Home » , » Dari Melaka ke Negeri Pahang

Dari Melaka ke Negeri Pahang

Written By Cinta Menora on Tuesday, May 28, 2013 | 5/28/2013 06:38:00 PM

Cuti Wesak lepas @ 24 Mei, 2013, aku dan keluarga mengikuti rombongan mengantar pengantin lelaki, anak kakak ipar aku, ke Kg Temau, Hulu Dong, Raub, Pahang. Rombongan pengantin lelaki pula datang dari Melaka. Kami dijadualkan berkumpul di Bentong jam 11:00 pagi. Anak bujang aku yang baru beli kereta sendiri merasa amat teruja untuk membawa kami sekeluarga menaiki keretanya. Dan si ayah dengan gembiranya menukar posisi tempat duduk ke tempat co-pilot. Kesesakan lalulintas menghala ke Tol Karak menyebabkan kami berhenti rehat di KM 58 Stesyen Petronas untuk mengalas perut sementara menunggu rombongan dari Melaka. Khabarnya sepanjang jalan dari Seremban ke Tol Sg Besi mengalami kesesakan teruk, makanya lambatlah lagi mereka tiba.

Stesyen Petronas penuh sesak dengan kereta yang berderet-deret mencari tempat parking dan yang ingin mengisi petrol. Dalam cuaca panas terik begini, sesiapa pun akan mudah naik angin, begitu jugalah dengan si ayah. Walaupun dia tidak memandu tapi aku rasa, yang lebih banyak menekan brek angin pastinya yang duduk di sebelah pemandu, kan ..? Kedai Mesra Petronas juga penuh sesak dengan orangramai yang berpusu-pusu membeli makanan dan minuman ringan. Barisan orang yang beratur di kaunter bayaran pun terlalu panjang sehingga bersimpang-siur jadinya. Kebetulan ada tempat duduk di kedai menjual pastry, jadi aku pun chop siap-siap tempat duduk sementara menunggu anak bujang ku beratur untuk membeli makanan.

Selesai makan dan minum, perut pun dah kenyang, mata pula dah semakin mengecil. Rombongan dari Melaka tidak juga tiba. Anak perempuanku dah mula mencari tandas. Adusss ... punyalah panjang queue!! Tahan aje lah, nak ooiii. Kita carilah tandas lain nanti. Namun penantian adalah satu penyiksaan ... dan anak aku terpaksa mengalah, terpaksa juga dia masuk di dalam barisan menunggu untuk ke tandas.

Jam 2:00 petang, barulah muncul rombongan dari Melaka. Rupa-rupanya ada lagi 2/3 kereta yang belum sampai. Muka aku dah mula berkerut-kerut, hilang juga nampaknya keayuan aku ni. Dah mengelat dek rasa kebosanan yang melampau. Aduuuh, sabar jer lah ...

En Suami yang tahu tahap kesabaran aku semakin menipis, terus menyarankan yang kami bergerak dulu bersama kereta pengantin. Kalau pengantin lelaki lambat tiba, tentu keadaan akan jadi kelam-kabut. Nikahnya selepas Asar jam 5 petang. Pengantin lelaki perlu berehat dulu, kena ambil "feel" sebelum akad nikah. Jadi kami bergerak dulu diikuti beberapa kereta lain. Nasib baik perjalanan ke Raub dan seterusnya ke Hulu Dong agak lancar dan kami tiba di homestay yang telah disediakan oleh pihak perempuan sebelum jam 4 petang.

Cantik homestaynya - ada 6 bilik

Homestay ini baru dibina

Alhamdulillah, makan tengahari telahpun disediakan oleh pihak tuan rumah - masak lemak cili padi rebung dan udang, nangka muda dimasak dengan santan (aku tak pernah makan lauk ni tapi sedap rasanya), isi ikan masin digoreng berlada, ayam goreng dan ikan goreng masin ... apa lagi, macam kebulur semuanya menjamah makanan. Kami bersolat Asar dahulu dan selepas semuanya tiba, kami pun bergerak ke Kg Temau yang hanya 10 minit dari homestay kami.


Jalan Kawasan Perumahan Seri Temau

Rombongan dari Melaka

Yang depan ni bapak pengantin ... stress nampaknya dia

Yang bawa sireh junjung ni pula adik pengantin

Adik sepupu pengantin

Yang berkaca mata ni, abang pengantin. Masih single lagi ...

Mendung tak bererti hujan ...

Larat ke panjat bukit tu?

Huh! Jauh lagi ..!

Mak pengantin dah tak larat ...

Nampak tak bukit yang harus kami daki tu? Macam nak tercabut kepala lutut kami ni. Kalau seminggu kami di sini, alamat selim-melim semuanya. Mak pengantin yang ada penyakit darah tinggi hampir pitam, nasib baik tak tergolek ke belakang.


Macam risau aje ...

Antara barang-barang hantaran

Pengantin perempuan

Reaksi pengantin lelaki semasa diijab kabul

Tok Imam ni kuat bergurau dan banyak celotehnya. Macam-macam soalan yang dia tanya tapi dia juga yang jawab balik. Pengantin lelaki pula semakin cemas. Tapi alhamdulillah ... dengan sekali lafaz, mereka telah bergelar suami isteri.


Upacara sarung cincin/gelang

Kami pulang ke homestay selepas selesai upacara akad nikah dan bersiap sedia untuk majlis di sebelah malamnya pula.

Dan sekali lagi kami terpaksa mendaki bukit menuju ke rumah pengantin perempuan ... hiazz!! Setiba di sana, kami dihidangkan dengan makan malam ala Pahang style - sup daging dengan kentang (opss! bukan kentang daa, aku tak tahu apa bendanya tu tapi kata kakak iparku, rasanya macam kelapa), lauk tempoyak ikan patin dan lauk-yang-aku-tak-tahu-apa-namanya yang dimasak dengan perut (kalau tak silap aku lah). Aku cuma ambil lauk sup daging aje, lauk lain aku tak makan. Lauk tempoyak ikan patin bukan selera aku, lainlah kalau sambal tempoyak, sure 2 pinggan aku belasah. Lagi satu, lauk-pauk yang dimasak dengan organ dalaman, memang aku tak akan makan.

Selesai makan, majlis yang dipanggil "menitik inai" pun dimulakan. Dek kerana aku malas nak masuk ke dalam rumah, tak dapatlah aku merakamkan gambar upacara tersebut. Kata En Suami, upacaranya agak unik, tak pernah dia tengok sebelum ini. OK aku dah terlewat nak tengok ...

Tamat majlis menitik inai, bermulalah pula sesi karaoke yang dimulakan oleh tuan rumah iaitu bapa pengantin perempuan. Boleh tahan juga suaranya, kira sporting jugalah dia ni. Kemudian diselang-seli dengan nyanyian "artis-artis jemputan" dari sebelah pihak perempuan dan pihak lelaki. Tidak ketinggalan juga En Suami yang turut menyumbangkan suara dengan lagu wajibnya "Biarlah Bulan Bicara Sendiri" dan anak bujang aku dengan lagu rap ciptaannya sendiri. Eh, ada tak aku bagi tahu yang aku pun turut menyumbangkan suara ...? Hahahaha ... layanzzz

Anak lelaki aku sedang berkaraoke. Yang perempuan ni, anak dara aku

Kami pulang ke homestay agak awal kerana masing-masing sudah kepenatan (penat mendaki bukit, okey). Esoknya jam 12 tengahari, kami pun memulakan sekali lagi pendakian kami, kali ini diiringi dengan paluan kompang dan bunga manggar.


Ketibaan pengantin lelaki

Bersiap-siap dengan duit, takut kena bayar tol

Upacara bersanding kali ini agak ringkas. Pengantin diarak masuk ke dalam rumah dan duduk di pelamin untuk sesi bergambar. Tiada lagi upacara merenjis atau tepung tawar kerana telah diadakan majlis menitik inai pada malam sebelumnya. Selesai sesi bergambar, pengantin terus ke meja makan untuk bersantap. Dan selesailah sudah majlis persandingan kedua mempelai.


Majlis bersantap

Macam tak lalu aje nak makan

Selamat pengantin baru, Fezrul dan Miliza, semoga berbahagia dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Dan majlis sebelah pengantin lelaki akan menyusul pula seminggu kemudian di Merlimau, Melaka ....


Share this article :

2 comments:

  1. cinta menora,

    homestay cantik dan selesa..
    makan lauk macam2 jenis, pahang menu ..
    ada karaoke lagi..

    berbaloi lah dengan busut yang kamu daki tuu..
    ekeke..

    a great wedding trip.

    ReplyDelete
    Replies
    1. theolrascal,

      keadaan akan lebih berbaloi andai kami boleh jadi selim-melim selepas turun dari busut tersebut ... hahaha

      Delete

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Bila Cindaku Menulis | Abjad Rumi Ke 13 | Mencari Identiti
Copyright © 2013. Bila Cindaku Menulis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger