Hari ni aku rasa macam zombie ... penat, ngantuk, malas ... semuanya ada. Kalau hantu Kak Limah tengok aku ... aku rasa, dia pun akan terkejut beruk sebab muka aku saling tak tumpah macam muka dia ... entah-entah lebih teruk lagi dari dia ....
Weekend baru ni aku ada wedding anak kakak ipar aku kat Melaka. Hari Jumaat tengahari aku dah bertolak balik. Alahhh ... aku tolong pun bukannya seberapa ... bukan ada buat kerja berat-berat sangat ... setakat tolong pack kan door gifts aje. Pastu tolong buatkan bunga rampai ... selebihnya aku berkaraoke. Nak buat camne kan, aku sorang aje yang boleh menyanyi kat situ ... cheewahh ... lagipun karaoke sistem tu, cik abang aku yang punya ... tak lah aku rasa kekok nak menyanyi. Selain dari aku dan cik abang aku, anak lelaki aku pun turut menyumbangkan suara. Aku respect tengok anak lelaki aku nyanyi ... ada gaya tersendiri ... lagu-lagu yang dia nyanyi semuanya dia cipta sendiri. OK lah ... nanti aku bawak demo CD dia kat KRU ... kalau-kalau lah KRU berkenan. Tapi masalahnya aku tak nak dia jadi penyanyi ... aku nak dia tumpukan pada pelajaran dia ... ishh, ada ke masa depan kalau jadi penyanyi ni ..?? Aku doubt lah ....
Malam tu pulak ada berinai besar. Seperti biasa, aku rasa ... aku lah yang paling glamour kat situ ... huhuu. Sambil melayan saudara-mara dan tetamu-tetamu yang datang ... aku berkaraoke lagi ... alahh ... dah nama aku aje yang kena panggil, nak buat camne kan ... dan biasalah, bila dah ramai-ramai kat situ, tidurpun lambatlah ...
Esoknya, hari persandingan ... seawal jam 10 pagi lagi tetamu dah datang ... awal betul diorang nie ... lagu pun tak main lagi ... bukan apa, tuan punya PA sistem belum bangun tidur ... hahaha. Dan sekali lagi ... aku rasa, aku lah yang paling glamour ... dengan baju merah cili padi aku ... dah diorang kata tema warna merah ... baju paling merah sekali, aku lah tu..! Penat aku melayan tetamu ... berdiri kat depan tu bagi door gifts ... dengan high heel aku, punya lah sakit kaki, ulang-balik ke rumah nak replenish bekas door gifts yang dah habis. Patutlah aku rasa penat betul ni ... sakit-sakit satu badan.
Haa ... ni dia pengantin tu ...
Haa ... ni dia pengantin tu ...
Petangnya, semua dah keletihan .... ramai yang dah terlepak sana sini. Suami aku dan kawan dia sibuk packing PA sistem, senang nanti nak bawa balik. Bila siap aje packing, ada pulak yang mintak nak berkaraoke dan nak berjoget lambak malam tu. Apa lagi, terpaksalah cik abang aku keluarkan dan pasang balik mesin karaoke dia. Kesian aku tengok ... terpaksa lah aku menolong. Ohh, patutlah badan aku sakit-sakit lagi ni ... dok tolong angkat speaker-speaker besar tu ... tapi takpe lah, asalkan diorang semua rasa seronok ... dan seperti biasa, aku tumpang glamour lagi lah ... aku kena nyanyi dulu barulah yang lain ikut menyanyi sekali ... lepas tu, diorang berjoget lambak pulak. Aku ni, bila bab-bab berjoget, aku ada segan sikit ... ye lah, aku tak pandai nak berjoget. Aku tumpang ketawa aje lah tengok telatah ipar-ipar aku yang memang kaki joget ... ehh! ada lagi joget lambak kat situ, ek ... jam 1 baru habis daa ...
Esoknya, on the way balik KL, aku singgah kampung, jengok mak aku. Kesian mak ... dia sakit kaki ... jalan pun terdengkut-dengkut, uzur nampaknya dia. Ya Allah ... berilah kesembuhan pada mak aku, permudahkan segala urusannya ... amin.
Sampai KL dah malam, singgah pulak rumah jiran baik aku ... dia buat birthday anak dia, so ada makan free ... tak payah lah aku gi makan kat kedai. Balik rumah, aku betul-betul kengantukan dan kepenatan. Lepas mengemas dan rendam baju, aku terus gi tidur tapi peliknya, aku dah tak boleh nak tidur ... entah jam berapa baru aku terlelap .... dan hari ini, aku pergi kerja dengan rupa yang saling tak tumpah macam KAK LIMAH ...!!!
kah kah kah..
ReplyDeletegelak kamu, ye ...
ReplyDeleteaku baca sekasli lagi..ulangkaji
ReplyDeletetak pandai joget maz, masa nyanyi tu showmanship tak kan kaku je. kena arr gelek lebih kurang...hehe
weiii ... ada exam ke ni? siap ulangkaji lagi ... showmanship kenalah ada, PA ... bak kata ogy ahmad daud, less is more ... expression muka tu yg penting ... goyang sikit2, ok lah kan ...
ReplyDelete