Home » » Lambaian Kaabah - Persediaan Umrah

Lambaian Kaabah - Persediaan Umrah

Written By Cinta Menora on Monday, February 10, 2014 | 2/10/2014 04:11:00 PM

Assalaamu'alaikum semua ...

Lama sungguh aku tak update blog, jenguk pun jarang ~ jarang. Nak kata sibuk, tidaklah jugak. Mungkin istilah "malas" lebih sesuai digunapakai ... hehehe. Oh ya, mungkin sudah agak terlambat untuk aku mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2014 tapi better late than never, kan ...?

Aku nak sambung kisah Pulau Besar tapi aku teringinlah sangat nak berkongsi pengalaman pertama kali aku menunaikan umrah. Dari awal tahun lepas aku telah merancang perjalanan ke tanah suci ini bersama-sama suami dan anak-anak, mak dan ayah serta adik-beradik aku ~ bermula dari cuti penggal pertama persekolahan lagi. Aku agak sibuk terutama di bulan Mac sehinggalah ke bulan sebelum raya dan tidak berkesempatan untuk meneliti pakej-pakej umrah yang ditawarkan agensi pelancongan, sehinggalah tersiarnya iklan dari Tiram Travel untuk umrah cuti sekolah bulan Disember. Tertarik dengan penginapan 5 bintang yang disediakan dan hanya 50 meter dari Masjidil Haram, adik perempuan aku yang tinggal di Melaka terus saja ke pejabat Tiram Travel di Melaka dan mendaftar untuk kami semua seramai 10 orang. Dan bermulalah kisah pengalaman kami mengerjakan umrah bersama Tiram Travel ...

Keratan promosi pakej umrah dari Tiram Travel 
Ini harga promosi yang ditawarkan untuk bulan Disember bermula dari RM5,690 seorang. Semasa kami mendaftar, harga pakej telah pun naik sehingga ke RM500 seorang bergantung pada tarikh yang dipilih serta pilihan bilik.

Kami memilih 14 Disember 2013 sebagai tarikh penerbangan kami dan membayar wang pendahuluan sebanyak RM300 seorang pada 6 September 2013. Aku lantas membuka satu group whatsapp "umrah" dengan adik-adik aku untuk memudahkan komunikasi sesama kami. Menerusi whatsapp dengan wakil Tiram di Melaka pada 20 September, kami diberikan nota dokumen-dokumen perjalanan yang perlu disediakan untuk permohonan visa dan harus diserahkan ke pejabat Tiram di Melaka berserta dengan bayaran penuh sebelum hujung bulan Oktober.

Dokumen yang perlu disediakan untuk permohonan visa
Nota panduan mahram

Berpandukan nota di atas, kami pun menyiapkan segala dokumen-dokumen yang diperlukan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan pada 23 Oktober, kami menyerahkan kesemua dokumen kami ke tangan wakil Tiram Travel di Melaka. Bayaran penuhnya pula kami serahkan pada 1 November 2013.

Pada mulanya, oleh kerana sibuk dengan pekerjaan masing-masing, perhatian kami lebih tertumpu pada kerja-kerja yang perlu kami selesaikan sebelum bercuti panjang. Di waktu lapang pula aku isi dengan membaca nota-nota umrah dari internet dan juga dari buku-buku panduan umrah yang aku beli secara online dari MPH. Pengalaman rakan-rakan juga aku catit dan buatkan nota. Tak lupa juga aku mengikuti rancangan TV "30 Minit Bersama Ustaz Don" yang kebetulan menyiarkan topik-topik tentang persediaan awal ke tanah suci. Oleh kerana aku akan pergi dengan suami dan anak-anak, aku belikan pula DVD siri panduan ibadat umrah untuk tontonan kami sekeluarga agar dapat kami bayangkan suasana yang akan kami tempoh semasa di sana nanti. Setiap kali menonton DVD umrah, setiap kali itu juga kami rasa cukup teruja dan tidak sabar-sabar untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah dan Madinah.

DVD Panduan Ibadat Umrah & Ziarah

Pada 27 Oktober 2013, Tiram Travel menganjurkan satu kursus umrah di Masjid Taman Kosas. Aku sekeluarga yang tinggal di Kuala Lumpur bersama-sama dengan adik perempuanku di Bangi telah mendaftarkan diri untuk mengikuti kursus tersebut. Kursus yang dijadualkan bermula pada jam 8 pagi hanya bermula pada jam 10 pagi untuk memberi laluan pada acara mingguan masjid kerana AJK masjid tidak dimaklumkan akan kursus umrah tersebut. Kursus yang diadakan selama hampir 2 jam tidaklah begitu detail, sekadar menyentuh perkara asas umrah seperti niat ihram, rukun umrah, larangan dalam ihram, talbiah, tawaf umrah, sa'ie, tahallul dan tertib umrah. Nasib baiklah aku telah terlebih dahulu membaca nota-nota umrah, jadi tidaklah terasa terlalu jahilnya diri aku ini. Soalan pertama yang diajukan oleh salah seorang peserta kursus adalah, "Betul ke hotel kami di Zam-Zam Tower?" Dijawab oleh ustaz penceramah, "Insya Allah ... jangan risau, pihak syarikat telahpun menempah bilik-bilik hotel di Zam-Zam Tower, cuma 50 ke 80 meter sahaja jarak ke Masjidil Haram. Di Madinah pula, insya Allah, kita akan tinggal di Hotel Mawaddah. Pihak syarikat juga sedang dalam proses untuk mendapatkan penerbangan terus ke Madinah ..." Aku tengok ramai yang berwajah lega, makcik-makcik dan pakcik-pakcik pula tersenyum gembira. Cuma aku yang nampak masih ragu-ragu lagi. Betul ke ni ...??

Antara bakal-bakal jemaah umrah yang hadir di Masjid Taman Kosas

Sebaik sahaja selesai kursus, wakil-wakil dari Tiram Travel memulakan promosi jualan simkad Mobily berharga RM25 sekeping. Aku dan adik aku adalah antara peserta-peserta kursus yang mengerumuni meja jualan simkad tersebut. Di perkarangan masjid pula dibuka booth-booth jualan barangan kelengkapan umrah ~ macam-macam ada, tak perlu lagi mencari di merata tempat. Antara barangan yang kami borong adalah stoking wudhu', kasut tawaf, sarung lengan, baju inner, lip balm dan set jagaan muka El-Hajj serta botol spray yang terbukti banyak kegunaannya.

Antara barang borongan kami

Kursus di Melaka pula diadakan pada 2 November 2013 di Masjid Ubudiyah, Ayer Keroh Heights. Giliran mak, ayah dan adik-adik aku yang tinggal di Melaka pula mengikuti kursus tersebut. Walaupun mak dan ayah telah beberapa kali menunaikan umrah, mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk menghadirkan diri. Kursus di Melaka bermula dari jam 8:30 pagi sehingga 12:30 tengahari. Kata mak, kursus di Melaka lebih menyeluruh, siap diajar cara memakai kain ihram lagi.

Steady kan mak dan adik aku? Gambar diambil ketika menghadiri kursus umrah di Masjid Ubudiyah, Ayer Keroh Heights, Melaka

Semakin hampir tarikh penerbangan kami, semakin banyak pula kerja-kerja pejabat yang perlu diselesaikan. Aku mula rasa sedikit tertekan ~ barang kelengkapan kami sekeluarga perlu disiapkan dan aku hanya ada masa di hujung minggu sahaja untuk mencari barang keperluan kami. Kebetulan pula banyak undangan perkahwinan yang aku terima, termasuk juga majlis persandingan anak saudara sebelah suami dan juga majlis persandingan anak jiran aku yang diadakan di padang hadapan kawasan perumahan kami yang memerlukan komitmen masa dan tenaga. Aku cuba selesaikan satu-satu ~ melapangkan masa untuk menghadiri kesemua majlis dan pada masa yang sama, mempersiapkan diri secara mental dan fizikal untuk satu perjalanan suci. Aku sedar diri aku yang banyak dosa ... mungkinkah akan terhapus segala dosa-dosa aku nanti? Dan mak juga sentiasa mengingatkan aku, "perbanyakkan solat sunat, solat taubat, qada'kan solat-solat fardhu yang pernah ditinggalkan, perbanyakkan mengaji Al-Quran dan kalau sempat, mengaji sampai khatam." Insya Allah mak, aku cuba buat selagi termampu ...

Hari-hari yang aku lalui selepas itu amat memenatkan. Selepas selesai majlis persandingan anak buah suami, aku dijangkiti selsema, diikuti dengan demam dan batuk yang agak teruk. Selain ubat doktor, aku ambil berbagai supplement untuk ketahanan tubuh. Aku harus sembuh sepenuhnya sebelum berangkat ke tanah suci. Aku kena lawan sakit aku. Aku harus pastikan yang aku punya cukup tenaga dan stamina sewaktu di sana nanti. Aku mesti cepat sembuh ..! Alhamdulillah, selepas 3 hari, demam aku hilang, cuma selsema dan batuk masih mengganggu. Minggu selepas itu pula berlangsungnya majlis persandingan anak jiran aku dan kami kaum ibu telah turun padang membantu persiapan 3 hari sebelum majlis berlangsung. Selesai sahaja majlis, aku demam balik ... adusss, sabar jer lah ..!!


Share this article :

28 comments:

  1. Replies
    1. Salam.., sedang menunggu sambungan... X sabar nak baca selanjutnya

      Delete
    2. Anonymous,

      Adusss ... sejak akhir2 ni saya dah rasa malas nak menulis. Lagi lama dibiarkan, makin malas jadinya ... camne ye ..?

      Delete
  2. Assalamualaikum W.R.T
    http://awwadcommunication.blogspot.com/
    SIM Kad Arab Saudi MOBILY khas untuk Jemaah Umrah Malaysia yang diedarkan Oleh Awwad Communication dijual harga RM 45.00 dan mempunyai nilai kredit SAR 35.00 & DATA INTERNET 50 MB YANG BERNILAI SAR 5.00.
    Tempoh sahlaku kad selama 120 hari dari tarikh pengaktifan sebaik sahaja Jemaah tiba di Arab Saudi.
    Kami mengenakan caj tambahan RM 6.00 bagi kos perkhidmatan Pos dan kurier.
    Pihak kami juga ada melakukan penjualan dan penerangan secara terus kepada Jemaah di lapangan terbang KLIA/LCCT sebelum mereka berangkat mengerjakan Umrah.
    SIM Kad Umrah adalah untuk kemudahan anda sepanjang berada di tanah suci.
    Dapatkan lebih penjimatan panggilan ke Malaysia sehingga 70% sekiranya anda mengaktifkan nombor panggilan favorite anda. Sila ikuti arahan dan maklumat di bawah.
    Kadar panggilan tempatan adalah SAR 0.55 / minit dan SMS tempatan dan atarabangsa (ke Malaysia dan lain-lain negara) adalah SAR 0.25 / minit.
    Untuk maklumat lanjut tentang kadar panggilan, sila layari www.mobily.com.sa
    Untuk maklumat lanjut mengenai Sim Kad Arab Saudi MOBILY, Sila berhubung dengan Sdr Adam di talian 012 2537106.

    KELEBIHAN MEMILIKI SIM KAD ARAB SAUDI MOBILY KHAS UNTUK JEMAAH UMRAH.
    Setiap SIM KAD telah didaftarkan.
    Siap dengan ID no untuk urusan tambah nilai.
    Baki credit yang cukup banyak SR 35.00
    Free 50 MB Data. Tak perlu bersusah payah untuk menambah nilai bagi membeli data.
    10 minit International call.
    Disertakan juga no telefon untuk kemudahan waris menghubungi Jemaah ketika di tanah suci.
    Hanya perlu masukkan sim kad ke dalam telefon dan boleh terus guna.
    mengelak kan di tipu oleh penjual-penjual sim kad di airport Arab Saudi. (boleh rujuk pada mereka-mereka yang pernah ke sana).

    ReplyDelete
  3. Teruskan penulisan anda... walau macamana karekter ceritanya namun tetap ada kebaikan yg boleh dikutip......
    SEBUAH JAM YANG ROSAK..... MENUNJUKKAN MASA YANG BETUL 2 KALI SEHARI......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih tuan. Insya Allah akan diusahakan untuk menulis lagi ....

      Delete
  4. I just could not depart your website prior to suggesting that I really
    enjoyed the usual information an individual supply in your guests?
    Is gonna be again often to inspect new posts

    Here is my blog - wind farm homes for sale in rumney nh

    ReplyDelete
  5. Amazing! Its in fact amazing piece of writing, I have
    got much clear idea on the topic of from this article.


    my site :: paket umroh plus turki

    ReplyDelete
  6. Salam. Kat mana ye nak beli DVD umrah tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Anonymous,

      Saya beli secara online di MPH Book Store. Rasanya banyak dijual di kedai2 buku terutama kedai2 buku agama.

      Delete
  7. Salam. Hee semoga dipermudahkan segara urusan untuk umrah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, tiga lalat.
      Saya telah selamat pergi dan selamat kembali ...

      Delete
    2. salam. hee rasanya saya pergi awal seminggu je dr kamu., lama ye x updet citer ;p

      Delete
    3. Assalaamu'alaikum Tiga Lalat,

      Kalau awal seminggu, bermakna kita mungkin bertembung juga semasa di Mekah kan?

      Delete
  8. Layari:

    http://www.abkhgc.com/

    Menawarkan ground pakej umrah yang terbaik.

    ReplyDelete
  9. Best baca entri ni..Kisah umrah ni dh ada sambungan ke ye? Kalau ada saya nak baca coz sy tgh plan nak gi umrah tahun ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah Mummy Dina. Saya akan luangkan masa untuk menulis sambungannya ye ...

      Delete
  10. Salam Tuan...Mohon Kebenaran Untuk Mengambil Manfaat Dari Cerita Di Atas Untuk Blog Umrahmurni Saya Agar Menjadi Panduan Kepada Sahabat Yang Akan Mengerjakan Umrah Dan Haji . Wasalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jadi masalah, tuan Umrahmurni Hj Kamarul. Silakan ...

      Delete
  11. Penat aku baca post2 dalam blog ni seharian.
    Akhirnya ia tamat disini.

    Semoga penulis dan keluarga sihat sejahtera.

    saifulffmb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah ...!! Sampai begitu sekali Saifulffmb?
      Jazakallahu khairan kathira ... aamiin

      Delete
  12. salam.. saya ingin bertanya.. ok ke pergi ke umrah melalui tiram travel ni? sbb byk feedback buruk saya baca dari internet mngenai tiram travel.. ibu bapa saya akan mengerjakan umrah bulan dpn menggunakan tiram travel.. risau nye allah shj yang tahu slps mmbaca feedback2 di internet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam anonymous,
      Menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah adalah satu pengalaman yg paling menyeronokkan. Dapat menyempurnakan ibadah umrah pula merupakan satu kenikmatan yg cukup mengujakan. Jika diizinkan Allah, saya pasti akan ke sana lagi tetapi insya Allah ... bukan dengan Tiram Travel. Pengalaman kami berurusan dengan mereka cukup tidak menyenangkan. Semoga Tiram Travel dapat belajar dari kesilapan lampau dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan mereka.

      Delete
  13. Setuju... persediaan fizikal dan mental termasuk kesihatan sangat penting sebagai persediaan menunaikan umrah..

    Semoga kita semua dipilih sekali lagi oleh Allah swt untuk menjadi tetamuNya... amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahumma aamiin. Terima kasih tuan Alizal.

      Delete
    2. Masya Allah. Tq for the tips. May Allah rewards you with good deeds, Insya Allah. Moga kita makin bersedia mentally, physically , emotionally dan spiritually dalam melakukan ibadah sesempurna mungkin.

      Anway, bagi jemaah wanita saya suka sarankan untuk menggunakan Tudung Werda SOLAT-READY . Tudung ni sangat mudah diguna pakai untuk umrah. Insya Allah tak perlu lagi nak bawa telekung banyak-banyak.

      Semoga ibadah kita dapat dilakukan sebaik--baiknya...Insya Allah

      Ruqayya has just posted on..... Beli pun dapat pahala. Macamana tu?

      Delete
    3. Thank you so much, Ruqayya.

      Insya Allah moga ada manfa'atnya ...

      Delete

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Bila Cindaku Menulis | Abjad Rumi Ke 13 | Mencari Identiti
Copyright © 2013. Bila Cindaku Menulis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger