Innalillaahi wainnailaihi rajiun ...
Terkejut dan sedih bila aku dengar berita pemergian pelakun dan pelawak terkenal Zami bin Ismail ke rahmatullah. Allahyarham disahkan meninggal dunia kerana komplikasi jantung di IJN jam 10:40 pagi semalam di usia 67 tahun.
Terkejut dan sedih bila aku dengar berita pemergian pelakun dan pelawak terkenal Zami bin Ismail ke rahmatullah. Allahyarham disahkan meninggal dunia kerana komplikasi jantung di IJN jam 10:40 pagi semalam di usia 67 tahun.
Gugurnya sebutir lagi bintang yang cukup aku kagumi kerana wataknya yang pelbagai, lawaknya yang bersahaja ... yang jarang ada pada pelawak-pelawak baru sekarang ini. Aku masih teringat akan lawak Allahyarham sebagai Pak Uda dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan otak aku jadi kuning biru bila tengok lawaknya dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah. Masih terngiang-ngiang dialog Allahyarham, "huyoooo ... panjangnya kopek dia ..." yang mencetuskan satu evolusi baru dan jadi bualan di kedai-kedai kopi.
Hilangnya tiada ganti ...
Perginya usah ditangisi ...
Semoga arwah aman bersemadi ...
Hanya Al-Fatihah kami iringi ...
Semoga Allahyarham ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang beriman ... amin ...
"Hilangnya tiada ganti ...
ReplyDeletePerginya usah ditangisi ...
Semoga arwah aman bersemadi ...
Hanya Al-Fatihah kami iringi ..",
Pi Mai Pi Mai Tang Tu sitcom dinamai
Lawak Pak Uda menggelikan hati
Rasa hiba di hati ku ini
Seperti hibanya puan bistari
aduhh, berpantun pula pak mailku ini
ReplyDeleteteramat payah untuk ditandingi
laluan diberi pada pak mail yg dihormati
semoga hidup pak mail sentiasi diberkati
al-fatihah buat arwah..
ReplyDeletelain padang lain belalang
kalau berdendang biar bersama
harimau mati meninggalkan belang
manusia mati meninggalkan nama
hehehe ... awat semuanya berpantun lak ni? payah pulak nak ku jawab pantun dengan pantun ...
ReplyDeletemakan cili perut pedih
ReplyDeletehati kecilku tengah bersedih..
pergi melukah tepi sawah
sedekah alfatihah untuk arwah..
huh! komando pun dah pandai berpantun ...
ReplyDelete