Home » , , , » MENJEJAK MISTERI PULAU BESAR - Bahagian 4

MENJEJAK MISTERI PULAU BESAR - Bahagian 4

Written By Cinta Menora on Friday, August 2, 2013 | 8/02/2013 04:19:00 PM

Menjejak Misteri Pulau Besar
Lokasi: Pulau Besar, Melaka
Tarikh: 2 - 3 Jun, 2013

Klik Menjejak Misteri Pulau Besar - Bahagian 3 untuk entri terdahulu.

Dari Makam Nisan Satu, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Ketika menyusuri jalan ke lapangan golf, kami melewati satu kawasan landskap yang cantik, kemas dan teratur dan dipagari sekelilingnya dengan pagar dawai yang ditutupi tumbuhan renek. "Itulah banglo Tan Sri Wan Azmi," kata Abg Jamal.

banglo tan sri wan azmi
3:12 pm - Kehijauan yang mendamaikan

banglo tan sri wan azmi
Banglo milik Tan Sri Wan Azmi

banglo tan sri wan azmi
Kawasan persendirian

sekolah tahfiz
Di bawah bukit ini terletaknya Sekolah Menengah Agama Tahfiz Al-Quran yang sudah siap dibina. Ketika entri ini ditulis, sesi persekolahan telahpun bermula pada 8 Julai 2013.


Tasik Biawak (Komodo)

Perjalanan diteruskan lagi sehingga kami menghampiri kawasan Tasik Biawak (Komodo). Tasik ini adalah tasik biasa buatan manusia yang terletak di kawasan lapangan golf. Tasik ini dikatakan dipenuhi dengan biawak-biawak yang luar biasa besarnya. Biawak-biawak ini singgah di tasik tersebut untuk memakan ikan-ikan yang ada di dalamnya. Di dalam Tasik Biawak ini terletaknya batu yang berbentuk tengkorak manusia.

jalan ke tasik biawak
3:14 pm - Jalan dari lapangan golf menuju ke Tasik Biawak

tasik biawak pulau besar
3:18 pm - Dari jauh, Tasik Biawak kelihatan seperti kawasan tanah rendah yang berpasir

tasik biawak pulau beasr


tasik biawak pulau besar

Semasa kami tiba di sini, air tasik hampir kering. Airnya kelihatan berselut dan berlumut hijau. Tasik ini tidak nampak seperti sebuah tasik pada pandangan aku. Biawak komodo yang dikatakan banyak berkeliaran di sini juga langsung tidak kelihatan. Kehadiran pengunjung yang ramai dikatakan salah satu faktor biawak ini mencari tempat tinggal yang baru.  

Batu Tengkorak


batu tengkorak di tasik biawak
Batu besar di tengah tasik ini dikatakan seolah berbentuk tengkorak manusia

batu tengkorak di tasik biawak
Dari posisi aku sekarang ini, batu ini hanyalah seperti bongkah batu biasa sahaja

batu tengkorak di pulau besar
Aku perlu membuat satu pusingan untuk mendapatkan angle "tengkorak manusia"

batu tengkorak di pulau besar
OK ... tu dia. Ada tak rupa seperti tengkorak manusia?

batu tengkorak
Kata Abg Jamal, ada 2 wajah tengkorak di situ - satu lelaki dan satu perempuan - yang lelaki sedang memandang yang perempuan. Malangnya, imaginasi aku tidak cukup kuat untuk membayangkannya ...

Apa istimewanya Batu Tengkorak ini?
Batu ini terletak di kawasan Pandanusa Golf Club dan berhampiran dengan pantai. Jika dilihat dengan teliti, batu ini seakan-akan menyerupai tengkorak manusia dan terdapat kesan belahan empat segi yang dipercayai telah dibelah oleh orang dahulu kala untuk mendapatkan harta karun di dalamnya. Namun usaha mereka gagal dan mereka menampal semula batu tersebut.

Batu ini juga pernah dirancang untuk diletupkan tetapi usaha itu hanyalah sia-sia sahaja kerana batu itu sedikitpun tidak terbuka. Sehingga kini, sesiapa sahaja yang bukan muhrim dilarang sama sekali ketika waktu senja duduk berdua-duaan di kawasan ini.

Sumber: Wikipedia

Entahlah, aku sebenarnya gagal melihat keistimewaan yang ada pada batu ini. Aku lebih tertarik pada sekumpulan orang berbangsa India yang melalui kawasan tasik tersebut. Ada 5 orang semuanya ~ 2 lelaki dan 3 wanita ~ di mana ketiga-tiga wanita tersebut berpakaian kuning berselempang seperti sami. Kata Abg Jamal, mereka ini telah menjalani ritual untuk bergelar sami. Emm ... kenapa pelik aje aku tengok mereka ni ...? 

Dari Tasik Biawak, kami menuju ke arah kawasan hutan. Dahan-dahan pokok yang berselirat dari kiri dan kanan pokok seolah-olah membentuk pintu gerbang ke kawasan hutan menuju ke Batu Belah. "Inilah pintu masuk ke batu belah," kata Abg Jamal.


ke batu belah
3:24 pm - Kami bergerak menuju ke Batu Belah

jalan menuju batu belah

Pokok Hujan


pokok hujan di pulau besar

pokok hujan pulau besar
Inilah Pokok Hujan. Kamera telefon bimbit aku tidak boleh mendapatkan gambaran keseluruhan pokok ini kerana jarak yang terbatas.

pokok yang menitiskan air hujan
Close up pada batang pokok. Aku tak pasti samada pokok ini memang sebenarnya dipanggil Pokok Hujan atau dinamakan begitu kerana pokok ini mengeluarkan air hujan.

kawasan hujan
Inilah kawasan hujan ...

Pokok Kemenyan


pokok kemenyan
3:35 pm - Tidak berapa jauh dari Pokok Hujan, kami bertemu pula dengan Pokok Kemenyan.

pokok kemenyan
Abg Jamal mengikis getah yang terdapat di batang pokok ini untuk menunjukkan pada kami kemenyan yang terhasil. 

colok di pangkal pokok kemenyan
Di pangkal Pokok Kemenyan ini terdapat colok-colok yang telah dibakar

pokok kemenyan
Getah ini apabila dibakar, menghasilkan bau kemenyan yang lembut

pokok kemenyan
Close up pada pokok

pokok kemenyan
Lagi close up ...

pokok kemenyan
Pokok Kemenyan ini dikatakan hanya ada sebatang sahaja di Pulau Besar

batang pokok kemenyan

Pokok Kemenyan dikenali sebagai Benzoin Resin dalam bahasa Inggeris. Kemenyan adalah sejenis getah yang dihasilkan oleh pohon kemenyan (Styrax Spp). Pokok Kemenyan berdaun tunggal, tersusun spiral dan ujungnya meruncing. Buah Kemenyan berbentuk bulat dan lonjong (agak gepeng) dan di dalamnya terdapat biji berwarna coklat. Tempat tumbuh tanaman Kemenyan bervariasi, mulai dari dataran rendah sampai dataran tinggi, iaitu pada ketinggian tempat 60 - 2100 m dari permukaan laut (dpl).


Styrax Benzoin Dryand
Pokok Kemenyan merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya ialah Styrax Benzoin Dryand.

nama botani Styrax Benzoin Dryand


pangkal pokok kemenyan
3:38 pm - Macam-macam rupa yang terlihat di sini

pokok kemenyan pulau besar
3:39 pm - Selepas beberapa langkah kami meninggalkan Pokok Kemenyan, aku berpaling ke belakang kerana merasakan seperti ada pergerakan di situ. Aku cuba rakam dengan kamera handphone, manalah tahu kamera ini boleh merakamkan sesuatu ....

Batu Belah

Jauh lagi perjalanan kami ke Batu Belah rupanya. Kami telah kepenatan serta kehausan. Satu bekal air pun tidak dibawa. Abg Jamal kelihatan mengutip beberapa botol-botol kosong. Dia nak buat apa agaknya tu ye ...?


pulau besar
3:40 pm - Perjalanan diteruskan

laluan ke batu belah
3:42 pm - Laluan untuk ke Batu Belah semakin mencabar

Nampak tak rel-rel besi di sebelah kiri? Menurut Abg Jamal, rel besi itu dibina oleh seorang berbangsa Cina yang sering datang ke Batu Belah untuk meminta nombor ekor. Walaupun beliau sudah agak berumur, beliau masih sanggup mendaki batu-batu besar dan berpaut pada akar-akar pokok untuk sampai ke Batu Belah. Dengan izin Allah, suatu hari beliau telah berjaya memenangi nombor ekor dan dengan wang yang dimenanginya, beliau telah membina rel besi tersebut untuk memudahkan perjalanan beliau ke Batu Belah.

Aku tidak berpeluang untuk mengambil gambar-gambar pendakian kami ke Batu Belah. Melihatkan laluan berbatu-batu serta kawasan cerun yang terpaksa kami tempuh selepas melepasi rel-rel besi tersebut, aku terus menyimpan kamera phone di dalam beg galas. Aku memerlukan ke dua-dua tangan untuk berpaut pada dahan-dahan dan akar-akak pokok di ketika ini .... 

Akhirnya, kami tiba di puncak bukit di mana terletaknya Batu Belah.


batu belah di pulau besar
3:43 pm - Batu Belah

Sedikit info tentang batu belah yang disunting dari Wikipedia.

Sebuah batu besar setinggi 3 meter dan mempunyai rekahan di tengah-tengahnya selebar lebih kurang 35 cm dengan kedalaman sejauh 1.5 meter adalah hasil belahan Panglima Lidah Hitam.

Ratusan tahun dahulu, sekumpulan pendekar dan pahlawan menunjukkan kehebatan ilmu masing-masing. Ada yang membelah dan menebang pokok besar dengan sekali cantas dan ada yang membelah bukit dengan sekali imbas dan bermacam-macam lagi. Sehingga pada suatu waktu seorang panglima yang dikenali sebagai Panglima Lidah Hitam merasa tercabar dengan kekuatan kawan-kawannya itu. Beliau menghampiri batu besar tersebut dan menjelirkan lidahnya yang hitam itu lalu membelah batu tersebut.

Masyarakat kini datang ke tempat tersebut dengan membawa pelbagai hajat. Mereka akan masuk ke dalam batu tersebut dengan melalui bahu sebelah kiri dan berjalan secara mengiring kemudian apabila sampai di penghujung rekahan capailah dengan tangan kanan.


batu belah pulau besar
Nombor-nombor yang tertulis di Batu Belah ini menarik perhatian aku. Bermacam-macam cara dilakukan oleh peminat tegar nombor ekor ini rupanya ye.

batu belah pulau besar
Abg Jamal sedang melaungkan azan di sini. Katanya, untuk membersihkan aura di sekeliling tempat ini yang telah dicemari dengan berbagai-bagai amalan khurafat.

batu belah pulau besar
Di hujung belahan batu ini juga ada diletakkan colok-colok

batu belah pulau besar
Bagaimana agaknya belahan seperti ini boleh terjadi?

batu belah pulau besar
Colok-colok dibakar merata-rata di hadapan Batu Belah. Baunya menyesakkan hidung dan asapnya memedihkan mata.  Pening kepala aku dibuatnya ...

batu belah pulau besar
Ada yang cuba masuk ke dalam

puncak tertinggi pulau besar
Batu Belah terletak di puncak tertinggi Pulau Besar

Di sini, aku nak berkongsi info tentang Pulau Besar yang aku perolehi dari Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

Pada puncak tertinggi pulau ini terdapat satu bongkah batu besar yang terbelah di bahagian tengah. Ia dinamakan “Batu Belah” dan merupakan destinasi kegemaran untuk penziarah tempatan. Pulau ini dianggap suci oleh penduduk tempatan. Pengunjung dinasihatkan untuk menahan diri daripada memakan daging khinzir pada malam sebelum lawatan dan sepanjang masa mereka berada di sana. Mereka juga mestilah berkelakuan terbaik semasa di pulau itu. Pelawat boleh menaiki motobot di Pernu, Umbai untuk melawat pulau ini.

Samada pantang-larang ini merupakan satu mitos atau pun fakta, yang jelas ianya menuntut pengunjung-pengunjung agar tidak melakukan perkara-perkara yang boleh mencemarkan kesucian pulau ini. Adakah dengan membenarkan pengunjung-pengunjung melakukan sesuka hati seperti membakar colok-colok dan melakukan upacara pemujaan, tidak termasuk dalam pantang-larang berkelakuan baik ...?

Hampir 10 minit kami melihat dan meninjau kawasan di sekitar Batu Belah, kami meneruskan langkah menuruni batu-batu dan bukit untuk ke destinasi seterusnya ... Perkampungan Bunian.


Share this article :

8 comments:

  1. Puan CM,

    Banyak juga tempat-tempat menarik untuk dikunjungi ya.

    Apa pun saya rasa Kerajaan Negeri perlu buat sesuatu tentang banyaknya perkara pemujaan yang jelas amalan syirik. Ini kerana saya lihat sehinggakan pada pokok kemenyan, di batu belah pun orang-orang buat pemujaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pak Mail,

      Memang banyak tempat-tempat yang menarik di Pulau Besar ... yang penting, stamina kena kuat.

      Saya sependapat dengan Pak Mail, MAIM harus bertindak tegas dalam soal ini, bukan setakat meletakkan papantanda larangan sahaja.

      Delete
  2. Assalamualaikum...pn.CM...pda pndapt sy...myb ada sbb y MAIM xamek tndakan...wallahualam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam wbt tuan Asrul Anuar,

      Agak2 tuan, kenapa MAIM tak ambil tindakan ..?

      Delete
  3. Assalam.... saya baru nak.menjelahi secara nyata fizikal ke pulau ini..... saya tau ada sesuatu yg menarik hati.saya kesini... InsyaAllah akan kujalankan amanah dan tanggungjawabku apabila tiba aku kesini.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Putera Panji Alam Syeikh Khidir Nur,

      Alhamdulillah ... pastinya ada sesuatu yg menarik di situ. Moga perjalanan tuan ke sana dipermudahkan, insya Allah ...

      Delete
  4. zYUK JOIN BERSAMA AGEN BANDAR JUDI ONLINE TERBESAR
    WWW.ZOYA99.COM RAIH JUTAAN RUPIAH SELAMA BERMAIN DISINI
    BANYAK KEUNTUNGAN YANG TIDAK DI MILIKI SITUS LAIn
    * PROSES DEPO/WD YANG SUPER CEPAT
    * MINIMAL DEPO/WD Rp.20.000
    * 7 PERMAINAN HANYA MENGGUNAKAN 1USERID SAJA
    * PELAYANAN CS YANG SANGAT BERPENGALAMAN
    * BONUS ROLINGAN
    * BONUS REFERALL
    UNTUK INFO LEBIH LENGKAP SILAHAKAN HUBUNGIN CS KAMI
    • Pin BBM D8B82A86
    • Pin BBM 2BE5BC31
    • Line : zoya_qq
    • WA : +85515370075

    ReplyDelete
  5. YUK JOIN DAN MAINKAN POKER DAN DOMINO ONLINE BERSAMA ZOYA99.COM
    DAPATKAN EXTRA BONUS SELAMA BERMAIN DISINI
    * BONUS ROLINGAN
    * BONUS REFERALL
    DAN RASAKAN PELAYANAN CS YANG SANGAT BERPENGALAMAN HANYA DISINI
    UNTUK INFO LEBIH JELAS, SILAHKAN HUBUNGIN CS KAMI ONLINE 24JAM!!
    • Pin BBM D8B82A86
    •Pin BBM 2BE5BC31
    •Line : zoya_qq
    •WA : +85515370075accc

    ReplyDelete

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Bila Cindaku Menulis | Abjad Rumi Ke 13 | Mencari Identiti
Copyright © 2013. Bila Cindaku Menulis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger