aku habis dimakan si monyet, esoknya jiran aku hantar lagi satu tupperware acar buah. Aku simpan bawah tudung saji. Yang itu pun dimakan monyet ..! Penutup tupperware dicampak ke lantai. Ishh! Memang nak kena monyet ni. Satu hari tu, sebelum aku keluar rumah, aku tinggalkan satu tupperware tapai ubi yang sengaja aku simpan lama sampai berkulat kat bawah tudung saji. Sengaja aku bukakan sikit tingkap sliding aku tu ... memang hari tu aku nak dia jadi tetamu kehormat. Dan seperti yang aku jangka, tudung saji dah bergolek kat lantai dapur. Tutup tupperware ada kat atas kerusi, tapai ubi tu cuma tinggal urat-urat tengahnya aje. Hah! Padan muka ko, monyet. Aku rasa sekarang ni ko dah tercerit-berit. Nak jugak aku tengok muka menyeringai ko tu menahan sakit perut. Dan sejak dari hari itu, aku tak nampak lagi batang hidung si monyet tu. Mungkin dia malu dengan aku kot ...

Bulan puasa tahun lepas, masa aku tengah memasak untuk berbuka puasa, mata aku terpandang kat pokok betik belakang rumah. Tetiba aje aku teringatkan si monyet tu. Ehh, tak kan aku rindu kat dia lak! Aku  tertanya-tanya, apa dah jadi dengan monyet tu. Lama dah aku tak nampak dia. Rasa bersalah lak aku masa tu. Dalam aku dok perhatikan pokok betik yang macam dah merajuk nak berbuah lagi, tiba-tiba aku nampak daun betik bergoyang dan dipatah-patahkan ... dan dia muncul di depan mata aku!! Dengan matanya yang tajam merenung aku, ditambah dengan raut mukanya yang aku rasakan cukup sombong dan berlagak ... sebelah tangan memegang dahan-dahan betik yang telah dipatah-patahkan ... dia berdiri dengan angkuhnya di depan aku. "Siut monyet ni ... sat sat ko tunggu kat situ, keep on posing ... aku nak snap gambar ko ..." aku pun berlari ambik handphone aku ... dan sebelum aku sempat klik butang kamera, si monyet tu menyeringai lantas berpaling dan menonggengkan bontot dia kat aku, sebelum dia melompat kat tembok batu dan terus menghilangkan diri ...

**********************************

Disember 2005, aku dan keluarga pergi berjalan-jalan ke Jakarta dan seterusnya ke Bali. Aku paparkan sedikit koleksi gambar-gambar yang kami ambil semasa di sana. 

Taman Safari Indonesia

Tarian Barong di Bali

Tanah Lot Temple, Tabanan, Bali

Sacred Monkey Forest, Bali

Scenery from Royal Temple of Mengwi & Bikers Shop next to Jak Resto, Kuta

Korang nampak tak apa yang aku nampak? Aku baru terperasan gambar nie ... Patutlah monyet-monyet ni macam serasi aje dengan aku. Agaknya depa-depa ni ikut aku sampai ke rumah kot ..??

Share this article :

14 comments:

  1. monyet kat bali tu sms moyet kat belakang rumah kamu tu...

    '' tu kawan aku tu..kenal kat bali..ko buat la dapur dia macam dapor ko jugak ''..


    oohh ye...barong dance tu macam tarian kuda kepang gak ke...ada mentera2...

    ReplyDelete
  2. laa .. pasal tu ke? pandai monyet ni bersms ye ...

    barong dance ni lbh kurang mcm kuda kepang gak lah ... mula dgn ritual ... berakhir dgn ritual gak sbb ramai dr pelakun2nya tak sedar diri ... bila tgk muka depa ni ... menakutkan!!

    ReplyDelete
  3. theolrascal,

    Monyet2 tu ada blog ke.....

    ReplyDelete
  4. pak mail,

    risau saya soalan pak mail ni...

    ReplyDelete
  5. ada ke, olrascal? saya pun menunggu jawapan gak ni ... kalau monyet tu ada blog, senang sikit saya nak hentam depa ... nak gak posting citer ni, biaq depa baca ...

    ReplyDelete
  6. cinta,

    Barangkali monyet2 tu tak ada blog sebab tak pandai posting agaknya. Monyet2 tu dah beritahu theolrascal melalui sms.

    Monyet2 tu hanya tahu timber logging saja agaknya.

    ReplyDelete
  7. hahaha betullah tu, pak mail ... monyet tu cuma tahu timber logging aja ... tapi rasanya remote TV tu pun dia tahu guna ... tu pasal lepas kenyang melantak kat rumah saya, dia lepak lak kat sofa sambil tengok TV ...

    ReplyDelete
  8. laaa...
    dah tu dia cari laptop tak jumpa...

    ReplyDelete
  9. olrascal,

    bkn tak jumpa ... dia dah ngantok sbb makan byk sangat ... ada lah sikit2 mcm rupa olrascal yg tgh tido bersandar kat kerusi tu ....

    ReplyDelete
  10. ''... ada lah sikit2 mcm rupa olrascal yg tgh tido bersandar kat kerusi tu ....''


    tuu....yang saya takutkan soalan pak mail tu..

    pak maiiiiillll....tengok budak ni ..ape dia cakap.....

    ReplyDelete
  11. alahai ... tak leh pulak nak masukkan gambar yg seakan2 olrascal kat dlm reply box ni ... kalau tak ... sure dah ada candid kat sini ...

    ReplyDelete
  12. hah!!..nak masuk gambo..?


    pakkkkk maaaaaaiiiiiilllllll....
    jaga sikit haaaa...anak pak mail niiiii.....

    ReplyDelete
  13. hahaha ... mana peginya tag team yg sealiran dgn olrascal? dia tak mau tolong kwn dia ni ke?

    ReplyDelete

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Bila Cindaku Menulis | Abjad Rumi Ke 13 | Mencari Identiti
Copyright © 2013. Bila Cindaku Menulis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger