Home » , , » Pokok Cenuai Buat Minyak Pengasih

Pokok Cenuai Buat Minyak Pengasih

Written By Cinta Menora on Saturday, January 9, 2010 | 1/09/2010 11:59:00 PM

Pernah dengar pokok cenuai yang dijadikan minyak pengasih? Sebotol kecil dijual beratus-ratus ringgit. Pokok cenuai saya temui semasa saya bercuti di Pulau Besar Melaka bersama keluarga pada tahun 2008.




Pokoknya tumbuh di celah batu besar yang terletak di tengah laut. Jika dilihat dari jauh, pokok tersebut kelihatan seperti seseorang sedang duduk bertahiyat.



Mungkin rezeki kami semasa di sana, kebetulan air laut surut begitu jauh dan kami cuma berjalan kaki sambil berpijak pada batu-batu licin untuk sampai ke batu besar tersebut, bilamana orang-orang yang memang mencari pokok cenuai terpaksa menyewa bot untuk ke sana. Entah mengapa, saya langsung tidak terfikir untuk mengambil gambar pokok tersebut dari dekat. Perjalanan kami ke situ ditemani oleh seorang bekas guru silat yang kami panggil abg Din atau lebih dikenali dgn panggilan Din Komando. Kami sempat memetik beberapa tangkai daun tersebut sebelum diarahkan pulang oleh abg Din, takut dek kerana asyik memetik daunnya, tidak sedar air laut mulai pasang.

Saya paparkan gambar salah satu daripada beberapa helai daun cenuai yang masih ada dalam simpanan saya. Daunnya telah berubah warna dari hijau ke warna keemasan setelah lama disimpan.


Dan yang sedihnya, dalam perjalanan pulang, kami terjumpa seekor kura-kura? penyu?? yang telah mati, terdampar di situ, kemungkinan besar dilanggar bot. Kesiannya ....



 

Share this article :

24 comments:

  1. errr bukan guna akau cenuai ke buat myk pengasih ni?

    ReplyDelete
  2. '..helai daun cenuai yang masih ada dalam simpanan saya. Daunnya telah berubah warna dari hijau ke warna keemasan setelah lama disimpan..' baik bawa ke Poh Kong, ntah2 bernilai mcm emas juga?
    Ubat pengasih dr cenuai dihasilkan oleh org2 Asli tapi bunga cenuai yang tumbuh ditepi sungai. Kalau cenuai kat laut, tk tahulah pengasih ke atau lain2 kegunaan. Penyu mati tu, alahai...fikirlah sendiri..mungkin Dia nak tunjuk cara mana kita pergi esuk atau pun bermaksud, 'walaupun asyik bermain kat laut, matinya ke daratan juga...Cam tong drum aje badan penyu tu,,,Jangan fikir byk2 mengenai benda2 ini, mungkin tidak ada apa2 makna pun....Allahu Wa'alam.

    ReplyDelete
  3. lain benar pokoknya daripada apa yg saya tahu.

    ReplyDelete
  4. ini penyu, jenis belimbing rasanya, tak pun lipas, lipas kottt... tp kompom mmg penyu. :)

    ReplyDelete
  5. tak pasti pulak kita kaedah membuatnya. wah...!! kalau guna akar, camner nak dilestarikan, ye? habis pokok2 yg ada sejarah tersendiri, mati begitu sahaja.

    ReplyDelete
  6. hehehe...confirm ninja turtle. mungkin mati selepas berjuang ...

    ReplyDelete
  7. betul ke tuan syahir? kita tak ambil gambar close up pokoknya tapi sebenarnya, pokoknya besar bangat cuma tersembunyi di celah rekahan batu. gambar yg kita ambil tu, jaraknya terlalu jauh dr darat.

    ReplyDelete
  8. Yang setahu kita pokok cenuai tumbuh di tempay yang sejuk dan bukan ditengah2 laut..mungkin ini dr species laut kot?

    ReplyDelete
  9. hahaha .. penyu bunuh diri lepas dpt cenuai, kot ....
    ntahlah paduka megat, kita pun kurang pasti. org kata cenuai ... cenuai lah jadinya. yg kita tahu, ramai org2 pakistan/mamak yg menunggu kami balik ke darat dan berebut2 minta dahan2 cenuai yg kami bawa dan sudahnya, yg tinggal pd kami ... ciput!!!

    ReplyDelete
  10. minyak cenuai bukanke dari proses pembakaran? sesetengah jenis pokok, raja kayu misalnya, apabila dibakar, ianya menghasilkan minyak....

    ReplyDelete
  11. entahlah ... kita pun tak reti nak buat minyak2 ni. kalau pandai, dah jd saudagar minyak lah kita ni. pernah dengar pasal raja kayu ni ... kayu apa, ek?

    ReplyDelete
  12. raja kayu..... hui... panjang ceritenye kak.... tp bukan my favorite dalam list.... papepun, raja kayu, letak dalam air, tenggelam, besar ibu jari pun, tetap tenggelam, dibakar jadi minyak... maka dicampur dalam minyak tukang urut, habuknya di gosok pada kulit, akan meresap kedalam badan.... diguna bagi tujuan perubatan, terutama hal2 menyedut bisa...

    ReplyDelete
  13. ishh!! terer nya awak dlm bab2 kayu dan kegunaannya. pernah dengar pokok yg daunnya warna merah dan batangnya warna hitam tak? dengar kabar, byk di perak.

    ReplyDelete
  14. takder lah terer kak... sikit2 je mana yang saya tau. yang kat perak tu pokok apa kak? pokok sekelo agaknya... tak tau saya....

    ReplyDelete
  15. tapi mati terdampar camtu ... ishh na'uzubillah!!

    ReplyDelete
  16. itulah.. DIA nak suruh tgk, siapa punya angkara... dari situ hati kita tu timbul rasa sedih... sedih pun nikmat gak...

    ReplyDelete
  17. siapa lagi kalau bkn manusia punya angkara. sedih dtg dr rasa penyesalan tapi kita masih tidak belajar dr kesilapan ...

    ReplyDelete
  18. itu lah manusia, maka belajarlah menjadi insan...

    ReplyDelete

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Bila Cindaku Menulis | Abjad Rumi Ke 13 | Mencari Identiti
Copyright © 2013. Bila Cindaku Menulis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger