Home » » Dia Semakin Tenat ...

Dia Semakin Tenat ...

Written By Cinta Menora on Monday, April 2, 2012 | 4/02/2012 01:19:00 PM

(i)
seingat aku ...
dia gadis ayu yang manja
putih mulus wajah tiada cela
senyum lirik bisa meruntun jiwa
rambut lurusnya panjang mengurai
gerak langkahnya lemah gemalai
siapa melihat pasti terpikat
dia harapan keluarga
di bahunya terletak tanggungjawab
yang cukup besar dan berat
untuk digalas ...

(ii)
dua minggu sebelumnya ...
kulitnya seperti terbakar
menggelembong dan menggelupas
dia dalam kesakitan yang amat sangat
rintihan dan ratapannya
meremukkan hati ibu yang malang
entah apalah sakit yang menimpa
sehingga tubuh kecil molek itu
tidak lagi mampu menanggung
ujian demi ujian dilakukan ke atasnya
sehingga masuk hari ke sembilan
baru dapat dikenalpasti penyakitnya
stevens-johnson syndrome ...
itu yang dikhabarkan para doktor
sebuah hospital swasta yang terkenal
ah, baguskah mereka ..?

(iii)
hari ke sepuluh ...
dia dimasukkan ke unit rawatan rapi
keadaannya tidak stabil
dia kritikal
darah putihnya semakin kurang
sistem ketahanannya semakin lemah
lapisan kulit luarnya sudah dikikis
seluruh tubuhnya kini berwarna merah
seolah-olah terbakar dan melecur
leher kirinya ditebuk
wayar-wayar penuh di tubuh
di kaki, di pinggang, di tangan
di mulut masuk ke hidung
ya Tuhan, selamatkan dia ...
rintihannya tidak lagi kedengaran
hanya airmata kelihatan
mengalir jatuh ke sisi telinga
malam itu juga
dia dipindahkan ke hospital KL
keadaannya semakin tenat
semangatnya semakin hilang
Ya Allah, hanya Kau yang tahu
betapa tersiksanya dia
betapa tubuh itu tidak mampu
menahan kesakitan lagi

(iv)
semalam ...
wajah ayunya tidak lagi ku ingat
di hadapanku kini
satu rupa yang ngeri
tidak sanggup ditatap
hanya ratapan dan tangisan
mengiringi pengunjung yang hadir
berserta doa dan bacaan yaasin
dibacakan di telinganya
Tuhan ... selamatkan dia
Tuhan ... ringankan bebannya
Tuhan ... kurangkan kesakitannya
hanya padaMu kami berserah
hanya Kau yang tahu
apa yang terbaik untuknya ...
ibunya yang semakin menderita
menangis saban hari
mengenangkan nasib anaknya
kami redha, ya Allah ...
padaMu kami serahkan segala urusan
ampunkan dosa-dosanya
selamatkanlah dia ...

(v)
hari ini ...
hari ke tigabelas
dia masih meneruskan perjuangan
untuk meneruskan hidup
walau dirinya semakin lemah
dia semakin tenat ...
mampukah dia bertahan ..?
wahai Zuhana Wanis Rosli sabarlah sayang
Allah sedang menduga anakanda ...

MIB - 020412

Share this article :

36 comments:

  1. Ya Allah....semoga hamba mu itu cepat sembuh...hanya KAU yang tahu apa yang terbaik buat dirinya....

    ReplyDelete
  2. moga keredhaan beserta dia , selari dgn ujian yg diberiNya

    ReplyDelete
  3. Masya Allah. Sedih saya membacanya. Terasa insaf dlm diri ini. Semoga Allah yg Maha Penyembuh menyembuhkannya, meringankan beban yg ditanggungnya dan merahmatinya. Ameen 3x ya Robbal 'Alameen.
    Siapa gadis ayu ini dengan Kak Maz?

    ReplyDelete
  4. anak saudara belah hubby, mai ... baru 3 tahun bekerja selepas habis belajar ... dia lah seorg harapan ibunya. ayah tirinya baru meninggal dunia bulan february baru ni. malang betul nasib ibunya ....

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah memberikan dia kekuatan dan menentukan yang terbaik buatnya. Semoga Allah memberi belas dan kesembuhan baginya. Semoga Allah redha dengannya. amin

    ReplyDelete
  6. Ya Allah, semoga Zuhaya diberi kesembuhan..Amiinn...
    Semoga Ibunda Zuhaya diberi kekuatan dan kesabaran...

    ReplyDelete
  7. ameen ... ameen ya Rabb ... terimakasih doanya, sal ...

    ReplyDelete
  8. ya ima ... kami khuatirkan ibunya ... baru kematian suami, anak pula jadi begini ... ameen untuk doanya, ima ...

    ReplyDelete
  9. kasihan sungguh... semoga ibunya dan 'gadis ayu' terus tabah... insya Allah, doa akan terus dipanjatkan buat mereka..

    ReplyDelete
  10. harapnya begitu juga, mai ... tapi baru dapat latest news ni, doktor kata survival rate dia is 50-50. we will keep on praying ...

    ReplyDelete
  11. baru ni terima berita ... darah mula keluar dari mulutnya ... kami terpaksa redha, dia mungkin tidak dapat diselamatkan ...

    ya Allah, sempurnakan dia dgn sebaik2 dan selembut2nya ...

    ReplyDelete
  12. Ameen!
    Ya Allah! Tak dpt Mai bayangkan betapa pilu hati ibunya. :(
    Thanks for the update kak.
    Dugaan Allah utk mereka...

    ReplyDelete
  13. subhanallah ... apa yg dapat di baca disini Maz adalah symptom2 . pasti ada penjelasan saintifik yg boleh di berikan oleh doktor yg merawatnya . kenapa tetiba sistem tubuhnya seolah-olah " breaking down " ..

    ReplyDelete
  14. itu lah mai ... sebak hati bila tengok dia ... tak tahu apa yg sebenarnya ada dlm hati dia di saat ini ...

    ReplyDelete
  15. buat masa ini, doktor cuma suspect dia makan salah ubat ... doktor dah minta senarai semua ubat2 yg diberi padanya semasa dia mula sakit. masa dia di hospital, ada juga dipanggil ustaz2 ... ada yg dtg dari darul syifa' ... dan biasalah, semuanya kata perkara yg sama ... dia dibuat orang. entahlah razak, sukar saya nak terima ...

    ReplyDelete
  16. mungkin juga berkait dgn " minaljinnatiwannaas "..

    ReplyDelete
  17. Moga diberi kekuatan dariNya kepada sis Maz dan keluarga anak saudara
    sis Maz.

    ReplyDelete
  18. baru balik dari hkl sebab nak ambil anak dan nak pergi balik ke hkl lepas isya' ni ... keadaannya semakin lemah, darah sentiasa keluar dari mulut dan dari liang2 roma di wajahnya. kesan2 darah juga kelihatan dari matanya. dia very unstable sekarang. tubuhnya dah tak bertindakbalas dgn ubat. kami hanya mampu berdoa ...

    sis di : thank you so much.
    razak : saya lebih melihat pada logical explanation dlm kes ini. saya rasa dia allergy to certain medication dan ini menyebabkan infection sehingga ke internal organ.
    kanda mpa : saya sakit gigi pulak ni ... huhu

    ReplyDelete
  19. dgn confident nya pokok jawab .. ' angin yg goncang ' ..

    ReplyDelete
  20. baru dapat berita ... organ dalamannya dah rosak kecuali jantung masih bertahan tapi terlalu lemah. darah semakin cair. semalam darahnya dicuci dan diganti dgn darah baru tapi hari ini, darahnya keracunan semula ...

    ReplyDelete
  21. dia sudah pergi menemui Ilahi ... innalillaahiwainnailaihirajiun ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Puan. Mohon bertanya adakah arwah Zuhana Wanis yang pernah belajar di UITM Arau sekitar tahun 2002-2005?

      Delete
  22. Innalillahiwainnailaihiroojiuuun ... dariNya dia datang dan padaNya dia kembali ..

    ReplyDelete
  23. Takziah buat kak maz dan keluarga Allahyarhamha zuhana... :( Semoga dosa2 nya telah terhapus dgn penderitaannya selama ini dan semoga Allah menghimpunkannya bersama2 org2 yg beriman dan soleh. Ameen. Alfateha.
    Ibu Allahyarhamha ada anak2 lain ke, kak? Kasihan dia baru kehilangan suami, anak pula dijemput Illahi...

    ReplyDelete
  24. ameen utk doanya, mai ... arwah berenam beradik kesemuanya dan arwah seorg setakat ini yg menjadi harapan ibunya. mudah2an ibunya redha ...

    terimakasih pd semua yg turut menyedekahkan alfatihah utk arwah. moga doa kalian menjadi teman arwah di alam sana, insya'allah ...

    ReplyDelete

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Bila Cindaku Menulis | Abjad Rumi Ke 13 | Mencari Identiti
Copyright © 2013. Bila Cindaku Menulis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger