Home » » Koleksi Kayu, Besi Dan Batu

Koleksi Kayu, Besi Dan Batu

Written By Cinta Menora on Sunday, August 5, 2012 | 8/05/2012 05:12:00 PM

Aku ke rumah abang ipar sebelah suami ku di Muar semalam, ada urusan permaharan sebilah tombak dan juga untuk mengambil keris yang telah dijanjikan. Kedatangan kami ke rumahnya disambut oleh kicauan 3 ekor burung merbuk di dalam 3 buah sangkar yang saling bersahut-sahutan antara satu sama lain. Entah apa yang disebut, aku kurang pasti ... burung pertama berbunyi "tetokok"? dan disahut oleh burung ke dua dengan "sergedang"?. Sekali-sekala kedengaran burung ke tiga berbunyi "nyai soko"? Lupa pula aku untuk menanyakan abang ipar ku tentang burung-burung yang ada di rumahnya. Apa yang aku tahu, seekor daripada burung-burung tersebut telah ditukarkan dengan motornya ... Ish! Orang gila burung, apa pun sanggup dilakukan.

Seperti biasa, perbualan kami berkisar tentang bab perkerisian dan cerita-cerita mistik. Dan kali ini, abang ipar ku menunjukkan pula koleksi kayu-kayu yang ada dalam simpanannya, termasuklah juga koleksi-koleksi batu dan besi dan juga koleksi duit syiling Yaasin yang penuh dalam album. Ada yang diperolehi secara langsung, ada yang diberi orang, ada yang ditukar secara barter dan ada juga yang diperolehi secara mistik.

Aku paparkan di bawah ini beberapa koleksi-koleksi kayu, rotan dan buluh dan beberapa koleksi barang-barang mistik yang menurut ipar ku, ingin dijual sekiranya ada yang berminat.


KAYU KEMUNING HITAM
KAYU KEMUNING HITAM
KAYU CENDERAWASIH
KAYU CENDERAWASIH
KAYU PINANG PUTRI
KAYU PINANG PUTRI
KAYU IBUL
KAYU IBUL
KAYU SENDUDUK PUTIH
KAYU SENDUDUK PUTIH
KAYU KEMUNING
KAYU KEMUNING
KAYU LARAK SALAH
KAYU LARAK SALAH
ROTAN SONGSANG
ROTAN SONGSANG
KAYU KEMUNING EMAS
KAYU KEMUNING EMAS
KAYU BUJANG GALAK
KAYU BUJANG GALAK
KAYU NIBUNG TUNGGAL
KAYU NIBUNG TUNGGAL
BULUH BUNTING
BULUH BUNTING
BULUH TUMPAT
BULUH TUMPAT
BATU MARJAN
BATU MARJAN
TUNGGAL ARUS PUTIH/AKAR BAHAR PUTIH
TUNGGAL ARUS PUTIH/AKAR BAHAR PUTIH
ISI KELAPA JADI BATU
CEREK TEMBAGA LAMA
KAYU TEMBUS - KAYU GAHARU & KAYU TAS
KAYU TEMBUS - KAYU GAHARU & KAYU TAS
KAYU TEMBUS - KAYU GAHARU & KAYU TAS
POKOK API-API DI POHON BULUH
POKOK API-API DI POHON BULUH
ROTAN TEMU RUAS
ROTAN TEMU RUAS
BULUH TEMU RUAS
BULUH TEMU RUAS
KAYU PELANGI
KAYU PELANGI
KELAPA TEBUK TUPAI
KERIS PATAH - JALAK SI ULAR LIDI
KERIS PATAH - JALAK SI ULAR LIDI
MOJO SUTRO, PAKU ALAM, METEOR & BUIH BESI
CINCIN KAYU JADI BATU
TULANG GAJAH - RANTAI SITI HANZAR/GEMBALA GAJAH
TULANG GAJAH - RANTAI SITI HANZAR/GEMBALA GAJAH
TASBIH KEMUNING HITAM
TASBIH BUJANG GALAK
TASBIH BATU PUTIH/CAT EYES
KAYU BUNTING, ROTAN BUNTING, BULUH BUNTING
KAYU BUNTING
KAYU BUNTING
CINCIN BATU MANI GAJAH
SYILING LAMA/SYILING RAMA-RAMA
GADING GAJAH

Penat juga rasanya mengambil gambar koleksi-koleksi di atas. Ada juga gambar yang tidak dibenarkan untuk di upload. Dan seperti biasa juga, suami ku akan tertidur mendengarkan perbualan kami. Bosan agaknya dia ... hehehe. Selesai mengambil gambar, suami ku terjaga dan minta diurut oleh anak lelaki abang ipar ini. Sambil memerhatikan suamiku diurut, aku mengambil kesempatan untuk belajar cara-cara mengurut serta kaedah-kaedah mengurut yang betul. Manalah tahu bila pencen nanti, boleh juga aku buat side income dengan mengurut ... hahaha. Agaknya, siapa lah yang akan jadi pelanggan pertama aku ... hmmm .....

Share this article :

31 comments:

  1. @Suraya Noortakde apa cerita mistik di sebaliknya, suraya ... ia cuma kelapa yang telah mengeras menjadi batu. ia mengeluarkan bunyi bila digoncang, mungkin dari buntat kelapa di dalamnya. kelapa ini dijumpai di pontian oleh seorang tua yg sekarang telah meninggal dunia. kata abg ipar, kelapa ini untuk penawar bisa. apa2 pun kita mesti sentiasa ingat, penyembuhan hanya datang dari Allah, manusia sekadar berikhtiar sahaja ...

    ReplyDelete
  2. @Cinta MenoraOh..tu la..sj nk tny coz tak pnh dgaq g..kelapa..ish..nyok org kedah panggil..hehehehehe....boleh no jd batu??

    ReplyDelete
  3. @Suraya Noor lama dah tak dengar perkataan nyok ni .. hehehe. kalau suraya tanya prof google, macam2 benda yg boleh bertukar jadi batu. orang pun ada (kata prof google lah) ... semua ini menunjukkan bukti kekuasaan Allah, kan ...

    ReplyDelete
  4. @Cinta Menorahehe..rasa pelik klu ckp kelapa..ehhe...ooo..taklak tingat kt mr.google utk carikan bahan2 bacaan.eheheheh....

    ReplyDelete
  5. @Suraya Noor sekadar bacaan dan kajian, bolehlah, suraya ... jangan diambil bulat2 dari prof tu ... hehehe

    ReplyDelete
  6. @Cinta Menorahehe..sy ni jnis yg tak mengoogle ni kecuali bila da kena mena ngn keja.tu pun klu tak paham n perlukan info lebih lg..klu tak,mmg takla guna google kecuali chat.ahhaha....

    ReplyDelete
  7. '' Agaknya, siapa lah yang akan jadi pelanggan pertama aku ... hmmm ..... ''


    hah?...... he he...ngeeeeeee....

    ReplyDelete
  8. Agak2 ada jin tak di dalam cerek tembaga lama itu.

    ReplyDelete
  9. Dah lama saya cari pokok yg menompang dipohon buloh, sampai hari ni tak jumpa, kalau jual pun paling murah pun sepuluh ribu, dapat gambar pun jadi lah.

    ReplyDelete
  10. @theolrascal awat nyer, OR? takde tokoh ke? wa pandai urut tau ... cer tanya pakwe wa ...

    ReplyDelete
  11. @PakMail waaa ... saya tak cuba gosok pulak, Pak Mail ... nanti balik Muar, saya cuba ye. kalau keluar jin perempuan, Pak Mail nak ke? ngeee

    ReplyDelete
  12. @mimynajwaa aduss ... tak kan begitu sekali harganya. abang ipar ni pun tak letak harga, katanya kalau dia dapat beli motor untuk gantikan balik motor yg telah ditebus dulu, dia dah OK.

    ReplyDelete
  13. Apakah nilai untuk tongkat kayu cenderawasih dan khasiatnya??

    ReplyDelete
  14. Berapakah nilai untuk gading gajah dan ori tak??

    ReplyDelete
  15. @Anonymoussalam anon,
    tongkat kayu cenderawasih itu tidak dijual. katanya dapat dari "alam sana". datangnya memang sudah siap diukir sebegitu rupa. tidak juga diketahui jenis kayunya. dinamakan cenderawasih bersempena bentuk burung cenderawasih serta bau kayu tersebut yang agak wangi ... wallahu'alam

    ReplyDelete
  16. @Anonymousanon,
    nanti saya cuba tanyakan abang ipar saya tentang nilai gading gajah. boleh beri saya email address, nanti saya inbox harga. terimakasih.

    ReplyDelete
  17. Diminta sertai harga untuk kayu kemuning hitam dan kayu senduduk putih dan juga cicin batu mani gajah. Tkasih.

    Email: syck6864@gmail.com

    ReplyDelete
  18. wah ... saudara bijak menilai!! barang2 yg ditanyakan semuanya punya keistimewaan tersendiri. malangnya saya diberitahu, kebanyakan barangnya telah pun diambil orang dari Singapura. saya akan inbox saudara barang yang masih ada dalam simpanan. terimakasih.

    p/s: abg ipar saya kirim salam pada saudara.

    ReplyDelete
  19. @Anonymousoh ye, gambar yg ada di sebelah kiri gading gajah, adalah tulang duyung. Yang itu masih ada kalau saudara berminat ...

    ReplyDelete
  20. saye nak menompang iklan ye...
    saye ade punye cicak ekornya cabang 2. nak dijual kalo berminat sile hub. 085376040953

    ReplyDelete
  21. Yg kelapa tu ada lg?dia sebijik kelapa ke?berapa maharnya ya?emailkan ke sy vulgaris.amore@gmail.com

    ReplyDelete
  22. tongkat cenderwasih tu ada lg tak' kalo mahu jual berapa mahar nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam tuan mohd hairul,

      tongkat kayu cenderawasih itu tidak dijual. tapi kalau sekadar ingin melihat2 dan jika kebetulan ada di muar, blh inbox saya untuk nombor telefon abang ipar saya tu ....

      Delete
  23. Salam,

    Apakah khasiat kayu Pinang Putri?

    ReplyDelete
  24. Assalam...just bertya...buluh songsang ada x?
    Pm..0174098167
    Eikojia_sahabat@yahoo.com

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. Macamana nak beli ya tuan..saya minat dgn rotan songsang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Asyraf Mohamad boleh email saya di cinta605@gmail.com

      Delete

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Bila Cindaku Menulis | Abjad Rumi Ke 13 | Mencari Identiti
Copyright © 2013. Bila Cindaku Menulis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger