Tuesday, July 10, 2012

Poligami ... berbaloi ke?

Lama betul aku tak update blog ni. Aku pun tak pasti kenapa. Mungkin aku sibuk kot ... (jawaban klise) ataupun mungkin aku sibuk di websites lain ... (ini mungkin jawapan yang agak logik). Banyak sangat social networkings yang ada dan yang baru muncul, sehinggakan aku rasa cukup teruja setiap kali aku terima add friend request. Baru-baru ini, aku dah delete beberapa websites social networking yang aku rasa tak perlu ... Friendster, Flixster, Live Health Club, Hi 5, Netlog dan entah apa-apa lagi. Terus-terang, aku sendiri tak tahu apa kegunaannya selain daripada mencari kenalan baru. Untuk apa ..? Entah ....

Peliknya, lagi banyak akaun yang aku delete, lagi banyak pula websites baru yang aku buka. Adusss ... teruja punya pasal lah ni. Bukannya apa ... kawan-kawan dah hantar request suruh buka akaun, aku pun accept aje lah ... hehehe.

Tapi kadang-kadang penat juga bila dah ada banyak websites @ rumah yang harus dijaga. Ada masanya, aku akan beri perhatian yang lebih pada satu-satu rumah dan aku terpaksa pinggirkan rumah yang lain. Patutlah dipanggil websites sebab memang ada rumah aku yang dah bersawang pun.

Terfikir juga aku, macamana agaknya orang-orang lelaki yang kahwin lebih dari satu ... pasti kehidupan mereka kucar-kacir kerana terlalu banyak hal yang harus mereka fikirkan dan bertambah pula tanggungjawab yang harus dipikul. Itu belum lagi perkahwinan yang dirahsiakan dari pengetahuan isteri yang lain. Kalau tak pandai menguruskan diri dan masa, kiamat kecil akan berlaku juga. Berlakun dan menipu, tak usah cakaplah ... dah sebati dalam diri. Betul juga kata P. Ramlee, "mesti pandai berbohong, mesti pandai temberang ..." tapi awas, ye ... kalau pecah tembelang, sendiri kena ingat!! Masa tu kalau nak terjun pun, carilah bangunan yang tinggi-tinggi sikit ... janganlah terjun dalam sungai yang cetek ... hahahaha.

Aku teringat kisah semasa aku duduk menyewa di TP. Mula-mulanya aku pelik bila tengok sorang pakcik ni ... kadang-kadang aku nampak dia berjalan dari rumah jiran sebelah kanan aku, ke rumah jiran sebelah kiri aku. Kadang-kadang pula aku nampak dia terjenguk-jenguk dari rumah sebelah kiri, ke rumah sebelah kanan. Waktunya, bila hampir senja ... dan dia akan berjalan dengan baju singlet dan kain pelekat. Lama juga aku perhatikan dia, aku rasa dia pun perasan yang aku selalu perhatikan dia. Apa tidaknya, aku pelik ... mana satu rumah dia ni? Bila dah lama aku tinggal situ, barulah aku tahu yang pakcik ni kahwin dua ... tapi aku tak tahu yang mana satu isteri tua, yang mana isteri muda ... sebab dua-dua pun tua juga. Rutin pakcik ni setiap hari, kalau hari ini dia tidur di rumah sebelah kiri, esok petang sebelum senja, dia akan pergi pula ke rumah sebelah kanan ... makan malam, tido dan esoknya pergi kerja, dihantar oleh isterinya yang di sebelah kanan. Dia balik dari ofis naik bas dan terus ke rumah sebelah kanan ... dan sebelum senja, dia akan pergi pula ke rumah sebelah kiri ... makan malam, tido dan pergi kerja esoknya dihantar pula oleh isteri yang di sebelah kiri. Begitu lah seterusnya kehidupan seharian dia ....

Agak-agaknya, ada ke masa untuk diri dia sendiri? Ada ke orang lain yang sanggup buat macam tu? Macamana pula perasaan isteri-isteri dia? Ishhh ... aku tak pernah tanya dan aku tak pernah tahu macamana dia menguruskan aktiviti-aktiviti keluarga terutamanya bila balik raya, kenduri-kendara sedara-mara ke atau hal-hal lain yang melibatkan kaum keluarga. Tapi yang pastinya, di antara kedua-dua isterinya ini tidak boleh bertemu muka, walaupun mereka tinggal berdekatan ...!!!

"Si luncai terjun dengan labu-labunya .... biarkan ... biarkan ..."

34 comments:

  1. Cinta Menora,

    Lu betul2 seorang yang observant haaa..
    Lu tau haaa..setiap pergerakan pakcik tu ..hahaha..
    Nasib baik pulak dia tak kahwin dengan orang yang rumah nye di tengah2 tu...ekekeke.

    Kalau kaya..ok kot kahwin dua..boleh senang berlaku adil.
    Lu macam jaki je ...ahahahaha...

    ReplyDelete
  2. olrascals,

    wa bukan lah orang yg observant ... tapi wa tak mungkin terlepas pandang sebab wa balik ofis time yg sama pakcik tu keluar rumah. hari2 dia akan lalu depan rumah wa ... dan dia mesti akan pandang ke arah rumah wa sebab dia tahu wa akan tengok dia ... hehehe. dan wa tak mungkin akan terpikat dgn orang yg macam itu, sebabnya :

    1) pada pandangan wa, dia sudah tua ... wa panggil dia pakcik tapi isteri2 dia, wa panggil kakak

    2) takde yg menarik pd pakcik tu yg boleh buat wa terpikat pun, selain dari singlet dan kain pelikatnya yg kadang2 macam nak terlondeh aje wa tengok ...

    3) muka pakcik tu wa perasan makin lama makin gelap, mungkin segelap masa depan diri dia sendiri yang setiap hari tak berubah ...

    4) wa baru kahwin masa tu, wa masih dalam honeymoon year ...

    5) pakcik tu pun bukanlah orang kaya, rumah yang kami duduk jenis compact house, bilik ada 2 aje di atas, bawah cuma ada living cum dining and kitchen ... mana ada kaya, maaaa ....

    wa boleh bagi 10 lagi alasan tapi cukuplah dengan alasan2 di atas. yang pastinya, kalau pakcik tu kahwin dengan orang di rumah tengah, wa rasa pendek umur pakcik tu ... hahahaha

    ReplyDelete
  3. cinta menora,

    tapi kira hebat jugalah pakcik tu... boleh kawin dua. dan mampu adakan setiap isteri sebuah rumah seorang (tak kisahlah walaupun rumah sewa).

    Saya hanya mampu satu sahaja.... Namun bersyukur banyak2.
    Sebab, ada yang tak mampu nak beristeri walaupun wang banyak, harta bertimbun2....

    Soal berbaloi. Kena tanya pakcik itu....

    ReplyDelete
  4. Bro rasc n pakmail srticel ini adolah porang physicolgy..... and was meant to tickle her husband.,, sajo nak bori perinkatan kek org ghumah dio. . Supayo piker duo kali sebolom nak madukan dio hahaha

    ReplyDelete
  5. BUJEES,

    huaahahaha..this is something like '' pukul anak sindir menantu '' laa..kan hehe

    Lagi..kan i notice dia ada some sort of threatening in her words...
    '' ..kalau pakcik tu kahwin dengan orang di rumah tengah, wa rasa pendek umur pakcik tu ..''..

    Quite a brutal lady arr this Cinta Menora...huaaaakakakaka..

    ReplyDelete
  6. Pak Mail,

    Pakcik tu mungkin nampak hebat sebab kahwin dua tapi tak semestinya orang yang kahwin dua itu hebat. Saya rasa kehebatan pakcik tu kalau diukur dari segi fizikal (itu yg saya nampak), makin lama makin menurun. Kalau dulu nampak berseri2, makin lama makin kusam dan muram. Kalau mula2 dulu nampak berisi, makin lama makin kurus melidi. Dia takde masa untuk berseronok dgn kawan2 mahupun masa untuk dirinya sendiri. Kalau dia lambat sampai ke rumah lagi satu, isterinya akan mula terjenguk2. Kelakar pun ada, kesian pun ada ... Sebenarnya bagi sayalah, orang yang sanggup berpoligami ini adalah orang yang saja mencari nahas sendiri ... :)

    ReplyDelete
  7. Bujees,

    Ini kira serampang 2 mata. Secara tak langsung, den nak boghi peringatan kek kengkawan den (bukan suami den yo), kalau nak bermadu tu, selain drp berlaku adil dan cukup nafkah zahir batin, kono gak pandai bahagi maso untuk diri sendiri. Kalau dah jadi macam pakcik tu nanti, sendri mau ingat laaa ... hehehehe

    ReplyDelete
  8. Olrascals,

    Bab2 macam ini, wa memang brutal. Pada wa kan, sebagai suami, seorang lelaki itu perlu ada ciri2 kepimpinan selain daripada bertanggungjawab. Kalau seorang isteri/keluarga pun tidak boleh dijaga dengan sempurna, kenapa nak menambah beban yang ada? Sebagai ketua keluarga, tanggungjawab yang dipikul cukup berat. Walaupun mampu zahir dan batin tapi tidak mampu untuk memimpin dan membimbing, dia telah dianggap gagal ...

    p/s : wa bukan nak threaten ... tapi sure pakcik tu tak larat nak layan kerenah orang di rumah tengah tu sebab dia masih muda, hari2 dia mau. wa tengok pakcik tu macam sudah tak bermaya. kalau dipaksa juga, memang pendek umur ... huhuhu

    ReplyDelete
  9. alamak! bila darah meleleh (seram gak namanya ni), saya baru nak komen, dah dipadam pulak ... hehehe.

    petua tu memang cukup bagus dan selalunya berkesan, tapi kalau kena kat wa kan, wa akan bagi syarat ... bergilir2 setiap hari, macam yg jadi pada pakcik tu lah. lepas tu, kita tengok apa yang jadi ... sure surrender punya ...

    ReplyDelete
  10. Cinta Menora,

    Kalau ditanyakan kepada setiap kaum lelaki tentang mau atau x berpoligami, rasanya jawapan di mulut adalah 50-50.Ramai yg akan jawab secara berhemah meskipun hati di dalam melonjak2 ingin mengatakan mau. Selagi dia masih mampu (u know what i mean by mampu kn?) for sure keinginan tu x pernah padam.

    Cuma ramai yg mengambil sikap memendam keinginan yg membuak2 tu sbb x larat nk melayan tornado yg bakal melanda hidup diorang.

    Saya suka nk memetik kata2 sorang otai @ salah seorang Pengarah di syarikat kami bekerja...`I x takut kat wife i, cuma wife i jer yg x takut kt i....hehehe

    Renung2kan lah yer.........

    ReplyDelete
  11. hahahaha ... i like your honest opinion, matt ...

    kalau dah namanya lelaki tu, di dalam fikiran mereka hanya ada "makan untuk hidup dan hidup untuk seks" (correct me if i am wrong), kan kan ..? tapi seperti yg matt tulis di akhir baris, "renung2kan lah yer ..." jadi renung2kan lah sebab lelaki sekarang ini ramai yang tidak pandai memimpin dan kerana itu jugalah datangnya kata2, "I x takut kat wife i, cuma wife i jer yg x takut kt i..." hahahaha

    ReplyDelete
  12. soalan pada matt : you ada takut ka sama you punye bini?

    soalan pada cinta : you ada takut ka sama you punye laki..?


    matt ..baik nye kamu...ye

    ReplyDelete
  13. Kesian...bile poligami jer negative, perang..
    .walau ada orang yang hidup bahagia poligami...tak itu semua sementara...tak lama lagi gaduh la tu...tp mereka masih bahagia...ha tunggu la sikit hari lagi...
    setahun...mereka masih bahagia....belum tiba masa lagi tu...mesti gaduh punya...4 tahun mereka masih bahagia...ala kita tunggu la...mereka meninggal...
    suami dah tak ada...tinggal la anak-anak menjaga ibu mereka...masih bahagia....ala belum tentu tu...madu mesti bergaduh...mesti perang punya...tunggu lah....
    akhirnya kedua-duanya meninggal dalam keadaan bahagia...ala...tgk luar mmg la nampak bahagia...dalam hati siapa tahu( he he he)

    ReplyDelete
  14. OR : Sumpah gua x takut.......cuma respek jer....hehehe ( leh ke jwb camni?)

    Cinta : Men are born as a leader sejak azali lagi....cuma di zaman siber ni ramai kaum wanita yg x lagi mau mengakui hakikat tu.

    ReplyDelete
  15. Jawapan untuk Olrascals :
    Kenapa pulak wa mesti takut, wa takde buat salah. Tapi kalau wa ada buat salah, of 'coz laa wa takut ... Matt selalu buat salah, itu pasal dia punya wife takde takut sama dia ... kekekeke

    Matt,
    manusia semua are borne as a leader tetapi men are borne to be a leader. saya bukan bias pada lelaki malah saya cukup hormat pada mereka. ayah saya contoh lelaki abuya yg paling saya kagumi. saya dapat rasakan tanggungjawab dan beban yg dipikulnya, cukup terkesan di hati saya. cuma sedih bila tengok kebanyakan lelaki sekarang (saya kata kebanyakan, bukan semua) ... mereka mahu dihormati tapi tak pula tunjukkan contoh yg baik untuk dihormati. mereka mahu menjadi ketua tapi tidak pula menunjukkan ciri2 seorg pemimpin yg harus diteladani. kalau nakhoda tidak pandai mengemudikan bahtera, pastinya bahtera itu akan karam dipukul ombak. jadinya, jangan salahkan wanita@isteri bila mereka tidak mahu menerima hakikat ini ...

    Olrascals: betul tak cakap wa?

    ReplyDelete
  16. Amin Nuriman,

    saya dah banyak sangat dengar dan tengok pengalaman orang2 yg berpoligami, baik lelaki mahupun wanita. memang betul kata AN tu, ada yg di luar nampak ok aje tapi di hati menangis sendiri. saya respect pd isteri2 yg rela berpoligami, pastinya ketaqwaan mereka pada Allah melebihi segala yg ada di dunia ini. tapi sebagai manusia, ada kalanya mereka mengalah pd tuntutan duniawi yg sedikit sebanyak melemahkan diri walau sekuat mana pun hati mereka. begitu juga pd kaum lelaki yg mahu berpoligami ... mereka perlu punya niat yg benar2 ikhlas kerana Allah, bukan kerana nafsu semata2 dan sekali lagi saya tekankan, mereka perlulah punya sifat2 kepimpinan yg tinggi untuk memimpin dan membimbing, bukan hanya satu keluarga bahkan beberapa keluarga lain. sekiranya mereka berjaya melakukannya, alhamdulillah ... masyarakat tidak akan memandang negatif perkataan "poligami" ini.

    ReplyDelete
  17. Cinta Menora,

    menang pilihanraya nanti wa lantik lu
    jadi menteri pembangunan wanita.

    wa pulak lantik diri wa menteri kewangan..

    ngam la kan..

    ReplyDelete
  18. Cinta,

    Persoalan pasal poligami ni sgt universal.
    Kalau nk diperdebatkan 7 hari 7 malam pun x kn habis.
    Wa mmg tabik spring kpd kedua belah pihak yg setuju berpoligami ni dengan syarat niat tu ikhlas & x der agenda tersembunyi.
    Lagi pun berpoligami dihalalkan dalam Islam tp yg membuatkan poligami ni dipandang serong sbb segelintir pihak yg x cukup syarat tp selera tu menggebu2 sgt nk berbini lebih dari 1.

    Wa x salahkan apa yg Cinta kupas tu sbb ramai kaum lelaki yg berselera tgi tp kemampuan x der.
    Bagi wa tepuk selera, tanya hati, muhasabah diri & kalau ada kemampuan lahiriah & batiniah, y not?
    Kalau rasa x der kemampuan pendam jer hasrat tu dalam hati....hehehe

    Apa kata OR kita?

    ReplyDelete
  19. Olrascals,
    Wa tak mau jadi menteri pembangunan wanita ... wa mau jadi isteri perdana menteri. siapa berani bangkang wa, siap haaa ...

    Matt,
    Isu poligami memang cukup panas. seumur hidup berdebat pun tak kan selesai. tapi kan matt, walaupun cukup kemampuan lahir dan batin, konsep poligami itu sendiri telah disalah ertikan oleh orang lelaki yang nak berpoligami. kalau wa tanya haa, "matt, you ada kemampuan boleh kahwin dua. wa tengok ada sorang ibu tunggal anak 5 kat kampung wa. wa kesian sama dia. dia orang susah, nak cari kerja tak boleh sebab sudah berumur. you kalau betul2 ikhlas nak berpoligami, you kahwin sama dia, mau tak?"

    wa tunggu jawapan lu, matt ...

    ReplyDelete
  20. Cinta,
    As expected, u as an Eve would said such things & make a statement/an offer that sounds a bit genderist.

    "matt, you ada kemampuan boleh kahwin dua. wa tengok ada sorang ibu tunggal anak 5 kat kampung wa. wa kesian sama dia. dia orang susah, nak cari kerja tak boleh sebab sudah berumur. you kalau betul2 ikhlas nak berpoligami, you kahwin sama dia, mau tak?"

    Banyak lagi cara kita boleh bantu ibu tunggal camtu daripada dok carikan laki utk diorang.
    Banyak peluang yg kerajaan dh sediakan utk membantu golongan ibu2 tunggal berbanding dengan kaum bapa tunggal.

    Mmg patutlah lu tolak jawatan menteri pembangunan wanita yg OR offer tu....hehehe...kalau x mau lu syorkan rang undang-undang baru kat parlimen...sesaper yg nak berpoligami diwajibkan bernikah dgn ibu2 tunggal....rasanya mau runtuh meja kat parlimen tu kena tumbuk ngan semua MP x kira apa parti skalipun....ngeeee......

    Gua kalau nk berpoligami pun pastinya atas dasar hati n perasaan setelah membuat pertimbangan yg pastinya bukan mudah.
    Lastly, semua tu ketentuan Tuhan....kalau kita harta berkoyan pun tp dh jodoh kita sorang....Alhamdulillah.......bersyukur dgn apa yg ada & jalankan tggjawab n amanah tersebut sebaik2nya....

    Wa dh x nak komen lg bab poligami ni....kang makin dikupas makin membuak2 lak rasa nk berpoligami...hehehe

    OR,
    Jawatan menteri pembangunan tu biarlah PM jer yg sandang spi bila2 since Cinta dh agree nk jd 1st lady...what do u think?ahakssss....

    ReplyDelete
  21. matt,

    i think you manage to escape the wrath of Cinta Menora with flying colours...ekeke.

    It amused out of me reading every comments posted with regards to the ''gender war ''.

    By the way..it is on goodwill that i offered her the portfolio of women development minister. Cinta Menora, however wants a 'peha ' pulak..huaahahaha. She wants powerrrrr, bro...grrrr
    I will remain the humble finance minister..you know why...money..money..grrrrr.

    Just for the fun of all us man and women..i list down things that makes a woman happy and not fogetting also for the man..layan.

    HOW TO MAKE A WOMAN HAPPY:
    ... It's not difficult, matt. To make a woman happy, a man only needs to be:

    1. a friend
    2. a companion
    3. a lover
    4. a brother
    5. a father
    6. a master
    7. a chef
    8. an electrician
    9. a carpenter
    10. a plumber
    11. a mechanic
    12. a decorator
    13. a stylist
    14. a sexologist
    15. a gynecologist
    16. a psychologist
    17. a pest exterminator
    18. a psychiatrist
    19. a healer
    20. a good listener
    21. an organizer
    22. a good father
    23. very clean
    24. sympathetic
    25. athletic
    26. warm
    27. attentive
    28. gallant
    29. intelligent
    30. funny
    31. creative
    32. tender
    33. strong
    34. understanding
    35. tolerant
    36. prudent
    37. ambitious
    38. capable
    39. courageous
    40. determined
    41. true
    42. dependable
    43. passionate

    WITHOUT FORGETTING TO:

    44. give her compliments regularly
    45. love shopping
    46. be honest
    47. be very rich!
    48. not stress her out
    49. not look at other girls

    AND AT THE SAME TIME, YOU MUST ALSO:

    50. give her lots of attention, but expect little yourself
    51. give her lots of time, especially time for herself
    52. give her lots of space, never worrying about where she goes

    IT IS VERY IMPORTANT, Matt:

    53. to never forget:
    * birthdays and anniversaries * arrangements she makes.

    dont you ever forget that matt.
    and Cinta Menora...

    HOW TO MAKE A MAN HAPPY, its quite simple Cinta..

    1. Feed him
    2. Have sex with him
    3. Shut up....

    remember dear all, dont take it personal..arr..those list are just for fun.,,to laughs at ourselves..

    ReplyDelete
  22. matt & olrascals,

    wa ketawa terbahak2 baca komen matt yang berkobar2 dalam perang gender ni ... wa tak rasa pun yang wa menyebelahi mana2 gender. tapi kan, wa lagi mau menangis baca matt cerita tentang dasar hati dan perasaan. se brutal2 matt kan, dalam hati ada taman ... hahahaha. wa caya sama matt & olrascals lah, sebab wa rasa, korang berdua bukan jenis lelaki yang suka2 mau poligami .. kan kan ...

    and indeed olrascals, it is so easy to make a woman happy. besides all the 53 things mentioned above, you must also give her an undivided love ... she will be yours forever ... and of 'coz laa, you need to feed her, have sex with her and she will shut up!! LOL ...!!! :D

    ReplyDelete
  23. Cinta,

    Sebrutal2 wa tetap ada taman yg subur merimbun....hehehe
    wa mmg jiwa rock kapak tp lu cuba hayati bait2 lirik lagu wings ni ye...
    rasanya kita sama2 membesar di era rock kapak & lu pasti pernah dengar lagu `Rock N Roll Lu Punya Suka' dari Wings....hehehe

    Seluar koyak main cinta....
    Menangis dengar lagu cinta....uwekk...uwek....uwekkk....

    OR,
    Wa rasa lu tertinggal 1 lg,bro.
    54. etc....hehehe

    ReplyDelete
  24. matt,

    seluar koyak main cinta ... itu masa lu sekolah rendah, kan ... hahaha.

    orang lelaki selalu ego tau, saja buat muka mcm the rock, hentak kepala ke batu pun tak pecah (batu yang tak pecah), konon taiko ... tapi bila sudah jatuh cinta, di hati ada taman segar bugar merimbun, tangkap cintan lagi. lu hati2, matt ... jangan cuba2 main cinta, bahaya. muka hensem mcm lu, ramai perempuan jatuh cinta. takut lu tak sanggup nak tempuh tsunami nanti ... betul tak cakap wa, olrascals?

    ReplyDelete
  25. Cinta,

    OR dh baper kali sebut soh wa open blog & posting citer2 wa zaman rock kapak......ada gak terasa cam nk share ngan kawan2 tp wa x pdi arrrr....
    wa nyer kebolehan cuma pandai flirting on9jer.....hehehe

    Cinta n syg ni kan universal.....i've got lots of luv inside me for everyone.....

    Memetik kata2 OR kita...
    `I'm a luver, not a fighter......hidup ol rascal.....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. matt,

      wa support lu ... lu openlah blog pasal rock kapak ni. jangan pandai flirting aje ... hehehe.

      Delete
  26. guys,

    i think its about time we move on..
    shall we?..

    ReplyDelete
  27. Cinta,

    Poligami ni sama macam ruksah yang lain...contohnya solat jamak...

    Kalau tak cukup syarat, solat jamak tak sah...berdosa kita solat jamak....

    Tp kalau dh cukup syarat, kita tak nak solat jamak, solat kita tetap sah...cuma kita kurang cerdik la sebab kalau kita solat jamak, kita dapat pahala lebih....

    ReplyDelete
  28. OR,
    Life still goes on whether we like it or not....:)

    Cinta,
    Bagi lh sikit tunjuk ajar camne nk olah citer....wa tang ngayat awek leh arrr...hikhik

    ReplyDelete
  29. Amin Nuriman,
    Biarlah kurang cerdik daripada menimbulkan huru-hara, kan ..?

    Matt,
    Cubalah dulu, baru boleh bagi tunjuk ajar. OR pun ada, lagi dekat tu ... tak kan dia tak mahu ajar .. hehehe

    ReplyDelete
  30. Cinta,
    He he...kalau musafir sy akan solat jamak...sbb sy nak pahala lebih....

    Sy dr kecik lagi nk jd org yang lebih bijak...sy akan pilih untuk jd cerdik...

    Allah benarkan poligami, Allah maha tahu...kenapa saya mesti ragu??

    ReplyDelete
  31. @Amin Nurimanalhamdulillah ... susah nak dapat yg sebegini. semoga anda sentiasa berada dalam rahmat Allah, amin nuriman ...

    ReplyDelete

Kalau digumpal sekecil kuku, kalau dibentang selebar alam, walau sebesar biji labu, bumi dan langit ada di dalam ....