Tuesday, June 11, 2013

Antara Majlis Kahwin, Karaoke dan Joget Lambak ...

Tak banyak yang nak aku ceritakan tentang majlis persandingan anak buah en suami yang berlangsung pada 1 Jun 2013 di Merlimau, Melaka. Majlis berjalan seperti biasa - berarak, berkompang, bersanding, tepung tawar dan merenjis, jamuan makan, potong kek, karaoke - cuma aku tak sempat nak snap gambar sebab di kala itu aku ada tugas, malaslah nak bawa handphone ke hulu ke hilir. Jadinya, ini sajalah gambar yang sempat aku rakamkan ... itu pun selepas majlis tamat.

Tema kali ini - hijau zamrud

Ada tak aku cakap pasal karaoke? Haa ... kadang-kadang aku rasa, tetamu yang datang tidak menghiraukan sangat pada acara tepung tawar dan merenjis yang sedang berlangsung tetapi mereka lebih tertumpu pada acara karaoke yang jelas nampak lebih meriah dari acara persandingan itu sendiri. Mata dan telinga masing-masing lebih tertumpu pada sesi karaoke, apalagi apabila DJ mula membuat pengumuman dan membuka laluan pada "penyanyi-penyanyi jemputan" untuk memilih lagu dan menyumbangkan suara. Dan banyaklah suara-suara sumbang yang mula kedengaran ... hehehe. Tapi aku tak nafikan, ramai juga antara mereka yang punya suara yang bagus dan boleh ditabalkan sebagai "penyanyi majlis orang kahwin". Eh! Bukan ke ramai juga penyanyi-penyanyi yang ada sekarang asalnya menyanyi di majlis-majlis kahwin?

Dalam pada masing-masing sedang bersuka-ria berkaraoke, ada pulalah suatu kejadian yang tidak-ingin-kita-lihat terjadi pada hari tersebut. Kami digemparkan dengan kehilangan beg yang penuh berisi sampul wang hasil dari pemberian tetamu yang hadir. Di kalangan keluarga en suami, beg tersebut dipanggil "beg kaut" dan saat sampul wang bertukar tangan semasa bersalaman di antara tetamu dengan mak/bapak pengantin dipanggil "salam kaut". Maka mulalah kami bersesi soal-jawab, siapa yang masuk ke bilik pengantin sebelum beg kaut itu hilang ... dan mulalah berbagai-bagai andaian dibuat sampai ada juga yang cuba meneka berapa jumlah wang yang ada di dalam beg kaut tersebut. Mak pengantin yang ada darah tinggi mula goyang, wajah dah nampak "blue-black". Bapak pengantin pula mula menyalahkan mak pengantin sebab tak tahu menjaga beg kaut tersebut. Sesi karaoke terpaksa dihentikan. Dan kalau beg kaut itu tidak ditemui, sesi karaoke sebelah malam terpaksa dibatalkan. Alahai ... melepaslah nampaknya penyanyi-penyanyi yang sudah berfikir untuk beraksi lagi malam nanti.

Dipendekkan cerita, selepas hampir 2/3 jam mencari, bersoal-jawab, berbalah dan berdukacita, beg kaut tersebut berjaya ditemui. Disambar oleh salah seorang anak buah yang menyangka beg kaut tersebut kepunyaan ibunya. Dia hanya menyedari kesilapannya setelah diberitahu tentang kehilangan beg kaut tersebut. Di kala itu, dia dan keluarganya telah pulang ke hotel penginapan mereka di bandar Melaka. Dengan terjumpanya beg kaut tersebut, masing-masing mula menarik nafas lega. Mak pengantin sempat berjenaka dan sesi karaoke sebelah malam akan diteruskan ...

Inilah beberapa keping gambar yang sempat aku rakamkan sewaktu sesi karaoke dan joget lambak di kalangan keluarga ... Oh! Ada sesi sambutan harijadi juga tu ...

Kalau semua orang nak snap gambar, siapa pula yang nak posing?

Kalau diamati betul-betul, penyanyinya orang yang sama juga ... hahaha

Orang yang sama juga yang berjoget lambak

Aku turut ditarik sama ke gelanggang joget lambak. Alaa aku tak nak lah, aku tak reti joget ... huhu. Terpaksa juga aku turun gelanggang, kesiankan adik ipar aku yang sudah beberapa kali menarik tangan aku. OK, senaman malam yang buat orang berpeluh-peluh ... layanz. Nasib baik takde orang ambil gambar aku ... ngeee

Majlis kahwin di Merlimau memang tidak sah kalau takde karaoke dan joget lambak. Berbeza di kampung aku di Alor Gajah, sudah tidak ada lagi joget-joget lambak sebegini. Semasa ayah aku memegang jawatan sebagai JKK kampung dan surau lebih kurang 27 tahun yang lalu, ayahlah orang yang membangkang sekeras-kerasnya dan seterusnya menegah diadakan joget lambak selepas majlis kahwin dan digantikan dengan tayangan video dari screen projector ataupun acara makan-makan sahaja sebagai membalas jasa saudara-mara dan jiran-jiran sekampung yang telah penat bergotong-royong menolong dari awal sehinggalah ke akhir majlis. Ini juga berikutan beberapa insiden di mana acara joget lambak berakhir dengan pergaduhan antara pemuda-pemuda kampung dengan pemuda-pemuda dari luar. Kebanyakan mereka yang datang dari luar dengan motor RXZ (itu aje jenama yang aku tahu dulu) yang membingitkan telinga ini selalunya berada di bawah pengaruh dadah. Bila sudah "high", mereka mula menunjukkan aksi tarian "breakdance" yang boleh mematahkan tengkuk, gaya tarian "foot loose" yang menyaksikan banyak kasut dan selipar berterbangan, juga aksi "beat-it" yang akhirnya menimbulkan pergaduhan, apalagi kalau melibatkan gadis-gadis sekampung. Dan kalau kita lihat semula dari gambar di atas, yang berjoget lambak itu adalah makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang pernah berada di zaman joget lambak ketika di usia remaja dahulu ... kan? Bukannya anak-anak muda di zaman sekarang ... kan? kan ..??

4 comments:

  1. cinta menora,

    best cerita ni..apatah lagi mengenai pakcik makcik yang sama juga kini masih memeriahkan majlis.

    namun selain itu wa nak celebrate ..satu perkara saja.
    bahawa sanye BEG KAUT sudah di temui semula..

    ..yeeeeeehaaaaaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. olrascal,

      wa pun termasuk dalam golongan makcik2 yg memeriahkan majlis. kalau takde pakcik dan makcik ni, majlis hilang seri ...

      dan nama beg kaut dan salam kaut tu, wa belajar dari family en suami ... hehehe

      Delete
    2. ..erehhh ada lagi ke chack kun chack kat merlimau...? Ingat dah pupus dah...!!

      Delete
    3. bujees,

      belum pupus lagi ... tuuu buktinya sudah jelas ... :)

      Delete

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....