Home » » Memori Silam ...

Memori Silam ...

Written By Cinta Menora on Wednesday, April 13, 2011 | 4/13/2011 06:20:00 PM

Aku suka mengimbau kisah-kisah lama ... dari zaman kanak-kanak aku sehingga lah ke zaman remaja. Aku anak sulong dari 7 orang adik-beradik. Bukan senang pegang title anak sulong ni ... lebih-lebih lagi sebab aku anak perempuan. Semua aku kena buat ... mengemas, tolong mak aku masak, basuh baju ... weiii!! zaman dulu takde washing machine, semua kena basuh tangan. Itu belum lagi bab menjaga adik-adik aku ... letih betul aku, mak aku asyik beranak aje ... yang teruknya aku lah ... adik-adik aku bergaduh, aku yang kena marah ... diorang degil tak nak mandi, aku yang kena piat telinga ... tension aku..!! Bila dah ramai ... makan berebut-rebut ... kalau tak cukup makanan, aku lah yang kena beralah. Itu pasal lah, bila adik-adik aku makin membesar, aku pulak tak besar-besar ... apa nak buat, dah nasib badan ... dan kerana itu juga lah, aku selalu kata pada diri aku, bila aku kahwin nanti, aku tak nak anak ramai-ramai ... kesian kat anak sulong aku nanti ...

Masa aku darjah 6, adik bawah aku darjah 4 ... dan yang bawah lagi 2 orang darjah 1, diorang ni kembar ... bayangkan 3 orang adik-adik aku yang aku kena jaga masa jalan kaki pergi dan balik sekolah. Apa-apa jadi pada adik-adik aku, aku yang kena jawab kat mak aku. Baju diorang kotor, pinafore diorang koyak kat punggung, beg diorang kotor, kasut kotor, botol air tertinggal ... aku yang kena soal-siasat dengan mak aku. Ye lah, kadang-kadang aku ajak diorang ikut jalan shortcut lalu kat kawasan mahkamah ... kat situ ada banyak tangga dan kat sebelah tangga tu pulak ada tempat untuk laluan basikal. Pada aku, jalan basikal tu macam gelongsor ... aku malas turun tangga, jadi aku turun ikut gelongsor tu ... tu sebablah habis baju sekolah koyak kat punggung ... tapi kenapa salahkan aku pulak? Bukannya baju aku yang koyak, diorang punya yang koyak ... apasal aku pulak yang kena marah? Yang diorang ikut apa yang aku buat, siapa suruh? Ishh ... tension aku ..!!

OK lah, aku stop dulu, ada kerja sikit. Bila free nanti, aku sambung balik ...

Share this article :

2 comments:

  1. sambung arr..tunggu ni.

    tinngi ye tanggungjawab dan cabaran jadi anak sulung ni...

    ReplyDelete

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Bila Cindaku Menulis | Abjad Rumi Ke 13 | Mencari Identiti
Copyright © 2013. Bila Cindaku Menulis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger