Home » , , , » Gua Yunus, Pulau Besar

Gua Yunus, Pulau Besar

Written By Cinta Menora on Monday, September 2, 2013 | 9/02/2013 04:15:00 PM

Menjejak Misteri Pulau Besar - Bahagian 6

Kami tinggalkan Marina Resort dengan perasaan yang berbagai-bagai. Aku tetap merasakan yang tempat itu sesuai dijadikan Sekolah Tahfiz atau apa-apa saja yang berbentuk pengajian Islam. Leka dengan perasaan masing-masing, tidak sedar yang kami akhirnya telah menyusuri kawasan pantai untuk ke destinasi seterusnya - Gua Yunus.

Lokasi: Pulau Besar, Melaka
Tarikh: 2 - 3 Jun 2013
Klik di sini untuk membaca artikel berkait dengan Pulau Besar.

Di awal perjalanan kami, aku menyuarakan hajat aku pada Abg Jamal untuk mendapatkan beberapa tangkai daun-daun dari pokok yang terletak di tengah-tengah laut berhampiran jeti. Tetapi kerana air pasang, kami tidak berkesempatan ke sana. Dan semasa dalam perjalanan ke Gua Yunus, Abg Jamal telah menunjukkan aku sepohon pokok yang tumbuh di atas batu besar di kawasan pantai. Kata beliau, pokok itu sama seperti yang aku cari. Beliau kemudiannya memetik sedahan dari pokok yang dimaksudkan dan memberikannya pada aku untuk dibawa pulang.

pokok api-api
5:01 pm - Itulah pokoknya ...

pokok api-api
Agak sukar untuk ke sana

pokok api-api


Kata Abg Jamal, pokok itu dipanggil Cenuai Laut tetapi lebih dikenali sebagai Pokok Api-api oleh penduduk tempatan di situ. Menurutnya lagi, keseluruhan pokok itu iaitu dari akar hingga ke daunnya boleh dijadikan minyak urut. Caranya dengan memasakkannya bersama-sama dengan minyak kelapa dara. Aku belek daun-daunnya ... ermm, aku rasa ianya agak berbeza dengan yang pernah aku petik dari batu besar di tengah laut. Yang ada di tangan aku sekarang ini mengeluarkan bau yang agak wangi dan pada tangkainya mengeluarkan getah yang agak melekit.


daun api-api
Ini rupa daunnya selepas 3 hari dipetik

Perjalanan kami ke Gua Yunus menempuh kawasan hutan dengan jalan bersemak dan berbatu-batu. Di separuh perjalanan, Abg Jamal menyuruh kami meninggalkan botol-botol air yang kami bawa di sebalik batu seakan busut, kerana ianya akan memberatkan dan menyukarkan perjalanan. Lega rasanya bila beban berkurangan. Aku terpaksa menyimpan kamera handphone aku di dalam beg sandang kerana perjalanan seterusnya memerlukan kami mendaki dan menuruni bukit-bukit serta batu-batu besar. Ada ketikanya kami terpaksa berpaut pada akar-akar pokok agar tidak terjatuh.

Akhirnya, sampai juga kami di Gua Yunus ....

kawasan gua yunus pulau besar
5:15 pm - Inilah kawasan di Gua Yunus

Gua Yunus

Nama Gua Yunus diambil sempena nama orang yang pertama menjumpai dan menjadikan gua ini sebagai tempat pertapaan. Sehingga sekarang gua ini masih lagi digunakan orang sebagai salah satu tempat untuk bertapa. Untuk masuk ke dalam gua ini, ahli pertapaan terpaksa menyelam ke dalam air kerana kedudukan pintu gua ini sebenarnya terletak di dalam air. Dipercayai batu dinding gua ini semuanya berwarna putih.
- Sumber Wikipedia

catatan gua yunus
Ini pula sumber dari Muzium Pulau Besar. Maaflah, tulisan kurang jelas, maklumlah aku guna kamera phone saja. Klik pada gambar untuk membesarkannya.

Apa keistimewaannya Gua Yunus ini?

Selain dari batu-batunya yang berwarna putih, sukar untuk aku mentafsir apa keistimewaan yang ada di gua ini sehingga menyebabkan ramai pengunjung datang untuk bertapa dan beramal di sini, samada di jalan hikmah mahupun di jalan ketuhanan. Menariknya, pintu Gua Yunus ini dikatakan mengadap kiblat. Aku teringat pada seorang saudara yang menceritakan pengalamannya beramal di sini dan dengan izin Allah, telah diberikan sebutir batu geliga(?) - aku lupa nama batu itu dan nama "orang" yang memberikan batu tersebut. Dan aku berpesan pada diri aku sendiri, segala yang terjadi adalah dengan izin Allah. Jangan kita terlalu taksub dan jangan kita memandang selain dari Allah. Yang haq tidak mungkin bercampur dengan yang bathil.


gua yunus pulau besar


Di sini, Abg Jamal mengajak kami berdoa. Aku perhatikan beliau meletakkan sebelah tangannya di atas batu putih ini. Sekali lagi, seperti juga halnya di Makam Nisan Satu, aku tidak bersetuju dengan cara berdoa seperti itu. Tapi aku akui malah aku kagum dengan kelunakkan suara Abg Jamal ketika melaungkan azan, juga kelancaran serta kefasihan beliau ketika berdoa, terasa sayu dan meresap dalam hati. Dan aku tenggelam di dalam tafakur aku sendiri, begitu juga dengan En Suami yang nampaknya tenggelam dalam khusyuknya sendiri. Pada kami, berdoa hanya pada Allah, bukan pada yang selain Allah, walau sekadar perantaraan sekalipun.


gua yunus pulau besar
Batu putih di Gua Yunus

Seperti juga di tempat-tempat lain di Pulau Besar, pemandangan di sini dicacatkan dengan colok-colok yang sedia terpasang dengan asap dan bau yang menyesakkan pernafasan, juga dengan taburan bunga-bungaan yang menunjukkan batu putih ini telah dijadikan tempat pertapaan.

Aku mencuba sebaik-baiknya untuk mendapatkan sudut pandangan di dalam gua ini. Dengan membongkok, aku masuk agak ke dalam ke arah sebelah kanan batu, tempat yang dikatakan menjadi tempat tidur Syeikh Yunus.


gua yunus pulau besar


Di sinilah dikatakan tempat beramal dan tempat tidur Syeikh Yunus.  Batu-batunya berwarna putih, licin dan amat sejuk. Semakin ke dalam, gua ini semakin menirus. Entah kenapa, aku tiba-tiba rasa seram-sejuk sehingga membatalkan hasrat untuk cuba berbaring di atas batu ini dan terus keluar dari situ.


batu putih gua yunus


Aku gagal mendapatkan gambaran keseluruhan gua ini dari tempat di mana aku berdiri untuk mengambil gambar. Kawasan gelap di sebelah kanan adalah tempat di mana dikatakan menjadi tempat tidur Syeikh Yunus.


batu putih gua yunus


syeikh yunus
Gambaran wajah Syeikh Yunus. Gambar dari Muzium Pulau Besar.

batu tempat syeikh yunus melaungkan azan
Antara tempat yang dikatakan menjadi kegemaran para pengamal ilmu untuk bertapa.

batu tempat syeikh yunus melaungkan azan


Dikatakan batu ini antara tempat kegemaran Syeikh Yunus. Beliau akan berdiri dan berpijak di atas batu ini ketika melaungkan azan.


gua yunus pulau besar


gua yunus pulau besar


gua yunus pulau besar


Mata aku menangkap satu pemandangan yang membuatkan hati aku tersentap, berbaur dengan rasa marah dan sedih. Ada seorang berbangsa India sedang memegang seekor ayam jantan. Aduss ... apa gerangan tujuannya? Tidak cukupkah lagi cemar yang ingin dilakukan?

Usai mengambil gambar dan melepaskan penat, kami meneruskan perjalanan pulang. Rasanya perjalanan balik lebih cepat dan mudah berbanding semasa pergi. Selepas kami melepasi lapangan golf dan menuruni bukit kecil sebelum masuk ke denai kawasan berhutan, aku terlihat seorang lelaki berambut panjang dan tidak berbaju, cuma berseluar longgar, menjerit-jerit dengan nada marah ke arah aku dan anak perempuanku. Lelaki tersebut berada di seberang kanan kawasan hutan. Ketika itu, Abg Jamal telah jauh ke depan, manakala En Suami pula jauh di belakang. Entah apa yang diperkatakan lelaki tersebut, tidak pula kami fahami. Aku cuma menangkap beberapa perkataan, antaranya, nenek kebayan. Anak perempuan aku yang agak ketakutan, menggesa aku mempercepatkan langkah dan jangan menghiraukan lelaki tersebut.

Jam 5:40 petang, kami tiba di kawasan Wakaf Masak Bonda dan Wakaf Masak Tujuh Beradik. Sempat juga kami singgah di kawasan bekas tapak Makam Tujuk Beradik. Walaupun kawasan makam ini telah diratakan dan makam-makam tersebut dipindahkan, masih terdapat pemujaan dilakukan berdasarkan pada longgokan bunga-bunga, colok-colok, kain merah dan kuning serta bekas-bekas tin di situ.


bekas tapak makam tujuh beradik


bekas tapak makam tujuh beradik


bekas tapak makam tujuh beradik


Kami sebenarnya sudah tidak sabar untuk duduk berehat melepaskan penat. Kami terus saja ke deretan gerai makan yang terletak mengadap pantai. Sambil berbual-bual kosong menceritakan pengalaman masing-masing, kami juga diberi amaran oleh Abg Jamal, gerai makan yang kami singgah ini terlalu menekan pelanggan ... cekik darah, katanya. Kami order 2 pinggan nasi goreng dan 2 pinggan mee goreng berserta 2 cawan kopi O kaw, 1 cawan teh O limau dan 1 cawan air suam. Kesudahannya kami bayar RM42++ untuk kesemuanya. Takpe lah, halal ....

Kami berjanji untuk berjumpa lagi dengan Abg Jamal untuk makan malam bersama. Selepas memberikan nombor handphone masing-masing, kami melangkah pulang ke chalet kami di D'Puteri Kurnia Resort. Di ketika ini barulah terasa sakit-sakit satu badan, nak angkat kaki pun macam tak larat lagi ... aduiiyaiiii ...!!


Share this article :

11 comments:

  1. cinta menora,

    soalan:

    1) itu daun cenuai laut, lu ambik nak buat apa?..
    2) siri pulau besar ni sampai berape siri..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr Olrascal,

      1) Cer google kegunaan daun cenuai, macam2 boleh buat. Tapi kan, wa sebenarnya nak buat bookmarker ... ada ke patut?

      2) Wa ingat nak sambung lagi 2 siri sebelum finale ... hehehe

      Delete
  2. Assalamualaikum...pn.CM...nk tnya skit...pkok cenuai laut noe sma x dngn pkok asin2 gajah?????sbb tngk pkok nk sma...thankz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam wbt tuan Asrul Anuar,

      Pokok asin2 gajah yg macam rupa daun kari ke? Tak sama daunnya tu ...

      Delete
  3. Assallamualaikum...blog yg menarik dgn info yg byk membantu tp syg dh x aktif.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam wbt tuan zmetal.

      Terimakasih kerana singgah di sini. Nak aktifkan tu ... diri sendiri pun rasa laa ni tak aktif dah :)

      Delete
  4. Assallamualaikum...blog yg menarik dgn info yg byk membantu tp syg dh x aktif.....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Kak Cinta/Menora (haha saya tak sure nak panggil akak dengan nama mana)

    Menarik sungguh post akak mengenai Pulau Besar ni. Saya terjumpa blog akak ni semasa saya sedang google mengenai tarikan Pulau Besar. Rancangan saya nak ke Melaka hujung minggu ni, tapi nak cari tempat baru yang boleh dilawati di Melaka. Barulah saya tahu tentang kewujudan Pulau Besar di Melaka. Tak sangka Pulau Besar ni banyak kisah-kisah mistik dan misteri ya kak.

    Saya kagum akak sekeluarga berani menjelajah satu pulau melawat tempat-tempat terkenal tu. Niat hati saya nak juga melawat, iyalah nak melihat sendiri keindahan ciptaan Allah Taala tapi risau pula terjadi benda-benda tak elok sebab kami ni semua rombongan perempuan sahaja.

    Tapi bila tengok gambar-gambar akak post, macam makam, perigi dan sebagainya dijadikan tempat memuja, penuh dengan colok dengan kain kuning bersepah, hati saya sedih, tersentap, marah dan keliru kenapa perkara khurafat tu dibiarkan berleluasa macam tu je. Sedangkan Pulau Besar tu terkenal dengan kisah wali Allah dan orang yang warak. Kenapa pihak bekuasa tak banteras dan control aktiviti-aktiviti khurafat tu. Bagi saya sudah jatuh wajib kepada kita orang Islam untuk menghalang benda tu berlaku. Iyalah kalau itu memang asalnya tempat sembahyang agama lain, tak apalah itu hak mereka, sebab itu memang tempat mereka. Tapi ni terjadi di makam orang-orang yang warak, yang beriman kepada Allah. Seolah-olah seperti mereka itu dihina pula. Saya berdoa dan berharap agar masalah besar ini dapat diatasi denagan baik, dengan kerjasama pihak berkuasa, penduduk dan juga kita Muslimin sekalian.

    Maaflah kak, panjang pulak saya membebel dekat sini, Dah jadi karangan pula komen saya. Saya tak pasti akak ada lagi sambungan crita dari post ni, tapi saya harap akan teruskan post akak sampai finale. Macam cliffhanger pula bila tak nampak finale cerita akak haha. Oklah semoga bertemu lagi di post akak yang lain :D Assalamualaikum kak!

    -Nur-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam wbt Dik Nur.

      Terimakasih sebab singgah di sini ye. Best juga baca karangan adik ni ... hehe

      3 tahun tunggu finale sampai akak pun dah lupa apa endingnya. Dah 2x lagi ke sini, dik Nur .. tak sempat update kisahnya. Nanti dik Nur datang sendiri dan rasakan keunikan serta aura yg ada di sini, baru best dik ...

      Delete

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Bila Cindaku Menulis | Abjad Rumi Ke 13 | Mencari Identiti
Copyright © 2013. Bila Cindaku Menulis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger