Home » » Selamat Berpuasa ....

Selamat Berpuasa ....

Written By Cinta Menora on Friday, July 29, 2011 | 7/29/2011 07:27:00 PM

Salam semua,

Aku ke udara semula selepas sekian lama menyepi (macam DJ radio lak aiih) ... hehehe ... bukan apa, nak kata sibuk ... kalau aku nak menulis, aku tetap akan menulis tak kira masa. Nak kata tak sibuk pun, tak lah jugak. Mungkin dah datang zaman malas aku kot ... sampaikan nak buka blog pun aku malas ..!! Entah apa penyakit aku ni, tak tahu lah aku ...

Sebelum aku merapu tak tentu pasal, aku nak ucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang penuh berkah buat semua yang aku kenal dan yang aku tak kenal. Pada sesiapa yang membaca blog aku, pada sesiapa yang pernah terguris hatinya kerana tulisan-tulisan aku ... kerana gurauan-gurauan aku yang kadang-kala tersasar ... dan sempena bulan yang mulia ini, bulan yang penuh rahmat, bulan yang menuntut kebaikan dan keimanan, bulan yang menjanjikan seribu harapan dan pengampunan ... aku menyusun sepuluh jari, memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki, atas segala kata-kata mahupun perbuatan yang tidak disenangi. Semoga amal ibadah yang kita lakukan, diterima Allah swt ... insya'allah ...

OK lah, ada yang tertanya-tanya mengapa aku menyepi. Aku pun tak tahu apa jawapan yang sepatutnya aku beri. Ianya bermula dengan kehilangan mood selepas satu dua insiden yang berlaku pada aku ... tapi syukur alhamdulillah, aku berjaya tangani "one at a time" ... Lepas tu pulak, aku sibuk dengan tuntutan kerja dan dalam masa yang sama, aku tetiba jadi obses dengan batu-batu permata ... lepas satu batu, satu batu aku beli ... samada yang dilelang atau disayembarakan dan juga yang dimaharkan ... sampai aku tak sedar, handbag aku berlubang ... Dan aku rasa, ishhh ... aku kena stop dulu ... beri laluan untuk bulan puasa dan hari raya ... kopak aku ... kalau dapat bonus, sedaplah jugak ... tapi kalau dapat air bunus pun, OK lah, dah rezeki kat situ aje kan ... hahaha ...

Aku nak balik rumah dah ni ... senang-senang nanti, aku ke sini lagi, insya'allah ....


Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Bila Cindaku Menulis | Abjad Rumi Ke 13 | Mencari Identiti
Copyright © 2013. Bila Cindaku Menulis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger