Home » , » Tidurlah Wahai Syafiah Humairah

Tidurlah Wahai Syafiah Humairah

Written By Cinta Menora on Monday, March 1, 2010 | 3/01/2010 01:03:00 PM


Syafiah Humairah Sahari, 3 tahun, telah menggemparkan negara dengan kematiannya yang penuh tragis, Khamis lepas. Kematiannya juga telah membongkar rahsia perhubungan ibunya dengan teman lelaki ibunya yang sekarang ditahan untuk membantu siasatan polis. Ayah kandung Syafiah difahamkan sedang ditahan di Penjara Sungai Buloh kerana didakwa terbabit dalam kes bunuh sejak tahun 2006. Soalnya sekarang, inikah harga yang harus dibayar oleh anak kecil yang tidak berdosa ini di atas segala kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa ibubapanya? Adakah dengan kematian anak ini, barulah ibubapanya dan orang-orang yang terdekat dengannya mendapat pengajaran di atas kelalaian mereka sendiri?

Di sana-sini sekarang kita mula mendengar topik "menjaga tepi kain orang" diperbincangkan. Kita disarankan supaya mengambil tahu hal-hal jiran tetangga yang lain. Masalahnya ... bukan sahaja tepi kain sendiri terkoyak, pakaian dalam sendiri pun kadang-kadang koyak, bagaimana pula halnya kita hendak menjaga tepi kain orang lain??  Ya ... kita akui, sekiranya jiran-jiran tetangga Syafiah mengambil berat tentang kebajikan anak ini, kematian Syafiah yang penuh tragis mungkin dapat dielakkan. Ajal dan maut di tangan Tuhan, kematiannya tetap datang tapi mungkin bukan dengan cara kejam sebegini. Cuma adakah kita terfikir, di mana ibunya semasa Syafiah didera? Di mana datuk dan neneknya? Sedangkan bukan sehari dua Syafiah menderita kerana didera. Mengapa pula diletakkan kesalahan itu pada jiran tetangga yang tidak prihatin? Datuk dan neneknya sendiri mengakui pernah melihat kesan lebam dan kesan cucuhan api rokok di tubuh anak ini ... ibu Syafiah pula mengatakan yang teman lelakinya menyayangi Syafiah seperti anaknya sendiri tetapi tidak menafikan yang teman lelakinya itu panas baran. Apakah semua ini? Mereka mengetahui perkara ini tapi tiada sebarang tindakan diambil .... dan akhirnya, anak kecil yang tidak berdosa ini menjadi korban keganasan dan kekejaman seorang manusia bernama lelaki ....!!!

Aduhai Syafiah ...!! Tidurlah sayang ... penderitaanmu sudah berakhir. Biarkanlah orang-orang yang bersalah itu menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka. Pejamkanlah matamu dan tidurlah dengan aman ... tiada sesiapapun yang akan mengganggumu lagi. Pemergianmu kami ratapi ... semoga rohmu akan tenang di sisi Allah ... wakhususan ilarruh almarhumah Syafiah Humairah binti Siti Norhanim ... Al-Fatihah.


Share this article :

17 comments:

  1. Pada kita emak marhum aje mengenyam....hantu k..e tak kisah hal anak!

    ReplyDelete
  2. kisah ni ibarat cermin, nampak dicermin muka kita kotor kena arang, kita cuci cermin dgn harapan kesan kotornya hilang, mmg sampai matilah xkan hilang. cuba fahamkan ini, insyaAllah betullah umat, masyarakat dan seterunya pemimpin.

    p/s: apa yg ada disekeliling kita semua adalah cerminan diri kita sendiri. fikirlah sambil zikir, zikir sambil fikir.

    ReplyDelete
  3. Hal ini ambo dah perkatakan dulu, menjaga tepi kain orang adalah wajib, tapi selak kain orang adalah haram. Orang Islam kena ambil tahu hal saudara sekelilingnya. Maksud hadis(lebih kurang) "Tidak sempurna iman seseorang itu sekiranya dia nyenyak tidur malam, sedangkan jirannya dalam kesulitan"
    p/s: sekiranya silap maksud hadis ini mohon diperbetulkan.

    ReplyDelete
  4. Ambo setuju dengan Bro Syahir. Bila dah berlaku kematian sebegini, muncullah muka-muka tak malu yang kononnya simpati.

    ReplyDelete
  5. bila kita baca di akhbar2, kesalahan diletakkan pada teman lelaki ibunya tapi bila difikir2kan kembali, mengapa tidak dipertanggungjawabkan pd ibunya juga, pd datuk neneknya, pd saudara-mara terdekat? Bila ditanya oleh penduduk pd datuknya tentang status perkahwinan ibunya dgn tertuduh, datuknya mengatakan mereka adalah suami isteri. hmmm ...

    ReplyDelete
  6. Nak salahkan si Ibunya saja rasenya tak adil..seorang wanita muda yang ditinggalkan hampir 3 tahun lebih..semasa suaminya di penjara ada sesiapa masyarakat sekelilingnya yang ambil tahu?

    ReplyDelete
  7. bila dah jadi cerita sensasi begini, ramailah yg turun membantu, senang dapat coverage free. lepas ni kita mungkin akan dengar pula cerita drp jabatan agama islam yg akan membantu ibu syafiah utk mendapatkan talak drp suaminya yg di penjara. emmm ... byk kemungkinan yg akan berlaku. kita tunggu dan lihat ... sambil2 itu, jenguk2lah jiran2 di sebelah kita. apa agaknya jadi pd mereka ...

    ReplyDelete
  8. Bukan salahkan 100% bro.....hanya nk lepas geram sebab biorkan anak dia diperlakukan cam tu!

    ReplyDelete
  9. ayah sebenar Syafiah Humairah ada dalam penjara.... kes 302..... apa kata letak je budak bangang yg jadi boyfriend mak si Humairah tu .... satu sel dalam penjara Sg Buloh tu..... kita tengok apa jadi.....

    ReplyDelete
  10. Diharap menjadi iktibar dan makin berusaha memperbaiki kehidupan masing-masing.yang pergi diharap syurga menanti..amin...

    ReplyDelete
  11. hahaha ... bagus jugak cadangan tu, letak dlm satu sel, dua2 pun kes bunuh. kes 302 tu ... jenayah apa, tuan anakcurra?

    ReplyDelete
  12. insya'allah ... kematian syafiah menjadi pengajaran buat semua ... cuma kita agak terkilan, terlalu tinggi harga yg harus dibayar oleh anak kecil itu utk menyedarkan kedua-dua orang tua nya dan penjaganya akan dosa2 yg telah mereka lakukan ...

    ReplyDelete
  13. kesnya..... bunuh dengan niat..... hukuman gantung sampai mati mandatori.... tiada jaminan dibenarkan....

    ReplyDelete
  14. oppss!! dan skrg, anaknya pula dibunuh org ...!! kalau dah begitu halnya, patut dilepaskan saja isterinya ... tak lah jadi kes bersekedudukan mcm ni ...

    ReplyDelete

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Bila Cindaku Menulis | Abjad Rumi Ke 13 | Mencari Identiti
Copyright © 2013. Bila Cindaku Menulis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger