Home » » Malaysia negara konsumer arak ke 10 ..??

Malaysia negara konsumer arak ke 10 ..??

Written By Cinta Menora on Wednesday, June 1, 2011 | 6/01/2011 05:26:00 PM

Aku terima satu email dari seorang kawan ...

"KUALA LUMPUR, 23 Mei: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan 'tahniah' kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berjaya membawa Malaysia ke rangking ke-10 negara konsumer arak yang terbesar di dunia". 

Alahai, betul ke ni atau cuma satu propaganda politik? Terkesiap aku sebentar (haha, aku pinjam perkataan  pak mail  sat) .... So, aku google berita ni ... dan inilah yang aku dapat :


Aduhh! Betul lah citer ni ... kan The China Post dah confirmed kan. Sebagai rakyat Malaysia, aku rasa malu yang amat ... Malaysia sebagai sebuah negara Islam boleh jadi negara consumer arak yang ke 10. Laa apa nak heran kan ... Malaysia boleh, maa ...

Tapi aku tetap nak bersihkan nama Malaysia. Semangat patriotik aku tinggi ... sekurang-kurangnya lebih tinggi dari semangat patriotik si olrascal dan den cdo yang berikrar nak bantu Malaysia menambahkan bilangan penduduk dengan berkahwin lagi satu ... memang tak patut!! Lagi pun, boleh percaya ke akhbar ni? Sekarang aku susah betul nak percaya dengan apa-apa saja berita yang aku dengar ... waima dari akhbar sekali pun. Banyak yang tak betul daripada yang betul. Berita yang betul, benar dan tepat cuma keputusan nombor ekor aje ... kakaka ... korang gelak haa ...

So aku google lagi ... dan ini pulak yang aku jumpa :


Pheww! Aku tarik nafas lega. Tapi camne boleh ada percanggahan nie? Terpaksalah aku check sendiri kat WHO ... "Hello WHO, please help me to get the facts right ... den dah ponek nih ..." Dan ini jawapan WHO ... korang bacalah link kat bawah ni ... banyak sangat statistiknya ... berpinar-pinar gak mata aku nak mentelaah report ni ...

http://www.who.int/substance_abuse/publications/global_alcohol_report/msbgsruprofiles.pdf

Aku check satu-satu ... Alcohol Consumption Data diambil berdasarkan bancian yang dijalankan ke atas 188 buah negara di bawah WHO Member State. Ini analisis yang aku dapat :

Total Consumption untuk negara Malaysia adalah sebanyak 0.82 litre per capita, menjadikan Malaysia negara consumer alkohol yang ke 167 daripada 188 buah negara. Walaubagaimanapun, berdasarkan bancian terhadap jumlah peminum arak, Malaysia jatuh di tangga yang ke 12 dengan peratusan sebanyak 30.40 ... dengan negara Bosnia Herzegovina di tangga teratas dengan jumlah 56%.

Amacam statistik aku ... boleh pakai tak? Apa-apa pun, aku tetap nak ucapkan "tahniah" pada Malaysia ... Malaysia boleh, maaa ....
Share this article :

10 comments:

  1. nak tanyo sikit....peminum todiand samsu tu di ambik kiro seklai ko ? Kalau diambik kiro Malaysia boleh pogi toop 5

    ReplyDelete
  2. peminum arak ni diambil dari kategori beer, wine, spirits n others ... tapi rasanya bila WHO buat bancian, todi n samsu tak termasuk kot ... kalau masuk, confirm malaysia boleh naik di tangga teratas ...

    ReplyDelete
  3. Kalau begitu statistik no. 10 tu salah jugalah. Sebab peminum beer di Malaysia amat banyak. Anak-anak pun suka beer ini. Siang dan malam dibuka di. Siap boleh takeaway lagi.



    A & W dengan "Root Beer"nya. Kalau nak lagi sedap tambah ice cream float.

    ReplyDelete
  4. cinta menora , dll..

    saya macam boleh percaya pada tangga ke 10 negara konsumer arak tu...

    berdasarkan jumlah pendudok cina dan tahap ekonomi warganegara keturunan cina. Beer , liqour dsb nye ada lah minuman yg bukan murah. Orang miskin tidak akan mampu dan akan pasti mementigkan prioriti yang asas dulu. Kalau yg minum samsu haram tu tentulah tak termasuk dalam statistik. Samsu haram tu betul2 murah tapi betul2 cukup merbahaya. Rumusan nye lagi kaya negara lagi banyak mereka consume beer.


    sungguh pun begitu bukan takde orang melayu islam negara kita yg minum beer ..tapi jumlah nye tak lah significant...tapi bukan lah bermakna kita harus menerima nye.Panikbutton harus dah di picit berdasarkan beer pun ada di tapao oleh murid sekolah.

    Penyudah nye...pasti kamu akan menerima tahap patriotik den cdo dan saya pada negara untuk menambahkanpendudok malaysia....bukan begitu pak mail..?

    saya baru terjumpa pada mak andam yg boleh memberi khidmat 4 pelamin serentak...

    amacam...? alalalalalala...

    ReplyDelete
  5. Theolrascal,

    mak andam yang dua alam tu ke.....

    ReplyDelete
  6. pak mail n olrascal,

    bila saya ke 7E, saya tgk ada satu group budak sekolah lelaki melayu beli guinness stout 3 botol n rokok dunhill 1 kotak. geram, marah, sakit hati, sedih ... rasa nak tembak aje budak2 ni.

    kenapa kerajaan benarkan minuman alkohal dijual di kedai2 runcit n 7E? apa tindakan kerajaan utk menangani gejala sosial yg berleluasa skrg ini? pd saya, kerajaan harus mengambil langkah2 yg proaktif utk menyelesaikan masalah spt ini, bknnya memikirkan cara2 utk menambahkan bilangan penduduk malaysia. apa guna meramaikan penduduk bila gejala sosial spt ini tidak dpt dibendung ... fikir2kanlah wahai olrascal ... pak mail dah kata dia TAK NAK ..!!!

    ReplyDelete
  7. ....kerajaan kita tidak bersungguh2 untuk kuatkuasakan isu ini dan terlalu bertoleransi dengan kewujudan masyarakat majmuk.

    Memang benar toleransi itu perlu terutama dalam soal muamalah. Namun dalam soal perlaksanaan hukum semestinya kita keras dan tegas.

    Seringkali apabila ketibaan Maulidul Rasul kita disuruh mencontohi Nabi s.a.w. Tetapi penguasa sendiri tidak mahu mencontohi Nabi kesayangan kita s.a.w. sebagai contoh lihat Surah Al Fath, Ayat ke-29,

    "Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang2 yang bersamanya adalah keras terhadap orang2 kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka......."

    ReplyDelete
  8. betul pak mail, kita terlalu bertoleransi kerana takut kehilangan kuasa ...

    ReplyDelete
  9. pak mail, cinta,

    betul lah tu..
    sepatut nye diperketatkan ..
    tidak lah semudah macam kat 7E yang budak2 selalu masuk nak beli jajan ataupun topup.

    sungguh pun begitu rasa nye kita semua bertangguung jawab kerana ia pasti bermula dari rumah.

    kuasa ni melekakan..
    lalu sebahagian dari kita kadang terlupa akan pada suatu hari kita juga pasti mati dek kerana kesoronokan hidup di dunia....

    having said that ...jangan la kita bermuram durja pulak. kita enjoy lah berlandaskan yang telah di bentangkan pada kita..landasan keislaman yg sejati.

    islam itu mudah jangan kita yg susahkan..

    we still can have the best of both world...kan kan pak mail, cintamenora..?

    ReplyDelete
  10. haaa ... barulah kali ni, saya dengar kata2 semangat n patriotik dr olrascal, selain dr citer naik pelamin ...

    ye olrascal, saya setuju 100% ...

    ReplyDelete

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Bila Cindaku Menulis | Abjad Rumi Ke 13 | Mencari Identiti
Copyright © 2013. Bila Cindaku Menulis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger