Home » » Aku, Anak Lelakiku dan Lagu ...

Aku, Anak Lelakiku dan Lagu ...

Written By Cinta Menora on Friday, April 29, 2011 | 4/29/2011 12:07:00 PM

Pagi ini aku buka Facebook ... suasana agak sunyi sebab aku dah kurang ke situ. Ehh! Takkan lah sebab aku  jarang menjengok, suasana di situ jadi muram dan suram ... aku tahu lah yang aku ni selalu menceriakan keadaan tapi ... alahai ... ramai lagi yang ada kat situ, kan ... kan ...

Belek punya belek, aku nampak satu post kat wall aku dari anak lelaki aku ... opss! apa pulak yang dia hantar ni? Weekend lepas, aku ada marah dia. Biasalah ... marah seorang ibu pada anak ... aku nak dia jadi anak yang baik walaupun mungkin bukan yang terbaik. Aku cuma harap, kali ini dia akan dengar kata-kata dan nasihat aku dan aku harap jugak yang dia akan jadi sepertimana yang aku inginkan. Ibu mana yang tak sayangkan anak ... dia lah sorang anak lelaki aku.  Dan aku nak dia sedar, disebabkan dia sorang saja anak lelaki, dia ada tanggungjawab yang amat besar pada keluarga.

Aku tahu dia minat menyanyi, dia suka tulis lirik lagu, dia amat kreatif bila buat video muzik untuk lagu-lagu dia ... memang aku kagum dengan dia, cuma aku ni jenis yang tak suka nak memuji depan-depan, pada aku masih banyak lagi yang perlu dipelajari. Bila tulis lirik lagu harus berseni ... grammar, nouns, pronouns, verbs .. semua ni kena jaga. Dia masih belajar ... aku tak nak dia terlalu fokus dengan dunia lagu-lagu ni. Biarlah dia tumpukan perhatian pada pelajaran dulu, lagi pun ini semester akhir dia. Aku tak nafikan, ada juga yang boleh berjaya dalam kerjaya walaupun pelajaran tidak seberapa ... tapi apa-apa pun, pelajaran mesti diutamakan. Ilmu wajib dituntut ... wajib dicari ... wajib dipelajari ... jangan menyesal di kemudian hari. Aku cuma harap dia faham mengapa aku marah dia ...

Lalu aku klik link yang dia postkan untuk aku ... dan ini lah dia ... permintaan maaf dan penyesalan yang ingin dilafazkan ...  masih dalam lagu ....

Share this article :

7 comments:

  1. cinta menora,

    anak saya pure science stream kat sekolah..
    good grades masa spm..

    tapi bila apply masuk uitm dia pilih couse seni lakon..tak leh nak larang.

    rasa nye anak kamu tu tunjuk bakat lebih awal
    muzik pun ok...satu bidang juga

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. masalahnya PA, dia tak ambil muzik sbg satu bidang tp sekadar utk berseronok. masa yg sepatutnya digunakan utk mengulangkaji, dia gunakan utk buat lirik lagu, then dia recordkan nyanyian dia, pastu panggil kwn2 ajak buat rap, kemudian dibuatkan video clip. masa bila dia belajar?

    saya dulu pun minat muzik. saya join brass-band masa sekolah .. saya masuk talent time. habis sekolah, saya dpt offer utk join orkestra simfoni muda negeri melaka. itu satu bidang yg dipelajari .. saya timba ilmu, bkn sekadar berseronok. tapi saya ada wawasan tersendiri .. lalu bidang lain saya ceburi ...

    unlike my son, pelajaran diabaikan .. itu yg buatkan saya risau. hai ... satu cabaran yg besar buat saya ... bkn senang mendidik anak, kan ...

    ReplyDelete
  4. ahahaha...itu la pulak cabaran nye , giliran kita jadi mak bapak..
    rasa nye senario parenting zaman IT ni sama je..

    geli pulak hati saya ...kik...kik..kik...

    ReplyDelete
  5. kamu gelakkan saya ke, PA? hah ...

    PA, nak tanya sikit ... tau apa citer PR ke? baca kat MP, dia mcm merajuk aje ... nape ye?

    ReplyDelete
  6. maz,

    saya dah baca jugak tapi saya tak tau motif sebenar.
    ..hehe..kalau orang pompuan sume je merajuk arr..akeke.
    mungkin dia rasa dah high time dia fokus kat FB je...kat MP ni walaupun kita ada ramai dalam contact list tapi ''circle'' kita tu yg buat kita keep moving on and on..
    malang circle tu dah mengecik..


    pi la kamu sakat dia....

    ReplyDelete
  7. hehehehe ... memang tergerak hati nak sakat dia ... kena gi kat MP lak lah nie ...

    arr PA, kalau nak cuba resepi2 tu, nanti ajak kita makan ye ...

    ReplyDelete

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Bila Cindaku Menulis | Abjad Rumi Ke 13 | Mencari Identiti
Copyright © 2013. Bila Cindaku Menulis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger