Home » » Hobi Kumpul Batu

Hobi Kumpul Batu

Written By Cinta Menora on Friday, December 7, 2012 | 12/07/2012 03:57:00 PM

Aku suka kumpul dan simpan batu ... tak kira lah apa jenis batu, asal cantik dan berkenan di hati. Ada yang aku beli, ada yang orang bagi, ada yang aku beli cara bidding dan ada juga yang aku jumpa. Di bawah ini ada beberapa koleksi batu-batu yang ada dalam simpanan aku ... yang ini semuanya aku beli cara bidding. Cer tengok ....



Batu yang di bawah ini pula, aku jumpa di atas kelopak kaktus depan rumah lepas hujan lebat. Pada mulanya aku ingatkan manik-manik air hujan tapi bila aku jentik ... aku dengar bunyi batu jatuh ke lantai. Aku cuba tanya beberapa orang yang mahir tentang batu, apa nama batu ini ... setiap seorang berikan aku jawapan yang berlainan. Batu ini bermata di tengah dan ada pancaran seorang-olah warna pelangi. Disebabkan aku cukup berkenan dengan batu ini, aku ikatkan dengan emas putih dan aku jadikan cincin. Diam tak diam, dah 6 tahun aku pakai cincin ni ....




Yang kat bawah ni pulak, aku beli lama dah. Kata pembeli tu, ini besi kuning cirebon ... entah ye entah tidak ... Lepas beli, berlambak aku jumpa batu macam ni orang jual tepi jalan ... hehehe



Ini sepasang batu petir jantan dan betina, diberi orang pada aku ... 




Nanti bila senang, aku update lagi ... susah nak suruh batu-batu ini posing ... 


Share this article :

8 comments:

  1. Cinta Menora,

    ada batu besar dalam kepala wa..
    lama dah wa nak kuarkan...keras degil..huaahahaha.

    Anyway, cantik2 batu dalam collection lu..
    bila nak buat exhibition?

    ReplyDelete
  2. @theolrascalmesti hitam pekat color batu besar dalam kepala lu tu kan OR ...

    exhibition ye? banyak pakai duit nak buat exhibition tu. wa exhibit kat sini aje cukuplah ...

    ReplyDelete
  3. anak kutu atas papan;
    kumpul batu dapat kepuasan!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu nak jawab mcmana pantun 2 kerat ni ... :)

      Delete

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Bila Cindaku Menulis | Abjad Rumi Ke 13 | Mencari Identiti
Copyright © 2013. Bila Cindaku Menulis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger