Home » , » Semalam di Merlimau Inn

Semalam di Merlimau Inn

Written By Cinta Menora on Friday, June 7, 2013 | 6/07/2013 04:12:00 PM

Di sinilah kami tinggal semasa balik ke Merlimau minggu lepas. Setahu aku, Merlimau Inn ini adalah satu-satunya rest-house yang ada di Merlimau. Kami tidak menginap di rumah tinggalan arwah ibu/bapa mertuaku kerana pastinya rumah tersebut dipenuhi dengan saudara-mara yang lain.

Merlimau Inn

Merlimau Inn - Binaan dari kayu memang menarik

Merlimau Inn - bilik triple

Cantik kan gambar-gambar di atas? Ada tak rasa teruja untuk tinggal di sini? Gambar diambil dari website Merlimau Inn - http://www.merlimauinn.webs.com/ dan tentunya gambar-gambar ini dirakamkan semasa rest-house ini baru dibina.

Aku telah beberapa kali tinggal di sini, dari ianya baru dibuka sehinggalah selepas beberapa tahun pembinaannya. Cuma kali ini aku rasa macam tak berbaloi dengan harga bilik yang kami bayar sebanyak RM167 untuk sekadar bermalam di situ. Kami check-in jam 3 pagi. Kebetulan ada satu group berbangsa India yang juga baru tiba. Kerana lantai-lantai di situ diperbuat dari kayu, aku telah mencuba sedaya-upaya untuk berjalan sesenyap yang boleh supaya tidak mengganggu penghuni-penghuni lain yang sedang nyenyak tidur. Beberapa kali juga aku menegur anak perempuanku supaya memperlahankan hentakan kakinya tetapi apabila group yang baru tiba tadi mula lalu-lalang di hadapan bilik kami dengan hentakan kaki yang boleh menggegarkan pintu dan tingkap, aku sudah tidak menghiraukan lagi hentakan kaki anak dan en suami. Aku boleh dengar dengan jelas suara-suara mereka di luar yang meminta bantal dan yang tak berpuashati dengan bilik masing-masing. Biarlah ... aku sudah kepenatan.

Aku mencari-cari plug untuk charge handphone. Ada satu sahaja plug yang telah disambungkan dengan 3-pin plug extension, satu untuk TV dan satu lagi untuk electric kettle. OK ... ada satu plug tak digunakan dan aku pun plug-in charger untuk handphone. Tuuup!! Terkejut betul aku bila plug tersebut meletup dan mengeluarkan bau terbakar. Aku cuba pula plug-plug yang lain, nampaknya extension tu sudah rosak semuanya. Nasib baiklah en suami ada membawa extension plug dan nasib baik juga main plug di situ boleh digunakan lagi, dapatlah aku charge battery handphone yang hampir flat. Ada satu lagi plug kosong jadi aku pun cubalah sambung cable untuk TV. Kalau takde Astro pun, paling-paling channel 1, 2 atau 3 tentu ada kan. Aikk!! Takkan lah TV pun rosak, langsung takde apa-apa. Aduss takpe lah, aku pun dah ngantuk nak tidur ni.

Esok paginya bila aku ke bilik air untuk mandi, puas aku putar-putar kepala paip di sinki tapi hanya setitik-setitik saja air yang keluar. Aku cuba pula buka tap di tepi jamban ... adalah sikit air, kecik, halus jer ... macamana nak mandi ni? Air di shower juga macam nak-tak-nak aje keluar. Kenapa teruk sangat tempat ni? Terpaksalah aku kejutkan en suami supaya ke reception dan dalam masa 5 minit, barulah air shower mula keluar walaupun tak berapa kuat airnya. Dan dari pekerja yang bertugas juga kami dimaklumkan sistem TV di situ rosak (aku tak faham apa maksudnya sistem rosak) tapi lantaklah, kami pun dah nak cepat untuk ke majlis kahwin. Setelah bersiap-siap, pagi tu juga kami check-out sebab aku cuma booked untuk satu malam sahaja. Aku sebenarnya tak perasan yang aku perlukan dua malam di situ. Tapi elok jugalah, ada hikmahnya di sebalik keterlupaan aku .... :)


Share this article :

4 comments:

  1. Cinta Menora,

    Saya pernah menginap di Putera Resort Air Keroh, Melaka dengan RM200.00 semalam. Yang saya tak puas hati peralatan dalaman bilik sudah lapuk ditelan zaman. Bilik air juga seperti CM alami. Air kecil. Beberapa plug juga rosak sehingga saya terpaksa buat panggilan 'room service' minta tukar cerek letrik kerana menyangkakan cerek tsb rosak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Mail,

      Inilah masalahnya dengan pengurusan perhotelan dan rumah tumpangan. Mereka tidak menyediakan budget secukupnya untuk membaikpulih kediaman-kediaman ini selepas beberapa tahun beroperasi. Mereka hanya mementingkan keuntungan tanpa mengambilkira kepuasan pelanggan. Dan kita selalunya tiada banyak pilihan, terpaksa berpuashati dengan apa yang ada.

      Delete
  2. Cinta Menora,

    omputih kata.. ..a blessing in disguise..

    Mula nye wa sangkakan merlimau inn ni haunted ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Olrascal,

      Haunted tu bergantung samada kita memikirkannya ataupun tidak. Kalau haunted pun, saya mungkin tak perasan sebab terlalu kepenatan. Kesian pada cik pon dan cik lang yang melambai-lambai tapi tidak langsung dihiraukan ... hehehe

      Delete

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Bila Cindaku Menulis | Abjad Rumi Ke 13 | Mencari Identiti
Copyright © 2013. Bila Cindaku Menulis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger