Home » , » Generasi Aji bin Budin

Generasi Aji bin Budin

Written By Cinta Menora on Tuesday, August 2, 2011 | 8/02/2011 11:41:00 AM

Dari blog Multiply ...

keturunan tok aji bin budin

Bukan senang hendak menghimpunkan satu keluarga yang besar di bawah generasi keturunan Aji bin Budin. Kami mengambil masa berbulan-bulan lamanya untuk menjayakannya. Alhamdulillah ... pada 28 November 2009, perjumpaan besar ini telah selamat diadakan di rumah bapa saudara aku, Dato' Hj Long Said, bekas Exco Melaka, di Masjid Tanah, Melaka. TV3 merakamkan detik-detik perjumpaan tersebut ....


Generasi ini dari keturunan sebelah ayah. Aji bin Budin dikhabarkan orang Bugis yang datang dari tanah Acheh. Aku keturunan ke empat generasi ini. Semasa perhimpunan tersebut, yang dapat dikumpulkan adalah daripada generasi ke dua hinggalah generasi ke tujuh. Kalau dikirakan, aku ni dah pangkat moyang! Eishh ... dah tua rupanya aku ni. Isteri Aji bin Budin, Esah bt Bakar, tidak pula diketahui asal-usulnya ...



Ini belah ayah aku, kalau belah emak aku ... hehehe ... payah nak cari sebab arwah moyang aku dulu kahwin banyak ... arwah atuk aku pun sama gak. Dan yang aku tahu, arwah moyang ni punya bapak pun kahwin banyak. Ini lah masalahnya bila orang dulu-dulu kahwin ramai dan tidak diketahui di mana mereka berada ... dan generasi sekarang ni pulak, langsung tak berminat nak ambil tahu asal-usul keturunan. Masalahnya ... nak cari kat mana ... nak tanya pada orang tua-tua, semua pun dah takde lagi. Mak aku pun tak tahu sangat tentang asal-usul keturunan dia, jadi aku pun tak tahu kat mana nak mula. Yang aku tahu, kalau ikut belah mak aku, aku ni suku Semelenggang, dari keturunan Naning. Orang Nogori lak aku ni. Waima apa pun keturunan aku, aku tetap anak Melaka ....


Share this article :

5 comments:

  1. 4 gambar salasiah tu..contoh cut and paste yang terbaik..

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa untuk puan pemilik blog dan saudara den cdo. Semuga kalian semua diberkati dan dirahmati Allah swt hendaknya.

    ReplyDelete
  3. den cdo,
    kalau kita dah satu suku, nampak eaa kita tak boleh kahwin ... hahaha

    pak mail,
    terima kasih byk2 atas ucapan dan doa. selamat berpuasa juga buat pak mail sekeluarga dan selamat menjalani ibadah di bulan yg mulia ini. semoga ramadhan kali ini akan lebih bermakna dan membawa seribu berkat, insyaallah ...

    ReplyDelete
  4. so..?
    macamanaa pulak wa...

    kita bukan satu suku....hehe.....hehe.

    ReplyDelete

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Bila Cindaku Menulis | Abjad Rumi Ke 13 | Mencari Identiti
Copyright © 2013. Bila Cindaku Menulis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger