Home » , » SIAPA KUAT MEMBEBEL?

SIAPA KUAT MEMBEBEL?

Written By Cinta Menora on Friday, July 5, 2013 | 7/05/2013 07:16:00 PM

Betul ke orang perempuan kuat membebel ...? Cuba tengok video kat bawah ni.


video


Selalu kita dengar orang kata yang orang perempuan kuat membebel. Tapi kalau kita tengok balik video kat atas ni, baru kita tahu kenapa orang perempuan suka membebel. Cuba tengok lagi sekali ......

Kannn? Orang perempuan sebenarnya tak suka nak membebel tapi kalau orang lelaki dah tak reti-reti nak faham apa yang cuba diperkatakan oleh orang perempuan, tahan ajelah telinga bila orang perempuan dah mula membebel. Jadi kalau tak nak dengar bebelan orang perempuan, jangan cari sebab untuk orang perempuan mula membebel.

Betul tak apa yang aku tulis ni? Penat aje baby perempuan tu bercakap dengan ayah dia ... ayah dia dok gelak aje, langsung tak cuba nak faham apa yang diperkatakan oleh anak dia tu. Mulalah anak perempuan dia membebel. Lain kali kalau tak faham pun, cuba-cubalah buat faham .... Faham tak apa yang aku bebelkan ni? Kalau tak faham pun, buat-buat faham aje lah.

Pesanan ikhlas khidmat masyarakat ini dibawakan kepada anda oleh Cinta Menora untuk blog Bila Cindaku Menulis ...

Aku sebenarnya hari ni asyik dengar orang membebel aje sampai naik sesak rasanya dada aku menahan stress. Aku cuba tutup telinga tapi suara bebelan tu masih jelas kedengaran. Aku tutup pintu bilik, pun suara itu masih kedengaran. Adusss ... aku tak boleh fokus dengan kerja aku ..!!

Aku belum ada mood untuk upload gambar-gambar penjelajahan aku di Pulau Besar. Nantilah ye ... (mood boring giler ....)

Share this article :

6 comments:

  1. hahahhahaha..mendalam makd\sud akak ni.ehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tak dalam mana pun, sue ...
      memang hari tu tension betul bila dengar suara orang membebel, suara punyalah kuat, tutup pintu pun masih boleh dengar butir2 bebelannya ...

      Delete
    2. Orang perempuan sebenarnya tak suka nak membebel tapi kalau orang lelaki dah tak reti-reti nak faham apa yang cuba diperkatakan oleh orang perempuan, tahan ajelah telinga bila orang perempuan dah mula membebel. Jadi kalau tak nak dengar bebelan orang perempuan, jangan cari sebab untuk orang perempuan mula membebel.

      suka tang part ni kak...sapa la yg suka membebel n dengaq org membebel betoi dak?

      Delete
    3. betoi bebeno tu, sue ... kita yg perempuan pun tak suka dengaq orang membebel, kan ... dan kita sendiri pun bukan suka nak membebel. depa ni ingat senang ka kita nak membebel, terpaksa perah idea supaya kita boleh terus bercakap tak henti2 ... hahaha

      Delete
    4. hahahha..tingat mak saya..dia membebel..tiba2 stop sat.cam pkiaq nak cakap apa plak...pastu sambung balik.hahahaha

      Delete
    5. tu lah pasal sue ... orang yang suka membebel ni asalnya dari pemidato-pemidato terbaik ... kakakaka

      Delete

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Bila Cindaku Menulis | Abjad Rumi Ke 13 | Mencari Identiti
Copyright © 2013. Bila Cindaku Menulis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger