Home » , » Pembunuh Seratus Orang

Pembunuh Seratus Orang

Written By Cinta Menora on Wednesday, February 17, 2010 | 2/17/2010 03:39:00 PM


Buat santapan rohani ....

Dari Abu Sa’id Al-Khudry bahawa Rasulullah SAW bersabda :

“Dulu, di antara orang-orang sebelum kamu, ada seorang lelaki yang sudah membunuh 99 orang lalu dia bertanya tentang penduduk bumi yang paling banyak ibadahnya. Lalu dia ditunjukkan tentang seorang rahib. Diapun pergi menemui rahib itu, kemudian dia menceritakan bahawa dia telah membunuh sebanyak 99 orang, maka apakah masih ada ampunan bagi dirinya?"

Rahib itu menjawab, “Tidak ada.”

Lalu orang itupun rnembunuh rahib tersebut, sehingga jumlah korban menjadi 100 orang. Kemudian dia bertanya-tanya tentang penduduk bumi yang paling banyak ilmunya. Lalu ditunjukkan kepada seorang lelaki yang berilmu. Orang itu pun berkata bahawa dia telah membunuh sebanyak 100 orang, apakah masih ada ampunan bagi dirinya jika ia bertaubat?

Orang yang berilmu itu menjawab, “Ya. Tidak siapapun yang dapat menghalangi antara dirimu dengan taubatmu. Pergilah engkau ke negeri yang jauh letaknya dari sini, kerana di sana ada orang-orang yang menyembah Allah dan sembahlah Allah bersama mereka dan janganlah kembali ke negerimu. Kerana negerimu ini adalah tempat yang rosak.”

Orang itu pun pergi, sehingga ketika dia di dalarn perjalanan, kematian menghampiri dirinya. Pada waktu itu malaikat rahmat dan malaikat azab sering berselisih pendapat tentang orang tersebut.

Malaikat rahmat berkata:

“Orang ini telah bertaubat dan menghadap kepada Allah dengan sepenuh hatinya.”

Sedangkan malaikat azab berkata: “Sesungguhnya sekalipun dia belum pernah mengerjakan kebaikan?”

Sedang mereka itu berselisih pendapat, tiba-tiba datang pula malaikat yang berwujud seorang manusia mendatangi mereka dan hendak memutuskan perkara mereka tentang orang tersebut. Maka dia berkata: “Ukurlah jarak antara dua negeri itu. Mana jarak yang lebih dekat, maka ia akan menjadi bahagiannya.” Maka mereka mengukurnya dan mendapatkan bahawa jarak yang paling dekat adalah ke negeri yang hendak ditujunya. Maka malaikat rahmat yang memegang orang tersebut (Bukhari dan Muslim).

Dalam satu riwayat yang lain pula disebutkan:

“Lalu Allah menurunkan wahyu kepada negeri yang satu ini agar jaraknya lebih jauh dan memberikan wahyu kepada negeri yang satunya lagi supaya jaraknya lebih dekat. Maka jarak ke negeri yang baik adalah lebih dekat dari negeri yang ditinggalkannya kira-kira satu jengkal. Maka ia dijadikan sebagai penduduk negeri yang baik itu.”
(HR. Muslim)

Perhatikanlah wahai saudaraku! Walaupun dosanya sangat besar dan kesalahannya menimbun, akan tetapi ketika rasa penyesalannya betul-betul timbul dari lubuk hati yang mendalam, serta ia benar-benar ingin bertaubat, maka Allah merahmatinya dan menjadikan dirinya termasuk golongan orang-orang yang berbahagia. Maka begitu pula lah hendaknya dirimu yang harus betul-betul dalam bertaubat, supaya Allah benar-benar memberikan rahmat-Nya bagi dirimu.

- wallaahu'alam ...

Share this article :

13 comments:

  1. terimakasih atas artikel ini.... bersangkabaik lah terhadap Allah AWT... tuhan sekelian alam, tuhan yg sedia menerima taubat hamba2nya....

    ReplyDelete
  2. benar tuan ... Allah maha pengampun, maha penyayang. inikan kita manusia ... mengapa begitu sukar bg kita memaafkan kesilapan insan lain yg terlalu kecil dibandingkan kesalahan kita pd Allah?

    ReplyDelete
  3. Aiks ! Ada sesiapa yang bersangka buruk terhadap Penciptanya? Na'uzubillah!

    ReplyDelete
  4. tiadalah sy berkata demikian tuannn.... namun kerap juga sy mendengar doa2 yg hebat dan dinashidkan spt.... "aku tak layak ke syurgaMu, tapi ku takut ke nerakaMu.....". Sy faham kiranya itu luahan seseorang yg mengenal dirinya, namun apabila menjadi umum, ianya boleh disalahertikan sbg bersangka buruk terhadap Allah SWT, terutama bagi org2 yg belum betul2 memahami apa yg tersirat.... pd pendapat sy doa tersebut amatlah peribadi.......

    ReplyDelete
  5. Amat tepat sekali wahai Paduka tuan, makanya doa kita 'Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam Neraka Mu kerana aku lebih layak berada di situ dari umat Muhammad yang lain..Tidak akan aku menyesal untuk menerima siksaanMu di atas segala dosa2 ku di bumiMu ini!"

    ReplyDelete
  6. ishhhhh!!!! ada ke begitu?? kita disuruh berdoa yg baik2, bknnya yg tidak baik ...

    ReplyDelete
  7. Mungkin ada maksud yg tersirat yg belum sy fahami.....

    ReplyDelete
  8. hahahahahahaha...sesungguhnya tuan ini antara yang amat memahami akan diri yang 'bergelumang dengan kekotoran' ini. Alhamdulilah kerana ada sahabat yang benar2 'bersahabat'.

    ReplyDelete
  9. hmmmm.... atau sekurang2nya cuba memahami.....

    adapun sy sendiri merasakan bhw sekiranya sy yg dipertanggungjawabkan utk menimbang diri sy sendiri... maka setakat ini tidaklah selayaknya sy memasuki syurgaNya.......

    ReplyDelete
  10. Kalau begitu andaiannya, maka relalah kita untuk meletakkan diri kita agar timbangan tuan ke Taman Firdausnya memihak kepada tuan!

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas info dan cerita yang sgt menarik.Wassalam.

    ReplyDelete

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Bila Cindaku Menulis | Abjad Rumi Ke 13 | Mencari Identiti
Copyright © 2013. Bila Cindaku Menulis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger