Home » , , » Sejarah Kg Ayer Limau, Masjid Tanah, Melaka

Sejarah Kg Ayer Limau, Masjid Tanah, Melaka

Written By Cinta Menora on Tuesday, January 22, 2013 | 1/22/2013 05:05:00 PM

Nama Dan Sejarah Kampung

Solok Ayer Limau - Google Map

Kampung Ayer Limau telah dibuka sekitar tahun 1820. Antara orang pertama yang meneroka kampung ini adalah Datuk Penghulu Tua yang berasal dari Melekek (orang kampung aku ni). Kawasan yang mula-mula dibuka ialah Solok Ayer Limau atau Solok Pokat yang telah dikenali kini sebagai Jalan Hj. Hassan.

Asalnya, Kampung Ayer Limau terletak bermula dari hujung pekan Masjid Tanah meliputi Kampung Pinang hinggalah ke Kampung Bukit Apit yang bersempadan dengan Kampung Rantau Panjang.

Setelah berlaku persempadanan semula, maka pada hari ini Kampung Ayer Limau terletak di tengah-tengah kedua-dua kampung tadi iaitu bermula dari Sungai Ayer Limau hinggalah ke Sekolah Kebangsaan Ayer Limau yang meliputi keluasan kira-kira 7 km persegi. Pada hari ini, jarak dari Bandar Masjid Tanah adalah sejauh lebih kurang 1 km.


Asal Usul Nama Kampung
Asal usul nama kampung ini didapati daripada pokok limau nipis dan limau kasturi yang banyak terdapat di kawasan ini sewaktu awal pembukaannya. Peneroka awal yang meneroka kampung ini telah sepakat untuk menamakannya sebagai Kampung Solok Ayer Limau dengan pembahagian kawasan pada masa itu iaitu kawasan Kampung Pinang dan Bukit Apit.

Datuk Penghulu Tua selaku peneroka awal kawasan ini adalah pengamal Adat Perpatih dan dengan itu, semua keturunan dan penduduk kampung ini masih lagi mengamalkan Adat Perpatih. Datuk Penghulu Tua telah disemadikan di tanah wakaf Seberang Perai. Adalah dipercayai bahawa kubur Datuk Penghulu Tua masih wujud dengan menggunakan nisan batu zaman dahulu kala. Masa telah berubah, maka hari ini kampung ini telah dinamakan KAMPUNG AYER LIMAU.



Share this article :

6 comments:

  1. Cinta Menora,

    ..err agak agak lu pandai ke..?
    bikin air limau ais.. ngeee

    ReplyDelete
  2. Puan CM,

    Terima kasih info. Masjid Tanah (Solok Air Batu) kampung isteri den!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudara ujang kutik,

      kalau macam tu, dokek lah ngan kampung apak den ... solok duku, kek ompang batu ..!!

      Delete
  3. kampung solok yang ada kat sekitar rantau dan melaka ada kaitan dengan kesultanan sulu tak. sebab ada terbaca mengenai pedagang sulu yang membuat penempatan di melaka ketika melaka menjadi pusat perniagaan serantau. Sesetengah masyarakat sulu pulak menetap terus di sumatera dan masih bertutur dalam bahasa suku tersebut namun banyak pengaruh bahasa suku yang berbilang di sumatera tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam anonymous,

      ermm ... menarik soalan ini, mungkin boleh dibuat kajian nanti.

      perkataan "solok" yg digunapakai di melaka bermaksud kawasan pendalaman. di dalam bahasa melayu lama, solok bermaksud lembah atau kawasan di antara gunung.

      sebagai hub perdagangan di zaman kesultanan melayu melaka, sudah pasti melaka didiami oleh ramai pedagang2 asing, termasuklah pedagang2 sulu. samada jejak2 sejarah sulu telah dihilangkan dalam catatan2 melayu oleh bangsa Sepanyol, British ataupun Belanda, tidak dapat dipastikan tetapi mengaitkan kampung solok yg ada di melaka dengan kesultanan sulu, pada saya masih boleh dipertikaikan.

      secara logiknya, bangsa sulu yg juga dipanggil org laut suka mendiami kawasan di sepanjang perairan pantai. kalau dilihat dari kedudukan kampung2 solok yg ada di melaka yg terletak agak jauh dari pantai, rasanya mungkin tiada kaitan secara langsung dengan kesultanan sulu. kemungkinan juga mereka ini berasal dari sumatera kerana bahasa yg digunakan ada sedikit persamaan. seperti juga keluarga sebelah ayah saya yg tinggal di solok duku, mereka ini rata2 "pure" bugis kerana kebanyakannya berkahwin dengan orang bugis juga ... :)

      Delete

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Bila Cindaku Menulis | Abjad Rumi Ke 13 | Mencari Identiti
Copyright © 2013. Bila Cindaku Menulis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger